AKU tetap tidak boleh melakukannya…Ameer Dylan duduk di sisi katil. Dia
usap-usap lembut wajah Sufi Alisha. Ameer Dylan menarik nafas kecil. Dia
bingkas bangun lalu melangkah keluar dari bilik itu. Butang baju kemeja sudah
dikatupkan kembali. Dia merapati Puan Rasiah. Wanita itu tersengih-sengih
memandangnya.
Ameer Dylan membisu. Dia duduk
sambil meramas-ramas jemarinya. Apa yang ada di benak hatinya memang
menggetarkan jiwa. Dia sepatutnya sudah mampu memiliki Sufi Alisha namun kenapa
dia perlu behenti? Sufi Alisha tidak akan meronta atau menjerit dalam keadaan
yang tidur lena itu jika dia melakukannya. Apa yang tidak kena pada dia?
Niatnya mati begitu saja.
“Cepatnya sudah?!” Puan Rasiah bertanya.
“Jangan banyak soallah. I ada
sesuatu yang I nak minta auntie lakukan.”
Ameer Dylan tidak mempedulikan kata-kata dari Puan Rasiah itu. Dia akan
menggunakan cara yang lain.
Perlahan-lahan dia berbisik pada
Puan Rasiah. Wanita itu sekadar menganggukkan kepalanya.
“Perkara yang cukup mudah bagi auntie.”
“Bagus!” Ameer Dylan tersengih. “Esok
auntie datang ke pejabat saya untuk
ambil baki wang auntie.”
Mereka saling berbalas senyuman.
“Apa yang kita rancangkan pasti berjalan
dengan lancar kali ini. Encik Dylan jangan bimbang. Percaya pada auntie.”
PERLAHAN-lahan
kelopak matanya dibuka. Sufi Alisha memandang sekeliling biliknya itu. Tiada lagi
kelibat Ameer Dylan. Dia cuba bangun dari baringnya. Dia tersentak melihat
pakaiannya berselerakkan atas lantai. Sufi Alisha memandang keadaan dirinya.
Lantas selimut itu ditarik hingga ke paras dada. Dia hampir mahu menangis. Apakah
Ameer Dylan…? Tak mungkin…?!
Air matanya mengalir. Ya Allah, berat
sekali dugaan yang diuji kepadaku…Sufi Alisha menyapu air matanya. Kenapa Ameer
Dylan menganiaya dia hingga sebegini? Apa yang telah dia buat pada lelaki itu?
Adakah kerana dia menolak wang dan lamaran lelaki itu? Hati dan perasaannya
terguris dengan sikap Ameer Dylan.
“Ya, Allah…kau kuatkan semangat
hambaMU ini…” Bisik hati kecil Sufi Alisha. Dia gagahkan
diri untuk bangun.
Sufi Alisha keluar dari biliknya
dalam keadaan tubuh yang masih lemah. Dia mengerling pada ibu tirinya yang
sedang bergelak ketawa bersama Jeslina dan Johana itu. Mereka bersubahat dengan
Ameer Dylan untuk menganiayai dia. Sungguh hati mereka busuk dan dikaburi
dengan wang. Luhur hati Sufi Alisha kerana ubat tidur yang diletakkan dalam air
susu itu adalah perbuatan dari ibu tirinya sendiri.
“Gadis suci sudah bangun dari mimpi
indah.” Sinis butiran kata dari bibir mungil Jeslina.
“Suci lagi ke?” Johana menyampuk
kata dari kakaknya itu. Keduanya ketawa.
Sufi Alisha tidak mengendahkan
kata-kata kedua adik tirinya itu. Dia mendekati Puan Rasiah. Tiada riak rasa
bersalah pada wajah wanita itu. Selama ini Puan Rasiah hanya menganggapnya
sebagai orang luar dan bukan dari ahli keluarganya sendiri. Dia tidak pernah
mengambil hati atas layanan dingin ibu tirinya itu.
“Terima kasih banyak-banyak makcik.”
Ucap Sufi Alisha. “Terima kasih kerana merosakkan maruah anak tiri makcik
sendiri. Terima kasih kerana menjual saya makcik.” Bertalu-talu ucapan terima
kasih itu kepada Puan Rasiah.
Puan Rasiah mencebik. Dia faham akan
maksud kata dari Sufi Alisha itu. Ah! Peduli apa dia jika Sufi Alisha menjadi
galang ganti untuk kemewahan yang akan dia miliki. Dia sudah lelah dengan
kesusahan hidup.
“Sufi…makcik rasa ada lebih baiknya
kau mengahwini Ameer Dylan tu. Dia yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku
pada aku kan?”
“Makcik…jawapan saya tetap sama.
TIDAK!”
Terjegil biji mata Puan Rasiah.
Sudah sampai ke tahap ini pun Sufi Alisha masih mahu berdegil.
“Jaga maruah keluarga kita, Sufi.
Macam kalau perut kau itu berisi nanti? Mana makcik nak letak muka makcik.”
Puan Rasiah sudah meninggikan suaranya.
“Kenapa makcik perlu takut? Bukankah
ini yang makcik mahukan? Makcik yang mencemarkan maruah saya?” Sufi Alisha
membalas.
Puan Rasiah terdiam.
“Makcik…saya menjaga keluarga kita
dengan hasil titik peluh saya. Saya bantingkan empat kerat tulang saya demi
rezeki yang halal makcik. Saya tidak pernah mengharapkan balasan, makcik...Apakah
hanya wang dan kemewahan yang penting pada makcik? Makcik…sebanyak mana wang
yang terkumpul, perhiasan yang bertakhta di tubuh, bila mati kain putih yang
membaluti tubuh kita.”
“Kau jangan nak berceramah dengan aku, Sufi.
Apa yang aku buat aku punya fasal. Aku berdoa pun belum tentu aku dapat apa
yang aku inginkan.” Bidas Puan Rasiah.
“Entahlah Kak Sufi ni…benda sudah
jadi begini pun masih nak bercerita tentang soal agama. Kak Sufi tu cermin muka
Kak Sufilah dulu. Kak Sufi bukannya bersih lagi. Sudah jadi bunga layu yang
tercemar.” Johana jelek dengan sikap Sufi Alisha yang selalu berlagak alim itu.
Dia tahulah Sufi Alisha itu solat tidak tinggal. Rajin ke masjid. Rajin
mengaji. Semua ornag puji Sufi Alisha itu baik.
Sufi Alisha tersenyum tenang. Sayangnya
pada mereka tidak bertepi. Dia sentiasa mengingatkan diri pada Allah agar
sentiasa bersyukur ke atas rahmatNYA. Dia mahu menyara keluarganya dengan hasil
yang diredhai.
“Makcik…Sufi sayangkan makcik dan
adik-adik…”
GAMBAR
Sufi Alisha yang tersimpan di dalam telefon ditatap entah untuk kali yang ke
berapa. Ameer Dylan tidak melupakan wajah lena Sufi Alisha ketika itu. Pastinya
dia orang yang pertama menyentuh wajah dan melihat Sufi Alisha dari dekat.
Carolyn menjeling Ameer Dylan dengan
ekor mata. Sungguh dia terlewat untuk menyelamatkan Sufi Alisha dari menjadi
mangsa buruan Ameer Dylan. Semuanya berlaku begitu pantas. Ameer Dylan bertindak sesuka hatinya lagi.
Berapa ramai lagi perempuan yang menangis kerana kasanova Malaya ini? Apalah
nasib gadis itu agaknya?
Ameer Dylan masih belum menyentuh
sedikit pun daging steak yang
terhidang di atas meja itu. Dia asyik melayan telefon bimbit di tangan.
Lagaknya seperti orang sudah angau. Carolyn menyuapkan daging steak pada mulut Angie. Angie memang
suka bila makan steak di restoran
eksklusif ini. Harga yang berpatutan dan masakannya juga sedap. Agak kerap juga
dia membawa Angie makan steak
bersamanya di sini.
“Dylan…”
Ameer Dylan mengangkat kepalanya.
“You sudah sakit jiwa ke?”
Ameer Dylan menjongketkan kening.
“I sakit jiwa. I masih waras okay.”
“Kalau waras lagi so habiskan steak you itu. Sudah sejuk tau.” Desis Carolyn.
“I tak berselera…”
“What?!
You tak berselera?” Carolyn berasa pelik. Ameer Dylan juga tidak banyak
bercakap hari ini. Lelaki itu masih merenung pada skrin telefon bimbitnya.
“Entah…tekak I tiada selera.”
“Dylan…I mahu tanya you sesuatu?”
Ameer Dylan menopang dagu.
“You nak Tanya fasal I melamar
perempuan itu ke? Apa yang I dah buat padanya?”
“Bagusnya you….you dapat baca apa
yang ada di fikiran I sekarang.” Carolyn buat-buat tersenyum.
“I memang mahu berkahwin dengan Sufi
Alisha. So ada apa-apa bantahan?”
Carolyn menggelengkan kepalanya.
“Are
you serious?!”
Banyak betullah soalan dari bibir
Carolyn ini?
“Ya..I sanggup melakukan apa saja
asalkan dia mahu berkahwin dengan I. You tahu…dalam banyak-banyak perempuan
kenapa I pilih dia?”
Carolyn menggelengkan kepala.
“Sebab dia terlalu sombong! Mulut
dia asyik mebidas apa saja kata I. Dia kata cinta I terlalu murah.” Getus Ameer
Dylan.
“Apa you dah buat pada dia semalam?”
Carolyn memakukan matanya pada Ameer Dylan.
“I raped dia.”
“What?!”
Terlopong mulut Carolyn. Apa Ameer Dylan sudah buat? Gadis itu boleh bawa Ameer
Dylan ke tengah.
“You nak mati ke Dylan. Dia boleh
buat you duduk dalam lokap?!”
Ameer Dylan tertawa. Apalah yang
hebat sangat pada Sufi Alisha sampai mahu mengheret dia ke dalam lokap. Kalau
yang menyerah dari itu Carolyn tidak ambil kisah sangat.
“Just
kidding!”
“Dylannn…”
“Hahahaha…pucat wajah you Carolyn.
You tunggu dan lihat saja drama yang sedang I arahkan ini. You akan tahu nanti.”
“Dylan…you menakutkan I tahu.”
“Kalau I raped dia, dia ingat dia boleh menghukum I ke dalam lokap. Dia
tidak mungkin boleh mengapa-apakan I. Kuasa wang lebih kuat dari bicara mulut
dia.” Ameer Dylan cukup megah.
“Dylan…you merendah-rendahkan gadis dia.
Jangan kelak you yang tersungkur di kaki dia pula. Tangan yang mengayun buaian
itu boleh menggocang dunia tahu.” Carolyn memberikan peringatan.
Makin galak Ameer Dylan tertawa.
“Sufi Alisha nak buat I tersungkur?!
Pleaselah Carolyn…Perempuan itu tidak
sehebat Delina pun. Setakat hanya bibir berceramah dengan I itu dan ini apalah
sangat hebatnya dia.” Ameer Dylan mendepangkan kedua belah tangan.
“Dylan…jangan terlalu yakin pada
diri sendiri.” Carolyn kembali menyuap daging steak yang masih berbaki.
WAJAH
mencuka Delina menjadi tatapan Ameer Dylan sebaik dia pulang ke pejabat. Delina
terus menyerbu masuk ke bilik pejabatnya. Azie tidak dapat menegah Delina yang
tiada Delina yang tiada adap sopan itu. Datang ke syarikat orang dengan lagak
macam dia isteri Ameer Dylan.
“Azie…you boleh keluar.”
“Maaf Encik Dylan..”
“Tidak mengapa…”
Ameer Dylan duduk di atas kerusi
eksklusifnya. Dia mula menyemak
fail-fail yang berlonggok di atas mejanya itu.
“Dylan…” Delina mula merengek.
“I banyak kerja. You boleh jumpa I malam
ini di night club.”
“Dylan…I’m pregnant…”
Tiada riak terkejut di wajah Ameer
Dylan.
“So…berapa
bulan.”
“One
month…”
“Berapa lama kita tidak bersama?”
“Dylan…anak ni anak you.”
“Jangan nak memperbodohkan I.” Ameer
Dylan mengeraskan suaranya.
“I tetap akan kata ini anak you.”
“Why?!”
“I mahu you nikahi I. Itu saja.”
Ameer Dylan masih tidak mengangkat
wajahnya memandang Delina.
“You nak I nikahi you tapi anak
dalam perut benih jantan lain.”
“Apa bezanya Dylan. You juga tidur
dengan wanita-wanita lain selain I juga.” Delina mengetap bibir.
“You bukan perempuan yang I ingin
nikahi.”
Delina menyeringai.
“Dylan…kita nikah saja…lepas itu
urusan you, I tak masuk campur dan urusan I pula you tak perlu masuk campur.
Kita masih boleh bebas walaupun dah berkahwin. Dua kita bersama sebagai suami
isteri then kita bercerai.” Mudahnya
perkahwinan itu bagi Delina. Dia terdesak untuk mejaga reputasi kariernya.
Doktor sudah memberikan amaran yang dia tidak boleh menggugurkan kandungannya
kali ini. Risiko yang melibatkan nyawa. Dia tidak mahu mati muda.
“Apa you merepek ni…apa jua alasan you
berikan I tidak suka jadi pak sanggup benih dari jantan lain.” Pandai buat
pandai tanggung sendiri. Lagipun dia tidak berminat dengan drama Delina tika
ini. Tumpuannya pada Sufi Alisha. Dia masih belum mendapatkan gadis itu lagi.
“I tak boleh gugurkan baby ini lagi. I tak mahu mati Dylan.”
Mendayu-dayu suara Delina. Dia terus memujuk Ameer Dylan.
“Itu bukan urusan I.”
“Sorry…ada
sudah ada calon wife sendiri. I hanya
akan menikahi dia. You banyak jantan dalam koleksi you. You pilih salah
seorangnya menjadi kambing hitam you.”
“You mahu menikahi dia kerana dia
cabar ego youkan?”
“Delina…jangan langgar peraturan
permainan kita. I tidak suka you masuk ke garisan batasan yang I buat.” Riak air
muka Ameer Dylan kian menjadi serius.
Terkunci mulut Delina. Delina yang
melanggar peraturan dan membuat Ameer Dylan naik angin.
Bunyi ketukan pintu bilik pejabatnya
membuatkan Ameer Dylan mengangkat kepalanya yang asyik menunduk memandang dokumen
dalam fail.
“Azie! I dah kata tiada gangguan!”
Dia mula melenting. Suasana biliknya itu sudah semakin tegang.
“Maaf Encik Ameer Dylan. Sufi Alisha
mahu berjumpa dengan encik.” Azie terus memulas tombol pintu tanpa arahan dari
Ameer Dylan. Sufi Alisha berdiri di belakang Azie.
Sufi Alisha…Bibir Ameer Dylan
melirik senyuman. Agaknya gadis itu sudah mengubah fikiran.
“Silakan Cik Sufi…”
“Terima kasih Azie..” Ucapnya
lembut.
Pintu bilik itu ditutup semula.
Ameer Dylan terus sahaja bangun dari kerusnya merapati Sufi Alisha. Delina
turut bangun dan memaut lengan sasa lelak itu. Dia halakan renungannya pada
Sufi Alisha.
Sufi Alisha cuba menguatkan
semangatnya. Dia bertemu dengan Ameer Dylan atas penganiayaan
yang lelaki lakukan pada dia. Dia amat yakin dirinya masih suci maka dia
membuat pemeriksaan untuk kepastian. Pelik kerana Ameer Dylan tidak
menyentuhnya.
“You sudah ubah fikiran?”
“Encik Dylan…tolong jangan desak
saya. Saya tetap dengan keputusan saya.”
Amarahnya kian sampai ke puncak.
Sukar sekali untuk dia menjinakkan Sufi Alisha. Sufi Alisha benar-benar seperti
mawar yang berduri. Dia menarik lengannya dari pautan Delina. Bengis dia
merenung Sufi Alisha.
“Perempuan-perempuan jelita di
luar sana itu berebut-rebut mahu berkahwin dengan I tapi you….you gadis yang sebelah
mata pun I tak pandang ini berani menolak lamaran I.”
Ameer Dylan tidak lagi mengisahkan
Delina yang berada di sisinya itu. Am eer Dylan membuka telefon bimbitnya lalu
menunjukkan gambar yang diambil ketika Sufi Alisha tidak sedarkan diri itu.
Sufi Alisha membulat anak matanya. MasyaAllah…Dia
menekup mulut. Air matanya menitis.
“You lihat gambar you dalam telefon
I ini. You mahu I sebarkan gambar ini di luar?” Ameer Dylan meengugut.
“Encik Ameer Dylan…Awak manusia
berhati syaitan!” Sufi Alisha memusingkan tubuhnya. Dia ingin beredar namun
bergegas Ameer Dylan mencengkam lengannya.
“Lepaskan saya!” Jeritnya.
“Cik Sufi Alisha! Ingat baik-baik,
jika you tidak berkahwin dengan I maka gambar separuh bogel you itu akan tersiar di seluruh dunia. Ingat pada
maruah yang you banggakan itu.” Ameer Dylan ketawa sinis. Dia yakin ugutannya
akan berkesan pada gadis itu.
Sufi Alisha merenung Ameer Dylan
tajam.
“Saya tidak akan berkahwin dengan
lelaki jahat seperti awak.” Sufi Alisha masih bertegas. Wajah putih itu
memerah.
“You jangan cabar I Cik Sufi Alisha.”
Geram sungguh dengan Ameer Dylan dengan gadis ini. Keras hati dan degil sekali.
“Apa dosa saya pada Encik Ameer Dylan?
Apakah hanya kerana saya menolak lamaran encik maka encik memperlakukan saya
begini? Bukankah encik cakap yang perempuan-perempuan jelita mengejar cinta encik
dan berebut-rebut ingin mengawini encik.”
“Tapi I mahukan you! Mengerti!”
Ameer Dylan merapatkan wajah pada Sufi Alisha.
Delina sudah termangu. Beria-ia
Ameer Dylan mahu mendapatkan gadis bertudung litup itu. Mungkin gadis inilah
yang Ameer Dylan ceritakan padanya. Delina mencebik.
“Saya tetap menolak!” Dia lebih rela
menderita dan terseksa dari mengahwini lelaki itu. Biarlah
orang mengata tentang dirinya, hanya Tuhan yang apa yang berlaku.
“Dylan…dia sudah tidak mahukan you
untuk apa you hendak mendesak dia lagi.” Delina mencelah.
“Shut
Up. Jangan campuri urusan I!” Ameer Dylan menyorotkan matanya pada Delina.
Delina menelan air liur.
Pegangan pada lengan Sufi Alisha
masih kemas. Tiada cara lain lagi. Dia tarik Sufi Alisha mengikut langkahnya.
Tidak dipedulikan jerit pekik gadis itu. Bilik Tuan Haji Abbas dicerobohi. Tuan
Haji Abbas yang sedang meneliti dokumen di tangan itu tersentak melihat Ameer
Dylan bersama seorang gadis masuk ke biliknya. Sufi Alisha masih meronta pinta
dilepaskan. Ameer Dylan ini sudah sakit jiwa agaknya.
“Ayah…saya mahu menikhi gadis ini!”
next en3 plezzzz.. hehe.. xsabar nak tau apa yg akan berlaku nnt..
ReplyDeleteI like dis story....tak sbr nak baca citer seterusnya..
ReplyDeleteCongrats ms writer...
cpt la kawen
ReplyDelete:)
best la cite nie...xsabar tnggu smbgnnye...-,-
ReplyDeleteSo far ok.nak follow coz update memberangsangkan.hopefully dylan xnikah ngan delina.soo stupid klu kawen..
ReplyDeletewowww bez bez ! ade jgk baik nya ameer dylan nie ingt kn jht..
ReplyDeleteeeeee.. ameer dylan nie.. dayuss sggh la
ReplyDeletefuh! nasib baik dylan x sentuh sufi..
ReplyDeletetapi ambil gambar la pulak...
eeee...geramnya...
rasanya dalam hati dylan dah ada taman kut...heheeh....betul x kak Ilya...
Terima kasih pada lemon2 yang diberikan :)
ReplyDeletewoah. beraninya! haha
ReplyDelete