Tab Menu

Followers

Wednesday, September 19, 2012

Nilai Cintanya.... - NC8



PUAN Rasiah memandang pada teman-teman yang menunjukkan perhiasan yang ada di ada pada tubuh mereka. Dia hanya menahan rasa melihat mereka. Apa yang dia ada. Setakat cincin peninggalan arwah suaminya sahaja. Kalau tidak turutkan rasa hati pastinya dia sudah senang lenang berkahwin dengan orang besar-besar. Arwah suaminya itu hanya kerja sebagai pengawal keselamatan bukannya ada banyak wang mahu belikan dia itu dan ini.

            Ada anak semua tidak boleh dipakai. Pemalas! Harap wang dari Sufi Alisha berapa senlah sangat. Anak tirinya itu pula jenis berjimat-cermat. Sudah dapat anak orang kaya dilepaskan peluang keemasan yang ada. Bodoh betul Sufi Alisha.

            “You all…I mahu kenalkan seseorang jejaka handsome pada you all.” Datin Julie merapati teman-temannya.

            Puan Rasiah mencebik. Anak ikan lagilah tu. Mak datin seorang ini bukannya boleh tengok kalau ada lelaki kacak sikit. Dia sapu jadi teman kesunyian. Tidak sedar diri sudah lanjut usia. Anak ikan pula sebaya-baya anak sendiri.

            “Siapa pula ‘anak ikan’ you yang baru ni?”

            “Sorry…ini bukan ‘anak ikan’ I tahu. Dia anak angkat rakan seperniagaan husband I.” Datin Julie tersenyum manis. Anak muda itu bukan senang mahu dijinakkan.

            “Bakal husband anak gadis you ke?” Puan Rasiah pula bersuara.

            “Maybe yes…or maybe no…Tapi dia kenalan baik anak gadis I” Datin Julie menjongket bahunya. “Sekajap ya I kenalkan dia pada you all.”

            Datin Julie beredar. Dia menarik lengan seorang lelaki menuruti langkahnya. Bulat semua mata wanita melihat lelaki yang sudah berada di depan mata mereka. Mereka mula berbisik sesama sendiri.

            “Kenalkan ini Ameer Dylan…”

            Puan Rasiah mula merenung wajah lelaki yang diperkenalkan oleh Datin Julie itu. Dia pernah melihat wajah Ameer Dylan di muka akhbar. Untungnya anak gadis Datin Julie dapat bermenantukan lelaki kaya.

            “Hi…” Ameer Dylan menyapa teman-teman Datin Julie. Namun matanya terarah pada Puan Rasiah.

            “Hi…” mereka menyahut serentak.

            Ameer Dylan memalitkan senyuman di bibirnya.

            “Auntie kenalkan ini Puan Hannah, Datin Khalida, Datin Fenn dan yang ini Puan Rasiah.” Satu-persatu Datin Julie memperkenalkan rakan-rakannya.

            “Panggil saja I Dylan. Ouch! Teman-teman auntie masih nampak muda ya.” Ameer Dylan memuji.

            “We all jenis jaga muka Dylan. Kecantikan itu amat penting.” Datin Fenn menjawab.

            Puan Rasiah mencebik. Dia saja yang tidak berduit untuk ke salon kecantikkan.

            “Dylan..” Seorang gadis manis menghampiri dan memaut lengan Ameer Dylan. “Mama ni ambil Dylan tanpa izin dari Wid.” Gadis itu memuncungkan bibirnya.

            “Sorry Wid…Mama hanya pinjam teman lelaki Wid sekejap saja.”

            “Mari Dylan…” Ameer Dylan ditarik pergi.

            “Anak gadis I itu memang manja.” Gerutu Datin Julie. 

“Untunglah you Julie. Bakal menantu usahawan berjaya. Ada rupa dan harta pula.” Celah Puan Hannah.

            Puan Rasiah hanya bermain dengan gelas di tangan. Fikirannya melayang ke lain. Irihati dengan kemewahan mereka. Tuah yang mereka miliki berbanding dirinya yang malang ini.

            “Widelia dan Dylan hanya berkawan. Jangan fikir lelaki seperti Dylan akan angkat anak I sebagai isteri dia. Anak I bermimpi di siang harilah.” Datin Julie mendepangkan kedua tangannya.

            Wajah teman-temannya berkerut.

            “Anak you tak pikat diakah?”

            “Tidak perlulah…masakan you all tidak dengar cerita tentang Ameer Dylan. Kasanova terhormat.”

          Puan Rasiah turut memasang telinga. Dia ingin juga tahu perihal lelaki muda itu. Topik mereka menjadi semakin rancak dengan kisah panas Ameer Dylan. Puan rasiah langsung tidak menyampuk. Bila jemu dia memohon diri untuk pulang. Dia ada juga mengintai kelibat Ameer Dylan tetapi lelaki muda tidak lagi kelihatan bersama anak gadis Datin Julie. Ke mana lelaki itu pergi?

          
PUAN Rasiah tersentak apabila sebuah kereta Jaguar hitam behenti di depan pagar rumahnya. Siapa pula yang bertandang di rumahnya? Laju dia mengaturkan langkah membuka pintu pagar. Dia melihat pintu rumahnya terbuka luas. Panas pula hatinya dengan Jeslina dan Johana yang mengundang masuk tetamu yang tidak dikenali.

            Berubah air muka Puan Rasiah sebaik melihat tetamu yang berada di dalam rumahnya itu. Ameer Dylan! Hatinya menjerit. Bagaimana lelaki ini boleh berada di rumahnya? Ameer Dylan memandang wajahnya dengan segaris senyuman. Jeslina dan Johana menyerbu ke arah ibu mereka. Kedua anak gadisnya itu sibuk menunjukkan hadiah yang mereka terima dari Ameer Dylan.

            “Boleh kita berbincang auntie…”

            Puan Rasiah memberikan isyarat kepada kedua anak gadisnya agar beredar. Jeslina dan Johana masuk ke bilik mereka.

            Puan Rasiah melabuhkan punggungnya.

            “Auntie tentu hairan kerana saya boleh berada di sini?”

            Puan Rasiah angguk.

            “Apa motif awak kamu ke mari?”

            “Tiada motif yang tidak baik. Saya datang kerana hal anak gadis auntie, Sufi Alisha.”

            Tersentak Puan Rasiah. Ameer Dylan mengenali Sufi Alisha.

            “Apa yang kamu mahu?”

            “Saya mahu memperisterikan Sufi Alisha.”

            Bola mata Puan Rasian membulat besar. Dia pandang Ameer Dylan tajam. Apa lelaki ini mahu bermain-main dengan dia? Ini pertemuan pertama dia dengan Ameer Dylan.

            “Cakap saja berapa yang auntie mahukan asalkan saya dapat anak gadis auntie itu.” Ameer Dylan sudah memasang umpannya. Dia tahu Puan Rasiah sukakan wang. Pasti ibu tiri Sufi Alisha inginkan barang perhiasan yang mahal-mahal. Lihat saja pada kediaman kecil Sufi Alisha ini. Cukup menyedihkan!

            “Kamu jangan main-main dengan saya?”

            “Saya serius auntie…saya sukakan Sufi Alisha. Saya ingin menyunting dia sebagai isteri saya. Bukankah niat saya itu baik.”

            Puan Rasiah mengetap bibir. Dia mula membayangkan wang yang bakal dia miliki jika dia mengahwinkan Sufi Alisha dengan lelaki hartawan ini. Dia akan menayang perhiasan yang akan melengkapi pada tubuhnya itu nanti. Datin Julie dan yang lain pasti akan cemburu.

            “Bagaimana kalau auntie minta lima puluh ringgit. Sanggup kamu berikan pada auntie.”

            Ameer Dylan tertawa kecil.

            “Jumlah yang cukup kecil pada saya, auntie.”

            “Bagaimana kalau seratus ribu ringgit…”

            “Deal! Saya hanya mahukan Sufi Alisha dan auntie hanya mahukan wang sahaja. Auntie perlu tolong saya. Saya mahu auntie aturkan perkahwinan saya dengan Sufi Alisha.” Cukp mudah untuk dia mengaburi mata Puan Rasiah. Naif!

            “Tapi ada syaratnya…” Puan Rasiah cuba mempergunakan peluang yang datang bergolek ini. Dia tidak peduli jika Ameer Dylan ini lelaki kasanova. Apa yang penting adalah kemewahan.

            “Apa syaratnya?”

            “Auntie mahukan rumah yang besar, kereta dan segala pelengkapan rumah yang cukup. Kamu boleh sediakan?”

            “Perkara kecil. Apa yang penting saya dapat Sufi Alisha.” Ameer Dylan meramas-ramas jemarinya. Senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.


6 comments:

  1. eeee,,, ameer nie jahat ye.. main kotor plak 2.. makcik rasiah nie pun mata duitan betul la.cian ye sufi

    ReplyDelete
  2. cerita yang best.

    harap2 sambungan nyer ade kelainan dan x sama ngan cerita kahwin paksa yg dah melambak di pasaran.

    semoga sufi berjaya menjinakkan ameer.

    go sufi go :) - pn. mal

    ReplyDelete
  3. nice~ nak lagi kak Ilya Abdullah . good luck ! ganbate ... hahaha =D

    ReplyDelete
  4. tak suka bila Dylan gunakan duit untuk dptkan Sufi...
    huhuhu...kesian kat Sufi

    ReplyDelete
  5. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. tapi jgnla sufi ngan ameer. sian sufi

    ReplyDelete