AMEER
Dylan jalan mundar-mandir di dalam billik pejabatnya. Anginnya tidak beberapa
baik hari ini. Dia tidak mahukan gangguan dari sesiapa. Ameer Dylan
mengeluarkan sekotak rokok dari laci mejanya. Dia pernah bersikap begini di
dalam pejabat. Dia juga sudah keluar dari landasan etika tidak merokok di dalam
pejabat. Puntung rokok sudah disumbatkan ke dalam mulut. Amaran kerajaan ‘Rokok
Merbahayakan Kesihatan’ yang tertulis
pada kotak rokok itu tidak diendahkan sama sekali.
Asap berkepul-kepul dihembuskan
keluar. Ameer Dylan sedikit rungsing ketika ini. Apa lagi yang ada difikirannya
jika bukan fasal Sufi Alisha. Kenapa gadis itu menolaknya mentah-mentah? Mahal
sangatkah nilai cinta gadis itu? Arghhh! Sufi Alisha…aku mesti dapatkan kau
juga! Lepas aku dapat apa yang aku nak maka aku akan tinggalkan dia. Biarkan
dia merana. Ini Ameer Dylanlah…lelaki yang tidak akan tewas pada cinta
perempuan.
Sufi Alisha….gadis yang tidak punya
apa-apa itu berani mencabar dia. Wajah mulus Sufi Alisha tidak mengenakan
sebarang make-up. Bersih licin….tapi
mulutnya agak biasa juga mengeluarkan kata. Pedas berapi!
Lamunan Ameer Dylan terhenti sebaik
interkom di mejanya berbunyi. Dia merengus kecil.
“I sudah beritahu I tidak mahu
diganggu.”
“Cik Delina dalam talian Encik
Dylan.” Balas Azie.
“Katakan saya I sibuk.”
“Tapi Encik Dylan…”
“Siapa boss you Azie?”
Azie terdiam.
“Baik Encik Dylan.”
Aneh sikap Ameer Dylan hari ini. Moodnya tidak baik langsung. Pagi-pagi
sudah naik angin kus-kus. Jarang Ameer Dylan angin pasang di pejabat melainkan
ada masalah dengan klien yang cerewet.
Ameer Dylan membuka telefon bimbitnya. Satu-persatu dia mencari
nombor telefon ibu tiri Sufi Alisha. Dia sudah mengaturkan satu rancangan buat
Sui Alisha. Wanita itu pasti akan membantu dia jika disogok dengan wang
ringgit.
“Helo…boleh I bercakap dengan Puan
Rasiah…”
“Ya saya bercakap,”
“I Ameer Dylan…tentu puan kenal
dengan I lagi.”
“Ameer Dylan?” Puan Rasiah mengerut
dahi seketika. Oh! Lelaki yang ebria-ia sangat mahu memperisterikan anak
tirinya itu. “Encik Dylan…maafkan auntie.
Auntie sebenarnya…”
“I tahu semuanya. Sufi Alisha
menolak lamaran I dan memulangkan semula cek yangI berikan pada auntie.” Ameer Dylan laju memintas.
“Auntie…auntie janji akan buat Sufi bersetuju
dengan lamaran Encik ADylan.”
“Anak tiri auntie itu sukar untuk dijinakkan dengan kata-kata. I ada rancangan
yang cukup baik. Tapi…auntie kena
membantu I.” Ameer Dylan tersenyum sendiri.
“Pasti…auntie pasti akan membantu Encik Dylan.” Puan Rasiah menarik nafas lega
kerana Ameer Dylan tidak melenting.
Demi kemewahan dia sanggup berbuat apa saja. Sufi Alisha yang terlalu
bodoh menolak tuah. Gadis itu sedang terlantar di atas katil akibat demam
panas. Rasakan! Malas dia mahu ambil peduli pada anak tirinya itu. Hanya
Jeffrey yang mengambil berat perihal Sufi Alisha.
“Auntie
dengar baik-baik apa yang akan beritahu pada auntie nanti. Dan pastikan
semuanya berjalan dengan lancar. Saya akan gandakan wang jika rancangan ini
berjaya.”
“Ya…ya…boleh-boleh.” Puan Rasiah
mula teruja.
Ameer Dylan menceritakan segala
rancangan yang terlintas difikirannya itu. Puan Rasiah mendengar dengan teliti
setiap bait butir kata anak muda itu. Apa yang ingin Ameer Dylan lakukan pada
Sufi Alisha memang melampau namun mata Puan Rasiah sudah dikaburi dengan wang.
Dia mempersetujui apa yang Ameer Dylan ingin lakukan pada Ameer Dylan.
“Molek sangatlah Encik Dylan. Sufi ada
di rumah sekarang. Dia demam dan auntie
rasa lebih baik rancangan Encik Ameer itu kita lakukan sekarang. Lagipun anak
bongsu auntie tiada di rumah
sekarnag. Hanya auntie bersama Sufi.”
Ujar Puan Rasiah. Benda macam ini tidak perlu tunggu lama-lama. Dia dapat wang
dan Ameer Dylan dapat Sufi Alisha. Pertukaran yang cukup adil bukan?!
Pucuk dicita ulam mendatang. Dia tidak
teragak-agak lagi untuk menerima pelawaan istimewa dari Puan Rasiah itu.
Pedulikan hal kerja di pejabat. Dalam fikirannya hanya ada Sufi Alisha kini.
“I akan segera ke sana.” Ameer Dylan
mencapai kunci keretanya itu.
Langkahnya diayunkan laju melintasi
Azie yang ketika baharu hendak menuju ke bilik pejabatnya.
“Encik Dylan…” Panggil Azie agak
kuat.
Ameer Dylan tidak menghiraukan panggilan
setiausahanya itu. Dia terus menuju ke pintu
lif. Tidak sempat untuk Azie mengejar, pintu lif itu telah tertutup. Azie hanya
mampu mengeluh kecil. Dokumen di tangannya itu dipandang dengan gelisah. Nampak
gaya dia perlu meminta Tuan Haji Abbas ke pejabat.
SUFI
Alisha memicit kepalanya sakit. Berat sungguh kepalanya. Dia terpaksa kerja
setengah hari dan terus pulang ke rumah. Mujur saja Hajah Solehah memahami
keadaannya. Ubat yang diberikan oleh doktor masih belum ditelan. Sufi Alisha
jenis yang sukar untuk menelan apa jua jenis ubat berbentuk pil. Dari kecil dia
tidak sukakan ubat.
Dia rebahkan tubuhnya kembali di
atas tilam empuk itu. Mungkin setelah dia lena sebentar, sakit di kepalanya itu
akan hilang. Baru dia hendak memenjamkan mata suara Puan Rasiah sudah
kedengaran bising di ruang dapur. Sufi Alisha bangun lalu melangkah keluar dari
biliknya.
“Makcik…” Panggilnya perlahan.
“Hah Sufi…mana kau letak botol kopi?
Makcik mahu buatkan air untuk tetamu kita.”
Tetamu? Siapa pula datang waktu ini?
“Sufi ada letak dalam laci atas ni
makcik.” Sufi menunjukkan botol kopi kepada Puan Rasiah.
“Kau ni suka letak barang susah nak
jumpa.” Puan Rasiah mula membebel.
Sufi Alisha tidak membalas. Dia
mencuri pandang pada tetamu di ruang tamu itu. Matanya membuat besar melihat tetamu
tersebut. Matanya yang samar-samar menyukar untuk dia melihat raut wajah tetamu
itu. Dari susuk tubuhnya dia yakin tetamuPuan Rasiah itu seorang lelaki. Suara
Jeslina dan Johana juga amat kecoh di ruang tamu itu. Entah apa yang
dibisingkan.
Sufi Alisha bergegas masuk ke dalam biliknya. Rambutnya yang panjang itu
tidak dilitupi dengan kain tudung. Dia hanya memakai t-shirt pendek dan kain batik.
Beberapa ketika kemudian, pintu
bilik itu diketuk perlahan. Suara Puan Rasiah memanggilnya di luar bilik. Sufi
Alisha membuka perlahan.
“Ini air untuk kau. Makan ubat tu..”
Puan Rasiah menghulurkan segelas air susu kepadanya.
“Terima kasih makcik.” Tanpa meragui
apa-apa Sufi Alisha menyambutnya.
“Hmmm!” Puan Rasiah beredar. Ada
segaris senyuman sini di hujung bibir.
