Tab Menu

Followers

Sunday, April 17, 2011

Coke and Sundae II - Bab 17

PENUH satu bonet kereta dengan barang-barang Azyan. Kenapa Azyan tidak beli sekali dengan shopping kompleks tu? Salwa menjeling Azyan dengan ekor mata. Kalau tidak memikirkan mereka kawan baik dunia dan akhirat sudah lama dia tinggalkan Azyan tadi. Bukan main cerewet temannya itu memilih barang. Satu barang sampai makan masa satu jam untuk Azyam memilih yang berkenan di hati. Lenguh urat sendi dia. Nasib baik hero-heronya tinggal di rumah bersama papa mereka. Jika tidak Salwa pitam di sini juga melayan kerenah Azyan ditambah pula melayan kerenah anak-anak yang memang nakal tahap gaban itu!

Tersenyum lebar Azyan melihat barang keperluan bayinya sudah lengkap. Terima kasihlah kepada Salwa sebab sudi menjadi peneman setia. Kebetulan ada jualan murah di SOGO maka dia ajak Salwa singgah di situ. Azyan ada menelefon Syakir beberapa kali namun panggilan asyik masuk ke dalam peti pesanan suara. Sibuk betul laki dia. Azyan hanya meninggalkan pesanan untuk Syakir melalui SMS. Dia harap Syakir tidak lupa yang ayah akan makan malam di rumah mereka nanti. Azuan dan Emelda mesti ada bersama sekali. Ayah kata abangnya ada berita gembira ingin berkongsi bersama mereka.

Tak payah cakap pun Azyan sudah boleh agak. Ini mesti Azuan mahu menamatkan zaman bujangnya bersama Emelda. Kalau benar terkaan Azyan maka dia akan tumpang gembira untuk abangnya itu. Kalau ingin mendirikan masjid tidak elok dilengah-lengahkan.

“Yan...kau kena bagi aku upah jadi driver kau.” Sudah keluar rungutan dari bibir Salwa.Kalau dulu dia kuli angkut barang Azyan sekarang dia berkkhidmat sebagai pemandu Azyan pula. Azyan kan fobia bawak kereta.

“Kau nak upah apa dari aku?” Azyan sudah masuk ke dalam perut dan duduk di sebelah Salwa.

“Kau masak sedap-sedapkan hari ini kan? Apa kata kau tapaukan untuk aku satu family.” Salwa tersengih. Idea yang cukup bernas di dalam kepala otak Salwa.

Azyan mengusap dagu. “Okay. Aku tiada masalah tapi kau kena singgah rumah akulah.” 

Salwa bersorak dalam hati. Dia sudah boleh agak yang Azyan akan bersetuju. Ala..isteri Syakir ini bukan jenis berkira sangat orangnya. Kalau mood baik maka memang mudah untuk dia ambil kesempatan.

“Yan…aku ada dengar spekulasi pasal Syakir dengan doktor baru di tempat dia bertugas tu. Kau percaya pada Syakir tak? Aku bukan nak menyibuk just aku ambil berat pasal kau sebagai seorang sahabat. Aku tak mahu kau jadi macam dulu-dulu sebelum kau dengan Syakir kahwin. Ala kes Emelda tu.” Dia ada risik-risik mengenai Katrina dari Tengku Kudin. Perempan itu memang jelita. Kalau dengan Azyan bagaikan burung merak dengan itik serati. Bukan Azyan tidak melawa hanya dari segi kecantikkan itu Azyan akan kalah. 

Azyan membisu. Masakan dia lupa salah faham yang berlaku antara Syakir dengan dia. Siap mahu menyambal mulut Syakir dengan cili! Dia cuba mengawal perasaan yang bergelora dalam hati. Ayah selalu berpesan agar bertindak mengikut akal bukan perasaan. Adakalanya perasaan mengawal akal fikiran.

“Wawa, aku percaya Syakir walaupun bukan seratus-peratus. Tapi entahlah…kebelakangan ini aku rasa tidak sedap hati. Aku bukan perempuan jenis cemburu buta dan aku tahu Syakir setia pada aku. Ada tikanya kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku kelak.” 

Wah! Adakah ini Azyan yang dia kenal? Salwa tersenyum. Usia yang kian meningkat akan membuat kita kian matang. Kalau masa remaja perangai memang gila-gila punyalah. Lagi-lagi Azyan! Panas baran! Dia Tidak lupa macam mana Azyan menumbangkan Syakir. Syakir pula memang sengaja mahu sakitkan hati Azyan. Mereka berdua sama keras kepala sama degil.

“Aku dengar Abang Nuar berpindah ke Dubai. Berapa tahun dia berada di sana?” Lebih baik tukar topik perbualan. Karang Azyan emosional lagi susah. 

“Dua tahun sahaja. Syarikat dia buka cawangan di sana.” Sejak Anuar berkeluarga mereka jarang berjumpa. Kalau ada keluh-kesah dia hanya mengadu pada Azuan. Azyan rindukan gurau-senda bersama kedua abang kesayangannya itu.

“Aku ridukan kemesraan kau dengan abang-abang kau. Mereka kan suka menyakat kau. Aku tak boleh lupa niat kau nak feminin. Hancur!” Salwa ketawa kecil. Eksiden bola jatuh atas kepala Azyan melucukan hati Salwa. Hebat Syakir! Boleh dia tuju bola sampai kena kepala keras Azyan.

“Kau pula boleh cakap itu taktik mengurat alaf baru. Sakit kepala aku tau.” Cebik Azyan. Berpinar biji mata kena bola sesat. 

“Itulah pertemuan semula kau dengan Syakir kan. Jodoh kau dengan dia memang kuat. Tapi kaulah lembab sangat nak tahu perasaan Syakir pada kau.” Satu dunia tahu Syakir sukakan Azyan tapi si Azyan lambat nak pickup. Kata orang putih Slow!

Azyan manalah tahu Syakir suka pada dia. Apa yang dia tahu Syakir adalah musuh yang harus dihindari. Dia cukup getik kalau ada yang menyebut nama Syakir. 

“Tapi tanpa korang aku dengan Syakir tidak akan bersatu. Apa yang aku tak boleh lupa time Syakir jumpa ayah aku. Ketar lutut. Hehehehe!” 

“Yang itu kau tak story pun pada aku dengan pembaca. Mereka pun ingin tahu macam mana kisah Syakir meminta izin Tuan Mejar untuk melamar kau jadi isteri dia.” Salwa buat muka poyonya. 

Azyan kerut dahi. Apa hal pula ada sangkut-menyangkut dengan pembaca cerita ini? Mereka tidak kisahlah kalau dia tidak ceritakan kisah Syakir bertemu dengan Tuan Mejar Idris. Itu kisah sebelum dia sah menjadi isteri Syakir. Cerita dah lapuk. Betul tak pembaca sekalian. Hehehehehe…

“Ada masa aku cerita kat kau.” 

“Aku tunggu..”

Kereta yang dipandu oleh Salwa terus meluncur laju.

“INI ikan ke arang sayang.” Azuan menunjukkan ikan merah yang sudah digoreng itu kepada Emelda. Emelda tersengih. 

“I terlepas pandanglah.” Emelda memberikan alasan. 

“Awak ni…ingat etika memasak yang saya ajar pada awak. Ketika berada di dapur jangan memasak sambil bercakap dengan telefon bimbit.” Azuan mengetuk kepala Emelda dengan sudip. Degillah kekasih hati dia ini. 

“Awak jangan curang di belakang saya.” Samabung Azuan lagi.

“I sayang you seorang tau. Jangan raui kesetiaan I. Kawan perempuan I yang call tadi. Dia ajak I main teater.” Gedik santai Emelda masih jambu. Anak manja katakan walaupun badan sudah besar gajah!

“Main teater ke main asmaradana?” 

“Hmmm…you tak percayakan I?” Berubah raut wajah Emelda. Sumpah! Dia dia tidak main kayu tiga belakang Azuan.

“Bukan saya tak percayakan awak tapi saya risau tengok awak asyik dikelilingi lelaki lain. Cemburu!”

“Encik Khairil Azuan…you cemburu tidak bertempatlah. Kalau I ini jahat sangat sudah lama I layan lelaki-lelaki yang dekati I itu. Kalau dulu I hanya pada Syakir tapi kini I hanya pandang you tahu.” Emelda merengus kecil.

Azyan yang melihat gelagat pasangan itu hanya gelengkan kepala. Seorang pakai I dan you. Yang seorang lagi pakai saya dan awak. Salwa ketawa mengekeh. Seronok tengok Azuan dan Emelda bertekak di dapur itu. Kalau di mata orang lain akan mengatakan pasangan ini tidak sepadan langsung. Tapi siapa kata tidak ada keserasian di hati mereka. 

Encik Idris berada di ruang tamu melayan kerenah Ameerul. Entah apalah yang Ameerul bualkan dengan atuknya itu. Kalau pasal isu semasa memang jauh sekali. Mungkin berkaitan dengan cerita-cerita kartun kegemaran dia. Jika tidak, pasal cerita di tadikanya. Ameerul memang suka mengumpat Cikgu kelasnya. Apa ye namanya…Cikgu Sharifah kot. Dia panggil Cikgu Pah. Cikgu Pah kalau mengaum meremang bulu roma. Lepas itu Ameerul akan membandingkan Cikgu Pah dengan ibunya. Dia rasa ibu dia lebih menakutkan bila mengamuk. Makcik Salwa kata ibu dulu macam gorilla. Ameerul teringin nak tahu apa menatang bernama gorilla itu. 

“Atuk…atuk..apa itu gorilla ye?” Dia mengemukan soalan yang terpendam itu kepada atuknya.

“Gorilla?” 

“Makcik Salwa cakap pada Meerul…kalau ibu mengamuk ibu jadi gorilla.”

Encik Idris pecah ketawa. “Atuk pun tak pernah tengok gorilla.” 

“Ayah pernah tengok gorilla tu.” Syakir yang baru pulang dari kerja itu menyampuk. Dia mendekati Encik Idris lalu menyalami dan mencium tangan bapa mertuanya. Syakir mengambil tempat duduk di sebelah Encik idris. Wajah gerun Encik Idris tiada yang berubah. Misainya masih melentik macam misai Laksamana Pa So La itu.

Ameerul bersorak gembira menyambut kepulangan ayahnya. Dia sudah duduk di atas riba ayahnya. 

“Ayah cepatlah cerita macam mana rupa gorilla?” Ameerul sudah tidak sabar. Dia menggerak-gerakkan tubuh ayahnya.

“Gorilla ni betubuh besar dan berbulu warna hitam yang lebat. Hidung dia kembang. Gigi dia bertaring.” Syakir siap buat gayanya sekali.

Ameerul mula membayangkan rupa gorilla terbabit dengan ibunya. Kalau dilihat dengan rupa fizikal ibunya tidak sesuai langsung. Gorilla yang ayah gambarkan itu menakutkan.

“Tapi ayah…ibu tidak berbululah. Hidung ibu tak kembang. Mana ada taring pada gigi ibu. Ayah tipu!” Ameerul menarik kedua belah pipi ayahnya. Syakir ketawa kecil.

“Ayah tak tipu. Kalau ibu mengamuk memang persis gorilla.” 

“Betul ke atuk?” Ameerul memalingkan kepala ke arah Encik Idris. Encik Idris menjongketkan bahu. 

Encik Idris angkat keningnya memberikan isyarat kepada Syakir. Rasa seram sejuk semacam di belakangnya. Ameerul segera melompat dari riba ayahnya. Dia duduk semula di atas riba atuknya. 

“Siapa gorilla?” Azyan sedang bercekak pinggang di belakang. Mukanya sudah merah padam. Buka main sedap Syakir mengata dia ya.

“Sayang…tak nak kiss pipi abang ke?” Syakir buat muka selamba. Dia tahu darah isterinya itu sedang mendidih.

“Ini kiss abang!” Azyan menarik telinga Syakir.

Ameerul ketawa menekup mulut melihat ayahnya kena tarik telinga dengan ibu. Encik Idris tidak tahu nak cakap apa pada anak dan menantunya itu.

JEMARI halus Azyan mengelus lembut rambut Ameerul yang sudah lena di atas katil itu. Anaknya seharian kepenatan bermain dengan teman-teman di taman perumahan itu. Syakir masih berborak dengan ayahnya di ruangmu. Azuan pula menghantar Emelda pulang. Begitu pprihatin Azuan menjaga keselamatan buah hatinya. Ayah kata Azuan akan menamatkan zama bujangnya dalam masa terdekat ini. Mereka tidak mahu bertunang lama. 

Azyan menongkat dagu sambil merenung wajah Ameerul. Ameerul tidak akan keseorangan lagi selepas ini. Azyan memengang perutnya yang kian menonjol itu. Esok dia akan membuat pemeriksaan di klinik. Syakir sudah berjanji mahu menemaninya. Bunyi telefon bimbitnya mengejutkan Azyan dari lamunan. Nama Anuar terpapar pada skrin telefonnya.

“Assalamualaikum…Adik kesayangan sudah kena peluk dengan suami ke?” Ada bunyi tawa di dalam talian.

“Waalaikumusalam. Nasib baik abang tidak berada di depan mata Yan. If sudah lama Yan sekeh abang.” Ingatkan sudah berada di Dubai lupa mahu menelefon adiknya ini.

“Ayah sihat? Abang Zuan sihat? Yan sekeluarga sihat tak?” Anuar bertanyakan khabar. Anuar memeluk erat Dira yang berada di sebelahnya. 

“Alhamdulillah....semua sihat. Abang sekeluarga sihat. Kirimkan salam Yan pada Kak Dira nanti.”

“Kak Dira ada di sebelah abang ni. Yan nak bercakap denngan dia tak?” Anuar menghulurkan telefonnya kepada Dira. Dira menyambut dengan senyuman.

Kalau sudah bercakap dengan Azyan maka suami di sebelah sudah tidak pandang lagi. Anuar bingkas bangun menuju ke dapur. Dia mahu membancuh segelas milo panas sebelum kembali menyambung kerjanya yang tergendela. 

Anuar duduk di atas kerusi kerja sambil mengadap komputer ribanya. Di sisi komputer riba itu ada gambarnya bersama Azuan dan Azyan. Anuar merenung gambar terbabit. Gambar itu di ambil ketika ayah membawa mereka bercuti di hutan lipur. Ketika itu Azyan memang sukakan perkhemahan sebelum dia sesat di hutan bersama Syakir. 

“Yan! Hati-hati!” laung Anuar. Dia risau melihat Azyan yang sedang cuba memanjat salah satu pokok yang rendang di situ. Azyan ingin meletakkan semula anak burung itu ke dalam sarangnya semula.

“Sikit lagi.” Azyan mengetap bibir. Dia tetap berusaha mendekati sarang burung terbabit. Azuan dan Anuar sudah mulai risau di bawah. Azyan sudah memanjat tinggi di atas.

“Yan!” Anuar memanggil. Dia risau melihat Azyan yang senyap di atas. Dia sudah menegah namun faham-faham sajalah dengan sikap degil Azyan.

Azyan tersenyum lebar setelah berjaya meletakkan semula anak burung itu ke dalam sarangnya. Suara riuh-rendah Anuar di bawah tidak Azyan hiraukan. Dia mula perlahan-lahan memijak ranting-ranting pokok yang besar itu untuk turun ke bawah. Entah di mana silapnya Azyan tergelincir sedikit dan nyaris dia jatuh ke bawah. Anuar dan Azuan gelabah melihat Azyan. Mereka menarik nafas lega apabila kaki Azyan menjejaki tanah.

“Ada tercalar tak?” Anuar memeriksa tubuh adiknya itu. 

“Yan okaylah.” gerutu Azyan. Dia bukan budak kecil. Lagipun dia kuat macam kedua abangnya itu. 

“Tengok tangan Yan luka.” Anuar menjegilkan biji matanya. 

“Ala luka sedikit sajalah Nuar.” Azuan menepuk lembut bahu Anuar. Azyan anggukkan kepala. Dia tidak akan menangis kerana luka yang sedikit ini. 

“Sikit pun darahnya tetap mengalir keluar! Ayah tentu marah kita nanti!” getus Anuar.

Azuan terdiam. Anuar mengeluarkan sapu tangan dari kocek seluar lalu dia balutkan
pada luka di tangan Azyan. Azyan tersenyum dengan keprihatinan Anuar. 

“Yan janji lepas ini Yan akan lebih berhati-hati.” Azyan mengangkatkan tangan kanan. Dia tidak mahu ayah dan kedua abangnya itu risaukan keselamatan dirinya.

“Nuar…kau memangis ke?” soal Azuan. Dia perasaan mata Anuar kemerahan.

Anuar segera mengalih pandang ke sisi. Macam mana pulak boleh teremosi depan Azuan dan Azyan. Malu siot! Azyan tersengih. Dia memaut muka abangnya itu. Betullah bang dia mengalirkkan air mata kerana dia. Ini bukan kali pertama dia melihat abangnya itu menangis. Masa dia kena buli dulu Anuar akan memangis ketika menyapu ubat pada luka-luka di tubuhnya. 

“Lepas ini Yan tidak akan buat abang menangis lagi.” ucapnya lembut.

“Siapa kata abang menangis. Lelaki tak gentlemenlah menangis.” Anuar berdalih. Dia menarik pipi adiknya itu. Azyan menyeringai.

“Zuan! Nuar! Yan!” suara Encik Idris yang bergema menyebabkan adik-beradik lari lintang-pukang.

Anuar tidak melupakan kenangan manis mereka adik-beradik. Mujurlah ayah tidak mengamuk melihat keadaan mereka bertiga yang comot. Kalau kena denda mahu patah urat sendiri kena buat tekan tubi. Hukuman wajib dari ayah mereka.

5 comments:

  1. alah sikit sangatlah kak..
    nak lagi....
    hehehe

    ReplyDelete
  2. kak bestlah novel akak...saya pun suka tulis novel juga.Tapi saya x tahu mcm mana nak publish.Boleh akak tolong saya?

    ReplyDelete
  3. Akak taklah terer mana, tapi if nak bantu sikit2 bolehlah :H:

    ReplyDelete
  4. dah la ngan suami n anak pown kengan sweet2 blaka,,,,ngan family pown sweet jgak,,,best nyew,,,

    ReplyDelete