BUNYI vakum yang dipasang oleh Tiryaq itu membingitkan telinga Putri Tasnim. Hilang tumpuan dia pada kerja yang masih tertangguh. Putri Tasnim meletakkan pen di atas meja. Dia melangkah keluar dari bilik tidurnya itu. Rajin sungguh suami bukan pilihannya itu. Apa jua kerja di dalam rumah, lelaki itu dengan senang hati melakukannya. Dari mengemas, memasak hinggalah mencuci pakaian. Dia tidak perlu membayar orang gaji. Lelaki itu memang serba guna. Agaknya ada ambil kursus orang gaji.
Selamba Tiryaq menanggalkan baju di depan mata Putri Tasnim. Jelas sekali ketulan otot-otot yang terhasil dari latihan di gym sebelum ini. Sungguh seksi! Putri Tasnim menelan air liur. Lelaki ini cuba menggoda dia ke? Dia segera memenjamkan matanya. Ingat perempuan saja yang menggoda lelaki ke? Lelaki pun ada yang menggoda perempuan. Kalau tidak masakan ada ‘anak jagaan’ mak datin. Tiryaq tersengih melihat reaksi Putri Tasnim. Malulah tu konon. Tidak berdosa pun menggoda isteri sendiri. Dia memang sengaja berbuat sedemikian. Biarkan Putri Tasnim menyimbah air sejuk pada tubuh sebab kepanasan tengok suami dia yang seksi ini.
“You buang tabiat ke? You mahu my neighbour serang I. Malam-malam buta begini you memekak dengan vacuum.” Putri Tasnim sudah bercekak pinggang. Tiryaq mahu mencemarkan nama baik dia di sini ke? Tiryaq memang lelaki pembawa masalah!
Tiryaq pandang Putri Tasnim. Kalau hari-hari Putri Tasnim naik angin pasti wajah ayu itu cepat berkedut. Dia pun memang suka menaikkan suhu panas wanita itu.
“Habuk banyak sangatlah sayang...”
“Don’t call me sayang! I tak pernah terima you sebagai suami I. Understand!” Putri Tasnim melenting. Timbul urat-urat dawai di dahi licin Putri Tasnim. Jangan harap aku akan biarkan hubungan ini berterusan. Aku masih belum bersedia melayari bahtera rumahtangga.
“Kalau begitu saya panggil awak mem besar. Boleh ke?” Tiryaq tetap melirikkan senyuman nakal di bibir basahnya.
“Ikut suka you.” Putri Tasnim sudah bersandar pada sofa mahalnya. “Buatkan I jus oren.” Pintanya.
“Okay mem besar.” Tiryaq siap buat tabik hormat.
Gila! Entah-entah mamat ini terlepas dari rumah orang sakit jiwa. Dia kena buat sportcheck dengan lelaki ini. Manalah tahu kalau betul seperti yang dia fikirkan. Masak dia nanti. Putri Tasnim Binti Johari berkahwin dengan orang sakit mental yang terlepas dari kandang Hospital Bahagia. Tidak ke naya namanya.
Tiryaq hiding jus oren kesukaan Putri Tasnim di atas meja. Baru jemari mahu menyentuh gelas tersebut, Putri Tasnim menarik kembali tangannya. Dia mengusap dagu. Ada keraguan di hati Putri Tasnim. Jus ini tiada apa-apakah? Dia takut kalau-kalau Tiryaq bubuh sesuatu dalam minuman tersebut.
Gelagat Putri Tasnim menjadi perhatian mata tajam Tiryaq. Ingat dia bubuh racun dalam minuman itu ke? Selamba Tiryaq mengambil gelas jus oren terbabit. Dia tenguk hingga licin. Tidak berkelip mata Putri Tasnim. Gelas kosong itu Tiryaq letakkan semula di atas meja.
“I’m still alive.” Ujarnya lembut.
“I know!” Balas Putri Tasnim. Dalam hati dia menarik nafas lega. Manalah tahu kalau lelaki ini berniat jahat mahu merosakkan dia. Dia tidak akan menyerah kepada Tiryaq. “Boleh tak you pakai baju yang menutup tubuh you sikit.” Sambungnya lagi.
Tiryaq ketawa kecil. Dia suka melihat wajah merah padam Putri Tasnim. Tapi Putri Tasnim seorang yang keras hati. Itu yang dia boleh lihat pada wanita yang sudah menjadi surinya ini. Putri Tasnim tidak sejelita model atau pelakon wanita yang terpamer di dalam televisyen itu. Putri Tasnim punya raut wajah yang sedang-sedang cantik kata orang. Suaranya yang serak-serak basah itu yang memukau hati Tiryaq. Ala suara Rani Mukherjee.
