Insya-Allah Queen Control diterbitkan pada tahun hadapan bawah terbitan Penerbitan Kaki Novel. Gantikan dengan e-novel Allure...
>< enjoy reading!
Prolog
“MAAF….” Sepatah perkataan diucapkan.
Talian terputus.
Dia mengetap bibir.
Kenapa?
Arghhh!!!!
Jaket kulitnya ditarik dari kerusi.
Merdeces Benz itu dipandu dengan laju.
Pedal minyak ditekan lagi. Dia memandu dengan kelajuan yang maksimum. Sebelah
tangan kirinya melekap telefon di telinga. Nombor yang didail tidak dapat
dihubungi. Amarahnya sudah sampai kemucak. Tingkap kereta dibuka. Telefon
bimbit ‘touch screen’ berjenama
Samsung itu dilemparkan keluar dari tingkap kereta. Pemanduan diteruskan dengan
hati yang panas membara. Namun sampai di persimpangan jalan dia brek dengan
mengejut. Keretanya bergesel dengan penghadang jalan. Pantas dia keluar dari
perut kereta.
“Damn
it!”
Pintu keretanya ditendang. Dia meraupkan
rambutnya ke belakang.
Air matanya mengalir.
“Kenapa!!!!!!!!!!” Dia menjerit
sekuat-kuat hatinya.
KLIK! Matanya pedih dengan cahaya yang
mengenai wajahnya itu.
“Hey!”
“Nice
one! Inpirasi wajah sedih yang saya cari.” Gadis itu tersenyum.
“Berikan filem tu pada saya.” Dia menadahkan
tangan.
Gadis menggelengkan kepalanya.
“Ianya sudah menjadi milik saya.” Gadis
itu segera berlari menuju ke seberang jalan.
“Shit!”
Sebuah kereta laju melintasi di hadapan.
Gadis itu sudah hilang.
Sekali lagi keretanya menjadi mangsa
amukan.
“GAMBAR lelaki mana yang kau ambil ni?”
Syira menjongket bahu.
“Aku pakai ambil aja.” Dia meletakkan
lagi beberapa keping gambar di dada meja. Antara gambar yang dia ambil, dia
sukakan gambar lelaki itu. Seorang lelaki menangis dan meraung di tengah malam
yang sunyi.
“Kau tak takut kena saman?”
“Samanlah. Aku tak kisah. Janji tema
untuk pameran fotografi aku berjalan dengan lancar kelak.”
Weng geleng kepala.
Syira tersengih.
MAJALAH itu dilemparkan pada dinding. Perempuan
itu mahu tunjukkan kebahagiaan depan dia. Pergi matilah! Ingat kau seorang
sahaja perempuan dalam dunia dia.
“Perempuan takkan tahan dengan kaki
baran macam kau.” Tegur teman serumahnya.
“Jangan menyibuk.” Rengusnya.
Temannya itu menghela nafas kecil. Dia
menyarung selipar dan berlalu keluar.
Argh!!!
Kenapa aku mesti perlu merindu dia lagi!
Najmi menghempaskan tubuh atas sofa. Dia
menutup wajahnya dengan bantal.
1
“SYIRA! Tahniah! You memang layak
memenangi anugerah fotografi terbaik tahun ini.” Ucap wanita cantik berambut kerinting
itu. Dia menghulurkan tangannya namun tidak bersambut. Syira sekadar melempar
secalit senyuman dibibir.
“Thanks Cik Susanne.” Balasnya. Dia berlalu tanpa menghiraukan
wanita itu.
Foto yang dihasilkan
bertemakan kekeluargaan. Syira menggunakan teknik foto potret. Potret atau fotografi
potret merupakan seni fotografi yang menarik. Kerana pada fotografi potret akan
menampilkan objek manusia, baik secara individual mahupun kelompok, yang
menonjolkan unsur keperibadian objek foto tersebut. Contohnya seperti foto
orang yang dicintai, foto teman-teman mahupun anggota keluarga. Sebuah foto
potret akan menampilkan orang dalam bentuk seluruh badan, atau separuh badan
(pinggang ke kepala), atau close up iaitu
wajah dan bahu saja atau bahkan kepala saja. Untuk menghasilkan foto berupa
potret memerlukan perencanaan yang baik. Kualiti foto bukan sekadar hasil
jepretan kamera saja, namun dapat menampilkan makna dari keperibadian dan
ekspresi orang yang ada dalam foto tersebut. Yang perlu diperhatikan tidak
hanya subjek foto tersebut, namun juga pencahayaan, latar belakang, set,
lokasi, pose, ekspresi muka dan warna. Mungkin anda tidak mampu mengambil foto
potret seindah fotografi profesional, namun dengan mempelajari beberapa teknik
dasarnya, Anda mampu menghasilkan foto potret anda sendiri. Syira
mempelajarinya melalui rujukan-rujukan dari buku dan internet. Syira sekadar
suka-suka menyertai pertandingan fotografi tersebut. Dia tidak kisah samada dia
menang atau tidak. Yang penting adalah kepuasan! Hobi sampingan.
Syira meneliti
hasil-hasil foto yang dipamerkan di dalam dewan tersebut. Setiap fotografi
mempunyai nilai kesenian masing-masing. Dunia fotografi ibarat dunia tanpa
koma. Ianya mengalir deras seiring mengikut peredaran zaman. Kecanggihan
teknologi membuat orang makin tertarik dengan dunia “jeprat-jepret” itu. Bagi
seorang pencinta fotografi, tak ada momen yang terlewatkan begitu saja saat
“senjata” kamera mereka pegang. Bagi mereka, semua momen sama pentingnya. Tak
ayal, apa pun momen di depan mata, akan selalu diabadikan. Bahkan adakalanya
mereka mencari waktu khusus untuk memburu sasaran sekadar mendapatkan gambar
yang punya nilai seni tinggi. Dan Syira adalah salah seorang dari mereka.
Sedang asyik memerhati foto-foto
yang tergantung itu, telefon bimbit di dalam beg galasnya bergentar. Syira agak
kelam-kabut mencari telefon bimbitnya.
“Helo…”
“Syira…. Aku ni Weng.”
“Weng… ada hal apa kau call aku?”
“Syira… ada berita tak baik aku nak sampaikan
pada kau.” Nada Weng buat Syira tidak sedap hati.
“Studio kau terbakar.”
“Apa!!!”
TIADA apa yang tinggal hanya sisa-sisa
kebakaran. Hasil tungkus-lumus Syira berakhir begini. Syira tak tahu sama ada
dia perlu menangis atau meraung. Syira terduduk sambil menopang dagu. Ada
keluhan di bibirnya.
“Syira..”
“Semuanya
sudah menjadi abu.”
“Ada
orang khianati kau agaknya.”
“Entahlah
Weng. Aku pun tak tahu kerja siapa.”
“Kau
ada buat backup lain tak?”
Syira
geleng perlahan.
“Mampus
macam ni..” Weng menghela nafas panjang.
“Aku
kena tarik diri.”
“Jangan
putus asa.”
"Aku
tak cakap aku berputus asa. Just aku
kena kena bermula dari ‘zero’.” Syira
memandang cebisan-cebisan foto yang sudah terbakar.
“Kalau
aku dapat makhluk yang buat kerja ni memang aku tanam hidup-hidup!” Weng
mengetap bibir sambil menggengam buku limanya.
“Orang
yang cemburu ni ada di mana-mana sahaja. Biarkan polis yang menyiasat.” Syira
tidak berani untuk menuduh sesiapa. Mereka perlu ada bukti.
“Aku
syak mamat sewel tu.”
“Bekas
tunang aku ke?”
“Siapa
lagi yang gila talak pada kau.”
Syira
ketawa kecil. Masakan dia memutuskan pertunangan dengan Idlan maka Idlan
sanggup menganiaya dia begini.
“Tak
mungkin Id.”
Idlan yang meminta dia memutuskan pertunangan mereka. Idlan tiada menyimpan apa-apa
perasaan pada Syira. Mereka bertunang atas kehendak keluarga. Syira sendiri
tidak mahukan perkahwinan dalam paksaan. Biarlah jodohnya datang sendiri. Bebelan
ibu sudah tidak diendahkan lagi.
“Hati
orang mana kita tahu apa yang tersirat.”
“Menuduh
tanpa bukti dah seperti menaburkan fitnah. Tak baik tahu.” Jari telunjuk Syira
di halakan pada muka Weng.
Weng
garu kepala.
“Foto
mamat tu kau ada simpan lagi tak?” Weng menyoal. Dia tahu kamera kesayangan
Syira sentiasa di bawa ke hulur dan ke hilir. Tidak pernah renggang dengan
gadis itu.
Emm...
ada.”
“Aku
rasa masih sempat lagi kita prepare
semuanya sebelum tarikh pameran. Kita guna studio uncle aku. Studio buruk sikit.”
No problem. Aku ada ni untuk cantikkan
studio uncle kau tu.” Syira menayangkan
cek pada Weng.
Weng
membuat isyarat ibu jari ala gaya gambar cap kacang ngan yin. Dalam masa dua
minggu ini Syira dan Weng kena bekerja keras tanpa rehat untuk mengadakan
pameran fotografi mereka. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Yang penting kita berusaha. Apa yang berlaku adalah ujian dari-NYA.
“ELOK-elok kerja engineer behenti! Apa yang best sangat dengan fotografi tu ntah?”
Puan Ruhaya sudah mula membebel.
Orang
tengah penat begini bebelan yang dihidangkan oleh ibu. Tadah telinga sajalah
Syira. Ibu memang kuat membebel tetapi hatinya baik.
“Manalah
si Id tak cemburu kalau asyik merempit sana sini dengan budak Weng tu. Anak ibu
memang suka menjadi buah mulut orang.” Muncung bibir Puan Ruhaya.
“Ibu…
Syira tak naik berdua dengan Wenglah. Kami naik motor asing-asing.” suara
Syira.
“Ada
saja ayat kau nak mematahkan kata-kata ibu.”
“La…
Syira cakap benda yang betul.” Syira tersenyum meleret sabil memeluk ibunya
dari belakang. Dia tidak pernah
tersinggung dengan kata-kata ‘laser’
yang keluar dari bibir ibunya.
“Ibu
sayang pada Syira…”
“Syira
tahu.”
“Ibu
bukan mahu marah Syira keluar dengan Weng sebab ibu tahu Syira pandai jaga
diri. Syira tahulah mulut orang.”
“Abaikan
mereka. Mulut orang bukannya boleh kita nak tampal plaster.”
“Kalau
bubuh plaster pun boleh ditanggalkan.”
“Letak
gam gajah. Pasti tak tanggal.”
Ketawa
mereka bersatu.
* to be continued ><
besttt..de ke patut nak gam mulut org dgn gam gajah...
ReplyDeletewatak Syira yg berdikari dgn minat mendlm dlm fotografi...terbaekkkk
Terima kasih :) hehehe.. gam gajah kan kuat
Delete