MOTORSIKAL berkuasa tinggi itu ditendang oleh Syakir sehingga jatuh. Tindakan Syakir menaikkan darah kumpulan remaja terbabit. Siapa pula mamat yang sengaja mahu mencari nahas dengan mereka ini. Kumpulan remaja yang melepak di stesen bas itu mengerumuni Syakir. Hana yang bertindak sebagai ketua menarik t-shirt yang tersarung pada tubuh sasa Syakir. Dia macam pernah tengok muka Syakir. Ada iras-iras dengan wajah budak Syamil yang perasaan kuat itu. Agaknya Syamil sudah koma di hospital. Kalau mampus lagi baik.
“Kau perempuan yang nak tunjuk jantan itukan?” Syakir menyoal. Dia cengkam pergelangan tangan Hana.
Salah seorang lelaki dalam geng itu memengang lengan Syakir. Syakir ayunkan penumbuk dimukanya. Berdarah batang hidung. Mahu patah tu.
“Kau siapa?” herdik Hana.
“Aku siapa? Aku abang Muhammad Syamil Bin Ilyas orang kau belasah setengah nyawa itu.” Pergelangan tangan Hana masih tidak dilepaskan.
“Abang Syamil…Hahahaha!” Galak Hana ketawa. Kiranya nak balas dendam bagi pihak si adiklah.
Syamil bertubuh lebih sasa dan besar dari Syakir. Kalau Syamil seorang pun mereka boleh makan inikan Syakir. Tapi mereka tidak sedar yang mereka sedang menggali liang lahad sendiri. Ada nampak biji mata Syakir yang sudah berapi-api itu. Tunggu masa mahu meletup. Umpama bom jangka.
Satu…dua…tiga…empat…lima…enam…tujuh…Syakir mengira-gira kumpulan remaja yang tunjuk samseng itu. Ada sepuluh ekor monyet liar yang terlepas dari hutan. Monyet yang perasan hebat. mereka tidak kenal siapa Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas lagi. Doktor bukan sebarang doktor tahu. Ingat doktor hanya tahu pegang pisau bedah ke?
“Kau fikir aku takut dengan kau ke perempuan.” Syakir melepaskan pergelangan tangan Hana. Getik dia dengan budak perempuan yang berlagak macam lelaki ini.
Pang! Memang sedap pipi Hana kena dek penampar Syakir. Itu baru pengajaran pertama dari Syakir. Tersentap Hana. Perit tambah pedih. Balik rumah kena tuam dengan air batu. Sah-sah memang berbekas pipinya.
“Abang kasi lecturer sikit bagi pihak father and mother you.” sambung Syakir lagi.
Hana mengetap bibir. Dia dimalukan Syakir di hadapan teman-temannya. Konon maruah tercalarlah.
“Berani kau tampar aku?” Hana menghalakan jari telunjuknya pada muka Syakir. “Korang tunggu apa lagi. Belasah dia!” Hana memberikan arahannya.
“ADUH! sakitnya mak…aduh…” Syamil mengerang kecil. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Kenapa bilik dia serba putih ni. Bilik tidur warna coklat cair tau. Di mana dia berada? Masakan Hana kidnap dia bawa balik rumah. Tidak! Dia tak rela kena kidnap dengan perempuan tomboy itu. Mati hidup balik pun dia tidak sanggup. Syamil memeriksa keadaan dirinya. Kenapa dia berbalut macam mumia ni?
“Alhamdulillah…anak mak dah sedar.” Puan Mahani menerpa dan memeluk Syamil. Dania juga turut berada di situ bersama Azyan dan ank saudaranya Ameerul. Apa sudah berlaku. Ingatan Syamil masih kelam. Kali terakhir yang dia ingat dia balik rumah sewanya setelah membeli nasi bungkus. Selepas itu dia terasa kepadanya diketuk oleh sesuatu yang keras amcam kayu.
“Syam kat mana ni mak?” Pandangan masih samar-samar lagi.
