KATRINA merenung Syakir semacam. Renungan Katrina membuat Syakir merasa tidak selesa. Apa yang tida kena dengan perempuan seorang ini. Katrina asyik membuntuti langkahnya. Syakir cuba buat tidak endah. Dia menjalankan tugasnya seperti biasa, memeriksa pesakitnya di setiap wad.
“Pakcik…jangan makan makanan yang manis-manis lagi.” Syakir merampas manisan yang di bawa oleh isteri pakcik itu. Dia sudah puas menasihati isteri pakcik itu agar jangan terlalu mengikut kehendak suaminya.
“Tapi pakcik tak boleh tahanlah doktor. Bagilah pakcik makan manisan tu.”
Syakir gelengkan kepala. Dia tidak akan memenuhi hajat pakcik itu. Diabetes bukan penyakit yang boleh dipandang ringan. Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana ia dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
“Nurse! Pastikan pakcik ini tidak makanan dari luar selain makan di hospital ini.” ujarnya tegas,. Jururawat di sisi Syakir anggukkan kepala.
Syakir memeriksa katil pesakitnya yang lain. Katrina masih mengikuti belakangnya. Timbul urat-urat saraf di dahi Syakir. Dia benar-benar tidak dapat menahan kesabaran dengan Katrina.
“What’s wrong with you!” suara Syakir meninggi hingga mengejutkan jururawat dan pesakit di dalam wad berkenaan.
Katrina merenung wajahnya tidak berkelip.
“You tidak rasa apa-apa ke pada bila tengok wajah I?” Katrina mula kehairanan. Dia sudah hembuskan jampi itu kepada Syakir. Masakan jampi itu tidak mujarab.
“Apa yang you merepek ni?” Syakir tidak nampak apa-apa yang pelik pada raut wajah Katrina. Biasa saja.
“Betul you tidak ada rasa apa-apa pada I?” Katrina menyoal tidak puas hati.
“I rasa baik you minum Clorox bagi cuci otak you itu sikit.” Syakir berlalu. Dia tidak punya masa mahu melayan kerenah Katrina.
Katrina mengigit bibir. Ada ke patut Syakir suruh dia minum Clorox. Mengapa jampi serapahnya tidak berkesan. Adakah bomoh itu menipu dia? Katrina perlu mendapatkan penjelasan dari Ayuni. Temannya itu kata bomoh tersebut seorang hebat. Atau sebenarnya Pak Lajis bomoh penipu!
Telefon bimbitnya dicari dalam beg tangan. Nombor telefon Ayuni ditekan satu-persatu. Katrina melekapkan telefon bimbitnya pada telinga. Kenapa panggilan masih tidak berjawab. Nombor telefon Ayuni ditekan lagi.
“Kat…”
Belum dia mahu sembur sudah kedengaran suara sendu Ayuni di talian. Apa hal pula dengan Ayuni ini?
“Apa pasal dengan you ini. Laki you tinggalkan you ke?”
“Bukan…I kena tipu. Lesap lima ribu duit I. Bomoh tu sudah masuk lokap. You tak baca paper hari ini ke?” jelas Ayuni. Teresak-esak dia menangis.
Katrina menelan air liur. Dia mula tercari-cari akhbar Harian Metro yang masih tidak sempat dibaca itu. Bulat anak mata Katrina melihat tajuk utama yang terpapar di hadapan muka akhbar itu. ‘SEORANG BOMOH PENIPU MENCABUL SEORANG GADIS AWAL REMAJA’ Jelas wajah Pak Lajis di situ.
Celaka punya bomoh. Dia kena tipu bulat-bulat. Wang bukan masalah besar pada Katrina. Apa yang dia ingini tidak tercapai itu buat dia rasa bengang. Mimpi indahnya musnah sama sekali. Harapan Katrina pada Leena. Moga-moga Bomoh Mak Esah itu bukan bomoh kelentong.
“Kat!” Katrina terasa bahunya disentuh dari belakang. Dia segera berpaling.
“Mus! Ada hal apa cari I?” Katrina sedaya-upaya memaniskan mukanya.
“I ada satu perkara nak bercakap dengan you. Boleh you luang masa sedikit untuk kita berbicara sebentar.” Musliha merenungnya tajam.
Lantas Katrina anggukkan kepala. Musliha mengajak Katrina masuk ke salah satu bilik rawatan yang kosong. Dia tidak mahu orang lain mengganggu perbualan mereka. Musliha menghela nafas kecil.
“Kat…hentikan perbuatan tidak senonoh you itu. Jangan jadi seorang wanita yang tidak punya harga diri.” Musliha memulakan bicaranya.
“Apa maksud you, Mus. I tak fahamlah.” Katrina buat tidak mengerti akan maksud kata-kata Musliha.
“Jangan you nak berdolak-dalih dengan I, Kat. Kalung hitam pada leher you itu untuk apa? You tahu tak gunakan ilmu hitam ini syirik.” Musliha sudah menekan sedikit suaranya. Katrina mungkin boleh mengaburi mata orang lain tetapi bukan mata dia.
