Tab Menu

Followers

Friday, April 1, 2011

Coke and Sundae II - Bab 11

AZYAN buat muka memberontak. Patutlah Syakir hilang ketika dia sedang rakus menikmati kelazatan aiskrim sundae tadi. Rupanya dia membeli baju kurung biru berkenaan. Benci! Benci! Dia tak mahu langsung memandang baru kurung biru yang bersulam emas itu. Syakir hanya tersengih panjang. Mana mungkin dia akan mengalah dengan Azyan. Baju kurung biru bersulam emas ini memang cantik. Kalau Azyan pakai lagi cantik. Kainnya pun lembut dan sesuai sangat dengan isteri dia yang comel ini.

            Alalalala…makin comel muka tembam Azyan bila merajuk. Geram dia dibuatnya. Syakir merapati Azyan. Dia mengelus rambut Azyan yang sudah panjang hamir mencecah pinggang itu. Kalau dulu rambut panjang Azyan pasti akan ditocangkan ala ekor kuda. Dialah yang paling suka menarik ekor kuda Azyan. Dia suka tengok muka comel Azyan menyeringai kemarahan. 

Azyan kerut dahi. Syakir sudah lirikkan senyum kambingnya sorang-sorang. Apa agaknya yang ada dalam otak Syakir ye? Kalaulah dia boleh teropong pasti dia dapat tengok segala isi kandungan dalam kepala Syakir. Kalau bedah pun sekadar nampak otak yang berselirat itu.

Please….”

“Ayang kan dah cakap tak nak. Tak nak!” rengus Azyan. Karang aku cakap bahasa tamil baru laki aku tahu. Dari sekolah sampai nak masuk anak dua pun masih main paksa-paksa orang. Nasbi baik ada baby dalam perut. Kalau tidak aku karate kid laki aku ni.

“Ala…naklah sayang. Kita pakai tema blue color. Macam team boria.” Syakir ketawa kecil. Bertambah cemberut muka Azyan. 

“Suka hati abanglah. Tak kuasa ayang nak melayan abang.” Azyan bingkas bangun keluar dari bilik tidur. Tekak rasa dahaga. 

“Nak ke mana tu sayang?” Syakir menyoal. Dia mengekori langkah Azyan yang sudah menuruni anak tangga. 

“Menghendap budak bujang di sebelah rumah.” balas Azyan.

“Sayang!” Syakir menjegilkan biji matanya. Cakap man-main pula bini dia ni. Dia tahulah beberapa hari lepas ada sekumpulan pelajar lelaki berpindah di sebelah rumah mereka itu. Azyan adalah juga hantarkan makanan di rumah sebelah. Budak-budak lelaki itu pun memang ramah melayan Azyan. Terbit juga rasa cemburu di hati Syakir. Sikit aje tau. 

Azyan angkat kening. Padan muka! Biarkan Syakir rasa. Dia ingat dia seorang saja famous! Bini dia ni pun dalam kategori famous jugak. Kalau nak jadikan budak-budak jiran sebelah anak ikan pun boleh. Boleh tahan semuanya. Budak-budak itu pun kata dia seorang ibu yang comel. Kembang kempis hidung. 

“Sayang…be careful!” Syakir memaut lengan Azyan. 

“Ayang boleh jalan sendirilah.” Azyan menarik lengannya. 

Syakir gelengkan kepala. Dia tahu Azyan masih tidak berpuas hati pasal tema baju untuk ke majlis perkahwinan Mat Karan. Bukan selalu pun nak ikut tema bagai ni. Azyan ni sengaja nak mengada-ngada ye. 

“Ingat…Ayang tu bawa baby tau.” pesan Syakir.

“Ayang tahulah.” Azyan mencebikkan bibir. 

Degil! Dia bukan apa….risaukan kedua-duanya sekali.

MUKA monyok Azyan menjadi santapan mata Kak Nani dan Salwa. Tiada senyuman manis terukir pada bibir teman mereka itu. Apa yang tidak kena agaknya. Semalam cuaca cerah dan hari ini cuaca mendung. Ada tanda-tanda hendak hujan tu. Mereka mengerling ke arah Syakir yang sedang rancak bangat berbual dengan Zekri dan Tengku Kudin. Lagak Syakir macam tiada perang teluk berlaku. Maka kenalah mereka menyoal Azyan jika nak mahu tahu ceritanya. Itu pun kalau Azyan tidak liat mahu membuka mulutnya.

            Pandangan tajam Kak Nani dan Salwa buat Azyan makin tidak selesa. Kalau dia cerita pada mereka pasti dia akan diketawakan. Ini semua Syakir punya pasal. Beria-ia sangat mahu mereka sekeluarga pakai satu sut warna biru. Konon ikut tema majlis. Mat karan pun satu hal! Kenapa perlu melibatkan geng sekali pakai serba biru? Biarlah pengantin dan pengapit pengantin yang sama warna. 
            “Bila kau jadi sensitif ni Yan?” Kak Nani menarik pipi Azyan yang semakin tembam. 

            “Hari itu bukan main kecoh kau berbual dengan aku dalam telefon. Kau perang teluk dengan Syakir ke?” celah Salwa. 

Azyan gelengkan kepala. Dia mana ada perang teluk dengan Syakir. Gaduh-gaduh sayang adalah. 

            “Perang teluk apanya ni. Apa ingat Iran dengan Iraq ke?” balas Azyan bersahaja. Ala bukan dia tidak tahu Kak Nani dan Salwa nak korek cerita. 

            “Habis tu? Jangan buat muka tak cukup makan depan kita orang ye. Cuba senyum sikit.” Sekali lagi Kak Nani tarik pipi tembam Azyan. Menyeringai Azyan. Ingat pipi tembam dia tiada insurans ke? 

            Azyan tetap membisu. Dia tidak akan buka pasal isu team boria yang mereka dok kecohkan sekarang. Beria-ia capai kata sepakat mahu berbaju biru satu keluarga. Dia seorang saja yang berada dalam parti pembangkang. 

            “Ada orang tu buat pemberontakkan.” Syakir menyampuk.

            “Pemberontakkan? Tadi kata tiada perang teluk.” Salwa menjeling Azyan. Azyan tarik muka. Mulutnya muncung sedepa.

            “Dia buat tunjuk perasaan sebab…” Belum sempat Syakir menyudahkan ayat, lengannya sudah kena sepit dengan ketam Azyan.

            Sakitnya Syakir sahaja yang tahu betapa berbisanya ketam Azyan. Azyan tersengih. Padan muka! 

            “Ini mesti pasal tema majlis perkahwinan Mat Karan. Kita kan sudah sepakat satu tema. Lari dari tema kalau salah seorang dari kita baju warna lain.”

            “Tahu tak apa.” Salwa menyokong kata-kata Kak Nani. 

            Teman-temannya ini memang sepakat. Kalau dalam lagu kartun Wonder Pets yang Ameerul tonton dalam televisyen itu, “Apa yang penting kerjasama…” Kartun yang Azyan memang tidak beberapa nak layan. Budak-budak macam Ameerul memanglah suka. Tidak beralih tempat duduk kalau sudah layan Wonder Pets dia.

            Ameerul tiada di rumah waktu ini. Dia mengikut pak usunya membeli-belah bersama Dora-Dora. Eloklah bawa Ameerul sebagai teman. Tak manis si teruna berjalan berdua-duaan dengan si dara. Nescaya akan ada orang ketiga. Teringat pula pada lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Mior Hashim, Ana Rafali dan lupa pula namanya. Malaslah nak memerah otak.

            “Jangan lari dari tema. Syakir kau pastikan bini kesayangan kau ni tak lari dari tema kita.” Kak Nani menari-narikan jari telunjuknya pada muka Azyan. Dalam banyak-banyak teman mereka isteri Doktor Muhammad Syakir ini yang paling degil.

            “Jangan risau Kak Nani….dia pasti akan pakai juga.”

            Mana aci kalau begini. Kalau campur dengan Zekri dan Tengku Kudin maka lima berbalas satu. Awal-awal lagi dia sudah kalah. Huhuhuhu…

            “Kau kalau bab paksa-memaksa ini memang terserah pada kaukan. Jangan sampai kau tidur kat luar bilik sudah.” Kak Nani sudah melambakkan tawanya. 

            Merah padam muka Azyan. Kak Nani ni main cakap lepas mulut sajalah. Dia tidak pernah tau bagi Syakir tidur luar bilik. Mana boleh Syakir tiada di sebelahnya. Syakir bantal peluk kesayangan Azyan. Orang sayang laki katakan.

            “Minta maaflah ye dengan mulut celupar isteri I.” Zekri bekas Mat Romeo mengerling isterinya dengan ekor mata. Kak Nani buat tidak nampak. Ala bukan selalu dapat menyakat suami isteri yang bahagia itu.

            “Maaf diterima.” balas Syakir. Jelas ada senyuman nakal di hujung bibirnya. 