“Hospital nak.”
“Hospital!” Syamil bingkas bangun. Aduh…aduh…sakitnya badan. Alahai berbalut macam mumia pula dia.
“Syam…Dania minta maaf.”
“Dora-Dora…Awak pun ada di sini?” Syamil tersengih. Bila tengok muka Dania hilang rasa sakit dekat sendi-sendi tulang ni.
Puan Mahani dan Azyan gelengkan kepala. Dalam pada sakit macam ini masih nak tunjuk maco depan perempuan. Gatal juga anak teruna bongsu Puan Mahani ni. Azyan menarik nafas lega. Dia kini lebih risaukan suaminya yang ingin berhitung dengan budak tomboy itu. Siapa kata Syakir tak sayang Syamil? Adik Sendiri mestilah sayangkan.
Tidak mungkin hanya emak, Azyan, Dania dan Ameerul yang melawat dia yang sedang sakit begini. Mana abah? Mana Abang Syakir? Syamil melirikkan matanya pada wajah Dania yang menggelisah di atas atas kerusi itu. Dania kelihatan menundukkan kepalanya. Ada riak bersalah pada wajah gadis itu.
“Dora-dora sudah story semuanya pada akak dan mak.”
“Syam…Dania benar-benar minta maaf. Dania tidak sangka Hana sanggup bawa geng pukul Syam. Ini semua salah Dania sebab libatkan Syam dalam masalah Dania.” Sayu raut wajah Dania di kaca mata Syamil.
“Benda dah nak jadi Dania. Makcik sekeluarga tak salahkan kau. Mujurlah ada Dania. Kalau tidak…tak tahulah apa jadi pada anak makcik.” Puan Mahani mengusap lembut belakang Dania. Gadis itu tidak perlu menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi terhadap Syamil.
“Betul kata mak saya tu Dora-Dora. Don’t worry saya tak salahkan awak.”celah Syamil.
Cis! Aku tak sangka yang aku kena serang hendap dengan Hana dan geng-geng dia. Kalau betul anak lelaki lawan satu sama satulah. Hana itu memang sudah sah-sah bukan anak lelaki tetapi perasan diri lelaki! Pengecut!
“Terima kasih Syam.”
“Saya yang patut ucapkan terima kasih pada awak. Kalau tiada awak memang meninggal saya dikerjakan Hana dan geng-geng dia. Tak dapat bakal Cikgu Syamil kahwin dengan awak.”
“Hisy! Budak ni mengarut saja tahunya. Puan Mahani piat telinga Syamil.
Ketawa kecil Dania melihat gelagat Syamil yang kebudak-budakan itu. Azyan gelengkan kepala.
“Abah dengan along mana mak?” Dari tadi tidak kelihatan kelibat abah dan abangnya itu. Kalau Azyan ada di sini menang sah abangnya ada bersama.
“Abang Syakir kau pergi menuntut pembalasan.” balas Azyan.
Menuntut pembalasan! Bukan macam menyeramkan.
“Biar betul! Masakan abah pun join along.” Syamil mengusap dagu. Cikgu Ilyas setakat pegang rotan bolehlah. Lainlah dengan Mejar Idris yang sememangnya angkat senapang. Mejar Idris lebih digeruni dari Cikgu Ilyas.
“Abah kau pergi kerja along kau. Abah kau takut along pukul budak-budak tu sepparuh nyawa nanti.” jelas Puan Mahani.
“Kalau begitu Syam pun nak turut serta menuntut pembalasanlah mak.”
Terbeliak besar biji mata Puan Mahani. Dalam sakit-sakit pun Syamil boleh buat lawak tidak kelakar dia. Sekali lagi Puan Mahani piat telinga Syamil. Azyan dan Dania menggelengkan kepala. Abang dengan adik lebih kurang sama saja perangai mereka. Salahnya Syamil tidak agresif seperti Syakir ketika remajanya. Syakir lebih nakal dari Syamil.