“Mus…kalung hitam macam I pakai ini ada melambak terjual di gerai-gerai tepi jalan dan pasar malam tau! You jangan nak menuduh I yang bukan-bukan!” Katrina turut meninggikan suaranya.
Isk! Macam mana pula Musliha boleh syak yang dia pakai bomoh. Musliha seakan mengawasi garak-gerinya.
“I bukan bodoh tuli. Kat apa yang you cuba buat ini salah! Jangan menjadi perosak rumahtangga orang lain. Kumbang bukan seekor Kat.” Musliha memberikan Katrina nasihat percuma.
Katrina mencebik. Beria-ia benar Musliha mahu dia menjauhi Syakir. Dia tidak pedulilah kalau hati isteri Syakir tercalar. Dia sudah suka maka dia akan dapatkan lelaki yang dia suka. Perempuan sekarang pun ramai yang mencari suami orang. Lelaki boleh berkahwin lebih dari satu. Syakir lelaki yang berkemampuan.
“Jangan you sibuk dengan urusan peribadi I. Apa yang I buat tidak kena-mengena dengan you!” Katrina menolak tubuh Musliha hingga Musliha terdorong sedikit ke belakang.
Katrina segera memulas cembul pintu dan berlalu keluar. Tidak kuasa dia mahu melayan Musliha. Musliha memang penyibuk!
Musliha menggelengkan kepala. Katrina langsung tidak makan nasihat. Apa yang lebih
merisaukan hati Musliha adalah Syakir. Mungkin ada baiknya dia memberikan amaran kepada Syakir akan berhati-hati dengan Katrina.
DIA macam pernah lihat wanita itu? Tapi di mana ya? Lelaki awal pertengahan 30-an itu mengusapkan dagunya. Dia sedang memerahkan otaknya. Tidak lama kemudian bibirnya mengukir senyuman. Dia bingkas bangun dari duduknya dan merapati wanita yang sedang membuat pesanan pada kaunter di Mc Donald’s itu.
“Assalamualaikum…” Dia menegur lembut.
Azyan berpaling. Siapa pula lelaki yang mekar sungguh senyuman di bibirnya. Kumisnya tampak sungguh menawan sekali.
“Waalaikumusalam.” balas Azyan perlahan. Ameerul di sebelah masih merengek-rengek meminta aiskrim kegemarannya. Azyan memberikan aiskrim di tangannya kepada Ameerul. Anak dia yang seorang ini pantang lambat sikit.
“Seorang saja?”
“Isk! Taklah berdua, bertiga dan berempat.”
Bagi soalan bodoh. Azyan segera menatang dulang berisi burger dan air itu ke meja. Ameerul menuruti langkah ibunya. Lelaki terbabit turut mengekori. Tanpa diperlawa lelaki itu duduk bertentangan dengan Azyan. Azyan mengerut dahi. Ini apa hal pula duduk semeja dengan dia.
“Hi! Saya Ikhwan. Saya selalu perhatikan awak hantar anak awak ke tadika.” Dia tanpa segan memperkenalkan dirinya.
“Ibu…ibu…ini bapak Ezuan yang Meerul gigit telinga dia tu.” Ameerul bersuara. Dia menundingkan jari telunjuknya pada muka Encik Ikhwan.
“Hah!” Azyan tersedak. Oh! Ini ayah kepada budak tembam itu.
“Ameerul gigit telinga Ezuan sebab dia jahat. Dia curik makanan Meerul tanpa izin. Bapak dia pun mesti jahat ni.” Ameerul bercerita. Dia tidak suka budak tembam yang suka membuli rakan sekelasnya itu. Ameerul memerhatikan Encik Ikhwan dengan pandangan tajam. Kenapa anak dia tembam tapi ayahnya kurus pulak. Ameerul menggaru kepala.
“Anak awak comel macam ibunya jugak.” Encik Ikhwan angkat kening. Dia ketawa kecil.
Azyan hanya tersenyum ala kadar. Kalau tidak senyum dikatakan berlagak pulak.
“Pakcik ni nak ngorat ibu saya ke?” Ameerul masih laju menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya.
Budak ini tak padan dengan kecil sudah bermulut lancang jugak. Dia mahu saja cubit bibir comel Ameerul. Budak nakal!
“Pakcik hanya mahu nak berkenalan dengan ibu Ameerul.’ Encik Ikhwan mengusap-usap rambut Ameerul.
Ameerul menepis. Dia tidak suka orang lain mengusap rambutnya selain ayah dan ibunya. Balik nanti dia akan adu pada ayahnya ada lelaki gatal mahu memikat ibu dia.
“Maafkan anak saya. Budak-budak…” Azyan rasa ingin segera angkat punggung. Dia tidak senang dengan kehadiran lelaki ini. Rimas!
“Tidak mengapa. Lepas ini mahu ke mana?”
Mak aih! Lelaki ini lebih-lebih pula dia. Azyan mengetap bibir.
“Saya sedang tunggu suami saya. Maybe kejap lagi dia sampai.” Azyan cuba berdalih. Padahal ketika ini Syakir masih lagi bertugas di hospital.
“Sorry mengganggu awak.” Encik Ikhwan bangun dari kerusinya dan beredar.
Azyan hanya melirik senyuman. Setelah lelaki berkumis nipis itu berlalu baru Azyan menarik nafas lega. Encik Ikhwan itu tampak bersahaja orangnya. Tapi orang kata air yang tenang jangan sangka tidak ada buaya.
“Wargh!” Ada suara menyerjah dari belakang.
“Opocot! Bom meletup!” Azyan melatah tanpa disengajakan. Dia mengurut dada. Salwa ketawa mengekeh. Begitu jua dengan Ameerul.
Ada pula yang kena sekeh nanti dengan dia. Salwa mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Azyan. Dia mengambil kentang goreng yang masih tidak diusik itu.
“Amboi! Kau main kayu tiga belakang Syakir ye? Boleh tahan mamat tadi.”
“Tak baik buat fitnah tengahari buta ni.” Azyan menarik pipi tembam Salwa. Temannya ini makin ada ramai anak makin berisi.
“Ala…aku gurau saja. Mana laki kau?”
“Kalau Syakir ada dengan aku maka aku tak jemput kau temankan aku shopping!” desis Azyan. Bibirnya muncung sedepa. Kalau tidak memikirkan pesakit-pesakit yang memerlukan khidmat seorang doktor, sudah lama dia buat boikot depan hospital. Dia cukup menyampah kalau dating bersama suaminya dibatalkan saat-saat akhir.
“Mamat tadi siapa? Bukan main dia pandangan kau sampai nak tercabut biji mata.” Salwa sudah memesongkan soalan.
“Entah!” Jawapan cukup ringkas dari Azyan. Tiada masa lah mahu menjawab soalan soal siasat Salwa. Dia pun bukan kenal lelaki tadi. Dan dia tidak akan ambil tahu.
“Sudah nak masuk dua anak masih ada yang mengayat kau. Jaga-jaga Yan.”
“Aku sudah ada lakilah. Aku tidak berminat pada lelaki berkumis nipis.” Dalam hati ini hanya ada Syakir tau. Kekasih awal dan akhir!
Salwa tersengih. Kalau imbas kembali zaman muda remaja mereka, Syakir tiada langsung dalam senarai lelaki idaman Azyan. Azyan inginkan lelaki yang gagah perkasa seperti hero idamannya The Rock. Tapi kalau sudah jodoh tidak ke mana.
ada je yg nak kacau diorang ni. huuu.. hebat la meerul! hakhak
ReplyDeleterasa nak lempang2 aje si Kat ngan Ikhwan ni...nyibuk...ekekekeekke
ReplyDelete^_~
(daliazulia)
hahaha...
ReplyDeleteada orang nak mengurat Azyan...
kalau Syakir tau...hmmmm...mesti jeles....
sgguh serabut i2 katrina . ade gak kne lmpang laju2 nih ... hehehehe :)
ReplyDeletewah ! watak jahat lelaki pulak dah muncul...
ReplyDeleteGarang ye pengomen2 akak ni :H: Itu baru sikit je tu...tunggu bab2 setersunya untuk anda bengang hehehe
ReplyDeletebomoh strusnye berjaya x?
ReplyDeletehuhu..
kat ni tahu ke syirik dgnn xsyirik?
bukanke die bukan org islam?
Bomoh Mak Esah memang menjadi..Kalau org dah buta hati dah tak kisah dosa atau tidak dah. :H: Sabar ye tunggu kisah CNS II yang bakal buat meraung dlm bab2 seterusnya
ReplyDeleteye ke kak menjadi...alah habislah macam ni...
ReplyDeleteoh tidak...syakir...
:H: kena ada bagi gempak skit untuk tarikan dalam CNS II
ReplyDeletehehehehe.....x menjadi rupanya manrem Katrina...nasib baik.....
ReplyDeleteoh,,, tidak,,, knp ada jak yg nak hncurkn rumah tangga diorang ni,,, yak suka,, rasa mcm nak tumbuk jak katrina ni,,, getek,,,
ReplyDeletebkn stakat nk bagi lempang,,,penumbuk pown dah rasa mcm nak naik dah nie,,,panas kowt!!!!
ReplyDeletehah mmg padan dgn muke katrina 2,,kene tipu..tp harap2nye katrina 2 xsempat la nak pedajal rumah tangga azyan dgn syakir..huu..
ReplyDeletekatrina oo mengkarung..nasib baik ni novel je...kalau mngkarung ni real..siap sedia lah dengan penumbuk yg tlh lame aku SAVE..atau aku main bola penalty masuk dlm gol..
ReplyDelete(caramelEiffel)