Tab Menu

Followers

Sunday, April 3, 2011

Coke and Sundae II - Bab 12

DARI Kuala Lumpur ke Perlis memakan masa perjalanan yang agak panjang. Mereka bertolak sehari sebelum majlis berlangsung. Syakir sekeluarga bermalam di rumah saudara belah ibunya. Kak Nani dan Salwa menolak pelawaan Syakir. Mereka lebih senang menginap di hotel. Lagipun anak-anak mereka mahu mandi di kolam renang. Syakir yang masih baring di atas katil memandang sekilas ke arah Azyan yang sedang sibuk menggosok baju melayunya. Azyan tidak banyak bersuara. Rasa sunyi tanpa bebelan dari bibir Azyan.

            Ameerul pula sedang bermain dengan robot Transfomers yang dibelikan oleh Syamil. Anaknya sudah tidak ambil kisah keadaan sekeliling. Permainan sudah ada depan mata. Syakir bangun dari baringan. Dia menghampiri Ameerul yang masih leka dengan robot Transfomersnya. Bukan sebarang jenama yang Syamil belikan untuk Ameerul. Original lagi. Harganya mahu mencecah ratusan ringgit. Macam kata Syamil….elakkan cetak rompak. Banyak duit Syamil ye. Mana tidak banyaknya…duit poket abah tanggung. Kering sikit aje abah akan masukkan dalam akaun. Banyak duit Cikgu Ilyas selepas pencen. 

            Esok majlis Mat Karan akan berlangsung. Malam ini teman baiknya itu akan genggam tangan tok kadi. Tak sangka anggota Alleycats palsu itu akan berkahwin. Dengar si penganti perempuan jururawat tempat Mat Karan bertugas. Lupa pulak nak bagai tahu. Nama betul Mat Karan ni Mat Rudy tapi si Syakir ini yang memandai beri gelaran Mat karan sampai melekat nama itu hingga sekarang. Mujurlah Mat Karan jenis tidak ambil kisah. 

            “Meerul dah pujuk ibu?” Syakir berbisik halus pada cuping telinga Ameerul. 

            “Sudah.” balas Ameerul. Tangannya masih ligat mengayun-ayunkan robot Transfomers itu. Ayah dia memang suka saja cari pasal dengan ibu dia. Bila ibu sudah merajuk maka sudah menjadi tugasan dia memujuk ibu bagi pihak ayah.

            “Tapi kenapa ibu masih masam muka dengan ayah lagi.” cebik Syakir. Dia tidak berpuas hati.

            “Ibu kata nak belanja Meerul aiskrim.”

            Syakir kerut dahi. Ada berbau rasuah ni. Dia kerling Azyan yang masih memengang seterika itu. Ameerul pun satu. Cepat benar berpaling tadah kalau dapat aiskrim. Ameerul lebih berpihak pada ibunya. 

            “Tak baik makan rasuah tau.” Kali ini dia sengaja menguatkan sedikit volume suaranya.

            “Kalau memaksa orang itu kira baiklah ye. Ingat ayang tak tahu taktik abang.” Azyan membuka mulut. 

            “Benda kecil pun ayang nak ambil hati.” Syakir menarik nafas panjang. Nampak gayanya dia kena ubah taktik lain. “Okaylah…beginilah sayang. Abang akan buat apa saja yang ayang suruh kalau ayang pakai baju tu.”

            “Really…” Wajah Azyan berubah seratus-peratus. 

            Syakir anggukkan kepala. Bukan main semangat bini dia. 

            “Yes! Nanti ayang buat senarai panjang.” Hati Puan Nur Azyan berlagu riang. Ini yang buat dia makin bersemangat. Ameerul mengenyitkan mata pada ibunya. 

            Ibu dan anak ini memang ahli Wonder Pets yang sentiasa bekerjasama. Apa yang penting…kerjasama! Riuh-rendah dalam bilik tidur itu hingga menarik perhatian Encik Ilham sekeluarga.
           
CANTIKNYA Azyan setelah mengenakan baju kurung berwarna biru laut itu. Siap berposing bagai. Atas bawah Syakir memandang isterinya. Ameerul mengangkat keningnya. Tengoklah ibu siapakan. Ibu Ameerul Hasif Bin Muhammad Syakir. Ameerul tersenyum bangga. Besar nanti dia ingin mencari bakal isteri macam ibu. Comel…Ayah pun tidak kurang kacaknya. Dia pun mahu jadi kacak macam ayah. Dia ingin jadi doktor rebutan ramai. Ameerul melihat mukanya ke arah cermin solek. Kalau ada iras-iras ayah maka memang ada kemungkinan akan hensem bila dewasa. Lebar senyuman terukir di bibir comelnya. Kuat berangan juga anak Doktor Syakir dengan Puan Nur Azyan ini.

Syakir mengalihkan pandangan anak lelakinya yang sedang dok tersengih itu. Apalah yang ada dalam fikiran si kecil itu. Syakir mencapai songkok hitam yang Azyan hulurkan. Rasanya pengantin baru pula. Kata orang dia dengan Azyan bagai pinang dibelah dua. Biarpun Azyan tidak sejelita pelakon pujaan hati Kareena Kaapor, Emelda dan Katrina tapi Azyan tetap cantik di matanya. Azyan menghadiahkan kucupan pada pipi Syakir. Syakir termangu seketika. Dia memalit senyuman akhirnya.

“Meerul pun nak kiss macam ayah.’ Ameerul menyelit di tengah-tengah. Dia menayangkan pipinya pada Azyan.

“Okay.” Azyan kucup pipi Ameerul. Dia mengusap-usap rambut Ameerul. 

“Penyibuk.” Syakir mencubit pipi Ameerul.

“Nah! Abang jangan lupa janji abang.” Sekeping kertas bersaiz A4 Azyan berikan kepada Syakir.

Syakir memicit kepala sebaik sahaja membaca isi kandungan yang tertulis dalam kertas berkenaan. Berat juga permintaan Azyan ini. Dia kena memikirkan jalan untuk menunaikan perjanjian yang sudah termeterai.

Azyan memakaikan Ameerul tali pinggang kalender di tempat duduk belakang kereta. Langkah keselamatan. Ikut seruan kerajaan. Azyan membuka pintu kereta di sebelah tempat duduk pemanduan. 

“Abang! Cepatlah!” laung Azyan. Terhegeh-hegeh betul laki dia. Orang tak mahu lewat sampai di majlis Mat Karan. Excited ni nak merengis mempelai.

“Abang datanglah ni.” Bergegas Syakir menyarung kasutnya. Encik Ilham dan isteri gelengkan kepala dengan gelagat suami isteri itu. 

“Bawa kereta elok-elok Kir.” Encik Ilham memberikan pesanan kepada anak saudaranya itu. Syakir kalau memandu boleh tahan lajunya. Ala F1 gitu. Berderau darah kalau naik bersama Syakir. 

“Baiklah pakcik.” Syakir tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam keretanya.

KATRINA menatap gambar Syakir yang diambil secara senyap-senyap itu di dalam telefon bimbitnya. Tingkah-laku Katrina menjadi perhatian Puan Sri Karmila yang sedang menghendap di balik pintu bilik Katrina. Puan Karmila sudah mengesyaki yang anak gadisnya itu sedang dilamun cinta. Dia ingin juga tahu lelaki yang telah memikat hari Katrina itu. Pastinya seorang lelaki yang hebat. Puan Katrina menuruni anak tangga. Dia memandang suaminya Tan Sri Kaif yang sedang membaca majalah GOLF di tangannya itu.

            Hari minggu begini selalunya suaminya itu keluar bersama teman-temannya ke padang golf. Tidak pula pada hari ini. Suaminya duduk goyang kaki di rumah. Orang berniaga seperti Tan Sri Kaif memang sibuk sentiasa. Hal anak-anak tidak begitu dititik beratkan. Puan Sri Karmila juga sibuk dengan perniagaan produk kecantikannya. 

            “Honey…Kat ada bercerita apa-apa dengan you tak?” 

            Tan Sri Kaif menurunkan majalahnya.

            “Tiada pula. Kenapa?” 

            “Anak you itu macam orang angau I lihat.”

            “Anak I anak you jua. You tak try tanya pada dia?” 

            Puan Sri Karmila gelengkan kepala. Dia bukan ada masa yang terluang bersama anak
gadisnya itu. Katrina pun sibuk dengan kerjanya di hospital. 

            “I rasa anak kita dilamun cinta.” Puan Sri Karmila sekadar membuat telahan.

            “Apa yang mama dan papa bincangkan?” Katrina muncul di belakang Puan Sri Karmila. Puan Sri Karmila mengurut dada. Dia langsung tidak menyedari kehadiran Katrina.

            “Bincang pasal kamulah, Kat.” balas Puan Sri Karmila. 

            “Mmmm…ma…pa…Kat mahu keluar sebentar.” Pipi Puan Sri Karmila dikucup. Dia tidak mahu orang tuanya tahu tentang Syakir buat masa ini.

