SUFI Alisha buat tidak peduli apabila Ameer Dylan memanggil namanya. Dia tidak kuasa mahu melayan lelaki itu. Entah apa lagi yang lelaki itu mahukan dari dia. Belum sempat Sufi Alisha membuka kereta, Ameer Dylan sudah menahan pintu keretanya. Sufi Alisha menghela nafas kecil. Ameer Dylan tersengih.
“Akhirnya I dapat tangkap you.”
Kali ini dia tidak akan melepaskan Sufi Alisha pergi.
“Encik Ameer Dylan…saya ada urusan lain yang perlu saya segerakan. Jangan buang masa saya di sini.”
“Masa you tak terbuang dengan I.”
Ameer Dylan mengangkat keningnya.
Naik menyampah Sufi Alisha dengan lelaki ini. Disabarkan hatinya melayan kerenah Ameer Dylan.
“Apa yang Encik Ameer Dylan mahu dari saya?”
“Macam mana kalau I katakan I mahu you.”
“Encik Ameer Dylan…sudah saya katakan yang encik hanya membazirkan masa encik dengan saya. Dengan rupa dan kekayaan yang encik miliki tidak bermakna encik boleh membeli segalanya.”
Sufi Alisha memberikan pandangan mata yang tajam kepada Ameer Dylan. Kenapa lelaki kacak ini tidak pernah kenal jemu dan putus asa? Dia pun naik geram dengan lelaki ini. Kalau orang sudah tidak suka janganlah mahu tebalkan muka di sini lagi. Bukankah ada ramai gadis-gadis jelita yang berada di luar sana?
Sufi Alisha keluar bersama Ameer Dylan bukan bermaksud dia tewas dengan pujuk rayu lelaki itu. Dia sekadar mahu menjelaskan pada lelaki itu yang perbuatannya itu sia-sia. Tidak mungkin dia akan jatuh hati dengan si kasanova ini. Minta dijauhkan…
Lain pula yang berada di dalam fikiran Ameer Dylan. Hatinya bersorak kerana telah berjaya menundukkan Sufi Alisha. Senyuman tidak lekang di bibir. Berbaloi jua dia mengekori gadis itu saban hari. Hadiahkan gadis itu bunga dan coklat. Sufi Alisha sudah tewas!
“Encik Ameer Dylan…jangan encik fikir saya keluar bersama encik ini bermakna saya sudah jatuh hati pada encik.” Sufi Alisha memulakan bicara sebelum sempat Ameer Dylan membuka mulutnya.
“Apa maksud you?”
“Saya minta jasa encik agar jangan ganggu saya lagi. Saya tidak terpikat dengan harta dan barang-barang yang encik bagi pada saya.” Sufi Alisha menyerahkan beg kertas yang dibawanya kepada Ameer Dylan.
Berubah reaksi Ameer Dylan. Wajahnya tegang.
“Cik Sufi…I boleh berikan apa saja untuk you. I boleh berikan you rumah. I boleh belikan you kereta dan menunaikan apa saja permintaan you asalkan you jadi perempuan I.” Ameer Dylan cuba mengaburi Sufi Alisha dengan harta yang dimiliki.
Sufi Alisha menggelengkan kepalanya.
“Saya tidak perlukan itu semua. Saya sudah bersyukur atas apa yang Allah berikan pada saya.”
“Hahaha…you buat I ketawa. Tengoklah diri you. Cik Sufi Alisha…setakat bersyukur apa yang you dapat sekarang tiada gunanya. Tanpa berdoa pun you boleh jadi senang-lenang macam I.” Angkuh sekali kata-kata Ameer Dylan.
Sufi Alisha masih berwajah tenang. Ada segaris senyuman dibibirnya.
“Encik Ameer Dylan…saya mohon diri dulu.” Sufi Alisha bingkas bangun.
Lengan gadis itu segera dipaut.
“Apa kurangnya I? Kenapa you tidak pandang I sebelah mata?”
“Selami hati Encik Ameer Dylan sendiri. Cari jawapannya sendiri.” Sufi Alisha menarik lengannya. Dia segera berlalu tanpa menoleh ke arah Ameer Dylan.
Ameer Dylan mengetap bibir.
“MOOD you macam tak baik malam ini.” Delina menghulurkan segelas minuman kepada Ameer Dylan.
Ameer Dylan hanya memandang sepi. Gelas minuman itu langsung tidak disambut. Dia menongkat dagu memandang segenap ruang bilik kondomininum milik Delina itu. Mewah sekali kehidupan Delina sebagai perempuan simpanan. Delina memperolehi kemewahan ini dari sebahagian harta peninggalan arwah kekasihnya juga.
“I sedang kecewa.”
Delina ketawa. Lelaki kasanova seperti Ameer Dylan tahu ke erti kekecewaam itu? Gelas minuman itu diletakkan atas meja. Delina duduk menyilangkan kaki di sisi Ameer Dylan.
“Gadis mana yang kecewakan you?”
“Ermmm…” Ameer Dylan memuncungkan bibirnya. Jemari halus Delina sudah mengelus rambutnya yang semakin panjang itu.
“ I macam tak percaya ada gadis yang menolak you.”
“Gadis yang I nak pikat ini bunga liar di taman larangan. Alim macam ustazah sikit. Lidah dia asyik membidas I saja.” Desis Ameer Dylan.
Terjongket kening lentik Delina.
“Patutlah dia tolak you mentah-mentah. Pandai juga you nak cari isteri yang baik-baik.” Delina sudah memeluk bahu Ameer Dylan. Matanya sudah tertumpu ke arah televisyen yang dipasang.
“Siapa kata I mahu cari isteri?”
“Habis tu…you…? You ni memang jahat…” Hidung mancung Ameer Dylan dicuit.
“Gadis itu memang jual mahal dengan I. Tapi dia belum kenal siapa I ini.”
“Hmmm…Dylan…apa hubungan you dengan Carolyn pula? I dapat hidu hubungan you all seperti ada hubungan yang istimewa.”
“Hal I dengan Carolyn you tak perlu masuk campur. I sudah beritahu yang dia sahabat baik I.”
Delina membisu seketika. Ada juga rahsia tentang Ameer Dylan yang sukar untuk dia korek. Ameer Dylan lelaki yang cukup berhati-hati.
“I nak pulang.” Kot yang terletak pada sofa itu dicapai.
“Awalnya you mahu pulang.”
“Esok I ada meeting dengan klien I dari Jakarta. I tidak suka lewat untuk ke pejabat.”
“So malam ini you tidak boleh temankan I?”
Ameer Dylan menarik dagu Delina.
“I rasa hidup you tidak pernah sunyi walau tanpa I di sisi. Berapa orang lelaki yang you balik ke kondo ini?”
Delina tersengih.
“Tapi mereka tidak sehebat dan setampan you.”
“Berhati-hati ketika bermain dengan I…”
Delina ketawa lagi. Ini yang dia suka sangat pada Ameer Dylan. Lelaki kasanova ini lain dari yang lain.
“I tidak pernah takut bermain dengan api Dylan. I amat suka bermain-main dengan you. Ular macam I memang suka membelit.”
“Bagus! I sukakan keberanian you.”
Kot disarungkan semula pada tubuhnya. Tombol pintu dipulas lantas dia melangkah keluar.
Pintu lif terbuka. Ameer Dylan mengaturkan langkah kakinya. Wajah masih kelat. Fikirannya masih tertumpu pada gadis yang bernama Sufi Alisha itu. Dia sudah menyiasat latar belakang gadis ayu itu. Plan A tidak tercapai maka dia akan menggunakan plan B pula. Dia tetap mahukan Sufi Alisha jatuh ke dalam pelukannya. Bila Sufi Alisha berada di dalam genggamannya dia akan tinggalkan gadis itu terkapai-kapai.
PINGGAN yang berisi nasi itu hempaskan ke lantai. Puan Rasiah menyimbahkan air minumannya pada muka Sufi Alisha.
“Apa yang masak ni? Aku tak makan makanan-makanan semua ini. Apa kau ingat lidah aku ini lidah kampung macam kau?” Puan Rasiah melenting. Kedua anak gadis Puan Rasiah hanya memandang sinis pada Sufi Alisha.
Jeslina dan Johana masih duduk di atas kerusi. Biar saja mama mereka yang memarahi Sufi Alisha.
“Maafkan Sufi, makcik. Tidak mengapalah…Sufi masakkan spaghetti untuk makcik.” Sufi Alisha mengutip serpihan kaca yang di atas lantai itu.
“Tak payah! Bagi aku lima ratus. Aku nak makan di laur dengan anak-anak aku.” Begitu senang Puan Rasiah meminta wang kepada anak tirinya itu. Bukannya dia tiada wang sendiri. Pencen arwah suami setiap bulan ada di dalam akauannya. Dia sengaja mahu menyusahkan Sufi Alisha.
“Sufi sudah masukkan wang Sufi ke dalam bank. Wang yang ada di tangan Sufi adalah untuk perbelanjaan kita sekeluarga.” Sufi Alisha berterus-terang.
“Apa kau kata? Berani kau nak membantah cakap aku.”
Jari telunjuknya menunjal dahi Sufi Alisha. Rambut Sufi Alisha direntap kasar.
“Kau dengar sini Sufi. Apa saja permintaan dari aku dan anak-anak aku mesti kau tunaikan! Faham!”
“Mama!” Jeffry bertindak untuk menyelamatkan keadaan. Dia tidak mahu mamanya mengapa-apakan Sufi Alisha. Sufi Alisha pula tidak melawan tindakan agresif mamanya itu.
Puan Rasiah melepaskan rambut Sufi Alisha. Wajahnya tegang. Jeffry satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Anak kesayangan yang sering menjadi pembela Sufi Alisha apabila dia mengasari gadis itu.
“Makcik…saya minta maaf. Urusan perbelanjaan dalam rumah ini perlu dihadkan. Makcik perlu ingat hanya saya yang bekerja di dalam rumah ini.” Sufi Alisha bersuara. Kata-katanya itu memanaskan hati Puan Rasiah.
“Kau memang wajar sekali bekerja. Kau sudah banyak menyusahkan hidup aku tahu tak! Hidup kita dah berubah jika kau berkahwin dengan Zairul tu.”
Wang ringgit begitu penting pada Puan Rasiah. Dia tidak sanggup untuk hidup susah. Lihat saja pada rumah yang kecil dan sempit ini. Rasa menyesal kerana mengahwini arwah ayah Sufi Alisha dulu.
“Betul kata mama. Kita patutnya sudah senang jika Kak Sufi berkahwin dengan Abang Zairul. Kak Sufi ni berlagak sangat!” Celah Jeslina yang tadinya hanya menjadi pemerhati sahaja.
“Kau diam Jes!” Jeffry sudah menaikkan nada suaranya.
Terkunci rapat mulut Jeslina. Johana turut terasa tempiasnya. Keduanya mencebik. Sufi Alisha beristighfar dalam hati. Dia tidak suka memanjang pertelingkahan ini.
“Berani kau tengking adik kau Jeff!”
“Mama jangan buat saya tampar muka mama pulak!” Jeffry menyeringai. Sikap barann anak lelakinya itu membuatkan Puan Rasiah sendiri kecut perut.
“Jeff…jangan bersikap kurang ajar di depan mama. Tak baik meninggikan suara. Minta maaf pada mama.” Sufi Alisha menegur lembut.
“Kalau Jeff jadi kurang pun kerana tiada didikan dari mama sendiri. Orang yang patut dipersalahkan adalah mama bukannya Jeff!”
“Minta maaf pada mama sekrang Jeff.” Sufi Alisha memandang tepat pada wajah Jeffry. Wajah lembut yang sentiasa tampak tenang itu sering membuatkan hati Jeffry gelisah dan tidak keruan. Dia akan lemah mendengar tutur kata Sufi Alisha.
Jeffry tidak menunggu lama. Dia berpaling dan berlalu masuk ke biliknya. Jika lebih lama dia menghadap wajah Sufi Alisha lain pula jadinya.
menarikkkk!!! nak lagi.. adakah Dylan dpt memperisterikan Sufi?? *curious*
ReplyDelete>>huda93<<
ameer dylan tercabar bile d reject,tergugat status playboy buruan gadis2 cantik atas penolakan sufi alisha haha......tk sabar dek nk g,cepat2 sambung agar alisha tk terkena jerat ameer dylan!!
ReplyDeleteameer nie niat jahat rupe ye.. cian sufi
ReplyDeleteNiat dia memang jahat...tapi dia heronya ^^
ReplyDeletetu baru bertemu dengan ruas..
ReplyDeleteapa ingat semua perempuan ni boleh di sogok dengan material sahaja ke...
thumbs up Sufi
hope sgt sufi tak kene main dgn dylan ..huhu buaya darat btol .. hihi >< tk sabar tunggu smbungannya :D
ReplyDeleteassalamualaikum kak Ilya Abdullah ... betul ke Dylan ni hero cerita ni . hahaha , tak sabarnya ! yeay . next post ... =D
ReplyDelete