“OPOCOTTT!!! Mak kau tayar meletup!” Adllea terasa belakang skuter pinknya dilanggar. Tubuh Adllea hilang keseimbangan lalu jatuh dari skuter yang ditunggangi. Sekali dia jatuh macam nangka busuk. Pedih lengan kirinya. Patutlah! Dia alami sedikit kecederaan kecil. Kalau berat mesti masuk hospital ni. Hospital? Oh tidak! Pantang betul kalau kena duduk hospital yang berbau ubat! Mahu sebulan dia tak makan nasi. Loya anak tekak. Adllea bingkas bangun dari jatuh. Dia mengetap bibir kegeraman. Dengan helmet yang masih terlekat di kepala dia mengaturkan langkah besar ke arah kereta yang melanggar punggung skuter pinknya tadi.
“Cis!” Naik sudah urat-urat warna
ungu pada muka dia yang tegang ini. Muka dia tegang tak pakai botox tahu. Kereta mewah
Porcche 996 Turbo berwarna silver itu Adllea tenung tajam! Fuyooo! Porcche 996 Turbo tu! Memang bukan calang-calang orang
memakainya. Pemandu kereta mewah itu masih duduk melekatkan punggung. Dia ingat
kereta besar boleh sesuka hati mak bapak dia langgar orang. Angin betul Adllea dibuatnya.
Dia tendang tayar kereta mahal itu dengan kaki berkali-kali melepaskan
kemarahan yang sedang membahang di hati ini. Adllea sudah tidak kisah lagi
dengan kesakitan dan rasa sengal-sengal pada tubuh.
“Woi! Mata kau letak kat mana hah!” Tengking
Adllea. Gerun tak tengok awek skuter macam dia meninggikan suara? Kaki dia masih
dok lagi menendang tayar kereta. Biar
sampai rosak tayar keretanya. Pintu kereta tersebut terbuka. Pemandunya
melangkah keluar. Seorang lelaki yang bertubuh agak sasa berkaca mata hitam
berdiri tegak depan matanya! Bulat besar anak mata Adllea melihat tuan yang
empunya kereta. Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya sambil merengus
kecil.
“Hey, awek skuter! Berani kau
tendang kereta aku! Kau tahu berapa harga kereta ini! Kau gadai skuter cabuk
kau itu pun belum cukup membelinya tahu!” Lelaki itu bukan nak meminta maaf
sebaliknya dia meninggikan suara kepada nya. Dah lebih ni!
“Aku tak tahu! Yang aku tahu kereta
mahal kau langgar punggung skuter cabuk aku!” Adllea membalas. Dia jeling
lelaki itu tajam.
Muka saja hensem…tapi berlagak nak
mampus! Tengok gaya macam anak orang berada. Memang anak orang berada pun!
“Setakat
skuter cabuk kau apalah sangat! Siapa suruh kau bawa skuter lembab macam
kura-kura! Patutlah lembab sebab skuter kau dah uzur!” Lelaki itu melirikkan
mata pada skuter Adllea yang masih terbaring atas jalan raya itu. Adllea mencebik.
Sedapnya mulut dia kutuk aku dan skuter aku! Buruk-buruk pun skuter aku! Kau
peduli apa!
“Sekurang-kurangnya aku kura-kura
yang mematuhi peraturan jalan raya. Macam manalah orang macam kau boleh pass lesen memandu! Lampu merah dengan
lampu hijau pun tak boleh kau bezakan! Itulah jadinya kalau mata letak dekat
kepala lutut!” Bidas Adllea.
“Kauuuuuuu…..” Lelaki itu beliakkan
biji matanya. Adllea buat selamba.
“Kau ingat aku takut dengan kau!” Adllea
memang berani melawan. Tidak kisahlah siapa lelaki depan matanya ini. Lelaki
itu tidak mungkin akan mengapa-apakan dia. Ceh! Tunjuk berani. Kot karang kena betul-betul macam mana?
Dalam suratkhabar sudah berlambak cerita bunuh sana bunuh sini. Mangsanya
adalah kaum wanita yang lemah macam dia. Memang jenis tak fikir dulu sebelum
berkata-kata.
“Kau
kena bayar ganti rugi pada aku! Kotor tayar kereta aku tahu kerana ditendang
oleh kaki kau yang busuk! Aku baru
carwash pagi tadi!” Ujar lelaki itu setelah memeriksa keretanya. Terjegil
biji mata Adllea.
