Tab Menu

Followers

Sunday, April 3, 2011

Coke and Sundae II - Bab 13

SELAMAT pengantin baru…selamat berbahagia…bergema lagi lagu dendangan almarhum Saloma di udara. Azyan beriringan melangkah bersama Syakir dan anak mereka Ameerul. Terkenang pula zaman mereka kahwin dulu. Alangkah indahnya menjadi pengantin. Kak Nani dan Salwa melambaikan tangan ke arah Syakir dan Azyan. Bukan main bergaya mereka dengan fesyen masing-masing. Salwa berbaju kurung Johor manakala  Kak Nani memakai kebaya mengikt potongan badan. Dia nak berkebaya…kena fikir dua tiga kali. Perut ni mana nak simpan. 

            Tengku Kudin mencit bahu Syakir. Dia membisikkan sesuatu pada Syakir hingga Syakir tersenyum lebar. Dia menjeling isterinya yang sedang rancak berbual bersama Salwa dan Kak Nani. Tawa halus Azyan sentiasa mengusik hatinya.

            “Cantik isteri you. I suka.”

            “Isteri I memang cantik.” Syakir tersentak. Macam ku kenal dengan ini suara. Dia segera berpaling. 

            “Hi!” Rizlan tersenyum sambil memperlihatkan barisan giginya yang putih bersih itu.

            Malaun ini pun ada sekali ke? Ingatkan sudah berambus balik semula ke overseas. Bukan main segak dia dengan baju melayunya.

            Azyan merapati Syakir lalu memaut lengan suaminya itu. Dia sempat menanyakan khabar dengan Rizlan. Rizlan memang ramah mesra kalau melayan Azyan. Senyumannya pun manis sepekat susu manis cap teko. 

            “Dah habis bercakap dengan wife I?” 

            “Eh! You cemburu.” 

            “Of course! You bukan boleh percaya sangat.” desis Syakir. Azyan ketawa kecil. Syakir tidak habis-habis cemburukan Rizlan. 

Rizlan tampak cool saja. Keterampilan diri kena jaga. Jangan jatuh imej sebagai lelaki maco abad ini. Cewahh! Rizlan tetap lelaki maskulin pujaan ramai. Syakir meletakkan telapak tangannya pada mata Azyan. Dia tak suka Azyan merenung Rizlan lama.lama. Kalau jatuh cinta kan susah. 

          “Abang suka fikir yang bukan-bukan. Ingat ayang ni mudah tergoda ke?” Azyzn memuncungkan mulutnya. Lantas dia menarik lengan Syakir. Ameerul ketawa. Kalau tengok lagak ibunya macam ‘queen control’ pulak.

            Rizlan menjongket bahu. Salwa dan Kak Nani gelengkan kepala. Mereka tidak memberitahu Syakir yang Mat Karan menjemput Rizlan bersama. Rizlan bukan jahat mana pun. Dia hanya suka mengusik.

            Bertalu-talu bunyi kompang yang mengiringi pasangan pengantin. Segak Mat Karan yang berbaju melayu dan bersamping serba biru itu. Rambutnya pun kemas dan tersisir rapi tidak seperti ketika berada di kolej dulu. Rambut ala Alleycatsnya sudah tiada. Gadis yang menjadi suri pun apa kurangnya. Orangnya manis bertubuh tinggi lampai. 

            Mata mereka tertumpu pada Saufi yang menjadi pengapit bagi pengantin lelaki. Teman yang seorang ini masih bujang. Katanya belum terlintas mahu berumahtangga. Berderet calon mereka perkenalkan pada dia, tapi semua dia tolak. Ada juga terlintas fikiran dalam kepala mengatakan Saufi suka sama jantina. Naik hantu kawan tu bila dapat tahu. Adalah sebulan lebih dia menyepikan dia. Merajuk!

            Pelamin ala taman itu tersergam indah. Upacara merengis bakal dilangsungkan. Dari kedua pihak pengantin lelaki dan perempuan hingga ke teman-teman rapat pengantin. Giliran Syakir dan isteri naik atas pelamin. Tangan si pengantin lelaki digenggam erat.

            “Selamat pengantin baru sahabatku.” ucap Syakir seraya menepuk lembut belakang Mat Karan.

            “Terima kasih tuan pengerusi kelab teater.” balas Mat Karan. “Lepas ini kita tunggu nasi minyak Doktor Saufi pula.” Sempat lagi Mat Karan perkenakan Saufi.

            Syakir dan Mat Karan memandang pada Saufi yang berdiri di sebelah itu. Saufi buat pekak telinga. Mak dan abah dia tak bising pun dia kahwin lewat. Teman-teman baiknya ini pula yang lebih. Macam mereka pula yang bermasalah jika dia tidak kahwin-kahwin. 

            “Selamat pengantin baru Mat…Qisti….semoga berbahagia sampai ke anak cucu. Kalau dapat anak perempuan nanti jangan lupa cari aku. Boleh buat menantu.” 

            Syakir jegilkan biji mata. Dia menyiku lengan isterinya. Ada pulak ke situ perginya. Mat Karan dan Qisti ketawa kecil. Uban belum ada atas kepala sudah berniat nak ada menantu. Azyan…Azyan…

            “Sorrylah Mat. Isteri aku ada wayar tercabut sikit.”

            Azyan buat muka. Selamba dia sekeh kepala Syakir depan pengantin. Ternganga teman-teman lain. Azyan angkat kepala tinggi-tinggi lalu turun dari pelamin. 

            “Pelik…” suara Qisti.

            “Mereka memang pasangan suami isteri yang pelik tapi jangan pandang rendah pada cinta mereka.” Mat Karan melirik mata pada Syakir dan Azyan. Kisah ini tidak meriah jika tiada kedua watak utama ini.

            Boleh pula dia merajuk dalam majlis perkahwinan Mat Karan. Makan pun duduk jauh-jauh dari Syakir. Cepat benar kecil hatinya. Habislah kalau baby dalam perut terpengaruh dengan sikap kuat merajuk Azyan.

            Kak Nani dan yang lain menongkat dagu. Sekejap pandang ke kanan dan sekejap lagi mereka pandang ke kiri. Ameerul tidak ambil kisah pasal perihal rajuk ini. Dia berselera menghadap hidangan depan mata. Sedap nasi minyak kenduri kahwin.

WAJAH Syakir berubah sebaik menerima panggilan telefon sebentar tadi. Dia menghampiri Azyan. “Syamil masuk hospital.”

            “Syamil masuk hospital? Kenapa?” Kelmarin dia lihat Syamil sihat-sihat sahaja. Siap keluar dating bersama Dora-Dora.

            “Ada orang pukul dia. Kita kena balik sekarang.” Syakir mengetap bibir. Siapa pula yang berani mengapa-apakan adiknya itu. Setahu dia Syamil tiada musuh dalam selimut. Syakir sudah mendukung tubuh Ameerul.

            “Hah! Ada orang pukul Syamil.” Terbuntang luas biji mata Salwa. 

            “Aku kena pulang sekarang. Mak aku kata teruk jugak Syamil kena pukul sampai tak sedarkan diri.” Jelas terpamer kerisauan pada wajah Syakir. 

            “Apa-apa hal nanti kau call kami.” Zekri menepuk lembut bahu Syakir. Syakir anggukkan kepala.
            “Sorry geng. Sampaikan salam aku pada Mat Karan dan isteri dia.” Syakir segera berlalu bersama Azyan dan anak mereka.

            Siapalah yang memukul Syamil agaknya. Dalam memandu Syakir memeras otak. Manalah tahu dia kenal dengan orang disyaki. Beberapa minggu lalu dia ada ternampak seorang gadis tomboy memaut kolar baju Syamiil. Gadis itu seakan mengugut Syamil. Tapi tak logiklah Syamil kena pukul dengan gadis berkenaan. Syamil tidaklah lembik mana.

            “Abang…kalau nak laju macam Fernando Alonso pun fikirkan keselamatan nyawa anak bini abang ni.” Azyan menegur. Karang tak pasal-pasal mereka sekali masuk hospital.

“SYAKIR….” Puan Mahani meluru mendapatkan anak sulungnya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam wad bersama Azyan dan Ameerul. Kemudian dia beralih memeluk menantunya. Cikgu Ilyas menghela nafas kecil. Mujurlah Syamil tidak mengalami kecederaan dalaman. Namun dahi Syamil menerima lima jahitan akibat luka yang agak mendalam.

            Lebam-lebam muka Syamil yang masih tidak sedar diri itu. Rupa macam mumia pun ada. Seorang gadis duduk berdekatan dengan adiknya itu. Wajah gadis itu sayu. Dia menundukkan kepala kerana tidak mahu orang lain melihat air matanya yang mengalir. Syakir kenal dengan gadis itu. Dania teman sekelas Syamil. Gadis pertama Syamil ajak bertemujanji. Emak pun ada cerita pasal Dania pada dia. Azyan pun ada cerita.

            “Apa sudah berlaku? Siapa yang pukul Syam sampil teruk begini mak?” Syakir menyoal geram. Kalau dia tahu siapa yang buat memang patah riuk orang itu dikerjakan. Syakir sudah siap genggam penumbuk.

            “Bawa bertenang Kir.” Cikgu Ilyas kena memainkan peranannya. Bahaya kalau Syakir naik darah. Hilang kawalan emosi nanti.

            “Bertenang abah cakap. Tu tengok tu! Teruk Syamil kena pukul!” Nada suara Syakir sudah memetir. Berdentum guruh. Itu dia kalau nak tahu siapa Syakir. Rasanya gelaran cicak kobeng sudah tidak sesuai untuk lakinya itu. Lebih afdal dengan gelaran gorilla.

            “Kir…kawal sikit amarah tu. Abah sudah buat report polis. Biar polis uruskan budak-budak yang pukul Syamil.” Cikgu Ilyas mula naik risau. Dia sudah boleh lihat urat-urat yang tertonjol pada dahi Syakir. Tanda-tanda anak dia mahu menjadi Incredible Hulk. Salahnya warna kulit Syakir tidak bertukar warna hijau sahaja.

            “Abang Syakir…Dania minta maaf. Ini semua salah Dania.Dania tak mampu heret Syamil dalam masalah Dania dengan Hana.” Dania mengesat air mata yang masih bersisa. Merah batang hidung. Mujur ada sapu tangan kalau tidak hingus meleleh habis. Jatuh saham Dania sebagai calon menantu Cikgu Ilyas dan Puan Mahani.

            Dia tidak menduga Hana serang hendap Syamil dengan geng-geng motornya. Mujurlah harinya terjerat mahu bertemu dengan Syamil petang itu. Kelam-kabut Hana lari bersama geng-geng motornya apabila terpandang dia. Mereka pukul Syamil dengan kayu hoki dan besbol. Itu mesti tiru cerita tamil dan Hindustan dalam televisyen.

            “Hana! Siapa Hana?” gerutu Syakir.

            Dania menelan air liur. Gerun dia melihat renungan tajam Syakir. 

            “Dia teman baik saya masa sekolah dulu. Dia sukakan saya tapi menolak dia sebab dia kaum sejenis dengan saya. Saya cuba nak bantu dia tapi dia menolak malah dia memusuhi teman-teman saya yang lain. Dia cemburu bila saya rapat dengan Syamil. Beberapa kali dia ugut Syamil. Tapi Syamil…” Dania tidak mampu meneruskan kata-katanya.

            “Bagi tahu abang mana tempat budak tomboy itu melepak.” Syakir akan cari budak bernama Hana itu sampai lubang cacing. Tak padan dengan perempuan nak tunjuk jantan!

            “Sudah Syakir! Jangan menambah masalah.” Cikgu Ilyas meninggikan suara. Dia memaut bahu Syakir. Azyan hanya membisu. Diam tidak berkutik. Kalau Azyan bersuara pun bukan mampu menyekat kemarahan Syakir.

            “Cakap! Mana tempat lepak budak tu!” soal Syakir keras.

            “Mereka selalu lepak di…” Tergagap-gagap Dania mengeluarkan perkataan. Rasa ada tekanan yang begitu berat.

Syakir tidak menghiraukan larangan abahnya. Dia terus meluru keluar sebaik sahaja Dania memberitahu lokasi tempat Hana dan geng-gengnya melepak.

“Syakir!” Panggilan Cikgu Ilyas tidak dihiraukan. Syakir tegar mengaturkan langkah. Cikgu Ilyas segera mengekori jejak anak sulungnya itu. 

“Yan telefon ayah dan Abang Zuan.” Azyan membuka mulut. Puan Mahani anggukkan kepala. Dia sendiri sudah buntu. Ligat dia mendail nombor telefonnya rumahnya. Kalau harapkan Cikgu Ilyas seorang tak terdaya kudrat bapa mertuanya itu menyekat Syakir nanti. Azyan perlu menghantar bantuan kecemasan. Orang kata A.S.A.P!

Alhamdulillah Mejar Idris dan Azuan ada di rumah.

“Abang Zuan…Syakir sudah jadi gorilla.”Adu Azyan.

Gorilla? Setahu abanglah kau yang gorilla bukannya Syakir. Kenapa jadi begitu? Kau tak bagi dia masuk bilik ke malam tadi Yan? Tak baik tahu laki kena tidur luar. Suami itu nakhoda rumahtangga.”

Tiada benda lain yang ada dalam kepala otak abang dia yang seorang ini. Ada pula yang kena santau nanti!

“Bukanlah! Jangan merepek yang bukan-bukan. Bagi telefon pada ayah.” getus Azyan. 

Azuan menyerahkan ganggang telefon kepada ayahnya. Dia berdiri menyilangkan tangan berdiri di sisi Encik Idris. 

“Ya…Yan kenapa? Cemas suara anak ayah ni.”

“Syamil masuk hospital ayah. Abang Syakir mengamuk sampai nak mencari budak-budak yang pukul Syamil tu. Yan bukan risaukan Abang Syakir. Yan risaukan budak-budak tu masuk lubang kubur pulak dikerjakan Abang Syakir.”

“Masya-ALLAH…Apa kesnya sampai Syamil kena pukul ni Yan.” Budak sekarang memang ganas-ganas belaka. Didikan ibu bapa sudah berkurangan. Anak buat salah pun dibiarkan sahaja tanpa tindakan. Guru-guru sekolah pun tidak berani menegur. Jika ditegur mereka pula yang menjadi mangsa. 

“Hal itu kita bincang kemudian. Yan nak ayah cari Abang Syakir sebelum budak-budak tu jadi arwah.”

“Baiklah…ayah dan Azuan akan cari Syakir.”

Beberapa minit kemudian Encik Idris meletakkan ganggang telefonnya. Encik Idris dan Azuan saling memandang antara satu sama lain. Wajah ayahnya serius semacam. 

“Mari kita pergi cari Syakir.” Encik Idris melintasi Azuan.

11 comments:

  1. sambung lagi..
    cikt sngt lah..
    x puas bca..

    ReplyDelete
  2. wakaka...lwk time Azuan smpat lagi kate Azyan yang gorilla.hahaha..

    best sangat2 kq ilya!!!!

    kesian Syamil! hish budak tomboy nih!!

    ReplyDelete
  3. hahaha...dh tebalik..dlu azyan yg gorilla,skrg syakir amek alih plak...nk lg....azyan n syakir = cute couple...hehehe

    ReplyDelete
  4. alamak Syakir dah keluarkan aura keganasan....
    habislah kalau dia dapat Hana and the geng....
    kesian kat syamil

    ReplyDelete
  5. terima kaseh kerana karya anda ini..sy suka sgt2...tp sy cukup xsuka n meluat dgn Katrina...bg dia mati kena langgar lori ek.sbb dia jahat sgt...

    ReplyDelete
  6. from cns II with love...akak dgn watak syakir dan azyan dlm cns memang sudah tak dapat dipisahkan. Huhuhuhu :D:

    ReplyDelete
  7. uhh..akak..makin mendebarkan laa...

    ReplyDelete
  8. wah!!! ada gorilla versi hulk la,,,hehehehe,,,bawak bersabar yew syakir,,,klau nak mgamuk,,,mngamuk la kat katrina siol tu,,,baru btoll,,,hehehe

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. hahaha..Azyan bkan risau sangat kat Syakir..just risau kat budak budak yg pukul Syam..Wakaka..silap haribulan masuk lubang kubur bdak bdak tu..>o<

    ReplyDelete