“Anak mak ni memang suka buat mak kena darah tinggi.” gerutu Puan Mahani.
“Nasib baik darah tinggi mak kalau lemah jantng alamat abah menduda. Boleh abah kahwin lain.” Emak kalau sudah marah suka bulat biji mata.
“Syamil!”
“YA ALLAH! Syakir bawa bersabar nak.” Encik Idris memaut kedua belah bahu Syakir dibantu oleh Cikgu Ilyas dan Azuan. Mujurlah mereka sempat sampai sebelum Syakir mengerjakan budak-budak remaja itu dengan lebih teruk. Cikgu Ilyas pun tidak mampu mahu menahan amarah Syakir sendirian. Bila mengamuk bahaya juga suami Azyan ini. Azuan tidak ppernah lihat Syakir naik angin sebegini.
Budak-budak yang berlagak samseng itu semuanya terlantar atas jalan kecuali Hana. Hana masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Kakinya bagaikan kena paku. Hana tergamam melihat teman-temannya yang tidak terdaya untuk bangkit dari jatuh. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Kalau tidak ada yang menahan Syakir mahu Hana pun kena debik sebiji dari Syakir.
“Bertenang Syakir. Abah tahu kamu marah. Tapi kawal kemarahan kamu itu.” ujar Cikgu Ilyas.
Syakir melepaskan keluhan kecil.
“Kir…Aku tak pernah tengok kau marah sebegini. Kau selalu seorang yang tidak bertindak mengikut emosi.” suara Azuan.
Encik Idris dan Cikgu Ilyas melepaskan pautan apabila melihat Syakir sudah bertenang. Raut wajah Syakir pun tidak menggerunkan lagi. Encik Idris dan Cikgu Ilyas memeriksa keadaan budak-budak yang masih terlantar atas jalan itu. Semuanya masih bernyawa. Nasib baik tiada yang jadi arwah. Kecederaan yang mereka alami tidaklah terlalu berat. Jikalau tidak…memang Doktor Syakir masuk lokap. Lepas itu kena naik turun mahkamah.
Bunyi siren kereta polis jelas kedengaran. Hana tidak mampu untuk melarikan diri. Apa yang dia buat pada Syamil harus ditanggung bersama teman-temannya itu. Siapa yang dapat membantu dia. Mama? Mama tidak mungkin mengambil tahu perihal dirinya lagi. Apa yang dia buat sudah tidak ada kena-mengena dengan mama sejak kelahiran adiknya itu. Dia hanya seorang anak angkat. Hana hanya mampu memandang anggota polis yang sedang mengerumuninya itu.
“Dania…” Saat itu dia teringat Dania, seorang teman yang amat mengambil berat akan
dirinya.
Cikgu Ilyas membuat panggilan ke hospital. Hati tuanya lega apabila dikhabarkan yang Syamil sudah sedarkan diri. Dia segera memaklumkan kepada Syakir. Azuan menepuk-nepuk temannya itu.
“ABANG…” Azyan meluru mendapatkan Syakir sebaik sahaja Syakir melangkah masuk ke dalam wad persendirian Syamil itu bersama-sama Azuan. Azyan memeriksa keadaan suaminya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Syakir hanya tersenyum. Dia memaut lembut bahu Azyan.
“Abang okay.” ujarnya perlahan. Tiada lagi nada bengis seperti sebelum ini.
“Hero mestilah takder apa-apa.” Azuan menyampuk. “Abang ni langsung Yan tak nak periksa ye. Abang Yan yang hensem ni cedera ke tidak.”
Azyan mencebikkan bibir. Sekali imbas pun tiada apa-apa kecederaan pada Azuan. Tiada baju yang koyak rabak. Tiada lebam atau luka-luka. Kalau nak perhatian sangat pergilah pada buah hati dia si Emelda itu. Emelda boleh belai manja-manja. Perkara ingin mendirikan masjid ini tak baik dilengah-lengahkan.
“Sibuklah Abang Zuan ni.” desis Azyan.
“Orang ada laki katakan.” Azuan merapati katil Syamil. Boleh tahan juga Syamil kena belasah. Lebam sana sini. Patutlah Syakir mengamuk sakan. Parut yang berjahit pada dahi itu yang akan mencacat kekacakan Syamil nanti. Kalau rambut depan Syamil panjang sikit maka boleh dia tutup parut di dahinya.
Syamil mengetap bibir. Apa pasal Azuan tenung dia lain macam. Azuan seakan meneliti muka dia. Cepat-cepat Syamil tutup muka dia dengan bantal. Segan pun ada. Kalau Dania yang renung dia tak mengapalah juga. Ini Azuan.
Azuan tersengih. Dia mengambil tempat duduk Azyan sambil duduk menyilangkan kaki. Tidak pula dia nampak kelibat Ameerul, anak saudaranya itu. Agaknya ikut nenek dia keluar bersama budak perempuan bernama Dania itu.
“Bukan main segak laki kau berbaju melayu. Kau benarkan dia kahwin lagi satu ke, Yan?” soalnya pada Azyan.
Azyan selamba sekeh kepala Azuan. Ikut suka hati dia saja buat spekulasi sendiri. Langkah mayat dia dulu kalau Syakir ingin menambah kuota yang masih kosong itu.
“Kami dari kenduri kahwin Mat Karanlah di Perlis. Yan ada beritahu abangkan.”Azyan menjeliing tajam Azuan. Dia buat-buat lupalah tu. Azuan cuma nampak segak Syakir saja yang adiknya punya cantik ini dia tidak nampak pula.
“Abang ingatlah. Saja mahu menyakat adik abang ni. Kir…kau tak teringin nak penuhkan kuota ke?” Azuan beralih pada Syakir. Sengaja dia mahu menguji adik iparnya itu.
Syakir sekadar jongket bahu. Dia tidak akan menjawab soalan mengarut dari Azuan itu. Azuan sendiri tahu yang dia hanya mencintai Azyan. Masakan dia mahu menduakan isteri kesayangannya itu setelah bersusah-payah memikatnya.
“Abang Zuan memang sengaja panaskan hati Yan.” Azyan sudah bercekak pinggang. Kalau dulu mahu dipautnya leher Azuan ala aksi ahli gusti WWE. Sekarang tidak mungkin dia akan membuat aksi begitu lagi. Malulah kalau bapa dan ibu mertuanya nampak. Dia kena jaga imej sebagai seorang menantu perempuan Cikgu Ilyas dan Puan Mahani.
Kecohlah bila Azuan ada di sini. Nasib baik dia sakit kalau tidak mahu dia humban Azuan dari bilik wad ini. Syakir pun tidak ambil tindakan pada abang ipar dia yang kepoh itu. Antara Azuan dengan Anuar…Syamil lebih menyenangi Anuar walaupun Anuar itu agak serius dan tegas. Syamil tarik bantalnya lalu dia lemparkan pada muka Azuan.
fuhhhh,,,
ReplyDeleteganass btoll syakirrr!!
pape pun,,bestttttt!!!
wei la beb....hebatlah syakir...
ReplyDeletelove u syakir...hehehe
harap lepas ni Hana & the geng akan dapat pengajaran...
kagummmmm....macho sungguh si syakir nie ~ iskk..adoii..angau sekejap ~
ReplyDeletebgs la syakir tuntut pembelaan utk adik dia.. padan muka geng hana tu..hahaha...
ReplyDeletesyakir da mcm peserta dlm WWE!~~~
ReplyDeletehidup syakir...hidup cicak kobeng...hidup dr. syakir.Bestlah,x sabar nak tunggu yg 15 punya bab.
ReplyDeletedahsyat syakir mengamuk....takuttt..hehehehe
ReplyDeletewah!!! ini btol2 best,,,dpat laki mcm nie buat suami best jgak,,,x payah nak tkut dah,,,hehehehe
ReplyDelete