11 tahun yang lalu….
“PAK ALI…tolong belikan bunga Lily itu untuk Julie.” Pinta budak perempuan yang berusia 12 tahun itu. Jari telunjuknya ditundingan pada jambangan bunga Lily yang terhias di luar kedai bunga tersebut. Lelaki tua itu menganggukkan kepala. Dia segera keluar dari perut kereta. Dia melangkah masuk ke dalam kedai bunga itu. Julie menepukkan tangan keriangan. Hari ini adalah hari lahir mamanya. Dia mahu berikan kepada mamanya sejambak bunga Lily. Mama sukakan bunga Lily.
“Julie ni mengada-ngadalah. Abang sudah lapar tahu.” Gerutu abangnya, Raffique mencebik di sebelah. Mukanya berkerut-kerut. Julie tundukkan kepala.
“Hari ini hari lahir mama. Julie mahu belikan sesuatu untuk mama!” Balas Julie lembut. Air matanya bergenang. Raffique diselubungi rasa bersalah. Diusap belakang adiknya. Julie agak sensitif dan mudah mengalirkan air mata apabila dilenting sedikit.
“I’m so sorry.” Ucap Raffique lembut. Dia bukan sengaja mahu meninggikan suara pada Julie. Dia mengesatkan air mata Julie yang mengalir. “Don’t cry.” Raffique memujuk.
Beberapa minit kemudian pemandu mereka kembali semula ke kereta. Jambangan bunga Lily itu diserahkan kepada Julie. Julie tersenyum manis. Senyuman itu melegakan hati Raffique. Dia turut memalitkan senyuman di bibir. Kereta Jaguar berwarna hitam itu bergerak perlahan.
RUMAH agam seluas vila itu tersergam indah dikelilingi pohon-pohon yang menghijau. Tuan Zulkarnain dan isterinya Puan Elena Maria memang suka berkebun. Mereka sendiri yang membina taman hijau ini. Mereka inginkan suasana yang aman dan damai untuk seisi keluarga mereka. Raffique dan Julie turun dari kereta sebaik saja berada di pengarangan rumah mereka. Keduanya kehairanan melihat suasana rumah mereka yang sunyi dan sepi. Julie terlebih dahulu melangkah masuk.
“Papa! Mama!” Laungnya. Tiada sahutan kedengaran. Lantas dia berjalan menuju ke ruang tamu. Jambangan bunga Lily terlepas dari pegangan. Bulat matanya melihat tubuh kaku kedua orang tuanya di atas meja makan berlumuran darah.
“Julie…apa yang tercegat saja di situ. Papa dan mama tak ajak join makan sekali ke?” Raffique menghampiri. Seketika Raffique memberikan reaksi seperti adiknya.
“Papa! Mama!’” Jerit Julie. Raffique memeluk Julie erat. Dia menekup kedua belah mata Julie.
“Pak Ali! Pak Ali!” Raffique melaungkan nama pemandunya. Orang tua itu bergegas ke ruang makan. Mulut Pak Ali terkunci rapat melihat keadaan majikannya. Dia meluru ke arah ruang dapur pula. Dua lagi tubuh terbujur kaku di atas lantai dengan pisau yang tertusuk pada perut mereka. Mereka adalah isteri dan anak perempuannya.
JULIE hanya membisu berdiri di sebelah abangnya. Dia langsung tidak mahu bercakap apabila disoal. Raffique tidak mahu mendesak adiknya. Dia faham apa yang dialami oleh Julie sukar untuk dikikis dari ingatan. Julie hanya seorang budak perempuan yang berusia 12 tahun. Mereka hanya melihat tubuh kedua orang tua mereka diusung keluar.
Seorang anggota polis berpakaian biasa itu merapati Raffique dan Julie. Dia turut bersimpati atas apa yang menimpa pada keluarga kedua beradik ini. Tragis sekali. Orang tua dan dua orang gajinya dibunuh dengan begitu kejam. Tukang kebunnya pula menghilangkan diri.