Dia
yang salah…aku pula yang kena bayar ganti rugi pada dia! Terbalik pulak! Ini
tak boleh jadi!
“Kau yang buat salah! Apasal pulak aku nak bayar ganti rugi kat
kau. Bukannya ada cedera apa-apa pada kereta kau itu! Tak reti-reti nak minta
maaf!” Adllea bertambah berang apabila melihat lelaki itu berlagak poyo di
hadapan dia. Ingat dia bagus sangat! Adllea mengangkat muka dan merenung wajah lelaki
itu. Matanya membulat besar. Mereka saling bertentangan lawan mata. Bukan
main-main mata okay.
Seminit berlalu. Wajah lelaki itu
berubah. Matanya berkelip. Dia tewas! Adllea melirik senyuman sinis. Berani kau
nak berlawan mata dengan aku! Tiada sesiapa yang berani berlawan tenung mata
dengan aku tahu!
“Kau dah kalah! Jadi kau kena minta
maaf dengan aku!” Puas hati Adllea dengan kekalahan lelaki itu. Ada hati mahu
lawan mata dengan Adllea Abd. Rashid. “Cepat minta maaf!”
“Aku tak nak! Lagipun kau tendang
tayar kereta aku! Kotor tahu tak!” Lelaki itu membalas dengan tegas.
“Wei….setakat tendang tayar kereta
kau itu tiada kecederaan apa-apa pun berlaku pada kau! Kau yang langgar aku!
Aku ini baru mangsa eksiden bukannya
kau! Kau kena minta maaf
dengan aku!” Adllea
bersuara keras. Degil betul mamat ini!
“Aku tak nak!” Lelaki itu tetap
tidak mahu mengalah. “Berapa kerosakkan yang perlu aku bayar pada kau! Setakat
dua atau tiga ratus ringgit aku boleh bayarlah!” Dia membuka dompet duitnya.
Beberapa keping not seratus ringgit dikeluarkan.
Adllea
menggigit bibir. Banyak tu! Bulat mata dia melihat lelaki itu mengira-gira duit
yang dikeluarkan dari dompetnya tadi. Kalau ada pisau mahu saja dia merompak
lelaki itu. Siapa suruh tayang duit depan mata dia. Sudahlah sekarang ini dia
memang tengah sesak. Duit kutu pun masih tak dapat lagi. Seksalah main dengan
orang-orang yang liat nak membayar ni. Menyesal sungguh termakan dengan
pujukkan rayu Dina si burung hantu budak satu tempat kerja dengannya itu.
“Cukup
tak?” Rasa-rasanya ada dekat satu ribu lelaki itu hulurkan pada dia.
Berkelip-kelip mata Adllea tengok duit. Kalau ambik boleh lepas duit poket
bulan ini.
“Nak
ke tak nak?” Soal lelaki itu lagi. Dia bengang agaknya tengok muka blur Adllea. Adllea mana pernah dapat
duit sebanyak ini dalam masa satu hari. Macam orang jakun pun ada.
“Tentulah
nak.” Ligat tangan Adllea rampas duit dari tangan lelaki itu. Dia segera
masukkan ke dalam kocek seluar.
“Tak
padan dengan awek skuter. Materialistik jugak kau ni!” Lelaki itu tersenyum
sumbing. Bolehlah tahan senyuman dia. Tak seksi sangat macam lelaki yang pesan
pizza hut malam tu. Lemak berkrim disukai ramai.
“Huh!
Duit sapa yang tak nakkan. Chow dulu.” Selamba dek saja Adllea
menjawab. Dia bingkas mengatur langkah merapati skuter pinknya. Adllea gagahkan
diri mengangkat skuter cabuk itu. Sekilas dia mengalih pandang ke arah lelaki itu. Lelaki itu masih tidak
berganjak dari tempat dia berdiri. Sebelum dia dapa-apakan baik dia start skuter kemudian cabut!
“FARITH!!!!”
Macam biasalah. Perempuan-perempuan akan menjerit histeria bila muka Farith
terconggok dalam restoran pizza hut itu itu. Mereka sanggup tunggu berjam-jam
di restoran itu semata-mata mahu tengok muka Farith yang dikatakan hensem bangat itu. Dia memang sentiasa
dikerumuni oleh peminat-peminat yang hendak meminta tandatangan autograf. Teman
wanita Farith yang tak tahu nama itu buat memek muka tidak senang hati. Siapa
yang tak makan hati kan kalau hari-hari buah hati di kelilingi gadis lain.
Lumrah orang yang digilai ramai. Jadi kena tabahkan hatilah ya.
Adllea pun naik jeles jugak. Bilalah pulak dia nak berada dibawah ketiak Farith
menendang perempuan cantik yang sering berada di sisi Farith itu. Kalaulah dia
di sisi Farith jangan haraplah kuman-kuman itu dapat mendekati Farith dengan
mudah. Sembur sikit dengan antibiotik. Mintak dijauhkan dari jangkitan.
Hehehehehehe…Jadi kenalah cepat-cepat dia menyingkirkan semua perempuan yang
mengilai Farith termasuk perempuan yang seorang itu. Adllea mengerling tajam ke
arahnya. Kenapalah dia tidak punya bentuk badan yang seksi macam perempuan itu?
Punggung pun montok. Tertonggek naik gitu. Dia sebenarnya peminat tegar kepada
pelakon yang sedang melonjak naik itu. Siapa yang tidak kenal dengan Farith
Zehr. Satu drama lakonan Farith, dia tak pernah miss!
Adllea baru saja tahu lelaki yang
buat dia jatuh cinta pandang pertama malam itu adalah Farith Zehr, pelakon
drama popular kegemaran dia. Malam kelmarin wajah dia lain sikit maka tidaklah
perasan sangat itu Farith Zehr. Adllea memang tidak sangka dia hantar pizza di
kondominium milik Farith Zehr. Kalau dia tahu lelaki itu ‘Farith Zehr’ memang dah
sah-sah dia minta tandatangan autograf dekat baju uniform pizza hut ini.
“Bulan tidak akan jatuh ke riba,
Lea,” Tegur Kak Mona yang juga aku gelarkan ‘andartu terlampau’ jugak tu. Aku
menoleh.
Garang-garang
Kak Mona ini adakala baik jugak orangnya. Kenapa dia gelar Kak Mona ‘andartu
terlampau’. Umur Kak Mona sudah mahu masuk empat puluh tahun tapi masih solo.
Kak Mona jenis memilih sangat pasal jodoh dia. Dia mahukan lelaki educated! Gaji mesti besar punya! Kak
Mona demand tinggi sangat. Adllea
minta dijauhkan ada anasir seperti kak Mona. Dia nak berlaki. Dia tak mahulah
jadi ‘andartu terlampau’ macam Kak Mona.
“Apa salahnya tunggu bulan jatuh
atas riba saya, kak.”
“Kau pun nampakkan. Farith tu tak
pernah melayan kau. Akak tengok dah pelbagai cara kau buat nak tarik perhatian
dia sampai tumpahkan air atas baju dia. Yang itu akak respect kau memang berani.”
“Ooooo…Akak tahulah.” Adllea
mengangkat kening tebalnya. Kening semula jadi tebal tak perlu cukuran. Asli
gitu.
“Tahu.” balas Kak Mona bersahaja.
“Salah ke saya nak mengorat pelakon
kegilaan ramai tu?” Adllea memuncunang mulut ke arah Farith.
“Tak salah. Tapi kau dah tengok muka
kau pada cermin betul-betul tak? Kalau takder
cermin akak boleh kasi pada kau.” Kata-kata Kak Mona berbaur sindiran nampak.
Ini yang bikin hati Adllea terasa panas. Huhuhu…
Adllea tahulah diatak cantik mana.
Kurus kering macam papan orang buat rumah itu. Orang biasa macam dia manalah
sesuai dipadankan dengan orang popular macam Farith. Tapi dalam mimpi dia berkahwin
dengan Farith tahu. Siap jatuh dari katil lagi.
“Akak ni saja tau. Nak saya join
kelab ‘andartu terlampau’ akak ke?” Adllea kerling Kak Mona sekilas.
Apa
yang dia tahu sekarang, kak Mona tengah
mengopakkan duit lagi untuk kuruskan badan lagi di London Weight yang terkenal di kaca televisyen tu. Pakar kejelitaan
anda! Kak Mona kalau kurus sangat pun tak cun juga. Contohnya sudah ada depan
mata.
“Takder
pekdahnya akak nak heret kau jadi andartu macam akak. Lagi satu boleh tak
buang perkataan terlampau di belakang tu. Memandai aje letak.”
Adllea ketawa kecil. Dia dan Hidayat
yang meletakkan perkataan ‘Terlampau’ itu hendak bagi lebih hot lagi pada Kak Mona. Uit! Tidak padan bibir gigitan tebuan
tetapi boleh tahan seksinya Kak Mona ini tahu. Ada juga yang tergoda tapi Kak
Mona banyak jual mahal. Haiyaaaa…macam
kata itu apek jual surat khabar lama.
“Saya sanggup merentasi Laut China
Selatan untuk mendapatkan Farith. Tak kisahlah rintangan apa sekalipun. Saya
sanggup kak! Lawan naga berapi pun sanggup!” Ayat Adllea bukan main power lagi. Macam benda yang hendak
dibuat itu kecik bebenor. Tidak
perasan dugaan depan mata berliku-liku dan bengkang-bengkok.
Kak
Mona geleng kepala tengok Adllea. Cakap memanglah senang kan. Siap nak lawan
naga berapi tu. Ingat cerita Dungeons and
dragon ke lawan-lawan naga ni.
“Kau ingat nak berenang dalam laut
tu boleh sehari sampai ke pantai? Akak rasa baru satu dua jam kau dah mampus.
Tak pun kena telan dengan ikan jerung.” Meleret senyuman sumbang Kak Mona.
“Orang just ibaratkan sajalah. Memanglah mampus kalau nak berenang dalam
lautan China Selatan. Berenang dalam kolam renang pun dah tenggelam timbul.”
Sajalah Kak Mona ni. Sama sahaja dengan Mohd Hidayat, teman baik baik dunia dan
akhirat dia itu. Tahunya hendak melemahkan semangat orang! Bagilah kata-kata
semangat sikit! Macam ini. Jika kau fikirkan kau boleh. Kau pasti boleh
melakukan…
“Just!
Bila belajar BI (Bahasa Inggeris)? Ceciter
sikit”
Adllea tersengih. “Tengok cerita
orang putih dalam televisyen.”
Adllea layan DVD Twilight kepunyaan
Tuty beberapa minggu lepas. Dia tengok cerita itu bukan faham apa benda pun
yang watak-watak dalam cerita itu cakap. Dia main buat-buat faham saja.
Sarikata pun cakap dalam Bahasa Inggeris. Ada perkataan yang dia salin dan diaselak
kamus. Rutin kerja dia di waktu lapang. Dia kena belajar Bahasa Inggeris sebab
dia kan berangan hendak menjadi eksekutif di pejabat kelak. Eksekutif naik
skuter ke pejabat. Class gitu! Hehehehe…Hidup awek skuter beb!
Adllea tengok pelanggan melayu pun
cakap orang putih. Dia ingat semua orang pandai cakap orang putih kot? Apa
salahnya cakap Bahasa Malaysia dengan kaum serumpun. Ini hendak berlagak cakap
orang putih juga. Kalau cakap orang putih dengan pelancong asing itu tidaklah dia
kisah sangat. Tapi dia tabik pada pelancong asing yang berlajar berbahasa
Malaysia. Macam ada satu kisah dia dengan seorang pelancong lelaki asing ini.
“Adik…macam mana saya mahu ke Masjid
Jamek?” Slang orang putihnya tetap ada. Baguslah pelancong asing ini. Muka pun
boleh tahan.
Kalau
ada pelanggan cakap orang putih dengan aku maka aku bantai cakap Bahasa
Malaysia saja. Esok-esok aku dah pandai cakap orang putih tahulah mereka yang berlagak
cakap ‘speaking’ ni.
“Apa
lagi kau dok tersengih tu, Lea? Buat
kerja!” Kak Mona menyergah dari belakang.
Kelam-kelibut
Adllea jadinya bila kena sergah. Siap dia melatah buat pecak silat. Kak Mona
ketawa sakan. Hantu punya Kak Mona. Jatuhlah saham dia depan Farith.
huish...garang juga adelia ni...
ReplyDeletehehehe...
suka..suka....cpt lagi bg smbungn dia..huhu saya suka perempuan watak kasar nie tp dalm hati bunga2..huhu
ReplyDeleteADELIA YANG SEMPOI,,,,,,
ReplyDeleteDalam sempoi ada dungunya jugak budak Adllea tu.
ReplyDelete