Tab Menu

Followers

Monday, September 24, 2012

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati - Bab 2


DERUMAN motorsikal berkuasa tinggi itu membingitkan telinga Mehar. Si penunggang motorsikal itu mematikan mematikan motorsikalnya. Hati Mehar panas melihat lelaki itu memakirkan motorsikalnya di hadapan Suzuki Swift nya itu. Dia bercekak pinggang di hadapan si penunggang motorsikal. Nampak seperti sengaja mahu menghalang laluannya. Masakan tidak perasan ada kereta di situ. Sengaja cari fasal.

            Si penunggang motorsikal mengalihkan pandangan pada wanita yang sedang beridir tegak dengan raut muka cemberutnya itu. Sarung tangannya berwarna hitam itu sudah dibuka. Dia turun dari motorsikalnya dengan topi keledar yang masih belum dibuka. Hanya mata unik itu yang dapat dilihat oleh Mehar. Warna mata yang jarang dilihat. Ada pelakon Hollywood seperti warna mata si penunggang motorsikal ini. Antaranya pelakon jelita Kate Bosworth. Orang panggil penyakit ini Heterochromia Iridium.

            Si penunggang motorsikal itu hanya merenung seketika kemudian dia membuka langkah. Lantas Mehar menatik jaket hitam yang dipakai si penunggang motorsikal. Hampir saja si penunggang motorsikal itu hilang kesimbangan.

            “Alihkan motorsikal awak!” Getus Mehar.

            “Awak alihkan sendirilah.” Balasnya.

            Mehar tidak melepaskan pegangannya pada jaket kulit si penunggang motorsikal. Jelingan tajamnya itu tidak menggerunkan si penunggang motorsikal. Malah si penunggang motorsikal itu merentap jaketnya dari tangan Mehar.

            “How dare you!” Mehar menyeringai melihat si penunggang motorsikal berlalu tanpa mempedulikannya.

            Mehar tersenyum sinis. Tahulah apa dia mahu buat pada motorsikal cagiva itu. Telefon bimbit berjenama Samsung itu dikeluarkan briefcase nya. Nasiblah kaulah motorsikal. Tuan kau yang cari fasal dulu.

            “Thanks a lot Raju. You telah membantu I untuk membersihkan sampah yang menaykitkan mata I ini.” Ucap Mehar kepada pemuda berbang India itu.

            “I hanya menjalankan tugas. You tahu sampah ini harga lebih mahal kereta you?” Sayang sekali motorsikal semahal ini dipanggil sampah.

            “Ada I kisah dengan harga motorsikal dia?” Mehar menjungkitkan bahunya.

            Raju tersengih.

            Mehar melangkah masuk ke perut keretanya. Cermin mata hitam diletakkan apda batang hidungnya yang agak mancung itu. Dia betulkan rambutnya yang dipotong separas leher itu di hadapan cermin keretanya. Enjin keretanya dihidupkan. Suzuki Swift itu meluncur laju.

“HI Bro!” Dia menyapa pada Aaron yang sedang agak kalut dengan telefon ditangannya itu. Hampir saja telefon bimbitnya terlepas dari tangan.

            Aaron mengetap bibir. “Hi tengkorak kaulah bro!”

            “Sorry bro. Aku ada hal sekejap dengan ayahanda kesayangan aku tu. Buat kerja amal sikit.”

            “Huh! Ni apahal tak tahu nak buka topi keledar kau tu!” Gerutu Aaron.

            “Ada rupa macam perompak bertopi keledar tak?”

            “Aku sekeh kau nanti bro!”

            “Hahahaha!” Dia menanggalkan topi keledarnya. Rambut yang sedikit berselerak itu dia raupkan ke belakang dengan tangan. “So apa cerita?”

            “Apa cerita ya…ini…perempuan cerewet tu sudah mahukan design yang kau buat ni.” Aaron menunjukkan lakaran rekaan tersebut.

            “Betul ke bro?” Dia mengerutkan dahinya.

            “Kau pandang ke dalam anak mata aku bro.” Aaron tunjukkan jari pada mata.

            “Gelilah bro...”

            Loyar buruk pulak temannya itu.

            “Aku pun geli kau panggil aku ‘bro’ okay. Aku tak join geng mat rempit macam kau.” Desis Aaron. Saja diperli temannya itu.

            Tengok! Sudah diperli pun masih boleh tersengih memanjang. Dasar tak makan saman punya teman.

            “Okay-okaylah…” Kedua belah tanganya diangkat. Namun tidak lama kemudian tawanya terburai.

