Tab Menu

Followers

Thursday, August 4, 2011

Satukan Cinta Kita - Bab 2

“SELAMAT pagi  Cik Firdayu!” sapa Linda.

            “Selamat pagi Linda.” balas Firdayu seraya berlalu masuk ke bilik pejabatnya. Dia meletakkan fail-fail rekaannya atas meja. Saban hari dia tidak cukup tidur kerana menyiapkan rekaan terbaharu Rosette Fashion Designer. Adakalanya dia mengabaikan Keyrill kerana terlalu sibuk dengan kerja.

            Firdayu menekan butang interkomnya. “Linda panggilkan Luqman masuk ke bilik I.” Kini Linda menggantikan tempat Keyrill sebagai pembantunya.

            “Baik Cik Firdayu.” 

            Tidak lama kemudian bunyi ketukan pada pintu bilik Firdayu. Luqman melangkah masuk dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Orang  sedang senang hati katakan. Tidak lama lagi bakal menjejakkan kaki ke jinjang pelamin lebih awal dari Firdayu dan Keyrill. Langkah bendul nampaknya.

            “Man….you sudah siapkan rekaan yang I pinta kelmarin.” Ujar Firdayu sebaik sahaja Luqman melabuhkan punggung pada kerusi.

            Luqman anggukkan kepalanya. “Sudah Cik Firdayu.” Dia menghulurkan kertas rekaan yang dibawa bersama.

            Firdayu menilik setiap rekaan Luqman. Dia tampak seperti berpuas hati dengan rekaan-rekaan tersebut. Luqman pasti tidak mengecewakan dia. Hasil rekaan Luqman seiring dengan peredaran fesyen terkini.

            “I suka rekaan muslimah ini.” Firdayu menunjukkan satu rekaan jubah yang menawan. 

            “Oh! Itu rekaan dari Aliyah. Dia beria-ia mahu membantu I so I berikan dia peluang.”

            Firdayu tersenyum. Pretasi bakal adik iparnya itu semakin meningkat. Satu perkembangan yang baik. Itu yang dia mahukan dari Aliyah.

            “You suruh dia buat beberapa rekaan jubah muslimah ini. I mahu adakan pertunjukkan fesyen dengan tema yang berlainan kali ini.” Firdayu menongkat dagu.

            Luqman melirikkan renungan memukau kepada wajah putih bersih Firdayu. Firdayu makin menawan. Perubahan pada wanita jelita itu jelas ketara. Tiada lagi pekik dan maki hamunnya di dalam Rosette Fashion Designer. Firdayu seakan dilahirkan semula. Senyuman indah yang terukir di bibirnya sudah tampak keikhlasannya bukan lagi senyuman plastik. Siapa menduga yang Keyrill mampu menundukkan wanita angkuh seperti Firdayu yang sering mempermainkan cinta lelaki.

            Firdayu tidak segan silu memohon maaf kepada wanita-wanita yang meraung dan menangis kerana dia. Itu yang dia lakukan atas kehendak hatinya sendiri dan bukannya atas permintaan Keyrill. Namun dia masih tidak ke temu dengan wanita yang seorang wanita itu. Dengar khabar wanita itu sudah berhijrah ke Australia setelah kematian adik kesayangannya. Rasa kesal tetap menyelubungi hati Firdayu walaupun kematian lelaki itu bukan berpunca dari dia. Dia sama sekali tidak menduga lelaki itu ditimpa kemalangan setelah pertemuan akhir antara mereka.

            Firdayu menyedari wanita amat membencinya. Wanita itu juga mendendaminya. Suatu hari kelak mereka pasti akan bertemu semula. Dia sudah bersedia untuk menghadapi wanita yang pernah menjadi teman baiknya dulu.

            “Shaza…” Nama itu terpacul dari bibir Firdayu semula. Firdayu mengeluh kecil. 

            Luqman yang masih duduk di hadapannya itu mengerutkan dahi. Siapa Shaza? Dia tidak pernah mendengar nama itu disebut oleh Firdayu.

            “Siapa Shaza? Klien baru kita ke?” soal Luqman.

            Firdayu tersenyum kelat. Pertanyaan Luqman itu dibiarkan tergantung.

            “Man…you panggilkan Aliyah masuk. I ada hal mahu discuss dengan Aliyah.”

            Luqman menjongketkan bahu. Dia anggukkan kepala lantas mengaturkan langkah keluar dari bilik Firdayu.

“KHILFI!” Wanita itu menolak tubuh Firdayu dari merapati tubuh adiknya yang sudah terbujur kaku di atas katil itu. Firdayu tersentak.

            Mereka saling bertentangan mata. Ada sorotan kebencian dari pandangan mata wanita terbabit. 

            “Shaza…” Firdayu memanggil lembut. Dia ingin sentuh bahu wanita itu namun ditarik semula tangannya.

            “Khilfi…kenapa kau tinggalkan kakak.” Terhenjut-henjut wanita yang dipanggil Shaza itu memeluk tubuh kaku Khilfi.

            Firdayu membisu. Kemalangan yang menimpa Khilfi telah meragut nyawa lelaki
itu. Dia tahu dia adalah punca kematian Khilfi. 

            Shaza memesongkan pandangannya kepada Firdayu. Khilfi tentu tidak mati jika dia tidak berkenalan dengan wanita ini. Dia tidak sepatutnya membiarkan Khilfi mendekati Firdayu. Rasa kesal di hati Shaza menggunung tinggi. Khilfi adalah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Khilfi adik kesayangannya. Firdayu telah membunuh Khilfi.

            Firdayu bukan wanita yang setia ada cinta. Firdayu mempunyai ramai teman lelaki disekililingnya. Lelaki yang tunduk pada raut wajah jelita dan bicara manisnya. Mengapa Khilfi terjebak dengan permainan cinta Firdayu? Firdayu tahu yang Khilfi adalah adiknya. Firdayu tahu yang dia begitu menyayangi Khilfi. Kenapa Firdayu perlu merampas Khilfi dari dia? 

            “Please…I tidak mahu tengok muka you depan mata I.” Shaza langsung tida mahu memandang ke arah Firdayu.

            “Shaza…biar I jelaskan semuanya. I…”

            “Cukup! I mahu you keluar dari bilik ini!” Shaza memintas.

            Firdayu menarik nafas panjang. Dia mengaturkan langkah kakinya. Dia biarkan Shaza bersendirian menanggung kesedihan kehilangan adiknya. Dia turut terasa dengan kehilangan Khilfi.

            Apabila Firdayu mengingati Khilfi maka dia mengingati wajah Kid bekas pembantunya itu. Kid dan Khilfi tiada bezanya dari segi penampilan. Cuma bezanya di sini pabila Kid bertukar menjadi Keyrill Benjamin. Keyrill Benjamin lelaki segak yang punya stail tersendiri. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana hati wanitanya boleh tersangkut kepada encik peguam itu? Keyrill Benjamin bukanlah lelaki segah Ruzair mahupun Dato’ Aminuddin.

            Firdayu menatap gambar dia bersama teman baiknya Gia dan Shaza. Kedua-dua orang yang memahaminya sudah meninggalkan dia. Gia sudah ditelan oleh tanah manakala Shaza hilang entah ke mana. Kenangan pahit memang sukar untuk dikikis dari otak ingatan. Bunyi telefon mengejutkan Firdayu dari lamunan. Bibirnya memalit senyuman melihat nama yang tertera pada skrin telefonya itu. Keyrill Benjamin!

            “Assalamualaikum encik peguam.” ujarnya girang.

            “Waalaikumusalam. Awak nak saya pickup awak di Bukit Bintang ke?” balas Keyrill.

            Firdayu ketawa kecil.

            “You takut I lewat?” 

            “Saya sudah kenal sangat dengan sikap tidak pandai menguruskan masa awak itu Cik Firdayu.” desis Keyrill serius. 

Apabila bertemujanji dia sahaja yang datang awal terlebih dahulu dari Firdayu. Sedangkan terlebih maklum yang dia lebih sibuk dari tunangnya itu. Keyrill masih mampu bersabar dengan sikap Firdayu yang suka melengahkan masa. Masa itu emas!

“Okay-okay I mengalah dengan you. You jemput I jam dua petang nanti.” 

Itu yang Keyrill mahu dengar dari mulut tunangnya. Firdayu sudah pandai untuk mengambil hati kecilnya. Perubahan yang baik. Kalau tidak sebelum ini hanya Firdayu sahaja yang mahu menang jika mereka bertengkar. Hal-hal yang kecil pun Firdayu perbesarkan.

“Sebelum pukul dua I sampai sana.” Dia perlu sampai lebih awal kerana dia tidak mahu Firdayu melencong ke tempat lain. Kalau Firdayu sudah melencong mahunya satu malam dia mencari Firdayu di Bukit Bintang itu. Entah-entah sampai tiga hari dua malam.

What? You biar betul? Macam mana kes anak guaman you itu?”

“Kes anak guam saya sudah settle dua hari lepaslah. Saya sudah menang kes tersebut. Awak yang pelupa. Awak asyik sibuk dengan fashion show awak di Thailand.”  Keyrill mencebik. Kerja adalah perkara utama Firdayu. Dia jatuh nombor dua buat masa ini. Entah bilalah dia akkan duduki tangga pertama.

I’m so sorry…I benar-benar lupalah.” Alamak! Itulah Firdayu kau asyik sibuk dengan pertunjukkan fesyen kau saja sampai lupa pada kebajikan tunang kau. Nasib baik Keyrill bukan jenis lelaki yang suka merajuk. Itu yang dia suka!

“Saya rasakan awak patut pergi salon untuk buat check-up pada rambut awak. Manalah tahu sudah tumbuh uban.”

“Keyrill!” Firdayu separuh menjerit. 

            Giliran Keyrill pula mengekeh ketawa. Dia seronok kalau dapat mengenakan Firdayu. Kalau Firdayu ada di depan mata tentu sahaja wajah jelita tunangnya itu kemerah-merahan menahan marah.

            “You memang jahat!” marah Firdayu lagi.

            “Tapi lelaki jahat ini juga yang awak sayang.” Tawanya masih bersisa. Dia jahat?
Rasanya Firdayu yang terlebih jahatnya. Ramai lelaki meraung kerana tunangnya itu dahulu. Kalau dia tidak mempunyai sikap sabar yang kuat memang sudah lama dia ucapkan selamat tinggal kepada Firdayu.

            “Kid…I perlu bergerak sekarang. Aliyah dan Luqman sedang menanti I.”

            “Firdayu…bukan Kid tapi Keyrill.” Keyrill mengingatkan lagi Firdayu. Nama Kid masih tidak lekang dari bibir tunangnya itu. Sampai bila bayangan Kid perlu ada pada pandangan mata Firdayu. Dia tahulah Kid dan Keyrill itu orang yang sama namun dia mahu Firdayu memandangnya sebagai Keyrill Benjamin!

            “Sorry…I sudah terbiasa.” ucap Firdayu lembut. 

            “Awak kena cuba juga panggil saya Keyrill.”

            “I akan usahakan.” Janji Firdayu.

            “Emmm…sebelum pukul dua nanti saya jemput awak. Assalamualaikum. I love you.”

            “I love you too. Waalaikumusalam.” Firdayu menutup telefon bimbitnya.

10 comments:

  1. best la kak ilya...smbung la lg,xsbr nk tggu n3 strusnye....

    ReplyDelete
  2. syok gila cite ni.
    cpt2 continue ye kak..
    x sbr duk nunggu ni...

    ReplyDelete
  3. Akhirnya Keluar juga part2..Suka,Suka,Suka....

    Nak Part 3.... ^^

    ReplyDelete
  4. n3 baru dah keluar..
    menariklah kali ni,...
    nmpknya firdayu memang betul2 dah berubah...
    harap kekal lah perrubahan tu ya

    ReplyDelete
  5. x sabar nak tunggu next n3..... plz....

    ReplyDelete
  6. sis , agak agak , 'satukan cinta kita' ni keluar pada bulan berapa tahun depan ?

    ReplyDelete
  7. best nya citer nie...
    x sbr nk tgg bab 3..
    cpt2 la tulis..
    hehehe... =)

    ReplyDelete
  8. best tapi cm berat ati nak bce..sbb nanti byk halangan dlm cinta diorg..sdih..
    tapi mmg best..!

    ReplyDelete
  9. bestla crite ni....
    x de sambungan ke?
    sambung cpt2 ye...

    ReplyDelete