Tab Menu

Followers

Sunday, September 23, 2012

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati - 1


“MEHAR lebih rela mati dari berkahwin dengan lelaki ni! Setakat kerja sebagai akauntan tak layak duduk berdiri sama tinggi dengan Mehar.” Mehar menundingkan jari pada wajah pemuda yang duduk termangu di sofa itu. Cukup atas derita yang dia tanggung selama ini. Cukuplah orang kata dia gila dan pembawa sial selepas kematian lelaki-lelaki yang mendampinginya. Megat Affendi meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari majlis pertunangan mereka. Rais…teman lelaki selepas arwah Megat Affendi jua meninggal dalam kemalangan raya 2 hari sebelum mereka diijabkabulkan. Farahin jua menerima nasib yang sama. Seorang demi seornag lelaki yang dicintainya meninggalkan dia.

            Mehar tidak sanggup melihat ada air mata mengalir lagi kerana sialnya. Biarlah dibenci dan dianggap gadis biadap pada tetamunya ini.

            “Mehar…dengarlah cakap umi. Jangan diikutkan perasaan bersalah Mehar tu.” Umi Kalsum mengusap-usap belakang anak gadisnya itu.

            Turun naik nafas Mehar. Adakala sabar itu melepasi batasannya. Mehar lebih rela tidak berkahwin. Biarlah lelaki-lelaki membenci Mehar agar sial Mehar tidak melekat pada mereka.

            “Tolak saja lamaran mereka.” Tegas Mehar.

            Umi Kalsum mengeluh kecil. Rasa malu dengan tetamu yang datang dengan niat murni itu.

            “Orang tidak sudi…buat apa kita nak terhegeh-hegeh lagi.” Suara si isteri. Lantas dia bingkas bangun diikuti oleh suami dan anak lelakinya.

            Umi Kalsum tidak mampu untuk mengungkapkan kata lagi. Bibirnya terkatup rapat. Dia tidak mengerti dengan perangai anak gadisnya, Mehar.

            “Maafkan aku Zaitun…” Nada Umi Kalsum berbaur kecewa.

            “Jika bukan kerana anak aku beria-ia nakkan anak kau, aku takkan jejak kaki ke sini Umi. Aku pun tak mahu sial anak kau melekat pada anak aku dan keluarga aku.” Balas wanita yang dipanggil Zaitun itu.

            Rasa ingin menitis air mata Umi Kalsum. Baru dia mengerti mengapa Mehar menolak. Dia sendiri tidak mahu Mehar sengsara apabila berkahwin. Entah apa salah anak

gadisnya itu? Bukan dia tidak dengar orang mengata mereka. Dia pekakkan telinga. Kerisauan pada Mehar makin bercambah. Siapa akan menjaga Mehar apabila dia tutup mata kelak. Mereka hanya dua beranak. Tiada saudara mara di luar sana.


UMI Kalsum termenung sendirian. Pinangan yang datang Mehar tolak mentah-mentah. Hati Mehar sudah menjadi sekeras kelikir. Puas dia menasihati anak gadisnya itu. Mehar tetap berdegil. Dia sayangkan Mehar. Mehar bukan anak sial. Apa yang berlaku ada ujian daripada Tuhan. Air mata yang telah lama bergenang itu mengalir.

 Umi Kalsum mengurut dadanya. Nafasnya sedikit tercungap-cungap. Sakitnya itu kian menyucuk. Dia meraba-raba mencari ubat yang disimpan. Belum sempat botol ubat dalam genggaman, Umi Kalsum jatuh rebah.

“Mehar…” Nama Mehar dipanggil. “Ya Allah….”

“Mehar….” Semakin sayup-sayup suara Umi Kalsum kedengaran. Bola matanya menjadi kecil. Perlahan-lahan matanya terkatup rapat.

Mehar buat tidak peduli desis-desis suara di sekeliling. Tajam matanya merenung jiran-jiran di sebelah. Dia tahu mereka mengumpat akan dirinya. Mulut orang bukannya dapat ditutup. Dia jauh dengan Azrien, teman baik yang dikenali dari ekcil itu. Sama sekolah dan sama belajar seuniversiti. Azrien juga mengelakkan diri dari dia. Takut kena badi sial agaknya.

Mehar memulas tombol pintu. Sunyi sepi saja. Tiada kelibat umi yang kebiasaan berehat di ruang tamu menantikan kepulangan dia dari kerja.  Mehar rasa tidak sedap hati melihat suasana suram rumahnya itu. Hanya terdengar suara Angelina mengiau meminta makan. Tubuh gebu Angelina didukung.

“Kau ni tahu minta makan je. Bukannya tahu nak jaga umi.” Bebelnya pada Angelina.

“Meow…” Angelina membalas.



Mehar membawa Angelina ke dapur. Bekas makanan Angelina diisi dengan Whiskas. Sedikit susu di tuangkan pada bekas minuman Angelina. Diusap kepala Angelina. Mehar berlalu dan merapati ke bilik uminya. Pasti umi berehat di bilik. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik umi.

“Umi…Umi…” Panggil Mehar lembut.

Senyap

“Umi…” panggilnya lagi.

Senyap. Mehar mengerut dahi. Dia cuba memulas tombol pintu bilik itu. Tidak ber-
kunci. Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka. Mehar melangkah masuk. Lirikan matanya terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring di atas lantai itu.

            “Umi!!!”