Sufi Alisha duduk di birai katil.
Dua biji ubat sebesar panadol itu telan. Air susu itu dihirup perlahan. Sufi
Alisha berpaling saat pintu biliknya terkuak perlahan. Dia lupa untuk
mengunci
pintu biliknya. Riak wajah Sufi Alisha berubah apabila melihat susuk tubuh
lelaki yang sudah berada di dalam biliknya itu. Ameer Dylan! Hatinya menjerit.
Jadi tetamu ibu tirinya itu adalah Ameer Dylan.
“Keluar!” Sufi Alisha membalingkan
bantal ke arah Ameer Dylan.
Dalam sakit itu Sufi Alisha masih
bertenaga untuk membaling apa jua barang yang ada di dalam biliknya.
Ameer Dylan ketawa kecil. Dia
mengelak setiap kali Sufi Alisha membalingkan barang ke arahnya. Dia pantas merapati
Sufi Alisha. Kedua belah pergelangan tangan gadis itu dicengkam kuat.
“Sufi Alisha…kau tidak akan terlepas
dari genggaman aku lagi!” Rengusnya kasar.
“Lepaskan saya!” Sufi Alisha
meronta-ronta. Tapi apalah daya pada tenaga perempuan sepertinya. Tamabhan pula
dengan keadaan dia yang lemah itu.
“Makcik!” Dia memanggil ibu tirinya.
Sayang…panggilannya itu hanya sia-sia.
Puan Rasiah hanya duduk diam di ruang
tamu melihat jumlah cek di tangan. Jeslina dan Johana sudah lesap entah ke
mana.
“Lebih kau jangan melawan…” Ameer
Dylan sudah mencapung tubuh Sufi Alisha lalu dijatuhkan pada atas katil. Dia
sudah menidih tubuh gadis itu.
“Lepaskan saya…” Sufi Alisha
sedaya-upaya menolak tubuh sasa Ameer Dylan. Air matanya merembes keluar.
Matanya sudah berpinar.
Sengihan Ameer Dylan semakin
panjang. Kesan ubat tidur yang dia bubuh dalam air susu itu sudah membawa
kesannya. Rontaan Sufi Alisha kian tidak berdaya. Pandangan matanya terus
gelap. Matanya sudah terpenjam rapat.
Ameer Dylan mengusap-usap wajah
mulus Sufi Alisha. Rambut gadis itu panjang mengurai amat sesuai dengan wajah
bujur sirihnya. Ternyata Sufi Alisha seorang gadis yang manis dan cantik dari
pandangan mata lelaki seperti dia.
“Sufi Alisha…kau akan menjadi milik
aku secara mutlak…” Ameer Dylan mengambil gambar Sufi Alisha melalui telefon
bimbitnya. Dia renung wajah Sufi Alisha lama. Wajah yang cukup menenangkan.
Saat bibirnya mahu mencumbui wajah
itu, Ameer Dylan mengangkat wajahnya. Dia sendiri tidak mengerti akan tindak
balasnya itu. Ameer Dylan mengetap bibir. Dia gelisah sendiri. Matanya melirik
pada sekeliling ruang bilik kecil itu. Ada ayat-ayat Al-Quran yang tergantung
di dinding yang Ameer Dylan sendiri tidak tahu untuk membacanya.
Ameer Dylan meraup wajahnya berkali-kali.
Apa yang sduah berlaku pada kau Dylan? Kenapa kau tak boleh melakukannya?!
bersambung lagi...^^
fuh..nsb baik..jhat nya mak tiri..eee ameer aku rsa nk hempuk jer ko nie..org kaya suka gunakn wang utk mnidas kaum yg lemah..shadu2..
ReplyDeleteaishh nsb baik laa .. huh skt ht
ReplyDeletealhamdullilah.. dylan jht ye u
ReplyDeleteeee....benci kat dylan...
ReplyDeleteharap dylan xkan buat kat sufi...kesian kat sufi...
hush. mak tiri mengalahkan mak tiri sindarela!
ReplyDeleteHehehehe...emosi semua ^^
ReplyDeletefuhh!!.. suspen btul la... nsb baik xjd apa2..
ReplyDeleteItulah...tiba2 je tak jadi :)
ReplyDelete