Tab Menu

Followers

Sunday, April 10, 2011

'Queen Control' - Bab 10

“YOU nampak pakaian yang berlonggok satu bakul itu” Jari telunjuk Putri Tasnim sudah menghalakan pada bakul yang sarat dengan pakaian.

            Tiryaq anggukkan kepalanya. Sudah tentulah dia nampak! Pemalas isterinya ini. Orangnya bergaya sakan tapi rumah berselerak dan tunggang-langgang. Pakaian dicampakkan merata tempat. Erti kata lain isterinya ini punya hidup yang tidak terurus. Dia tidak boleh tengok rumah bersepah-sepah. Rimas! Bukan semua wanita itu sukakan melakukan kerja-kerja rumah ini. 

            “Saya tiada masalah nak cuci pakaian awak. Tapi kali ini saya nak upah.” Tiryaq tersengih.

            “Upah!” Putri Tasnim mengerutkan dahi. Mula dia memikirkan benda-benda yang bukan. Putri Tasnim berundur setapak demi setapak dari Tiryaq. 

            Tiryaq segera menarik lengan isterinya. Satu kucupan singgah di kedua belah pipi Putri Tasnim. Putri Tasnim menyeringai.

            “Itu upah untuk saya.” Tiryaq ketawa kecil.

            “Damn you!” Putri Tasnim merengus kasar. Dia mengesat-gesat keda pipinya yang dikucup oleh Tiryaq sebentar tadi. Berani lelaki itu mempermainkan dia. Putri Tasnim berlalu dan masuk ke bilik. Pintu bilik it akan dihempaskan dengan kuat.

            Dia mahu Tiryaq kena sakit jantung agaknya. Tiryaq buat-buat mengurut dada. Kononnya terkejutlah tu.

            Tiryaq suka melakukan sesuatu yang tidak diijangka. Mula-mula dia pinta tidur sekatil. Sekarang dia pinta upah pula. Lepas ini dia pinta apa pula. Putri Tasnim mengetap bibir. Dia harus memulakan langkah untuk mengusir Tiryaq di dalam hidupnya. 

            Setengah jam kemudian pintu biliknya itu terkuak perlahan. Tiryaq melangkah masuk dan meletakkan segelas susu di atas meja kerja Putri Tasnim. Putri Tasnim buat tidak peduli dengan kehadiran Tiryaq. Tiryaq selamba mengucup ubun-ubun kepalanya. Putri Tasnim membiarkan sahaja. Tiryaq akan berbuat demikian apabila dia ingin masuk tidur. Lelaki itu bukannya reti bahsa pun kalau dia maki-hamunnya.

            Tiryaq sudah tidur pulas di atas katil. Dia masih menghadap kerja di depan komputer riba. Putri Tasnim mencengkam kepala. Dia masih buntu untuk menghasilkan iklan kecantikkan tersebut. Masa yang ada hanya tinggal esok. Kalau dia melepas projek kerjasama bersama Mr. Don maka Elite akan berada di hujung tanduk. Walau apa jua caranya dia mesti menyelamatkan Elite.

            Dalam kepala sarat dengan masalah yang bagai bertimpa-timpa itu, Putri Tasnim terlena di atas meja kerjanya. Ada bayangan berdiri di belakangnya. Siapa lagi kalau bukan Tiryaq yang disangka sudah tidur itu. Tiryaq berhati-hati mengangkat tubuh isterinya di atas katil. Perlahan-lahan dia baringkan tubuh Putri Tasnim. Lembut wajah itu ketika sedang tidur. Jelas keletihan pada wajah isterinya itu. Dahi wanita itu dikucup.

            Tiryaq memakukan mata pada skrin komputer riba Putri Tasnim. Tiryaq memalit senyuman di bibirnya. Dia mengambil alih tempat duduk Putri Tasnim. Tiryaq meneliti satu-persatu hasil kerja isterinya itu. Dia mengusap dagu. Kecantikkan wanita di pandangan mata lelaki. Menarik! Namun ada sedikit kekurangan pada iklan tersebut. Definisi cantik tidak semestinya terletak pada wajah seseorang.

Misalnya di Jepun, kulit itu adalah kunci dari kecantikan. Wanita di Jepun mempunyai kulit lembut dan cantik tanpa bekas, terutama di wajah mereka. Hal ini disebabkan kerana wanita Jepun suka mengkonsumsi makanan & minuman yang mengandung collagen. Di Jepun, collagen sangat mudah ditemukan di supermarket, bahkan sudah banyak restoran yang menyediakan makanan yang mengandungi collagen. Tujuan mereka mengkonsumsi collagen adalah agar kulit mereka tetap halus, kerana collagen adalah protein utama yang menyusun 75% area kulit dan berfungsi memberikan kekuatan dan kehalusan pada kulit.

Kulit wanita di Jepun memang halus, tapi tetap saja belum terasa lengkap tanpa rambut yang lurus. Rambut yang lurus juga dianggap cantik, dan kebanyakan rambut-rambut wanita Negara matahari terbit itu memiliki rambut yang sememangnya lurus. Rambut lurus memang diibaratkan dengan gadis cantik di Jepun.

Di Paris, cantik adalah langsing, anggun, dan berkelas. Para wanita menghabiskan banyak waktunya untuk perawatan kecantikan. Mereka hanya menyediakan baju dengan ukuran 12 untuk wanita supaya kelihatan lebih langsing. Anehnya, apa yang dia dengar dari sumber yang diperolehi saat wanita Paris paling cantik ketika berumur 60 tahun.

Hampir di semua negara menganggap cantik itu ibarat dengan langsing tetapi di negara bahagian Afrika barat, Big is Beautiful. Mauritania negara berpasir yang terletak di sebelah barat laut Afrika. Erti kecantikan sangat berlawanan di Mauritania, di  mana besar itu lebih baik (Sexy) daripada langsing.

Semakin besar (Gendut) seorang wanita, maka semakin banyak pria yang suka, jika semakin langsing maka semakin tidak laku. Mendengar hal tersebut, berbahagialah si Oprah, dan seluruh wanita di dunia yang kelebihan bobot. Kerana semakin gendut, semakin banyak yang suka! Sejak kecil anak-anak perempuan mereka diberi susu dan makan makanan yang berlemak tinggi secara berlebihan.

Maka tidak hairanlah makanan di sana mengandungi banyak lemak dan tidak ada yang menjual makanan diet atau pil diet di Mauritania. Lucunya pria di Mauritania haruslah kurus atau langsing.

Antara definisi cantik Tiryaq temui di internet. Dia merujuk kembali keppada hasil kerja Putri Tasnim. Iklan tersebut tertakluk pada kecantikkan. Tiryaq bingkas bangun mencari telefon bimbit. Ada seseorang yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah isterinya itu.

            “Hello...May I speak with Mr. Lui!

            “I’m here Mr. Tiryaq. What wrong? You jarang telefon I begini lewat malam.”

            “Lui...you must help me.

TERPINGA-pinga Putri Tasnim melihat kertas kerja yang sudah siap ditaipkan atas mejanya itu. Proposal iklannya juga sudah lengkap sepenuhnya. Apakah dia bermimpi? Putri Tasnim menepuk-nepuk mukanya. Tiryaq tidak dilihat melingkar di atas katil. Dia tidak tahu ke mana lelaki itu menghilang pagi-pagi buta ini. Agaknya Tiryaq ke pasar. Apek jual ikan pun sudah mengenali Tiryaq. Putri Tasnim bergegas ke bilik air. Dia perlu bersiap untuk ke Elite. Hari ini adalah hari penentuan.

            Mihun goreng dan milo panas. Dia tidak makan makanan yang berat-berat.  Di mana telur separuh masaknya dan roti bakarnya? Dia sedang berdiet. Berat badannya bertambah kebelakangan ini kerana masakan Tiryaq. Putri Tasnim menuju ke peti sejuk. Dia mencari susu rendah lemaknya. Cukuplah segelas susu untuk sarapan paginya ini. 

            Putri Tasnim membuka memlas cembul pintu. Dia menangkap suara garau yang sedang bergelak-ketawa berhampiran rumahnya itu. Darahnya menyirap melihat Tiryaq sedang berbual dengan Che Nah, jiran sebelah rumah. Bukan main ramah mesra lagi. Ingat Tiryaq dari pasar terus pulang ke rumah? Lelaki itu boleh buat mesyuarat pintu di sini pulak.

            “Tas! Nak pergi kerja ke?” Che Nah menegur.

            Putri Tasnim memaniskan muka.

            “I ada meeting pagi ini. I kena keluar awal.” Balas Putri Tasnim seperti acuh tidak acuh.

            “You tak marahkan I berborak dengan husband you yang hensem ini.” Che Nah kenyitkan matanya. 
            “Of course not! I’m understanding.” 

            Terukir senyuman sinis di hujung bibir Putri Tasnim. Dia kerling Tiryaq dengan ekor mata. Masakan bini orang pun kau nak layan baik-baik begini. Kau tahu tak laki dia ahli bina badan. Penyek kau kalau kena hempap nanti.

            “Wife saya memang memahami orangnya. Dia bukan jenis cemburu buta.” Tiryaq perasan dengan kerlingan mata Putri Tasnim. Wanita itu sedang terbakar. 

            “Untungnya you. I ingat dia sorokkan perkahwinan dia sebab takut lelaki dia yang hensem ini diusik. Tiada angin tiada ribut sudah ada suami. Ini pasti kahwin senyap sebab ada tentangan dari keluarga.” Orang kahwin senyap-senyap ini pasti ada masalah disebaliknya. Ingin juga dia korek rahsia.

            “Hahahaha! Awak memang bijak meneka. Bapa mertua saya sekeras-kerasnya menghalang perhubungan kami sebab saya ini hanya seorang pelukis pokai. Kerana cinta manusia sanggup meredah lautan api. Dan kerana cinta dua hati ini bersatu.”

            Terbeliak biji mata Putri Tasnim. Bijaknya Tiryaq mereka cerita karut! Ada tokoh untuk jadi ppelakon hebat ini. Boleh gantikan tempat Rosyam Nor. Dia akan syorkan Tiryaq menyertai rancangan Pilih Kasih di TV2 itu.

            “Sayang...I pergi dulu.” Putri Tasnim melayangkan ciumannya pada Tiryaq. Kononnya mereka suami isteri yang romantis. 

            “Sekejap!” 

            Langkah Putri Tasnim terhenti. Tiryaq menghampirinya. Merah padam muka Putri Tasnim apabila Tiryaq mencium dahinya di hadapan Che Nah. Kalau tiada Che Nah tadi memang sudah melekat penampar pada muka Tiryaq. Sungguh kurang sopan punya lelaki.

            “Romantiknya....” Alangkah bertuahnya punya suami yang romantik seperti Tiryaq. Suami dia? Huh! Bila hendak bermanja sikit pasti lari. Dia tahulah badanya tidak slim seperti masa muda-muda dulu. Dia mahu minta tips dari Putri Tasnim. Dia mahu kekal langsing dan menawan.
           
“KALAU rindu pergilah call atau jumppa dia terus.” Rengus Jackie. Ini tidak melepak di salon rambutnya. Dia tidak larat menjadi tempat Tahrin meluahkan rasa. Sakit hati dibuatnya.

            “Not now. She will be angry with me.” Tihran menarik nafas panjang. Wajah Putri Tasnim sentiasa bermain di ruang matanya. Dia rindukan tawa di bibir gadis itu. Kenapa Putri Tasnim berubah begini drastik sekali? Adakah kerana kehilangan mamanya dan Tazriq? 

            “Tihran...you ini lelaki. You kena bertegas dengan dia. Kala uterus-terusan begini dia akan dikebas orang. Jangan tunggu lama-lama Tihran” Jackie memberikan nasihat percumanya.

            Tihran membisu. Bercakap memanglah mudah. Bukannya Jackie yang berada di tempat dia. 

            “You tidak faham...”

            “You yang penakut!”

            “Jackie!”

            “Huh!” Jackie memalingkan kepalanya. Pasal Putri Tasnim mereka bertegang urat. Tihran begitu menjaga hati Putri Tasnim. Bagaimana dengan hatinya pula?

            Dari melayan Tihran lebih baik dia melayan pelanggan yang sudah melangkah masuk ke dalam salonnya itu. Jackie melayan pelanggan manakala Tihran melayan perasaan. 

            Jackie menunjukkan fesyen-fesyen rambut terkini kepada kedua pelanggannya itu. Stail seperti potongan rambut artis-artis Korean kini menjadi idaman gadis tempatan. Tambahan pula rakyat Malaysia kini dilanda demam Korean. 

            “I like this.” Gadis itu menunjukkan fesyen rambut salah seorang model di dalam majalah terbabit.

            “Pilihan yang bijak. Fesyen rambut yang paling top di sini. Wajah you memang sesuai dengan potongan rambut ini.” Lebar senyuman Jackie. Dia sudah mendapat lebih dari sepuluh pelanggan hari ini. Top stylist di Marble Salon pastinya bermulut manis untuk memikat pelanggan. 

            Jackie menjalankan tugasnya. Silap sedikit nahas buatnya. Berhati-hati dia menggunting rambut gadis terbabit. Teman si gadis duduk membaca majalah sambil menunggu giliran.

5 comments:

  1. hehe.....suka sngat tgk laki bini nie........sweet je....hahah...
    smbung lgi ye kak ilya.....

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    cayalah Tiyraq...kalau Tasnim nak tau proposal tu Tiyraq yang buat...sayang binilah katakan...

    ReplyDelete
  3. apsal best sgt,huhuhu..nak lagi...nak novel dia terus,huhuhu...sumpah best...

    ReplyDelete
  4. nak cerita ni lagi...... panjang la sikit sambungan nanti... nak tahu apple cakap dgn sape???

    ReplyDelete