“Pak cik sudah buat panggilan telefon pada ayah saudara Raffique. Mereka akan sampai lewat malam ini untuk mengambil Raffique dan Julie.” Ujarnya lembut.
Raffique sekadar menganggukkan kepala.
“Tuan!” Panggil salah seorang lelaki yang berpakaian seragam itu. Dia menepuk lembut bahu Raffique dan beredar.
Raffique menggigit bibir. Julie masih erat berada dalam pelukan abangnya. Setahu Raffique, papanya bukan seorang yang suka mencari musuh. Adakah ini angkara musuh tradisi turn-menurun keluarganya? Musuh mereka hanya dari keturunan Tun Muzaffar itu. Semua orang tahu kedua-dua keluarga ternama saling berbalah sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. Beberapa bulan yang lalu papa ada bersua dengan Tuan Hilman dan mereka bergaduh besar. Raffique mengesyaki kematian orang tuanya ada kaitan dengan Tuan Hilman.
Rambut Julie diusap lembut. “Kita perlu menuntut hutang dengan keluarga Tuan Hilman.” Suara Raffique perlahan. Julie mengangkat kepala memandang abangnya.
“Siapa mereka? Mereka ke yang bunuh papa dan mama?” Halus nada suara di bibir comel Julie . Laju Raffique anggukkan kepalanya.
“Ya.”
“Kenapa?”
“Mereka bencikan papa dan mama.”
Julie kembali membisu. Siapa Tuan Hilman? Dia pernah mendengar papa dan mamanya menyebut nama itu tapi dia tidak mengenali Tuan Hilman. Kalau benar seperti yang abangnya katakan….Mengapa Tuan Hilman membunuh papa dan mamanya? Tuan Hilman menjadikan dia dan abangnya yatim piatu. Tuan Hilman sungguh kejam!
Julie mengesat air matanya. Dia merenung ke arah jambangan bunga Lily yang bertaburan atas lantai itu. Kematian papa dan mamanya harus dibela. Hutang darah perlu dibayar dengan darah! Itu tekadnya dalam hati.
“Tuan Hilman….” Desis hati kecil Julie. Ada kebencian tersorot di balik mata bundar itu.
“DADDY pembunuh! Daddy pembunuh!” Raung remaja belasan tahun itu. Dia memukul-mukul tubuh lelaki yang tegak berdiri di hadapannya. Wajah lelaki itu tidak menunjukkan sebarang perasaan.
“Romie…clam down Romie!” Tubuhnya dipaut oleh salah seorang lelaki yang berkot serba putih.
“I hate you, daddy! I hate you!” Dia bagaikan orang histeria. Perkataan ‘BENCI’ itu terus-terusan ditujukan kepada lelaki itu. Lelaki itu diam tidak berkutik. Matanya masih terpaku pada tubuh yang sudah terbujur kaku itu.
Tidak mungkin! Tidak mungkin! Tidak mungkin Isabel meninggalkan aku? Bibirnya bergentar. Wajah ayu Isabel terbayang diruang matanya. Dia menyelak selimut putih yang menutupi tubuh isterinya itu.
“Isabel…” Lirihnya perlahan.
“Go! Don’t touch my mother!” Romie menolak tubuh lelaki itu. Mata Romie menyorot ganas ke arahnya. Jelas terpapar kebencian di mata biru milik Romie. Warna mata yang serupa seperti ibunya.
“Romie…” Lelaki berkot hitam itu mula hilang sabar.
“Ferhad! He’s my son. Jangan sakiti dia!” Lelaki itu meninggikan suara kepada orang suruhannya. Ferhad tidak jadi untuk berganjak dari tempat dia berdiri.
“Romie…I know you’re angry with me. But don’t forget I’m always your father. Your Grandpa and grandma died long ago. I’m only your family. You have no choice, Romie. Come with me, son.” Dia tahu hanya dia sahaja tempat untuk Romie bergantung. Romie tiada pilihan lain.
“I won’t go with you!” Romie membentak. Masakan dia perlu hidup sebumbung dengan lelaki itu.
“Romie…please listen to me. You must go with your father.” Lelaki berkot putih itu memujuk. Dia tidak berhak untuk mendapatkan Romie dari lelaki itu.
“But…you’re my father! I wanna to stay with you!”
Kata-kata yang keluar dari mulut Romie menghiris hatinya. Apakah ini balasan yang dia terima akibat perbuatan lalu. Dia bukan sahaja kehilangan isteri malah dia turut kehilangan satu-satunya darah daging dia. Tidak! Dia tidak akan menyerahkan Romie kepada lelaki ini. Dia perlukan menggunakan kekerasan.
BILIK tidur yang luas itu Romie pandang sepi. Satu bulan dia berada di vila umpama istana ini. Dia langsung tidak berminat dengan hadiah-hadiah yang lelaki itu berikan untuknya. Dia hanya mahukan ibunya. Kenapa TUHAN rampas ibu dari dia. Romie menangis pilu.
Rindunya pada ibunya datang menerpa lagi. Mummy…Romie rindukan mummy…Romie terlelap di atas tilam empuk itu memeluk gambar ibunya.
“Sirna! Mana anak I?” Soalan pertama yang keluar dari mulut suaminya setelah pulang dari pejabat. Romie sahaja yang suaminya itu utamakan.
“Romie ada di biliknya.”
“Dia sudah makan?”
“I pening kepala mahu melayan kerenah anak you itu. Degil!” Adu Puan Sirna.
“I akan pujuk dia makan bersama kita.” Dia menuju ke tingkat atas.
Puan Sirna merengus kecil.
Pintu bilik Romie diketuk perlahan. Tiada sahutan. Lantas pintu bilik ditolak perlahan. Sekujur tubuh yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah sedang terlena di atas katil. Dia duduk dibirai katil mengamati wajah mulus anaknya itu. Sebelum ini dia tidak pernah tahu akan kewujudan Romie. Isabel cukup bijak menyembunyikan Romie dari pengetahuannya. Jika bukan kerana Yulia, rahsia tersebut akan terus terkubur. Dia berusaha memujuk Isabel kembali ke pangkuannya. Isabel keras menolak. Romie jua tidak menyenangi kehadiran dia.
“Romie…maafkan daddy.” Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya.
Telefon bimbitnya bergegar di dalam kocek seluar. Dia bingkas bangun. Telefon bimbitnya dilekapkan pada telinga. Wajahnya semakin serius ketika berbual dengan pemanggil tersebut.
“Hilman…Kau kena tolong aku. Aku sedang menghadapi masalah besar ini.”
“Berapa yang kau mahu?”
“Lima puluh ribu ringgit.”
“Aku akan transfers wang tersebut ke dalam akaun kau.” Talian telefon bimbitnya itu dimatikan.
Dari satu sudut ada bayangan berlalu pergi.
waw..... superb prolog! :)
ReplyDeletepermulaan yang hebat....
ReplyDeleteakak ubah dari yang asal ke?
x sabar nak baca
wah permulaan yang menarik..
ReplyDeletexsbr mahu tw ape jadi pas nie..
cpt2 sambg yer..
Ya..Seed... akak ubahsuai jalan cerita agar tampak lebih impak @_@
ReplyDeletesatu lagi karya superb dari akak..baca prolog pun dah saspen...
ReplyDeletesalam..akak baru 2,3 kali masuk blog ni n akak suka sgt..tahniah..akak suka coke n sundae..n semua cerita yg ilya tulis..semua idea yg segar..akak betulkan sikit ayat ilya blh x? mungkin ianya typo je..tp klu nk buat novel nnt biarlah x de typo kan..cth nye
ReplyDeletegrandma died long time ago. I’m only your family
patutnya grandma died long ago. I’m your only family
i want stay with you ==patutnya i wanna@want to stay with you..
jgn marah ye ilya;D
Waalaikumusalam...tq akak...kita suka sangat2 akak betulkan kesilapan typing kita...ok nanti kita betulkan yg mana silap tu ye hehhehe...:D: Terima kasih sekali lg @_@
ReplyDelete