TEMAN-teman
sepejabat mula berbisik sesama sendiri saat Fiqa melintasi. Fiqa meluru terus
ke arah mejanya. Hairan dengan tingkah-laku teman-teman sekerjanya. Dia ada
berbuat salah ke? Hati Fiqa gusar memikirkan perubahan teman-teman sekeliling.
Namun dia cuba berlagak tenang.
Tumpuan sekarang pada
lukisan-lukisan bangunan yang berada di atas meja. Dia tidak mahu kerjanya
tertangguh hanya kerana perilaku teman-teman sepejabatnya itu. Fiqa juga tidak
mahu kerja dibuat separuh jalan. Lagipun Dato’ Bakri sudah memberikan dateline untuk lukisan projek ini.
“Fiqa!” Wajah tampan Syafiq terpacul
di mejanya.
“Kau ni memalukan aku tahu tak?”
Jari telunjuk Syafiq ditundingkan pada muka Fiqa.
Tercengang Fiqa.
“Saya malukan Encik Syafiq? Bila?”
Fiqa keliru.
“Kau yang perasan sendiri. Bila masa aku suka pada kau?! Pandai-pandai
kau jaja cerita satu ofis ni yang aku suka pada kau ya!” Shafiq melenting.
Tergamam Fiqa bila diserang begitu
olah Shafiq. Teman-teman sepejabat yang lain mula memandang ke arah Fiqa. Suara
Syafiq memetir kuat. Muka Fiqa kemerahan menahan malu. Kelopak matanya sudah
bertakung. Entah bila dia bercerita satu ofis yang dia sukakan Shafiq? Dia
memang suka pada Shafiq tetapi dia tidak hebohkan soal hatinya kepada semua
orang. Patutlah teman-teman sepejabatnya berperangai pelik.
“Saya… saya…” Fiqa tergagap-gagap.
“Kau ni memang muka tak tahu malu!
Kau ingat kau cantik! Kulit pun hitam macam arang ada hati nak jatuh hati dengan aku!”
Satu penghinaan buat Fiqa.
Fiqa menekup mulutnya. Dia bingkas
bangun lalu berlari masuk ke dalam tandas. Dia menangis sepuas-puas di hadapan
cermin. Dia memang tidak cantik. Dia hitam. Sampai hati Shafiq menghina rupa
parasnya. Sampai hati Shafiq menuduh tanpa usul periksa.
Fiqa yakin cerita ini datangnya dari
Lily teman yang dianggap boleh dipercayai. Teman baiknya sendiri. Fiqa ada
meluah perasaan pada Lily yang dia sukakan Shafiq dan pinta Lily
merahsiakannya. Lily sudah berjanji. Janji hanya di mulut bukan pada hati. Lalu
Fiqa mencari Lily.
“Kenapa Lily buat Fiqa macam ni? Apa
salah Fiqa pada Lily?” Soal Fiqa.
Mujur waktu ini adalah waktu rehat
pejabat. Tiada orang lain ofis melainkan Fiqa dan Lily.
Lily tersengih.
“Aku cuma sampai isi hati kau itu
pada Shafiq. Salah ke?”
“Tapi kenapa Lily hebohka pada budak
ofis lain?”
“Apa salahnya? Lagipun kau itu yang
tak sedar diri sebab sukakan Shafiq. Shafiq tu hensem kau tu hitam manalah sepadan.” Cemuh Lily.
“Aku tahu aku tak cantik. Aku hanya
suka pada Shafiq tetapi tidak sampai aku nak menggatal nakkan dia. Kau tak
patut buat aku begini?.”
Lily tertawa sinis.
“Kau fikir semua budak ofis ni
sukakan kau ke? Kau tahu tak mereka benci dan menyampah dengan kau. Tahulah kau
tu staf kesayangan boss. Kaki Bodek dan suka mengadu dengan boss. Kau rapat
dengan Shafiq pun ada makna kan?”
“Tak baik kau tuduh aku begitu.
Selama ini aku anggap kau dan yang lain semua kawan aku. Aku tak pernah bodek
dan adu apa-apa pasal korang pada boss. Aku bekerja dengan ikhlas di sini. Aku
bekerja untuk mencari rezeki.”
“Ikhlaslah tu konon sampai aku yang
dekat lima tahun bekerja di sini pun tak dapat naik pangkat. Kau tu umpama
kacang lupakan kulit.”
“Pangkat apa ni?” Fiqa keliru.
“Jangan buat-buat tak tahu. Satu
ofis dah kecoh yang kau bakal gantikan tempat Encik Zairy yang bakal tukar ke
cawangan baru syarikat kita.” Lily sudah menunjukkan taringnya.
Sahabat baik bertukar menjadi musuh
dalam selimut. Hati Fiqa benar-benar terluka. Lily busuk hati.
“Aku benar-benar tak tahu akan hal
ini, Lily?”
“Sudahlah! Kau ingat aku akan
percaya dan kesian pada kau. Rupa buruk hati pun sama buruk!” Lily menjuih
bibir.
Air mata Fiqa berjuraian.
SURAT
perletakkan jawatan diletakkan atas meja Dato’ Bakri. Biarlah dia mengalah. Dia
tidak mahu menambahkan kekecohan di pejabat ini lagi. Pelbagai cerita yang
dijaja oleh Lily. Malahan pretasi kerja juga semakin teruk.
“Saya minta maaf Dato.”
“Hal peribadi tidak wajar dicampur
aduk dengan kerja, Fiqa…” Dato’ Bakri menghela nafas panjang.
Dato akan rasa apa yang saya rasa
jika dato berada di tempat saya.”
Kali ini Dato’ Bakri tidak mampu
mengubah keputusan yang dibuat oleh Fiqa.
“Saya faham perasaan awak.” Surat
tersebut dicapai oleh Dato’ Bakri.
“Terima kasih dato’ kerana menerima
surat perletakkan jawatan saya.” Fiqa bingkas bangun.
“Fiqa…”
“Saya dato’..”
“Pintu ofis ini sentiasa terbuka
untuk awak.”
“Terima kasih dato’.”
Yang nyata Fiqa nekad untuk tidak
kembali bekerja di sini. Hatinya sudah merajuk. Rezeki ada di mana-mana. Fiqa
yakin dia akan mendapat pekerjaan di tempat lain.
Kotak yang sudah tersedia dengan
barang-barangnya diangkat perlahan-lahan. Lily tersenyum sini kerana berjaya
menghalau Fiqa. Fiqa berlalu tanpa ucapan selamat tinggal.
“KAU sudah
mendapat pekerjaan atau belum.” Soal Kak Long.
Fiqa menggeleng perlahan sambil
membulat beberapa jenis pekerjaan di dalam
suratkhabar
dengan pen.
“Kak Long bukannya apa. Tak larat
mahu menanggung makan minum kau.”
Fiqa membisu. Duit simpanan masih
ada. Dia hanya menumpang seketika di rumah Kak Long.
“Bagi Fiqa dalam masa seminggu kak?”
“Tak perlu mencari pekerjaan ikut
kelulusan kau tu. Sekarang ini banyak persaingan. Itulah sudah mendapat
pekerjaan bagus kau behenti!” Kak Long membebel panjang.
Fiqa tidak menceritakan apa yang berlaku
terhadapanya. Dia suka menyimpan perasaan sendiri dalam hati.
“Fiqa tahu kak.”
“Susah sangat kau cari laki lepas tu
kahwin.”
Mudahnya Kak Long berkata-kata. Kak
Long berlalu menuju ke keretanya. Walau Kak Long bekerja sebagai supervisor di
kilang, Kak Long sudah mampu membeli sebuah kereta sedangkan dia? Bukan Fiqa
tidak ada kereta. Selama ini dia menumpang kereta Lily untuk ke pejabat malahan
menggunakan kereta tersebut jika urusan di luar pejabat. Namun Fiqa tidak
meminjam dengan percuma. Sebahagian bayaran kereta itu adalah wang ringgitnya
sendiri. Fiqa serik. Serik dipergunakan oleh manusia seperti Lily.
FIQA
bekerja sebagai juruwang di sebuah kafe. Gajinya pun boleh tahan. Kerja untuk
sementara waktu. Jika mendapat pekerjaan yang lebih nanti Fiqa akan behenti.
Adakala apbila pekerja di restoran itu tidak mencukupi Fiqa akan turut menjadi
pelayan mengambil pesanan dari pelanggan.
Fiqa tidak senang dengan jelingan
tajam dari seorang pelanggan tetap di kafe ini. Malas mahu ambil pusing Fiqa
menjalankan tugas seperti biasa. Bukannya dia mengacau orang. Dia sudah lali
dengan ejekan sesetengah pelanggan di kafe ini. Ada yang menggelarkan dayang
senandung. Fiqa geleng kepala. Gelap sangatkah dia.
“Assalamualaikum…” Lelaki itu
menyapa lembut.
“Waalaikumusalam.” Fiqa membalas
acuh tidak acuh.
“Boleh berkenalan?”
Berkerut dahi Fiqa. Lelaki ini ada
masalah mental agaknya.
“Maaf… saya sedang bekerja.”
“Saya suka tengok awak.” Lelaki itu
tersengih.
“Emm. Encik… maaf ya. Pelanggan lain
pun mahu membuat pembayaran. Boleh encik selesai pembayaran encik sekarang.”
Fiqa mengerling beberapa orang
pelanggan yang sudah berbaris di belakang lelaki tadi.
“Oh! Sorry… sekeping wang not lima puluh ringgit dihulurkan.
“Ini bakinya. Terima kasih. Datang
lagi.” Wang baki diserahkan.
“Saya pasti akan datang lagi.”
Lelaki itu mengenyitkan sebelah
matanya.
Fiqa menggeleng perlahan.
ESOKNYA
lelaki itu menghulurkan salam perkenalan lagi. Fiqa tetap tidak mengendah salam
perkenalan lelaki itu. Cukuplah dia terasa hati dengan hinaan dan cemuhan dari
Syafiq dulu. Gadis seperti dia tidak padan dnegan lelaki yang ada rupa paras
ini. Pipit dan enggang tidak seiring.
Lelaki itu tidak kenal dengan erti
putus asa. Kali ini dia menggunakan khidmat orang tengah. Surat-surat disampaikan
melalui anak saudaranya yang cilik itu. Fiqa tersenyum membaca bait-bait ayat
yang ditulis. Orang zaman moden ini manalah main hantar-hantar surat lagi.
“Macam mana Kak Fiqa? Boleh terima tak
hati pakcik saya.” Tanya si cilik yang berusia lapan tahun itu.
Fiqa menggeleng.
“Siapalah akak ni? Akak tak padanlah
dengan pakcik adik tu.” Fiqa masih menolak.
“Pakcik adik ikhlas tu. Ala… akak
cantik apa. Hitam manis. Pakcik saya suka gadis hitam manis macam akak.”
Bibirnya mengukirkan senyuman.
Tertawa kecil Fiqa.
“Cakap kat pakcik adik…” Fiqa
berbisik pada telinga si cilik.
Si Cilik mengetap bibir. Kesian
pakciknya hampa lagi. Si cilik beredar dengan wajah suram. Tidak ceria seperti
sebelum ini.
“TAK sangka
kau bekerja di sini ya. Kecilnya dunia.” Suara yang cukup Fiqa kenali.
Lily! Dan juga Syafiq. Kiranya Lily
sudah berpasangan dengan Syafiqlah ni. Siap Lily paut erat lengan sasa Syafiq.
“Ya. Kecilnya dunia ini.”
Lily tersenyum sinis memandang Fiqa
atas dan bawah.
“Kerja ni memang sesuai dengan kau
yang bermuka buruk ni. Lagi sesuai kalau jadi tukang jaga toilet.”
“Aku mencari kerja yang halal.
Sekurang-kurangnya aku tidak punya hati yang busuk walau aku tidak secantik kau.
Aku bersyukur Allah menjadikan aku berwajah begini jadi aku tidak riak. Aku
juga bersyukur kerana aku sempurna tubuh badan dan tidak cacat. ”
Tersentap Lily.
“Jaga sikit mulut busuk kau.”
“Mulut siapa yang busuk, Lily?”
“Sudahlah sayang…”
Sayang? Hendak termuntah dengar
Syafiq memanggil Lily sayang. Belum ada apa-apa ikatan sudah bersayang-sayang.
“You pun tahu I bukan boleh bertemu
dua mata dengan perempuan ni. Menyampah I tengok muka hitam dia!” Suara Lily merengek
manja.
Perempuan seorang ini tidak tahu
erti malu agaknya.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?” Lelaki
itu datang menyampuk.
“Pakcik Hafiq.” Wajah Syafiq
berubah.
Nama lelaki itu Hafiq. Baharu ini
Fiqa tahu akan namanya. Selama ini dia tidak bertanya. Surat-surat perkenalan
yang dikirimkan juga tiada nama tertera nama pengirim. Si cilik itu pula hanya
memanggil lelaki itu ‘pakcik’. Syafiq
juga memanggil lelaki itu pakcik.
“Awak kenal dia?” Jari telunjuk Fiqa
menunding ke arah Syafiq.
Hafiq anggukkan kepala.
“Anak saudara saya. Syafiq ni abang
kepada si cilik yang jadi orang tengah antara saya dengan awak.”
Tertelan air liur Fiqa. Syafiq ada
bapa saudara yang usia dalam dua atau tiga tahun tua dari mereka.
“Pakcik kenal si hitam ni?” Suara
Syafiq.
“Bakal makcik kamu?” Hafiq
tersenyum.
Mulut Lily dan Syafiq terlopong
besar.
Fiqa memicit dahi. Masak dia kali
ini.
FIQA tidak
mahu ada sebarang kaitan dengan Syafiq mahupun Lily. Kalau Syafiq berkahwin
dnegan Lily sah-sah mereka akan kerap bertemu muka. Lebih baik Fiqa mengelak
dari lelaki bernama Haziq itu. Bukannya Fiqa sombong tetapi Fiqa tidak mahu
menambahkan masalah dalam hidupnya. Cukup-cukuplah masalah yang ada.
Fiqa mengambil keputusan untuk
behenti kerja. Lagipun dia sudah mendapat pekerjaan sebagai arkitek di sebuah
syarikat kecil. walaupun gajinya tidak sebesar gaji di syarikat arkitek milik
Dato’ Bakri. Fiqa lebih suka menjauhkan diri dari musuh-musuhnya itu.
“Hari ni last day Kak Fiqa ada di kafe ni?” Ujar Fiqa kepada si cilik.
“Kak Fiqa mahu pergi mana?”
“Kak Fiqa dapat kerja di Pahang.
Minggu depan start kerja.”
“Kak Fiqa dah tak sayang pakcik ke
sampai nak pergi jauh-jauh.” Emosi pula si cilik ini.
“Boleh Kak Fiqa tahu nama adik?”
“Sofia.”
“Sedapnya nama.”
“Pakcik mesti sedih nanti.”
“Pakcik kenal tak kenal hati budi
Kak Fiqa lagi. Mana tahu Kak Fiqa ni orang jahat
ke?”
“Kalau Kak Fiqa jahat Kak Fiqa
takkan kawan dengan Sofia.”
Makin monyok wajah comel Sofia yang
digelar si cilik oleh Fiqa.
Fiqa mengulum senyuman.
“Kalau Kak Fiqa kawin dengan pakcik kan best.”
Sambung Sofia lagi.
Terbatuk-batuk kecil Fiqa.
“Kak Fiqa tak cantiklah. Hitam.
Abang Sofia kan tak suka.”
Sofia mencebik.
“Bukan abang Sofia nak kawin dengan Kak Fiqa tapi pakcik.
Pakcik suka Kak Fiqa.”
Aduh! Budak sebesar Sofia bukannya
mengerti perasaan orang tua. Fiqa mengusap-usap rambut Sofia.
“Insya-Allah jika ada rezeki, kita
akan berjumpa lagi.”
Sofia memeluk tubuh Fiqa.
FIQA
mengambil pesanan pelanggan menggantikan teman sekerja yang terpaksa keluar
sebentar atas urusan peribadi. Tiada salahnya dia membuat kerja lebih masa
sedikit pada hari terakhirnya di kafe ini. Hati Fiqa sayu apabila memikirkan
tentang Sofia si gadis cilik yang begitu mengharap dia menerima pakciknya.
Entahlah… Fiqa merasakan dirinya
tidak layak menjadi suri di hati mana-mana lelaki. Dia seakan trauma dengan
cerita lama. Hatinya sudah kian sembuh tetapi meninggalkan bekas yang mendalam.
“Jangan diucap
selamat tinggal… Jangan kau ucap selamat
tinggal…” Mendayu-dayu suara lelaki yang sedang memetik gitar dan menyanyi di
dalam kafe tersebut.
“Jangan diucap selamat tinggal
kepadaku…”
Fiqa berpaling.
Suara yang menyanyi itu adalah milik
Hafiq, pakcik kepada Sofia.
Walaupun
seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja
kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun
seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat
yang ada
Raut wajah Hafiq tampak sedih
sekali.
bersambung...
Best sgt2 kak ilya,cpt2 smbung tau ♥♥
ReplyDeleteBestttt nk lagi boleh? Hehehe
ReplyDeletebest best best
ReplyDeletehuhuhuhu...... kacau kacau
ReplyDeleteeeyy..jhat betul lily ni, benci betul..
ReplyDeletehomaiii.. jantung den berhenti berdegup dah ni.. hukhukhuk.. akak, sambung cepat2 naa.. ^_^
ReplyDeletehahha...dayang senandong moden...best2...next n3...plz...
ReplyDeleteWah..beeeeessssst!!! Kasi sambung ea citer ni..
ReplyDelete