Tab Menu

Followers

Friday, August 5, 2011

Coke and Sundae

Coke and Sundae

Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.

Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.

Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.

Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

Coke and Sundae II

KISAH dari alam percintaan dibawa hingga kepada kisah rumahtangga. Coke memang tidak boleh berenggang dengan sundae. Kalau dulu mereka bertegang urat kini mereka sudah duduk sebumbung rumah. Kini Azyan dia sudah begelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir. Rumahntangga mereka bertambah ceria dan lengkap setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka Ameerul Hasif yang keletahnya adakala memeningkan kepala otak.



Ingatkan aman sampai ke tua rupanya ada juga ujian peperiksaan untuk Azyan dan Syakir. Katrina Kaif muncul mengeruhkan suasana. Siap main pakai-pakai bomoh Mak Esah lagi. Rumahtangga Azyan mula diambang pintu keretakkan bila Syakir berubah hati. Ameerul bertindak menjadi hero Ultraman untuk ibunya. Namun hancurnya hati bila si suami menyatakan mahu menikahi perempuan itu. Semangat tenggelam dan timbul. Azyan sudah tidak mampu menjadi Wonder Woman untuk keluarganya. Saat ini air mata Wonder Woman mengalir juga. Sampai hati kau Syakir! (Sinopsis masih dalam rekaan lagi ni nak bagi editor)

4 comments:

  1. aduhhhh tak sabar nak beli CNS 11.... cepat kau januari 2012.. tak sabar i nak dapatkan koleksi tu....

    kak ilya!!! sampai sekarang i still tertanya-tanya apa sebenarnya yg belaku??

    eeeeiiiiiiiiii... geram betul kat katrina bedebah tu!!!!

    puasa!! puasa!! sabar!! sabar!!!

    ReplyDelete
  2. Yup memang kelaur Januari 2012 sabar2 Suffian...skrg tgh puasa ni tau hehehehe...akak faham perasaan anda semua :)

    ReplyDelete
  3. x sabar nak tahu ap pengakhirannya...
    harap2 novel ni cpt dterbitkan..
    mmg kejam btol doktor syakir tu..
    sanggup dia lukakan hati Azyan...diktator ! ! !

    ReplyDelete
  4. x sabarnya nak tunggu cns 2 ni kuar...

    ReplyDelete