“YOU
tetap akan menjadi milik I, Sufi Alisha!” Ameer Dylan meninggikan suaranya.
“Itu janji I!”
Dia merenung ke dalam anak mata Sufi
Alisha. Gadis itu tidak mengelak sebaliknya membalas renungan matanya. Sufi Alisha
benar-benar mencabar egonya. Gadis itu seakan tidak getar berdepan dengan dia.
“Encik Ameer Dylan…saya minta maaf
banyak-banyak kepada encik. Sekali lagi saya tegaskan…saya bukan barang untuk
dagangan. Nilai cinta saya amat mahal…dan jangan sesekali merendahkannya.” Dalam
sifat yang lemah-lembut itu tidak semestinya dia biarkan dirinya dinjak oleh
lelaki seperti Ameer Dylan.
Sufi Alisha berpaling lantas memulas
tombol pintu bilik pejabat Ameer Dylan itu. Dia melangkah keluar. Moga Ameer
Dylan mengerti akan kata-katanya itu. Moga Ameer Dylan tidak lagi mengganggu
hidupnya lagi. Ameer Dylan menyelerakkan kesemua fail di atas mejanya itu. Malah
pasu bunga yang bernilai ribuan ringgit itu turut dipecahkan. Rambutnya
diraupkan ke belakang. Perempuan tak guna!
“APAKAH awak tahu apa
erti sebuah perkahwinan itu? Apakah awak mampu menjadi seorang suami yang akan
membimbing saya sebagai isteri?”
Kata-kata
itu berulang kali bermain di fikiran Ameer Dylan.
Pintu bilik pejabat itu terkuak. Fikirnya wajah Sufi Alisha yang menerpa
tetapi harapannya hampa. Orang yang datang itu adalah Carolyn. Carolyn menekup
mulut melihat keadaan bilik pejabat Ameer Dylan yang berselerak. Apa yang sudah
berlaku? Sebentar tadi dia ada terserempak dengan seorang gadis yang baharu
keluar dari bilik pejabat Ameer Dylan. Mungkin gadis itu yang menyebabkan Ameer
Dylan mengamuk begini. Carolyn hanya meneka.
“Dylan…” Panggilnya. Ingin mendekati Ameer Dylan pun dia rasa gerun.
Pandangan mata Ameer Dylan amat menakutkan. Dia tidak pernah lihat Ameer
Dylan bersikap sedemikian. Selalunya lelaki itu cool dalam apa jua situasi terutama yang melibatkan hal perempuan.
“Perempuan
itu memang mencabar I!” Ameer Dylan membuka mulut jua.
“Perempuan
mana ni Dylan?”
“I
akan buat dia merana nanti. Berani dia menolak lamaran I!”
Carolyn
mengerut dahi. Ameer Dylan melamar siapa pula ni? Setahu dia, lelaki ini tidak
pernah isu perkahwinan.
“You
melamar siapa ni Dylan? Kenapa I tidak tahu?”
Soal Carolyn.
“I
melamar perempuan itu…Sufi Alisha.” Balas Ameer Dylan. Jemarinya sudah mengetuk
meja. Tangan kirinya menongkat dagu.
Jadi…gadis
yang dia terserempak itu pastinya Sufi Alisha. Gadis itu jauh berbeza dari
teman-teman wanita Ameer Dylan. Gadis yang ayu walau tidak sejelita Delina.
Carolyn merapati Ameer Dylan. Dahi lelaki itu disentuh.
“You
tidak sakitkan?” Ujarnya lembut.
“Apa
you merepek ni?!” Tangan yang melekap pada dahinya itu ditepis.
“You
buat I terkejut. Bukan main ramai perempuan you damping tapi gadis itu yang
menjadi pilihan you. You ada niat lain ke?”
Lelaki ini bukan boleh dipercayai. Carolyn tidak sedap hati.
“You
kenal dengan I. You tentu tahu apa yang ada difikiran I.”
Carolyn
memakukan matanya pada wajah Ameer Dylan. Dia menggelengkan kepalanya.
“Dylan…you
jangan melampau. I lihat gadis itu seorang baik-baik. Jangan you musnahkan
hidup dia!” Carolyn meninggikan suaranya. Sungguh dia tidak bersetuju dengan
niat tidak baik Ameer Dylan.
