Tab Menu

Followers

Monday, October 21, 2013

Siapalah Aku - Bahagian Akhir



FIQA duduk berhadapan dengan Hafiq. Ini kali pertama mereka duduk semeja. Hafiq kelihatan tenang. Fiqa serba salah. Dia menolak Hafiq terus-terusan kerana tidak tegar untuk berhadapan dengan musibah kelak. Cukuplah hati ini disakiti.
            
 “Saya tahu awak kenal Syafiq.” Hafiq memulakan bicara.
             
Kepala Fiqa menunduk.
            
 “Syafiq sakitkan hati awak. Awak pernah suka pada dia kan?” Sambung Hafiq.

           
 “Itu cerita lama.”
            
 “Hati awak tetap berparutkan? Kerana dia… awak tidak mahu menerima keihkhlasan hati saya. Awak fikir semua lelaki itu sama memandang pada paras rupa.”
            
 Fiqa mengetap bibir.
           
 “Saya memang tak cantik. Awak tak rasa malu ke jika kawan-kawan awak kata awak dengan saya ni macam putera raja dengan dayang senandung?”
             
Hafiq menggeleng.
            
 “Saya tak rasa awak ni dayang senandung. Awak cantik di pandangan mata saya.”
             
“Manis di mulut tapi lain di hati.”
            
 “Jangan samakan saya dengan Syafiq. Budak seorang itu harapkan muka saja hensem tapi hati dia….”
           
Fiqa tenung wajah Hafiq. Hariq melirik senyuman.
            
 “Terima kasih.”
           
 “Awak tetap nak pergi?”
           
 Fiqa angguk perlahan.
             
“Sampai hati nak tinggalkan saya dengan Sofia.”
            
 “Saya mendapat tawaran kerja yang baik di sana.” Rugi jika melepaskan tawaran kerja tersebut. Zaman sekarang bukannya mudah mendapat peluang pekerjaan. Persaingan amat kuat.
             
“Saya masih ada peluang tak?”
            
 Fiqa menjongket bahu.
            
 “Entahlah…”
            
 Entahlah? Kiranya masih ada harapan ni.
             
“Boleh bertukar nombor telefon?”
           
 Fiqa senyap seketika.
             
“Bolehla…” Hafiq merayu. Dia bukan mahu mempermainkan Fiqa. Dia ikhlas. Mungkin ada baiknya mereka berkawan-kawan dahulu.
            
 “Bak pen dan kertas.” Fiqa menadah tangan.
           
 Horeyyy! Hafiq bersorak dalam hati.


FIQA memberikan nombor telefonnya kepada Hafiq bukan bermakna dia sudah menerima Hafiq. Lebih baik dia mengenali Hafiq secara perlahan-lahan. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
             
Sebaik Fiqa melangkah keluar dari kafe tersebut, Sofia sudah menyapanya. Tersenyum manis Sofia sambil menarik tangannya laju. Hafiq sekadar melambaikan tangan di kereta.
            
 “Awak gunakan Sofia lagi?”
            
 “Awak hanya akan keuar dengan saya jika ada Sofia kan?” Hafiq meneka.
            
 “Hmm..”
            
 “Jangan marah. Lagipun awak dah nak berangkat ke Pahang.”
            
 “Pahang aje bukannya London.”
            
 Hafiq ketawa kecil.
            
 “Saya nak minta tukar kerja di sana jugalah.”
             
“Mengada!”
           
 Bercantum kening Fiqa.
           
 “Tak lama lagi Sofia makan nasi minyak pakcik.” Sofia mencelah. Tersengih-sengih Sofia.

             
Fiqa mengerling Sofia. Sofi segera mengalih pandang. Si cilik ni… bukan main lagi dia. Berharap sangat Fiqa berkahwin dengan pakcik dia.
             
“Lepas makan hantar saya balik.”
            
 “Boleh saja.”
             
Fiqa melangkah masuk ke dalam perut kereta. Tanpa disedari ada mata yang memandang penuh kebencian.


“KAU ni memang tak tahu malulah Fiqa. Kau tak dapat Syafiq kau pikat pakcik dia pulak!” Jari telunjuk Lily ditunjalkan pada dahi Fiqa.
            
 “Jangan kurang ajar Lily.” Fiqa menepis kasar. Sabar pun ada hadnya.
           
“Kau cermin muka kau Fiqa!”
            
 “Kau pun cermin muka kau Lily. Kau fikir kau cantik kau boleh merendah-rendahkan orang macam aku!”
            
 “Kau ni macam kacang lupakan kulit!”
           
 “Siapa yang kacang lupakan kulit! Aku atau kau?!”
            
 Lily menelan air liur. 


“Lily… aku anggap kau sahabat baik aku. Aku sanggup bersusah payah dengan kau! Duit kereta kau yang tertunggak aku tolong jelaskan sebab aku sayangkan kau tapi kau tikam aku dari belakang.. Aku sedih. Aku sedih sangat sebab sahabat yang aku sayang buat aku begini.”
            
 Fiqa meluahkan rasa di hati. Tidak wajar untuk dipendamkan lagi.
            
 “Kau selalu lebih dari aku!”
           
 “Hairan bukan? Kau kata diri kau cantik tapi kau takut pada aku yang serba-serbi kekurangan dari kau ni.”
           
Lily terdiam.
            
 “Aku malas nak bergaduh dengan kau lagi Lily. Aku tak teringin nak usik Syafiq tu. Sebab Syafiq bukan jenis lelaki yang boleh menjadi nakhoda kapal aku. Satu lagi… aku tak pernah menggoda pakcik Syafiq. Dia lelaki yang ikhlas menerima aku seadanya.” Buang air liur bertekak dengan Lily yang hanya tahu terpekik macam orang tidak tahu malu itu.
            
 “Aku tetap akan halang kau berhubungan dengan pakcik Syafiq!” Pekik Lily.
            
 Fiqa sudah menutup pintu.
             
Dia menghela nafas panjang.
             
“Perempuan tu meroyan lagi ke?” Ujar Kak Long yang sedang duduk menonton televisyen itu.
             
“Hm… biasalah Kak Long.”
            
 “Kau kahwin sahaja dengan pakcik Syafiq tu biarkan dia tambah meroyan.” Usul Kak Long.
            
 Fiqa tertawa.
            
 “Tak pasal-pasal dengan Fiqa sekali meroyan melayan kerenah dia.”


“Jadi ke nak kerja di Pahang?”
             
“Jadilah kak. Fiqa pun dah behenti di kafe tu.”
            
 “Baguslah.”
            
Fiqa tahu Kak Long memang mahu dia keluar dari rumah itu. Fiqa pun tidak mahu menyusahkan Kak Long lagi. Adik-beradik pun tidak semestinya akan saling membantu. Ada juga yang mementingkan diri sendiri


NAMUN takdir telah menentukan…   Allah ingin menguji hambaNYA ini. Syafiq terlibat dalam dalam nahas jalan raya manakala Lily ditangkap khalwat bersama Hafiq. Segala-galanya berubah sekelip mata. Fiqa menahan air mata saat menerima kedua-dua berita mengejut tersebut.
             

Hafiq tidak tegar untuk menikahi Lily. Dia terperangkap dengan tipu helah Lily. Puas dia cuba mempertahankan diri tetapi tidak menyebelahkan dirinya. Dia terpaksa reda atas desakan keluarga untuk menutup malu. Lily senyum kemegahan. Fiqa kuatkan semangat untuk hadir di majlis pernikahan Hafiq dan Lily. Dia sempat mengerling Syafiq yang duduk di atas kerusi roda itu. Ada kesan parut panjang pada pipi sebelah kanan Syafiq. Setiap perbuatan itu pasti ada balasannya. Fiqa bersimpati dengan Syafiq.
           
 “Saya akan berangkat ke Pahang malam ini.” Ujar Fiqa.
            
 Hafiq menunduk. Dia pinta untuk bertemu dengan Fiqa seblum akad nikah berlangsung.
            
 “Saya tak bersalah Fiqa.”
            
 “Saya tahu.”
             
Fiqa lihat Hafiq mengalirkan air mata. Hafiq rela dalam terpaksa.
           
 “Semuanya sudah berlaku. Ini adalah ujian dari Allah.”
             
“Saya tak cintakan dia. Saya tak mungkin akan mencintai perempuan seperti dia.”
            
 “Belajar untuk mencintai dia. Awak boleh mengubah dia menjadi seorang isteri yang solehah.” Ada sebak di situ.
             
“Fiqa…”
           
 “Bukan jodoh kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu.”
             
Fiqa menarik beg berodanya. Dia tidak mampu untuk berpaling pada wajah Hafiq lagi. Saat hati ini mula menerima kehadirannya lelaki itu, hati ini dilukai semula. Fiqa tidak menyalahkan Hafiq. Fiqa tidak menyalahkan takdir. Segalanya telah tersurat.
             
Hafiq memandang dengan senduan. Sungguh dia tidak sanggup melepaskan gadis itu pergi tetapi dia tidak terdaya. Aib keluarga perlu dijaga. Hafiq tersepit.
             
“Kak Fiqa…” Sofia meluru memeluk Fiqa dari belakang.
           
“Sofia… Kak Fiqa kena pergi ni. Kak Fiqa janji suatu masa nanti Kak Fiqa cari Sofia.

"Kak Fiqa janji…”
           
 “Janji ya...” Ujar Sofia dalam esakan.
             
“Kak Fiqa janji.”
             
Perlahan-lahan Sofia melepaskan pelukannya.
             
“Selamat tinggal Hafiq..”
           
 Fiqa melangkah masuk ke dalam perut kereta Kak Long.
           
 “Fiqa…”
             
“Kak Long… kita gerak sekarang.”
             
Kak Long menurut.
 

DUHAI hati bersabarlah… Mungkin hari ini dan esok engkau menangis… siapa tahu kelak kau menemui kebahagiaanmu… Mendung pasti akan berarak… Hujan pasti akan behenti… Sang Suria  akan menyinar semula….

 

  Tamat..
 

5 comments:

  1. Ala sian fiqa...eiiii mcm nk jual je lily tu...kesian hafiq jugak

    ReplyDelete
  2. Siapalah aku dalam hatimu....
    ketentuan NYA,ku rela lepaskan dikau pergi...
    demi cintamu..demi cintaku....takkan terpisahhhh...sayu hatiku....

    ReplyDelete
  3. siapalah aku hanya hamba allah yg kerdil...
    apa yg ditentukn oleh-Nya mungkin itulah yg terbaik bgku...
    ku terima semua ini dgn seikhlas ati....

    ReplyDelete