Pantang betullah kalau lelaki menilik dia. Dia tak suka. Putri Tasnim menghadang mata tajam Tiryaq dengan telapak tangannya. Satu spesies saja yang suka pandang perempuan begini. Lelaki buaya! Pulak! Tadi dia membuat tafsiran Tiryaq lelaki sakit mental. Kini lain pula dalam pemikiran Putri Tasnim. Mana satu yang betul ni?
“Malam ini saya tidur di mana? Saya tidur di bilik awaklah.” Sengihan di bibir Tiryaq buat Putri Tasnim tidak selesa.
“What? You gunakan bilik yang berdekatan pintu itu. Bilik itu kosong.” Putri Tasnim muncungkan mulut ke arah bilik berkenaan.
Tiryaq gelengkan kepala.
“Arahan yang ini saya tidak akan patuhi. Dont’ worry saya tidak akan sentuh awak. Saya hanya tidur di sebelah awak.” Kata-kata yang serupa. Putri Tasnim mengetap bibir.
“I dont’ trust you!”
“Tapi...rasanya awak yang tidak boleh dipercayai. Awak sudah lupa yang awak pernah peluk saya.”
Bertambah-tambah merah muka Putri Tasnim.
“Okay! Fine!” Dia memberikan kata putus. Dia berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu bilik itu dihempas dengan kuat.
Tiryaq menjongketkan bahu. Putri Tasnim sedang dilanda ribut.
MASAM mencuka muka Putri Tasnim ketika melangkah masuk ke Elite. Hatinya yang panas kian bertambah panas. Dia tidak melupakan peristiwa yang berlaku pada awal pagi itu. Dia memeluk lelaki itu lagi. Tidak! Mana mungkin aku yang memeluk dia. Dia yang mengambil kesempatan pada aku. Jika keadaan begini berterusan aku yang akan mendapat sakit otak bukannya dia!
“Tas...” Ada suara yang menegurnya. Putri Tasnim mengangkatkan kepala.
Tihran! Dia hanya sekadar tersenyum pahit. Anginnya tidak baik.
“Sorry...I lupa ingin menghubungi you. Kita berbual di bilik I.”
“It’s okay.” Tihran menuruti langkah Putri Tasnim. Ada yang tidak kena dengan Putri Tasnim. Wajahnya agak tegang pagi ini. Masalah masih belum selesaikah?
Dia ke Elite kerana merindu Putri Tasnim. Kalau boleh dia mahu wajah wanita itu sentiasa berada di depan matanya. Dia masih tidak berani untuk menyuarakan perasaan di hati. Dia yakin Putri Tasnim masih belum melupai arwah Tazriq. Hati Putri Tasnim terluka saat Tazriq mengecapi bahagia dengan wanita lain. Namun dia menyembunyikan kecewaan itu. Wanita yang keras hati seperti Putri Tasnim tidak mungkin akan menunjukkan perasaannya.
Putri Tasnim mengalirkan tidak menitiskan air mata ketika kehilangan m. amanya dan juga Tazriq. Wanita itu menahan perasaan sedih di hati. Dia mahu berkongsi suka dan duka bersama Putri Tasnim. Dia mahu menyelami kekerasan hati Putri Tasnim. Dia mahu memberikan kasih dan sayangnya kepada Putri Tasnim.
“Tas...you okay?” Soal Tihran
“I’m okay. Kenapa you mencari I?”
“I just miss you, Tas. Bagaimana dengan percutian you?”
“Hmmm...okay saja.” Balas Putri Tasnim malas-malas. Dia tidak akan bercerita apa yang telah berlaku di sana. Dia sudah berkahwin. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali.
“Tas...if you ada masalah you berkongsi dengan I. I juga seorang ambil berat akan perihal you selain arwah Tazriq.”
Mengapa orang yang sudah tiada itu perlu dikenangkan. Dia yang ada di depan mata ini langsung tidak dipedulikan.
“Stop it! Jangan sampai I tidak mahu melihat wajah you, Tihran.” Putri Tasnim melenting. Kenapa mereka asyik mahu mengingatkan dia dengan kenangan lama itu. Tihran jua begitu.
“Tas...I’m sorry...” Tihran menundukkan kepala. Rasa bersalah menyelubunginya. Dia tidak seharusnya mencemburui orang yang telah tiada.
“I rasa lebih you balik Tihran. Kita berbual lain masa sahaja.” Putri Tasnim menghalakan jari telunjuknya ke arah pintu.
“Tas...”
“Get out!” Arah Putri Tasnim.
Tihran menghela nafas kecil. Dia bingkas lalu melangkah keluar dari bilik pejabat tersebut.
“Esok mood tuan puteri itu akan okay. Jangan lupa bawa bunga sebagai tanda minta maaf.” Tegur Cherly. Dia tahu Tihran sukakan Putri Tasnim. Putri Tasnim yang buat tidak nampak. Wanita yang cerewet!
“Thanks Cherly.” Tihran tersenyum. Semestinya esok dia akan datang semula ke Elite.
“TUAN pengarah sedang mengemas rumah?” Berkerut-kerut dahi Apple. Itu yang dengar dari mulut Tuan Pengarahnya sebentar tadi. Tuan Pengarah mengikut telunjuk wanita yang baru beberapa hari menjadi isterinya itu. Tuan Pengarah sudah gila agaknya. Dia lelaki yang punya kedudukan yang tinggi. Bukan sebarangan lelaki. Mengapa perlu hidup seperti orang kebanyakkan dan menjadi orang gaji di rumah wanita itu.
Apple memandang ke arah Bonda Arfah yang sedang menghadap komputernya. Wanita itu agak murung kebelakangan ini. Bonda Arfah sentiasa menyibukkan diri dengan kerja-kerja pejabat. Wanita itu sedang menyembunyi kegusaran di hatinya. Tuan Pengarah satu-satunya anak yang Bonda Arfah ada. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Tiryaq adalah segala-gala pada Bonda Arfah. Adakalanya Apple rasa serba salah dengan wanita itu. Pelbagai masalah yang ditanggung oleh wanita itu sendirian. Kaum kerabat tengku Irsyad tidak pernah menyenangi kehadirannya. Bagi mereka, Bonda Arfah dan Tiryaq bagaikan duri dalam daging.
“Puan masih bimbangkn Tuan Pengarah?” Apple meletakkan secawan kopi atas meja Bonda Arfah.
“He’s only my son. I besarkan dia tanpa seorang suami di sisi.” Luah Bonda Arfah.
“Puan....” Apple mengetap bibir. Kalau tidak memikirkan dia sudah berjanji akan menyimpan rahsia mahu saya bongkarkan di mana Tuan Pengarah yang menyusahkan itu berada.
“Apple...hati I sentiasa tidak tenteram. You tahu yang Tiryaq ramai musuh di sekelilingnya. I takut jika sesuatu berlaku pada Tiryaq. Dia satu-satunya harta yang I ada.” Bonda Arfah meramas-ramas jemarinya. Dia tidak senang duduk apabila mendengar Tengku Tyea kembali semula ke TIR Holding’s.
“Tiada sesiapa yang berani mengapa-apakan Tuan Pengarah. Puan sudah lupa siapa anak puan itu.” Apple memaut lembut bahu Bonda Arfah.
Bonda Arfah tersenyum pahit. Sebelum tiada sesiapa yang berani mengapa-apakan Tiryaq kerana ada orang mengawal di sisi anaknya itu. Tapi kini Tiryaq keseorangan.
Apple berlalu dari bilik Bonda Arfah. Dia menuju ke bilik tamu. Dia berdiri satu sudut menghadap ke arah cermin. Apple menekan-nekan nombor pada telefon bimbit. Telefon bimbit itu dilekapkan pada telinganya.
“Semuanya berjalan dengan lancar.” Ujar Apple perlahan.
“Bagus! Ingat Apple! Rancangan kita tidak boleh gagal.” Balas suara garau di atalian itu.
Apple anggukkan kepalanya.
“Ya! Saya faham.” Talian dimatikan. Senyuman sinis terukir di hujung bibir Apple. Siapa agaknya lelaki yang bercakap dengan dia itu? Yang pasti lelaki itu bukan Tiryaq!
ehehehe..
ReplyDeletebila tasnim nk fall in love kt tariq ni
best!!
ReplyDeletewaaa makin complicated!! adakah apple duri dalam daging+gunting dlm lipatan+musuh dalam selimut~~~ngehnegh~~moga2 tidak =.=
ReplyDeleteHahaha..... Macam2.... Pape pon citer ni memang best.. Xsabar nak tunggu sambungan....
ReplyDeletememang angau tahap cipan dah tiyraq tu...ya lah vacuum tgh2 malam...
ReplyDeleteapa pun tiyraq memang cool...
nak lagi...
Ada rahsia disebalik perkahwinan yang terjadi...mengapa Tiryaq berkahwin dengan Tasnim sedangkan mereka tidak sampai seminggu pun kenal :D: tunggu...
ReplyDeleteawat ni...don't tell me..apple talam muka 2..taknak..plze...sakit hati tau..kalau mcm ni...
ReplyDeletei like mat poyo tu..apa pun masih tidur ngan bini...
tabik spring kat writer..for d story..
nurul:)
ReplyDeletehee hye ilya..sy mmg mnat dgn awk coke and sundae..best sgt cerita tu..ade pertanyaan:
1) coke and sundae 2 dan queen control akan keluar ke pasaran ke nanti?
please rply..thank u..
Salam Nurul...Tq krn meminat karya2 akak,
ReplyDeleteYa CNS II dan Queen Control akan kuar versi cetak nanti :H: