“PASTIKAN semuanya berjalan dengan lancar.”
“Auntie tahu apa yang harus auntie buat.” Sekelip mata Puan Rasiah
berubah laku. Semuanya kerana wang.
Ameer
Dylan bingkas bangun. “Ini cek untuk pendahuluan.”
Tidak
berkelip mata Puan Rasiah melihat jumlah yang wang tertulis di dalam cek
tersebut. Bibirnya menguntum senyuman lebar. Sufi Alisha mesti berkahwin dengan
Ameer Dylan sama ada dia suka atau tidak. Dia sudah membayangkan kemewahan yang
bakal dia miliki.
“Ini
kad saya. Jika ada apa-apa hubungi atau terus ke syarikat saya.”
“Puan
Rasiah menganggukkan kepalanya.
Ameer
Dylan melangkah keluar dari rumah dengan hati yang cukup senang. Mana lagi
gadis itu mahu melarikan diri dari dia. Sufi Alisha akan menerima
pengajarannya. Biar Sufi Alisha merana hidup bersamanya. Bila sudah bosan
mendera perasaan gadis itu dia ceraikan sahaja.
SUFI Alisha tersentak melihat kelibat
lelaki di dalamkereta jaguar yang
berselisihannya itu. Dia yakin dia tidak salah pandang. Itu Ameer Dylan. Sufi
Alisha tidak sedap hati. Jantungnya bedengup pantas. Kereta Myvinya diparkirkan
di halaman berada rumahnya itu. Sufi
Alisha melangkah keluar dari perut kereta.
Wajah
manis Puan Rasiah menambahkan tanda Tanya di ruang mindanya. Sufi Alisha
mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Apa tujuan Ameer Dylan bertandang ke
rumahnya? Bagaimana lelaki itu tahu di mana tempat tinggalnya.
“Assalamualaikum
makcik…”
Ucapan
salamnya tidak bersambut. Sufi Alisha meletakkan beg tangan dan barang-barang
dapur di atas meja tamu itu.
“Ada
orang datang nak melamar kau tadi.” Serius nada suara Puan rasiah.
Sufi
Alisha tersentak. Dia pandang wajah ibu tirinya itu.
“Kacak
orangnya Kak Sufi.” Jeslina menyampuk. Johana mengangguk mengiakan kata-kata
Jeslina itu.
“Untung
kalau kau kahwin dengan dia, Sufi.”
Sufi
Alisha membisu. Ameer Dylan benar-benar menguji kesabarannya. Apa lelaki itu
sudah sakit jiwa.
“Makcik
mahu kau kahwin dengan dia Sufi. Kau senang maka makcik dan adik-beradik kau
pun senang.” Puan Rasiah merenung pada wajah tenang Sufi Alisha.
Sufi
Alisha masih diam tidak berkutik.
“Mama
cakap dangan Kak Sufilah bukan cakap dengan tunggul kayu!” Johana mula naik angin
dengan reaksi Sufi Alisha. Kalau tidak mahu berkahwin dengan lelaki kacak itu
dia boleh menggantikan tempat Sufi Alisha. Lelaki seperti Ameer Dylan memang
suakr untuk dimiliki.
“Makcik…apa
yang kita perolehi dalam dunia ini hanya dipinjamkan sementara oleh Allah.
Jangan kita mudah alpha dengan godaan nafsu. Sufi tahu makcik tidak bahagia
berkahwin dengan arwah ayah. Sufi tahu makcik irihati dengan teman-teman
makcik. Tapi makcik tahu tak apa yang kita ada sekarang jauh lebih baik dari
mereka yang hidup dalam peperangan dan pergolakkan di luar sana.” Sufi Alisha
membuka bicaranya dengan teratur. Dia cukup menjaga adab pertuturannya dengan
Puan Rasiah. Dia menghormati wanita itu.
“Kau
mahu mengajar aku! Kau fikir kau baik sangat untuk memberikan aku nasihat. Sufi
Alisha kau sedar tak arwah ibu kau itu siapa? Perempuan kotor tahu tak? Kalau
tidak masakan arwah ayah kau berkahwin dengan aku!” Pantang betul dia kalau
Sufi Alisha melawan kata.
Puan
Rasiah mengungkit kisah silam arwah ibunya lagi. Orang mengata arwah ibunya itu
liar ketika zaman remajanya. Isteri yang curang di belakang suami. Sufi Alisha
tahu ibunya bukan wanita sedemikian. Ibu tidak pernah curang pada arwah ayah.
Manusia tidak lari sifat hasad dengki. Manusia suka menganiaya sesama manusia.
Dia mengerti penderitaan yang arwah ibu tanggung.
“Ya…saya
tahu makcik saya ni bukan seorang yang layak untuk memberikan kata nasihat.
Kadang-kala saya juga ada membuat kesilapan. Saya manusia biasa makcik…”
Puan
Rasiah merengus kecil. Sufi Alisha ini bukan mudah untuk dia lenturkan hatinya.
“Suka
atau tidak, makcik tetap mahu kau berkahwin dengan lelaki itu. Makcik sudah
ambil wang dari dia.”
Sufi
Alisha mengucap panjang. Dia bukan barang untuk diperdagangkan. Ameer Dylan
merendah-rendahkan maruahnya sebagai seorang wanita. lelaki itu mempergunakan
wang untuk mendapatkan apa yang dia hajati. Ameer Dylan sudah berada di tahap
yang melampaui batas.
“Maafkan
saya makcik…saya tidak boleh menerima lamaran dia.” Sufi Alisha memberikan
jawapannya. Perkahwinan bukan satu permainan dalam Islam. Perkahwinan itu bukan
atas dasar tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi
untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada
Allah.
“Sufi Alisha!” Tersentap Puan Rasiah
melihat cek ditangannya telah diragut oleh Sufi Alisha.
“Saya akan pulangkan cek ini kepada
Ameer Dylan. Saya masih mampu untuk emnanngung keluarga kita.” Sufi Alisha
berlalu.
Penolakkan Sufi Alisha membuatkan
Puan Rasiah dilanda kegelisahan. Ameer Dylan mahukan jawapan positif dan
bukannya negatif. Dia sudah memberikan kata janji kepada Ameer Dylan. Sufi
Alisha memang degil! Cek yang Ameer Dylan berikan sudah berada di tangan Sufi
Alisha.
SUFI Alisha menapak jua ke CASA SAUJANA
sebuah syarikat arkitek yang terkenal di Kuala Lumpur ini. Dia ingin bertemu
dua mata dengan Ameer Dylan. Setelah bertanya pada penyambut tetamu di ruang
legar mereka menahannya dari berjumpa dengan Ameer Dylan. Lelaki itu sibuk
dengan mesyuarat. Dia perlu membuat temujanji terlebih dahulu.
Sufi
Alisha menghela nafas kecil. Apakah dia perlu membuat temujanjinya dengan Ameer
Dyalan atau beredar pulang sahaja? Bagaimana dengan cek yang ada di tangannya
ini. Dia mestikan berikan semula kepada Ameer Dylan. Ada baiknya dia berikan
saja kepada gadis penyambut tetamu itu untuk disampaikan kepada Ameer Dylan. Sufi
Alisha menghulurkan sampul berwarna putih itu.
“Boleh
cik berikan sampul ini kepada Encik Ameer Dylan?” Ujarnya.
Gadis
penyambut tetamu itu menganggukkan kepalanya.
“Boleh
pinjam sedikit kertas dan pen.” Pinta Sufi Alisha.
“Ya…boleh.”
Ada
mesej yang ingin Sufi Alisha berikan kepada Ameer Dylan. Sedang dia sibuk
mencatitkan nota buat Ameer Dylan, lelaki itu itu kelihatan di ruang legar itu.
“Sufi
Alisha!” Ameer Dylan menyapa.
Sungguh
tidak menduga Sufi Alisha berada di sini. Macam bermimpi.
Sufi
Alisha mengangkat wajahnya.
“Maaf…saya
tidak tahu Encik Dylan kenal dengan cik ini…” Keruh wajah gadis penyambut
tetamu itu.
“Bakal
wife saya.” Selamba dia berkata
begitu kepada penyambut tetamunya.
Penyambut
tetamu itu menyerahkan semula sampul berwarna putih kepada Sufi Alisha. Sufi Alisha memberikan senyuman
dan mengucapkan terima kasih.
“Saya
ada hal ingin dibicarakan dengan Encik Ameer Dylan.”
“Kita
berbual di pejabat I.”
Sufi
Alisha angguk perlahan. Mereka beredar.
Kedua
penyambut tetamu itu bagaikan tidak percaya mendengar apa yang Ameer Dylan
ucapkan tadi. Bakal isteri? Setahu mereka Ameer Dylan bukannya jenis yang
sukakan gadis bertudung litup ini. Betul ke Ameer Dylan ingin berkahwin?
“SILAKAN duduk my dear Sufi Alisha…” Meleret senyuman Ameer Dylan.
Sufi
Alisha kagum dengan rekaan bilik pejabat lelaki ini. Hiasan dalamannya bertemakan
abstrak.
“Terima
kasih.” Sufi Alisha tetap melembutkan nada suaranya. Dia ingin berbicara
sebaiknya agar Ameer Dylan mengerti.
“So…you datang sendiri sebab you mahu
beritahu pada I yang you sudi jadi permaisuri hati I?”
Sufi
Alisha menggelengkan kepala.
“Saya
tolak lamaran Encik Ameer Dylan. Saya pulangkan semula cek yang awak berikan
pada makcik saya.” Sampul berwarna putih itu diletakkan atas meja Ameer Dylan.
“What?!” Tidak semena-mena Ameer Dylan menghentakkan
kedua belah tangannya pada meja itu. “Berani you tolak lamaran I?!”
“Maafkan
saya…”
“Sufi
Alisha…Adakah you gadis yang bodoh. Berpuluh-puluh gadis berebut untuk
berkahwin dengan I tapi you sungguh bodoh menolak lamaran I. I tidak pernah
melamar gadis lain selain you?!” Dia sanggup mempergunakan perkahwinan sebagai
jalan untuk memiliki Sufi Alisha.
“Saya
tidak akan berkahwin dengan lelaki seperti awak, Encik Ameer Dylan. Harga cinta
awak terlalu murah kerana mengangungkan wang ringgit untuk cinta.”
“Sufi
Alisha…tidak cukupkah jumlah cek yang I berikan itu? I boleh berikan you lebih
dari itu. Cakap saja berapa yang you mahu?” Ameer Dylan mengeluakan buku
ceknya.
“Jangan
merendahkan maruah saya Encik Ameer Dylan. Wang tidak boleh membeli cinta saya.
Awak kaya dengan harta benda tetapi awak miskin dengan nilai cinta dalam diri
awak. Awak lebih miskin dari saya…” Suara Sufi Alisha tegas. Ameer Dylan
mempermainkan harga dirinya.
“Sufi
Alisha!” Ameer Dylan mula berang dengan gadis ini.
“Apakah awak tahu apa
erti sebuah perkahwinan itu? Apakah awak mampu menjadi seorang suami yang akan
membimbing saya sebagai isteri?”
Ameer Dylan tersentap.
Sufi Alisha mengajarnya lagi! Terketap-ketap bibirnya menahan amarah yang kian
ke kemuncak.
awesome . saya harap , saya orang first yang komen dekat blog kak Ilya Abdullah . hahaha , btw , tak sabar nak tunggu chapter yang seterusnya . hahaha =D *bolehkan10x???
ReplyDeleteSaya bagi 100 lemon . HOHO !!
ReplyDeleteTak sbr nk baca bab yg seterusnya .
akhirnya.. kluar jgk siap 2 chpter lg.. ingatkan hnya kluar 1 ja.. apa2 pun thanks ya ilya.. hehehe
ReplyDeletePadan muka Ameer.... egocentric ya amat.... Nasib baik masih ada perempuan mcm Sufi yg masih reject wang dan menjaga maruah serta akhlak....
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeletepadan muka Dylan...apa dia ingat duit boleh beli segala-galanya...
thumbs up Sufi...
Terima kasih ^^ saya akan tulis yang terbaik...
ReplyDeleteBestnyer.. Go Go Go, Sufi Alisha! ;3
ReplyDeletehoho. terbaik!
ReplyDelete