            Bunyi tangisan di laman rumah Syakir itu mematikan tawa mereka. Salwa bingkas bangun diikuti oleh Zekri. Ada siapa lagi yang teriak kalau bukan anak mereka. Salwa datang berdua sahaja dengan Tengku Kudin. Anak-anak dalam jagaan orang gaji. Salwa bercekak pinggang dengan telatah anak kembarnya itu. Amelia dan Amelina kembar nakal yang selalu buat Kak Nani darah tinggi. Zekri sudah merapati Amelina yang sedang menangis teresak-esak. Amelia hanya buat tidak tahu dengan tangisan adik kembarnya. 

            Kak Nani menarik telinga Amelia yang sedang leka bermain dengan anak patung beruang di tangannya. Dia tahu mesti Amelia yang buat Amelina sampai menangis. Amelia bukan jenis yang suka mengalah. Tidak padan dengan perempuan kasar kemain dia. Sudah kena piat telinga pun masih boleh buat muka tak bersalahnya. 

            “Nasib bukan anak lelaki. Kalau tidak salah seorang jadi Mat Romeo macam daddy dia.” suara Syakir. 

            “Abang…” Sekali lagi ketam Azyan menggigit lengan Syakir. 

            “Abang gurau ajelah.” Syakir mengosok-gosok lengan yang pedih kena gigit dengan ketam Azyan. 

            “Makin comel aku tengok si kembar Kak Nani ni. Kalau besar nanti mesti cantik. Boleh chop dulu buat bakal menantu.” 

            Syakir dan Azyan beralih mata pada yang empunya suara. Siapa lagi kalau bukan Salwa. Salwa ada tiga hero. Nakalnya yang boleh tahan jugak. Lagi seorang ada dalam perut. Salwa kata kali ini gerenti anak perempuan. Yakin sungguh!

            “Anak teruna aku…kau tak nak chop dulu ke Wawa?” 

            “Anak kau lelaki. Buat apa aku nak chop.” 

            “Ala…kau kata yang dalam perut tu perempuan so boleh kenenkan dengan Meerul.” 

            Syakir menepuk dahi. Macam-macamlah isteri dia ni. Jangan dia buat pasal nak tunangkan anak masa kecil sudah. Itu ala orang dulu-dulu. Zaman P.Ramlee adalah. Anak perempuan kena ikut cakap ibu bapa. Kalau membantah alamat jadi macam Kassim Selamat. Teruna dan dara zaman sekarang suka mencari pilihan sendiri. 

            “Anak teruna kau…tak mahulah aku.” Salwa mencebik bibir.

            Azyan kerut dahi. “Kenapa?” Hairan juga ni sebab Salwa tidak berkenan dengan Ameerul si comel dia yang keletah itu. Ameerul ada mewarisi ketampanan Syakir. Azyan boleh membayangkan wajah Ameerul apabila besar nanti. Tentu saja Ameerul akan menajadi rebutan gadis-gadis di sekelilingnya. 

            “Aku tak nak ada gen laser macam bapak dia.” Salwa sudah ketawa besar. Begitu jua dengan Syakir.

            “Salwa!” Azyan menjegilkan biji matanya. 

            “Sayang…anak kita kecil lagi. Belum sesuai nak melalut pasal soal jodoh ni. Kita pun tidak tahu anak keempat si Wawa ni lelaki atau perempuan.” Syakir memaut lembut bahu Azyan. 

            “Perempuanlah Syakir.” Salwa tetap menyatakan anak yang dikandungnya itu bayi perempuan. Nampak sungguh dia berharap. 

            “Perempuan ke…lelaki ke…abang tak kisahlah darling. Yang penting baby kita sihat.” Tengku Kudin pula bersuara. 

            Darling! Amboi Salwa lagi class dari dia. 




.

8 comments:

  1. memang superb!! coke and sundae memang selalu best~`~
    tak saba nak tunggu next episod...

    ReplyDelete
  2. baru balik sekolah,terus surf internet..hilang teros penat bile tengok akak dah post bab11 ~

    haha..

    by the way,akak,Ana Rafali lah..bukan Ana Rafael..dah macam Rafael Nadal pulak bunyi..teehehe..tapi takpe,semua orang buat silap kan..:)

    ReplyDelete
  3. best! lame sgt nk tnggu akak post..haha..

    ReplyDelete
  4. best....akk cepat post next episode!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. hehehe...
    best...best...
    akak nak lagi

    ReplyDelete
  6. wahhh next bab..hihihi..

    ReplyDelete
  7. kak . lagu tu 'kalau berpacaran' la . bukan jangan berpacaran . hehe . dah lame tak komen .

    ReplyDelete