            Katrina berjalan menuju ke pintu pagar. Leena sudah menanti dengan keretanya. Mereka ada rancangan untuk direncanakan. 

            “Tengoklah anak gadis you itu, berahsia benar dengan kita.” Puan Sri karmila menjuihkan bibir.
            “Biarlah…Dia bukannya budak kecil lagi.” Tan Sri Kaif mengangkat semula majalahnya. Katrina bebas membuat pilihan. 

            Terangguk-angguk kepala Katrina mendengar muzik di dalam kereta Leena. Leena tidak faham mengapa Katrina memilih kerjaya sebagai seorang doktor. Lihat pada gaya Katrina itu sememangnya tidak ada tokoh kredibiliti seorang doktor. Kartina merosakkan imej seorang doktor. Siapa yang tidak kenal dengan Katrina. Kaki disko terhormat. Kegiatan sosial Katrina agak terhad sejak dia menjadi doktor. Bukan salah dia jika Katrina merungut tentang kerjanya itu.

Aria tidak ada bersama mereka. Leena malas mahu menghubungi temannya itu. Leceh! Lagi-lagi Aria tidak sependapat dengan mereka. Perasaan baik konon! Aria sudah banyak berubah. Tidak seperti Aria yang dia kenal sebelum ini. Katrina menoleh ke arah Leena.

“You ada masalah rumahtangga ke? Monyok semacam I tengok.” Katrina bersuara. Dia perlahankan radio yang dipasang.

“I dengan Taufik baik-baik saja. I sedangkan fikirkan Aria.”

“Hey! Kenapa perlu memikirkan pasal perempuan itu pula. Fikirkan masalah I yang masih belum settle ini.”rengus Katrina.

“I tak tahulah. You tak bersabar langsung. Leena membelok ke arah persimpangan. 

“Bila you nak bawa I jumpa bomoh Mak Esah tu?”

“Kat…hari ini tak sesuai untuk bertemu dengan Mak Esah. Kita pergi khamis malam jumaat nanti. You ni gelojoh sangat.” Leena ketawa kecil.

Katrina mencebik. Wajah putih bersih itu kemerahan. Panas juga hatinya kena perli dengan Leena. Mereka melangkah masuk ke dalam kompleks membeli-belah berkenaan.

“You tidak layak jadi seorang doktor.” Kata-kata itu menyakitkan hati Katrina. “Sini bukan tempat untuk peragaan. Sini hospital!” Satu-persatu ayat pedas Syakir menerjah dalam kotak fikiran Katrina. “Sorry…I hanya makan dari bekalan isteri I.”

Tunggu sajalah Syakir. Masanya akan tiba bila you melutut pada I. Waktu itu you sendiri yang tinggalkan isteri dan anak you. Katrina melirik senyuman sinis di hujung 

 

10 comments:

  1. akhirnya azyan pki juga baju yg syakir beli...tapi apa syarat yg diberikan pada syakir ya...nak tau juga...
    akak blh share sikit x syarat yg azyan tulis...ya la smpi satu a4 tu...:-)

    ReplyDelete
  2. sweet sngt azyan , syakir n ameerul . mmg eppy family :)
    tapi , skit aty ngan kat . Haisyh -,- ..

    ReplyDelete
  3. jahat nye katrina.....org dh elok2 bahagia dgn family,sebok je kaco umahtgga org...huhuhuhu
    next n3 update cpt3 ea...

    ReplyDelete
  4. semuga niat jahat katrina itu
    tidak kesampaian. jika terkena
    biarlah syakir sedar yg dia
    telah terkena buatan org dn
    cepatlh berubat supaya rumahtangga
    dpt dipelihara dari godaan org
    yg tidak bertanggungjawab dn dengki
    akan kebahagiaan org lain. cepat sambung ye...

    ReplyDelete
  5. ouch.!!kuat berangan btul budak kecik,meerul..haha..

    katrina gilos...huk3

    ReplyDelete
  6. Tq...atas komen2 semua. :D: Syakir memang akan kena sihir nanti...hehehehe...kena tambah rencah lg

    ReplyDelete
  7. i hate u katrina n leena,,,mmg patut x dak spa yg nak kat korang,,,huh!!!
    minah gedixzzz x sedar diri,,,,bencinya,,,

    ReplyDelete
  8. x suke la watak katrina 2!!!benci!!!ade jgk prmpn mcm 2 ye..ble bce part yg ade katrina ni,mood pn rse x best jer,huh..

    ReplyDelete
  9. berdebar2 setiap kali baca setiap bab...
    x sabar nak au apa yg berlaku...

    ReplyDelete