“I
tidak peduli apa you katakan pada I. I tetap akan buat perempuan itu jadi wife
I. I akan dera dia secukupnya…” Ameer Dylan sudah berbulat nekad. Apa jua
caranya Sufi Alisha akan menjadi isterinya.
Gila!
Ameer Dylan sudah gila! Carolyn tidak akan membiarkan Ameer Dylan merosakkan
hidup Sufi Alisha. Gadis itu perlu diberikan amaran. Lelaki sejahat Ameer Dylan
ini tidak layak buat gadis sebaik Sufi Alisha. Sampai bila Ameer Dylan mahu
merosakkan hidup kaum sejenisnya. Carolyn mula berfikir tentang itu.
“Dylan…lupakan
saja dia. Di luar sana masih berlambak perempuan yang tergilakan you.” Sengaja
Carolyn memancing perhatian Ameer Dylan.
“No! I tetap mahukan dia!”
Ameer
Dylan menghentakkan kedua belah tangannya atas meja.
“Dylan…”
“Enough! I mahukan Sufi Alisha! Selagi I
tak dapat dia, amarah I ini tidak akan reda. I mahu dia tersungkur di bawah
kaki I!” Nekad sekali Ameer Dylan membuat keputusannya.
Sufi
Alisha benar-benar membuatkan lelaki kasanova di hadapannya itu tidak
memikirkan gadis lain. Delina pun tidak memberikan impak begini kepada Ameer Dylan.
“DYLAN…Dylan…” Suara wanita itu merintih
lagi memanggil nama anak yang cukp dia rinduinya selama ini.
Puan
Mariam tersedar dari tidur. Terpisat-pisat dia menggosokkan mata. Suara sayu
itu mendayu-dayu menusuk ke telinganya. Matanya membulat besar. Dia bingkas
bangun merapati katil wanita itu.
“Dylan…saya
rindukan Dylan…” Lantas wanita memeluk Puan Mariam.
“Jesse…”
Lembut dia mengusap belakang wanita itu. “Insya-Allah…bila tiba masanya saya
akan bawa Dylan pada Jesse..”
“Bawalah
Dylan pada pangkuan saya semula Mariam. Saya mahukan Dylan…” Madam Jesse
menangis pilu.
“Sabar
Puan….Buat masa ini sukar untuk memujuk Dylan bertemu dengan puan. ianya tidak
semudah yang disangka.” Puan Mariam memujuk. Ameer Dylan itu memang amat benci
pada ibunya. Bukan boleh disebut nama ibunya pada dia. Dia akan melenting dan
mengamuk.
“Bawa
saya berjumpa dangan Dylan…Saya mahu tengok anak saya. Cukuplah dari jarak yang
jauh.” Madam Jesse masih meminta.
Puan
Mariam serba salah. Agak lama barulah dia mengganggukkan kepalanya. Dia sendiri
tidak sanggup melihat penderitaan Madam Jesse. Mungkin rindu Madam Jesse
terubat sedikit apabila bertemu dengan Ameer Dylan seperti yang dipinta.
Madam
Jesse tahu kebencian Ameer Dylan kerana sikapnya dulu. Dia telah membuang anak
itu di dalam hidupnya. Dia tidak pernah bahagia dengan perkahwinan aturan dari
keluarga itu. Dia pernah cuba menggugurkan kandunganya itu. Dia tidak mahu
Ameer Dylan lahir ke dunia ini. Dia mengejar populariti waktu itu sebagai
seorang model yang terkenal dan penyanyi yang terkenal. Dia lupa pada
tanggungjawabnya. Dia biarkan hidup Ameer Dylan melarat. Dia biarkan kebencian
itu berakar umbi di dalam hati Ameer Dylan.
Jika
bukan kerana Haji Abbas entah apa yang berlaku pada anak tunggalnya itu. Haji Abbas
yang membesarkan dan menjaga Ameer Dylan seperti anaknya sendiri. Hutang
budinya pada Haji Abbas tidak terbayar dengan wang ringgit. Haji Abbas dalam
diam menjejaki dia tanpa pengetahuan Ameer Dylan. Malah Haji Abbas pernah memujuknya
untuk melihat anak lelaki itu. Dia menolak keras. Malah dia menghalau lelaki
itu pergi. Dia tidak pedulikan keperitan hidup anaknya itu. Baginya lebih baik
anaknya lenyap dari dunia ini.
Kemewahan
populariti yang dikejar hanya sementara. Hidupnya yang selama ini bergeluman
dengan dosa itu terbalas dengan kemalangan ngeri meragut teman-teman dan kekasihnya.
Dia lumpuh seumur hidup. Popularitinya tenggelam. Dia hanya insan yang hidup untuk dikasihani dan bukan dipuja atau
dijadikan idola lagi. Dia insaf dan sedar apa yang dia perolehi itu adalah
pinjaman dariNYA.
“MUMMY…mummy jangan tinggalkan Dylan…” Ameer Dylan bercakap di dalam
tidurnya.
Suaranya
itu tenggelam timbul bersama tangisan.
Dia berpusing kiri dan kanan dengan
mata yang masih penjam. Tidurnya menggelilsah. Nafasnya tidak keruan. Tubuhnya sudah bermandikan peluh.
Pintu bilik itu terkuak perlahan.
Haji Abbas melangkah masuk dengan wajah risau. Lelaki itu merapati katil anak
angkatnya itu. Dia menggerak perlahan tubuh anak muda itu. Ameer Dylan tidak
memberikan sebarang tindak balas. Dia masih bercakap-cakap di dalam tidurnya.
“Dylan…” Tubuh itu digerakkan lagi.
Kali ini mata Ameer Dylan terbuka
luas. Dia mengejut bangun dari baringnya. Dia memandang sekelilingnya. Lirikan
matanya terhenti pada susuk tubuh berdekatan dengan dia itu. Susuk tubuh itu
adalah milik ayah angkatnya.
“Ayah…”
“Dylan…kau bermimpi lagi.”
Ameer Dylan membisu.
“Pergi basuh muka kamu kemudian kita
buat solat Tahajud bersama malam ini.” Haji Abbas menyentuh bahu Ameer Dylan.
“Dylan mengantuklah ayah. Ayah
buatlah seorang. Dylan mahu sambung tidur.” Dia beralasan. Solat Tahajud? Dia
mana tahu mengejar solat Tahajud. Solat lima waktu pun dia tidak endahkan
inikan pula solat sunat itu.
“Dylan...”
Ameer Dylan menarik selimut dan
menutup seluruh wajahnya. Haji Abbas gelengkan kepala. Dia tidak suka untuk membebel panjang. Doanya
moga pintu hati Ameer Dylan terbuka dan menerima hidayah dari Allah untuk
berubah kelak.
yeayy terbaik .. huhu risaunya dylan nie nak rosakkan sufi alisha yg baik tu .. ><
ReplyDeletedylan trukkk...bciii...!!! huhuhuh....hmm...tp yg lawak ya ada plk nma 'jesse' kat cta nie erk..?? heheh...
ReplyDeletejesse yg sblah nie ---->>>>
cute n baek k...prsan jap...hahhaha...(^^,)v
^^ Hehehehe...Dylan tu masih dalam dunia dia lg...
ReplyDeletesemangat sungguh dylan nak dapatkan sufi...
ReplyDeleterisau pula akan keselamatan sufi...
harap2 dylan tidak akan menyakitkan hati sufi
sape yg bakal tersungkur n menagih kasih ne,hai kasanova malaya!gud job sufi tercabar n tercalar ati sanubari ameer dek penangan sufi.akak rase the only one yg boleh merubah sikap kasanova ameer hanya sufi alisha...izin kan ati sufi trima ameer,demi satu kebaikan...akak nk g dek cepat2 lh update..........
ReplyDeleteSaya memang cepat update yg ni..^^ terima kasih sebab suka cerita ni
ReplyDeleteSuka suka suka ! Suka dgn sikap Sufi . Hihi !
ReplyDeletekak Ilya Abdullah ... thanxs . hahaha , macam tahu2 je kak Ilya Abdullah ni , dah lama saya tunggu entry Nilainya Cinta ni . Bila nak post lagi ? tak sabar dah ni . Nilainya Cinta ni bolehkan updated secepat yang boleh . hahaha , anyway TQ TQ TQ !!! =D
ReplyDelete~peminat setia kak Ilya Abdullah~
wonder (-,-)
ReplyDeletekenapa haji abbas xdidik ameer dylan dgn agama sjk kecik lg?
er.... hehe. juz tny!
Mimi...Haji Abbas dah didik Dylan tp Dylan ni terpesong ...
ReplyDeleteala.. pendek sgt la.. xpuas rasanya.. kalo boleh panjangknlah lg ye ilya.. sentiasa tunggu en3 baru drpd ilya.. hehehe
ReplyDelete