Bab 1

Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi
Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku luksikan cinta di hati tak terbatas lagi

Cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku
Hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu
Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega
Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

RADIO pada kereta Suzuki Swift itu ditutup. Enjin keretanya dimatikan. Mehar menyisirkan rambutnya ke telinga. Cermin mata hitam yang berada di batang di hidungnya itu dibuka. Kasut berwarna warna setinggi satu inci itu menapak keluar dari perut kereta tersebut. Rambut ikalnya berterbangan ditiup angin. Briefcase ditarik dari kerusi tempat duduk sebelah pemanduan itu. Mehar mengunci pintu keretanya.

            Langkah elegantnya diaturkan. Lenggoknya sudah biasa menjadi siulan lelaki di bangunan itu. Bibirnya yang dicalit gincu berwarna merah itu mengukirkan senyuman manis. Usikan nakal itu perkara biasa. Pintu lif terbuka. Mehar melangkah masuk. Jari runcingnya menekan nombor tingkat yang ditujui. Agaknya Aaron sudah panas punggung menunggu dia.  Mehar mengerling sekilas jam tangan berjenama Gucci itu. Dia masih tidak terlewat lagi menghadiri temu janjinya bersama Aaron.

            “Excuse me…Encik Aaron ada?” Mehar terus merapati meja si penyambut tetamu.

            “Cik Mehar ya?”

            Mehar mengangguk laju.

            “Encik Aaron sudah menunggu di bilik tamu. Biar saya iring Cik Mehar.”

            Mehar menuruti langkah gadis tersebut. Gadis itu mengetuk pinu bilik tamu berkenaan.

            “Encik Aaron…Cik Mehar sudah sampai.” Ujarnya sebelum tombol pintu bilik itu dipulas. “Silakan Cik Mehar..”

            “Thanks…” Ucap Mehar.

            Aaron semanis mungkin memberikan seyuman kepada Mehar. Mehar melabuhkan punggungnya selang dua sofa dari Aaron. Aaron menunjukkan beberapa rekaan hiasan dalaman kepada Mehar. Mehar mengeluarkan kaca mata putihnya. Satu-persatu dia merenung gambar yang Aaron tunjukkan.

            “What this?! Saya sudah cakapkan yang saya mahu rekaan ala Inggeris. Ini macam rekaan rumah orang dah kahwin saja. I don’t want white colour!”

            Perempuan cerewet ini sudah mula dah. Pening kepada mahu melayan kerenah cerewet nak mampusnya itu. Kena Rafi menerima klien sebegini. Menyusahkan betul! Agaknya semua perempuan yang berjawatan tinggi ini memang ada gen cerewet kot!

            Aaron mahu saja mencekik leher jinjang perempuan cerewet di hadapannya itu. Geram tahap gaban ni. Mana pula pembantu ‘peribadi’ dia. Ini lagi seorang. Apabila dia memerlukan pertolongan cemas tidak boleh diharap langsung. Sah bangun lambat sebab menyertai perlumbaan haram malam tadi. Teman yang seroang itu memang perlu diberikan ceramah percuma selepasn ini.

            Mehar tidak berpuas hati dengan semua rekaan tersebut. Satu pun tidak memenuhi citarasanya. Pedih telinga Aaron mendegar rungutan Mehar. Saat itu Mehar terpandangkan satu rekaan di balik fail atas meja itu. Tanpa kebenaran dari Aaron dia mencapai dan membuka fail tersebut. Aaron sudah terkebil-kebil.

            Rekaan yang dalam kertas bersaiz A4 itu agak cincai tetapi menarik perhatian Mehar. Yang ini memang menepati citarasanya. Dia tenung wajah Aaron.

            “I want this.” Ujarnya.

            Aaron terpelongo. Biar betul perempuan cerewet ini. Aaron menggarukan rambutnya. Masa inilah rasa macam ada kelumur.

            “Awak dengar tak?”

            “Ya..ya..ya…” Aaron menganggukkan kepalanya. Tapi itu bukan rekaan dia. itu rekaan mat rempit seorang tu. Mana boleh sesuka hati ambil tanpa kebenaran kan…

            “So saya mahukan rekaan yang ini. Muktmad!”

            “Ya…ya…ya…” Aaron mengangguk lagi. Tidak mengapa, nanti pandailah dia putar belit pada si mat rempit seornag itu. Siapa suruh tidak menepati janji! Apa yang penting kes perempuan cerewet ini sudah selesai. Tarik nafas lega sedikit.

            “Mehar!” Pintu bilik terkuak lagi.

Seorang lagi perempuan cerewet telah muncul. Tapi yang ini big boss dia! Eloklah sangatlah keduanya berkawan rapat. Dua-dua cerewet! Desis hati kecil Aaron.

“Lia Luna…” Mehar bingkas bangun dan berpelukkan dengan wanita berkenaan.

“Apa khabar sweetheart?”

I’m fine…tapi biasalah I selalu outstation.” Mehar kembali duduk.

Bestlah tu. Sudah melancong sampai ke negara mana?” Soal Lia Luna. Dia sudah duduk di sisi Mehar.

Aaron bagaikan sudah tidak wujud di antara mereka. Topik perbualan pula sudah bertukar ganti. Perempuan…Aaron menghela nafas kecil. Baik dia minta diri dulu. Lagipun perempuan cerewet itu sudah memilih rekaan yang berkenan di hati. Mujur saja Lia Luna selaku big bossnya itu membenarkan dia keluar.

            Aaron berjalan menuju ke arah mejanya. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi empuk itu. Dia sudah memegang pen lalu diketuk-ketukkan pada meja. Baik dia telefon sahaja mat rempit seorang itu.

1 comment: