Tab Menu

Followers

Sunday, April 8, 2012

Tuan dan Puan - Bab 8


TUAN Aakif tarik muka masam. Sebelah kanan rumah ibu mertuaku dan sebelah kiri rumah abahku pula. Rumah dia dan Aimy di tengah-tengah. Tak ke pelik namanya tu. Amsyar pula ketawa bagai nak rak. Ini lagi seorang yang menjadi penyokong kuat abah yang langsung tidak menghalang abah duduk berjiran dengannya. Atuk pun turut diheret bersama.

            Tuan Aakif mencampakkan batang pennya atas meja. Dia tiada mood untuk meneruskan kerja. Ada saja perkara yang spoiler mood dia. Dua hari lepas  kehadiran Raiyan Gonzale hari ini kes lain pulak. Bulan madunya pun terpaksa ditangguhkan gara-gara ibu mertuaku demam terkejut. Datin Amalia banyak sangat helah tersembunyi.

            Amsyar menepuk bahu Tuan Aakif. Dia memahami masalah yang melanda anak saudaranya itu. Masalahnya dia memang tidak mampu untuk menghalang Tuan Aali duduk berjiran sekali dengan anaknya. Abangnya itu cukup takut Tuan Aakif dibuli oleh Datin Amalia. Al-maklumlah Datin Amalia itu mak singa.

            “Bawa bertenang Aakif.”

            “Tenang macam mana lagi pakcik? Otak saya dah ‘jam’ ’” Rengus Tuan Aakif.

            “Marahnya…” Amsyar ketawa kecil. Dia memang suka sekali kalau bab menyakat Tuan Aakif. Tuan Aakif bila marah main pakai lepas saja.

            Tuan Aakif melepaskan keluhan kecil.

            Pintu bilik pejabatnya terkuak. Wajah seorang yang cukup dikenali terpacul di muka pintu. Tuan Aakif dan Amsyar serentak memandang ke arah wajah jelita terbabit. Tuan Aakif dan Amsyar buat muka terkejutlah kononnya. Zahnita anak Pak Zain. Bukan Ziana Zain okay. Zahnita ni separuh maut gilakan Tuan Aakif.

            Ini mesti si Zahnita sudah tahu berita perkahwinan dia dengan Aimy. Apa tidaknya, anak orang ternama macam dia memanglah akan masuk muka depan akhbar. Lagi-lagi dia pernah ada gossip panas dengan Zahnita. Gossip liar yang mengatakan dia ada hubungan cinta dengan penyanyi popular itu. Dia hanya menemani Zahnita untuk majlis Anugerah Bintang Popular sahaja. Dia bukan teman tapi mesra Zahnita.

            Zahnita mencerlung dia tajam. Rupa macam nak menerkam dia saja. Zahnita nampak seperti gelojoh orangnya. Bahaya-bahaya….

            “Hai nita!” Amsyar menyapa.

            “Sampai hati you, Aakif.” Akhbar Metro itu dilemparkan pada muka Tuan Aakif

Apa hal perempuan seorang ni mahu mengamuk tidak tentu pasal dengan dia? Dia bukannya ada hubungan cinta dengan anak Pak Zain ni. Dulu Zahnita selalu kecoh mengatakan dia ni angkuh dan cerewet. Heran juga yang Zahnita boleh ada perasaan pada dia.

            Zahnita tidak menyahut kata-kata dari Amsyar. Dia lebih menumpukan perhatian kepada Tuan Aakif. Lelaki yang bertakhta di hatinya. Zahnita mengalihkan air mata.

            “Aakif...jangan buat I macam ni.” Zahnita merengek. Air mata gadis itu merembes.

            Amsyar menekup mulut. Ah! Sudah…Zahnita sudah bikin drama air mata di sini.Tuan Aakif masih tidak berganjak dari kerusi duduknya.

            “I rasa I tiada janji apa-apa dengan you.” Tuan Aakif menyilangkan tangan. Entah bila dia bercinta dengan Zahnita ntah.

            “Tapi you I sukakan you. You yang butakan hati you kan?” Zahnita cukup geram dengan sikap tidak acuh Tuan Aakif. Masakan perempuan cantik sepertinya yang perlu meluahkan perasaan dahulu. Itu perigi cari timba namanya.

            “I sudah berkali-kali cakap pada you yang I cintakan Aimy. Tiada gadis yang yang bertakhta di hati I melain dia. Mungkin dia tidak secantik you tetapi dia memiliki satu keistimewaan yang you tiada.”

            Zahnita mengigit bibir. Lantas dia melangkah keluar dari bilik pejabat Tuan Aakif. Amsyar mengekori gadis itu.

            “Baik you lupakan Aakif, Nita.” Amsyar bersuara lembut.

            Shut up Uncle Amysar!” Zahnita menaikkan nada suara. Hatinya sedang bengkak tetapi lelaki seorang ini menyibuk pula. Zahnita tidak menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya lagi.

            Amsyar gelengkan kepala. Dia hulurkan kotak tisu kepada Zahnita. Buruk rupa gadis itu apabila menangis. Kebetulan ada kotak tisu pada meja salah seorang staf mereka.

            “I rasa you perlukan ini.”

            Thanks.”

            “Apa kata kita berbual di luar.” Pelawa Amsyar.

            Zahnita merenung wajah lelaki yang berdiri di sebelah itu. Amsyar lelaki itu bapa saudara kepada Tuan Aakif. Wajah lelaki yang sentiasa kelihatan tenang dan tidak lekang dengan senyuman di bibir.

            “Larat ke telinga you mendengar luahan hati I.”

            “I adalah pendengar yang terbaik.” Amsyar puji diri sendiri. “Itu kalau you sudi Cik Zahnita keluar bersama Uncle Amsyar.”

            Amsyar maju ke hadapan. Zahnita menurut dari belakang.

TUAN Aakif bersandar pada kerusi eksklusifnya dengan wajah yang cukup kelat. Bulan madu tergendala, dia pula sengaja merajuk dengan isterinya. Dia mahu Aimy memujuk dia sampai hatinya sejuk. Sarapan yang Aimy sediakan pagi tadi pun dia tidak sentuh. Dia tunjuk perasaan dengan Aimy habis-habisan.

            Dia tidak peduli jika sikapnya itu macam budak-budak. Dia mahukan Aimy memberikan perhatian sepenuh masa untuknya bukan untuk ibu mertuanya itu. Tidak cukup lagi mereka sudah hidup berjiran. Mak singa itu memang suka menjadi penyibuk. Plan Tuan Aakif mahu beromantis dengan Aimy digagalkan oleh mak singa itu.

            Tuan Aakif penat-penat saja merancang bulan madu ke Korea. Tiket yang dibeli membazir begitu sahaja. Hotel yang ditempah sudah diberikan deposit. Wangnya melabur tanpa faedah.

            Bunyi telefon bimbit yang berdering dibiarkan oleh Tuan Aakif. Siapalah yang sibuk mengganggu dia yang tengah melayan perasaan ini. Nama yang terpapar pada skrin telefon menyebabkan Tuan Aakif terpaksa menjawabnya jua.

            “Assalamualaikum atuk…”

            “Waalaikumusalam. Aakif baik Aakif balik rumah sekarang.” Nada Tok Nadim macam cemas sahaja.

            “Kenapa Atuk?”

            “Balik sajalah Aakif. Kalau tidak ada yang masuk ICU nanti.”

            “Baik-baiklah.” Tuan Aakif mematikan talian setelah mengucapkan kata salam pada atuknya. Apa hal pula sampai nak masuk ICU ni?

            Tuan Aakif tidak menunggu lama. Dia mencapai kunci kereta. Pesanan buat Amsyar hanya ditinggalkan pada setiausahanya. Pakcik itu lesap entah ke mana. Agaknya pergi mengayat Zahnita kot?

“BOLEH saya berjumpa dengan Puan Aimy Najwa…” Seorang lelaki tampan berdiri di hadapan gadis penyambut tetamu itu.

            Wajah gadis itu merona merah melihat senyuman lelaki tampan di hadapannya.

            “Atas urusan apa ya encik?” soal gadis penyambut tetamu itu lembut.

            “Saya teman lama dia.”

            Teman lama Puan Aimy? Dia tidak pernah lihat wajah lelaki ini. Kalau lelaki yang dipanggil Raiyan itu memang dia kenali.

            “Boleh saya tahu nama encik?”

            “Tengku umar. Nama saya Tengku Umar.”

            Gadis penyambut tetamu itu menekan butang interkom. Dia sampaikan kepada Rosnah, setiausaha ketuanya.

            Seketika kemudian…

            “Saya hantar Tengku Umar ke bilik tamu dulu.”

            “Terima kasih.”

            Rosnah mengetuk perlahan bilik pejabat Aimy. Mujurlah Aimy tidak sibuk kebelakangan ini. Jika ketuanya itu sibuk sememangannya dia tidak boleh menerima tetamu untuk Aimy.

            Sebaik mendengar suara lunak merdu Aimy menyuruhnya masuk, Rosnah memulas cembul pintu. Dilihatnya Aimy sedang sibuk melakarkan sesuatu dari atas kertas bersaiz A4 itu.

            “Puan Aimy…” Rasa janggal pula bila mendengar gelaran di hadapannya itu. “Ada teman lama mahu berjumpa dengan puan.”

            “Siapa Kak Ros?” Aimy sudah biasa menggelarkan setiausahanya itu sebagai Kak Ros.

            “Nama dia Tengku Umar.” Balas Rosnah.

            “Tengku Umar…” Aimy berfikir sejenak. Dia seperti pernah dengar nama itu. Seketika kemudian Aimy tersenyum manis.

            “Benarkan dia masuk.”

            “Puan kenal dengan dia?”

            “Ya. Teman lama di Universiti dulu.”

            Rosnah menurut arahan ketuanya itu. Dia menuju ke bilik tamu dan membawa Tengku Umar ke bilik pejabat ketuanya. Pintu bilik pejabat Aimy dipulas perlahan.

            “Silakan Tengku Umar.”

            Tengku Umar menghadiahkan senyuman manisnya buat Rosnah. Rosnah menutup kembali pintu bilik sebaik tengku umar melangkah masuk.

            “Tengku umar…” Riak wajah Aimy berubah sama sekali. Senyuman terhias pada bibir basahnya.

            “Kau sudah lupakan saya ya? Kenapa kahwin tidak jemput saya?” Tanpa dijemput Tengku Umar melabuhkan punggung pada sofa empuk di dalam bilik Aimy itu. “Luas juga pejabat kau ini ya?”

            “Umar..saya ada hantarkan kad jemputan perkahwinan saya pada umi awak tau. Awak yang outstation ke Dubai.” Aimy membidas kata-kata Tengku Umar.

            “Saya ingatkan kau akan kena paksa berkahwin dengan Raiyan? Tidak sangka jodoh kau dengan Tuan Aakif yang menjengkel hati saya tu memang kuat.” Tengku Umar mencapai majalah di atas meja itu.

            “Umar…manusia tiada yang sempurna. Saya dan Aakif memang tiada keserasian tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh hidup bersama. Saya cintakan Akif dari kami berhingusan lagi.”
            “Saya tahu rahsia kamu itu.”

            Aimy tersenyum.

            “Macam dengan cinta awak?”

            “Halangan banyak sangat. Boleh dikatakan saya sudah letih untuk menghadapinya.” Tengku Umar mendepangkan kedua belah tangannya.

            “Tengku Umar…jangan awak katakan yang awak sudah berpisah dengan Qaisara.”

            Tengku Umar mengetap bibir. Dia tenung wajah Aimy yang reaksi sudah menjadi begtiu serius. Dia tahu yang Aimy amat mengambil berat perihal dirinya tidak lebih sebagai teman rapat.

            “Kalau saya kata saya sudah tinggalkan Qaisara?”

            “Tengku Umar!”

            Tengku Umar ketawa kecil.

            “Bergurau saja.”

            Aimy menghela nafas kecil.

            “Apa khabar Qaisara sekarang?”

            “Baik-baik saja. Hampir saya terlupa. Kau tak berbulan madu dengan Tuan Aakif ke?”

            Aimy menjongketkan bahu. Bulan madu yang dibatalkan memaksa dia kembali semula menjalankan tugas di pejabat. Aimy tahu yang Tuan Aakif bengang dengan mamanya. Hati mama perlu dijaga dan hati suami lebih perlu dijaga. Aimy tersepit antara keduanya waktu ini. Suaminya itu adakala brperangai keanak-anakan juga.

            Tuan Aakif sudah menarik muka masam dengannya semalam. Dia juga yang terpaksa tidur atas sofa dalam bilik mereka. Tuan Aakif buat muka. Baharu beberapa hari berkahwin sudah timbul masalah macam ini.

            “Aimy…” Entah bila Tengku Umar mengawang-awangkan tangan pada wajahnya.

            Boleh pula dia mengelamun ketika ini. 

            “Maaf…”

            “Kau ada masalah ke?”

            Aimy tersengih. Masalah rumahtangganya masakan mahu diceritakan kepada orang lain.

            Belum sempat Aimy mahu membalas telefon bimbitnya sudah berbunyi. Tertera nama neneknya di situ. Pastinya panggilan penting buat dia.

3 comments:

  1. HEHEHE...
    MEMANG SAH-SAH LEPAS NI ADA YANG MASUK ICU...

    ReplyDelete
  2. Sweet...tak lama lg meletuslah perang :)

    ReplyDelete
  3. best dan sweet je..

    ReplyDelete