          Tawa yang galak itu menarik perhatian Lia Luna yang kebetulan lalu di situ. Wanita itu menggelengkan kepalanya. Dia kenal benar dengan teman rapat Aaron yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan USYAIR – si tukang cuci kereta itu.

        Usyair kerja tukang cuci kereta tetapi bergaya sakan orangnya. Mamat seorang ini pakai pun motorsikal berkuasa tinggi. Mahunya hutang keliling pinggang. Itu andaian Lia Luna. Bukannya tiada jenis lelaki seperti Usyair ini? Ramai di luar sana itu. Biar papa asal bergaya. Harap pada muka saja hensem. Lia Luna tidak berkenan dengan lelaki jenis Usyair ini. Kehadiran Usyair di pejabatnya tidak pula diusir.

            “Bukan main meriah you ketawa ya?”

            “Salah satu senaman muka Cik Lia Luna. Awek muda ni.”Usyair membalas.

            “You itu tak perlu senaman muka dah. You sudah muda hensem.”

            “Owh! Yeke? Terima kasih Cik Lia Luna…”

            Makin dilayan makin menjadi ramah mesranya Usyair. Aaron segera menarik lengan Usyair untuk berlalu. Lagipun masa rehat sudah tiba.

            Lia Luna ketawa kecil dengan gelagat dua sahabat itu. Ada-ada saja…


TOPI keledar terlepas dari tangan. Tidak berkerdip mata Usyair melihat motorsikal cagiva sudah tiada di depan mata. Ke mana pula motorsikal kesayangannya itu melarikan diri? Dia sudah tambat dengan megahnya tadi. Tanpa motorsikal itu maka hilanglah maconya sebagai lelaki. Siapa pencuri yang bijaksana itu agaknya? Bila difikirkan Usyair tahu siapa yang empunya kerja.

            Aaron menepuk lembut bahu Usyair. Motorsikal sudah hilang tapi Usyair masih bertenang begini. Usyair sekadar mengeluh kecil. Ke manalah perempuan itu membawa motorsikalnya itu? Masakan dia angkut dalam keretanya itu. Tak logik di akal pula. Motorsikal sudah tiada maka dia menumpang saja kereta Aaron. Mulut Usyair yang suka berceloteh macam bertih jagung itu senyap setelah kehilangan ‘bini’ nombor satu dia. Senyap bukan sebarang senyap. Aaron tahu Usyair sedang memeras otak.

            Usyair mengusap-usap dagu yang sentiasa licin itu. Dia ingat lagi nombor plat kereta wanita berkenaan. Boleh buat laporan polis untuk kes kehilangan. Tahulah nasib kau perempuan berlagak.

            “Tadi senyap, sekarang tersengih-sengih seorang diri. Sakit jiwa ke bro!” Aaron menegur.

            “Klau aku sakit jiwa aku tak berkawan dengan kau, bro.”

            “Tapi aku sakit jiwa berkawan dengan kau tu. Aku ni selalu jadi mangsa ayahana kesayangan kau tahu. Aku ni macam tempat menerima aduan itu dan ini.” Pak Megat tiada muka lain yang dicari selain muka dia. Orang tua itu tahu sangat tempat melepak anak kesayangan dia.

            “Siapa suruh kau layan fiil ayahanda aku, bro.” Usyair menjongketkan kening kanannya.

            “Rumah sewa aku selalu jadi mangsa serbuan ayahanda kau, bro. Habis satu rumah dia geledah tanpa waran.”

            Usyair ketawa kecil.

            “Kau tu suka buat lumba haram?” Aaron menyambung kata.

            “Aaron…kau ni memang buta tulilah bro! Aku mana pernah masuk lumba haram. Aku berlumba dalam track. Aku tak kuasa mahu berkejaran dengan awek trafiklah.”

            “Samalah tu. Kau kalau tak merempit tak sah kan.”  

            “Aku bukan dari kelas mat rempit. Apa kelas merempit dengan motor kapcai. Aku punya ‘bini’ lagi power. Vrommmm...”

            Ada saja bidasnya. Nasib baik bukan adik dia, kalau tidak memang sah-sah dia tending keluar dari kereta.

            Usyair ada rupa dan ada gaya. Heran juga Aaron memikirkan lelaki seorang ini tiada teman wanita. Mungkin sebab dia hanya tukang cuci kereta. Perempuan tiada selera mahu mendampingi. Perempuan…tentu saja  pandang pulus dalam kocek. 

3 comments: