Tab Menu

Followers

Monday, April 11, 2011

Coke and Sundae II - Bab 15

SYAKIR mengeluh kecil melihat senarai panjang yang Azyan tuliskan atas kertas bersaiz A4 itu. Bukan main demand isterinya itu. Kalau tidak tepati janji munafik namanya


1.      Abang kena ambil cuti hujung minggu nanti bawa Yan dan Ameerul jalan-jalan di Cameron Highlands. Kata orang tak dapat pergi luar negeri kita bercuti dalam negeri pun boleh. Lepas kahwin tak pernah abang bawa Yan pergi honeymoon tahu.

2.      Temankan Yan shopping hujung minggu depan. Wajib! Yan nak beli barang keperluan baby

3.      Abang kena hadiri hari sukan di tadika Ameerul hujung bulan April ini. (Ini pun wajib!)
4.      Yan teringin sangat nak makan lepat pisang. Abang kena buatkan untuk Yan. Yan hanya nak makan lepat pisang yang abang buat saja tau. (Wajib untuk baby dalam kandungan)

5.      Yan nak minta duit belanja dapur lebih sikit. Tak cukup! Anak abang tu kuat makan. Tambahan pula kita bakal tambah lagi seorang.

6.      Hari cuti abang kena memasak dan mengemas untuk Yan dan Ameerul. Yan pun kena rehat-rehatlah juga. Ingat tau yang Yan ni sedang bawa budak. Emak abang bagi pesanan agar tak buat kerja-kerja berat sangat masa mengandung.

7.      Abang kena hantar Ameerul ke tadika setiap hari nanti. Tak elok ibu mengandung bawa skuterkan. Atau Yan minta tolong Abang Zuan nanti. 

8.      Lepas ini jangan paksa Yan pakai baju kaler biru lagi. Itu yang pertama dan terakhir. Huhuhuhu…

9.      Tolong jangan main kayu tiga di belakang Yan kalau abang nak selamat. Teringin juga Yan nak bersua muka dengan Kareena Kaapor tu. (Dalam nada geram)

10.  Sayangilah keluarga anda!

Sila turunkan tandatangan setelah anda membaca senarai perjanjian di atas.

Nur Azyan Idris
           
Ini bukannya perjanjian tapi pesanan penaja. Apa pasal kena turun tandatangan pulak ni?
Ameerul di sebelah hanya membisu. Dia bukannya faham apa yang ditulis oleh ibunya itu.  Setakat ABC atau satu dua tiga boleh. Jika tidak pun eja A.Y.A.M seperti yang diajar oleh Cikgu Sharifah di tadika.

            Azyan pula tersengih-sengih sambil mengusap-usap kepala Ameerul. Dia amat yakin Syakir pasti akan memenuhi permintaannya itu. Syakir sayangkan dia. Permintaan yang dia kemukakan tidaklah melampau sangat. 

            “Bagilah abang pen tu?” Pinta Syakir. 

            Azyan bersorak dalam hati. Pen dihulurkan kepada Syakir. 

            “Hari ini Yan masak kari kepala ikan untuk abang.” Azyan mengucup kedua pipi Syakir lalu beredar ke dapur. Baiknya mood Azyan.

            Ameerul tertawa kecil. Kalau ibunya sedang baik begini segala yang pinta pasti dapat. Ameerul bingkas turun dari tempat duduknya. Dia meluru ke dapur.

BETULKAH laluan ini yang dia ikut. Berpandukan pada alamatnya memang betul. Katrina tida mampu menunggu lagi. Dia mengheret Aria mengikut bersamanya bertemu dengan seorang bomoh yang disyorkan oleh seorang teman terdekat. Dia menyembunyikan hal tersebut dari pengetahuan Leena. Kalau Leena dapat tahu pasti mengamuk sakan temannya itu. Bomoh Mak Esah hanya boleh dibuat temujanji pada khamis malam Jumaat sahaja. Ingat bomoh itu onag ternama ke? Ada appointment pula.

            Aria terpaksa mengikut setelah dipujuk rayu oleh Katrina. Dia bukan percaya sangat dengan bomoh-bomoh ini. Banyak bomoh yang kelentong untuk mendapatkan wang. Nasihatnya tida berguna pada Katrina mahupun Leena. Aria tidak faham kenapa Katrina perlu menjerat diri mencintai suami orang. Kalau lelaki duda atau bujang terlajak, tidaklah dia ambil kisah sangat. Orang sudah tidak suka tapi dia pula yang terhegeh-hegeh. Cinta buat manusia lupa batas agama! Lupa batas perundangan!

            Hati Katrina berdengup kencang ketika melangkah keluar dari keretanya. Sunyi sepi kawasan perkampungan itu. Dia yakin rumah yang beratap zink ini adalah kediaman bomoh yang dinyatakan itu. Katrina menarik Aria mengikut langkahnya. Sebaik sahaja sampai di anak tangga Katrina memanggil nama bomoh berkenaan.

            “Pak Lajis! Pak Lajis ada di rumah!”

            Berulang-kali dia memanggil. Tiada sahutan dari tuan yang empunya rumah.

            “You yakin ini rumahnya, Kat?” soal Aria.

            “Of course! Masakan Ayuni nak menipu I.” Katrina melihat kembali alamat yang Ayuni berikan. Betul ini kampungnya dan ini rumah bomoh terbabit.

            “Bomoh tu tiada di rumah agaknya.” Aria melihat keadaan sekeliling yang gelap-gelita. Aria memeluk tubuh yang kedinginan.

            “Ayuni dan beritahu yang kita akan datang malam ini. I akan try panggil bomoh tu sekali lagi. Kalau tiada kita balik.”

            Katrina memanggil semula nama Pak Lajis. Tiada juga sahutan. Katrina mengeluh hampa. Saat mereka berdua memalingkan tubuh, pintu rumah itu terbuka. Wajah seorang tua berusia awal 50-an terpacak di depan muka pintu. Orang tua pastinya Pak Lajis yang diceritakan oleh Ayuni itu. Katrina senang hati. Malam ini hajatnya akan tercapai.

            “Naiklah nak.” Pak Lajis menjemput.

            Mereka duduk berhadapan dengan Pak Lajis. Bau kemenyan menusuk ke dalam rongga hidung. Pak Lajis seperti bomoh yang mereka lihat di dalam kaca televiysen itu. keris lama, kemenyan dan limau nipis adalah antara peralatan yang bomoh gunakan.

            “Apa hajat kamu mahu menemui Tok.” soal Pak Lajis. 

            “Begini Tok. I mahu Tok jampikan lelaki ini supaya tergila-gilakan I.” Katrina mengeluarkan sekeping gambar dari beg tangannya. Dia hulurkan kepada Pak Lajis. 

            Pak Lajis mengusapkan janggutnya yang keputihan itu. Dia merenung setiap genap wajah dan tubuh Katrina. Sungguh cantik wanita ini. Kalau dapat memang sedap!

            Semacam pula Aria melihat gelagat Pak Lajis. Katrina tidak perasankah yang orang tua itu sedang menilik dia. Tampak macam bomoh gatal. Aria tidak sedang hati. Dia ada juga terbaca dalam akhbar yang bomoh palsu mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.

            “Tok boleh usahakan untuk anak tetapi…”

            “Tetap kenapa Tok? Pasal pengerasnya Tok tidak perlu risau. Berapa yang Tok minta I akan bagi asalkan lelaki ini menjadi milik I.”

            Gila! Katrina sudah gila! Kalau dia minta body kau macam mana? Kau nak bagi ke orang tua ini merasa body kau! Aria merengus dalam hati.

            “Tiga ribu ringgit! Anak sanggup!”

            Mak aih! Mahal gila pengerasnya. 

            “Saya sanggup!” balas Katrina.

            Pak Lajis memulakan jampi serapahnya. Satu patah perkataan pun Katrina dan Aria tidak memahaminya. Mereka tidak tahu bahasa apa yang Pak Lajis tuturkan. Lantai papan itu dipukul dengan kuat. Lagaknya tidak ubah seperti lagak Allahyarham AR. Tompel dalam filem Do Re Mi itu. Pak Lajis menghirup air di dalam mangkuk tersebut lalu disembur ke muka Katrina. Katrina menyeringai. Aria menahan tawa dalam hati. 

            Setelah penat terhuyung-hayang membaca mantera, Pak Lajis memberikan seutas tangkal berwarna hitam kepada Katrina. Gambar yang dijampi itu turut Pak Lajis pulangkan. Dia nak buat apa dengan tangkal hitam ini. Namun tanpa banyak soal Katrina mengambil tangnkal berkenaan.

            “Anak pakai tangkal ini di leher dan baca mantera yang Tok akan ajarkan pada anak nanti. Kemudian hembuskan pada muka lelaki yang anak suka itu.”

            Katrina menganggukkan kepala. Dia sudah tidak sabar untuk mendapatkan Syakir menjadi hak miliknya. Terkumat-kamit bibir Katrina mengikut bacaan mantera yang dijampi yang diajar oleh Pak Lajis. Aria hanya membisu dan sekadar menjadi pemerhati. Semoga mantera yang diajarkan oleh Pak Lajis itu tidak ada pendampingnya. Aria mula rasa seram sejuk!

Mereka meminta diri segala urusan yang dihajati telah selesai. Katrina dan Aria melangkah masuk ke dalam perut kereta. Tangkal hitam yang Pak Lajis berikan sudah terkalung pada leher jinjang Katrina.

“You percayakan orang tua itu, Kat?” soal Aria setelah kereta Katrina bergerak meninggalkan kawasan perumahan Pak Lajis.

“Bisinglah you!” 

I just tak sangka seorang doktor seperti you buat benda-benda khurafat begini.” keluh Aria.

            Katrina hanya pekakkan telinga dengan bebelan Aria.

“AMEERUL Hasif! Lekas sayang! Ayah tak mahu lewat ke hospital.” laung Syakir yang sudah berada di luar rumah. 

            “Lekas Meerul! Ayah sedang menunggu itu.” Azyan mengenakan tali leher pada kolar baju Ameerul. 

            Ameerul segera menyandangkan beg galasnya. Dia segera mencium kedua belah pipi Azyan. Ameerul segera berlari ke luar rumah sambil membawa kasutnya. Azyan menggelengkan kepala dengan gelagat anak dan ayah itu. Salah seorang dari mereka pasti ada yang lewat. 

            Syakir terus ke hospital setelah menghantar Ameerul ke tadika. Toyota Viosnya diparkir pada tempat letak kereta yang telah dikhaskan. Syakir keluar dari perut kereta sambil bersiul-siul kecil. Dia berkira mahu melawat Syamil setelah tamat waktu bertugasnya nanti. Dua atau tiga hari Syamil akan dibenarkan keluar dari hospital.

            “Morning Doktor Syakir.” Izmi menyapa.

            “Morning…you sudah breakfast?

            “Sudah! I sarapan bersama Mus tadi.”

            “Perkembangan yang bagus tu!” Syakir menepuk-nepuk bahu Izmi.

            Katrina memerhati gelagat Syakir dengan Izmi dari jauh. Galak sekali tawa Syakir berpadu dengan tawa Izmi. Dia akan gunakan mantera yang diajarkan oleh Pak Lajis kepada Syakir. Katrina sedang mengaturkan rancangan untuk berdua-duaan dengan Syakir.

            “Selamat pagi Kat.” Katrina tersentak apabila bahu disentuh lembut oleh Musliha.

            “Morning Musliha.” 

            Musliha melintasinya.  Meskipun Musliha tidak begitu menyukai Katrina namun dia tetap melayan Katrina seperti rakan sekerja yang lain. Musliha cuba berbaik sangka dengan Katrina. 

            Peluang Katrina untuk mendekati Syakir memang cerah apabila Syakir meminta dia menyediakan laporan perubatan. Inilah saat yang Katrina nantikan. Pintu bilik Syakir diketuk perlahan.

“Masuk!” Katrina memulas cembul pintu. Syakir kelihatan sedang bercakap d talian telefon bimbitnya. Bukan main manis senyuman Syakir.

“Doktor Syakir….ini laporan yang you inginkan.” 

“Sayang…abang ada kerja sedikit nanti abang call sayang semula.” Syakir mematikan talian telefon bimbitnya. 

Katrina merenung Syakir tajam. Benci betul dia dengar perbualan Syakir dan isterinya itu. Be patient Kat..lepas ini Syakir akan menjadi milik kau!

Syakir menyelak fail laporan perubatan yang diterimanya dari Katrina. Dia berpuas hati dengan hasil laporan terbabit. Katrina yang duduk dihadapannya diam tidak berkutik. Mulut wanita seakan terkumat-kumit membaca satu. Apa yang dihafalkan oleh Katrina agaknya? 

“Okaylah you boleh keluar sekarang.” 

          Katrina angkat wajahnya. Serta-merta dia menghembuskan nafasnya pada wajah Syakir. Tersentak Syakir dibuatnya. Laju Katrina meluru keluar sebelum Syakir menyedari perbuatannya itu. Syakir garu kepala. Buang tabiatkah Katrina? Kalau benci dengan dia sekali pun tak perlulah main sembur-sembur pada muka dia. Nasib baik tak kena dengan air liur.

            Katrina mengurut dada. Lega kerana dia sudah menyempurnakan misi utamanya. Dia sudah membayangkan bait-bait romantisnya bersama Syakir. Impian untuk membina mahligai bersama Syakir hampir akan terlaksana. Tingkah-laku Katrina diperhatikan oleh Musliha. 

            Bila masa pula perempuan seorang ini memakai kalung hitam di leher dia? Jika diamati pada leher Katrina itu seperti tangkal keramat sahaja. Hospital ini ada hantu ke? Selama dia bekerja di sini tidak pernah pula dia terserempak dengan hantu. Jangan-jangan Katrina pakai bomoh nak kenakan Syakir? Ada kemungkinan juga tafsirannya itu benar. Musliha merasa tidak sedap hati.

14 comments:

  1. cpt la
    musliha bgtau kt syakir
    xmau pape jd kt syakir ngn azyan

    ReplyDelete
  2. Hope begitulah...Akak tahu anda takut Syakir disihir kan...heheheehe :H:

    ReplyDelete
  3. adehh.. konflik da start. syakir ni x kn pasan katrina cm bodoh je g sembur2 org?

    x pn katrina tu kena tipu dgn bomoh tu. haish. takutnya... dr dpt goda org hensem2 tros jd mangsa rogol org tua.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. Hah ? dah hembus dah ? berkesan ke tak ? gilee Kat ! boleh dia hembus depan2..<--nie bunyi macam sebelahkan kat jer..

    mintak2,time tu,si syakir tgah baca ayat kursi dalam hati..huahuahuahua

    ReplyDelete
  5. haha...bncinye kat katrina! ngeeeee...

    GO AZYAN GO! :)

    ReplyDelete
  6. owhh mannn!!!hopefully la bomoh tu bomoh penipu...jgn la jd ape2 kat syakir...

    ReplyDelete
  7. rs cam xmnjadi j jmpi 2..
    huhu...

    ReplyDelete
  8. alah....xde lah berat sangat syarat Azyan tu...semuanya untuk kebahagiaan keluarga je...

    alah Kat dah sembur jampi kat Syakir...harap Syakir x tersihir...
    takut sangat

    ReplyDelete
  9. habis ler...Syakir dah kena mandrem ngan Katrina...waaaa...

    ReplyDelete
  10. isshh jAhat nyA Katrina 2 kak ..eeii bencinyaa. .

    ReplyDelete
  11. KATRINA!!!

    heiiiii...
    kao knape eh, nk maen bomoh2 ni...
    da buang tebiat??!
    ke da buang otak dn akal??

    ish3... moge jmpi tu x brksan...

    ReplyDelete
  12. wah!!! semua pakat marah nmpak,,,aku pown marah jgak,,,tpi lepas bca komen korang,,,aku nak tergelak pown ada,,,hehehhe

    ReplyDelete
  13. harap2 katrina 2 kene tipu dgn bomoh 2..bru padan dgn muke die..menyampah betol!!

    ReplyDelete
  14. harap muka aje cantik tapi perangai? eiii, geram tol! rasanya cnsI lagi best dari cnsII . hehe =)

    ReplyDelete