ORANG
kaya-kaya memang suka membazirkan duit agaknya. Kalau duit yang banyak itu
disedekahkan kepada anak-anak yatim lebih bagus. Buat amal kebajikan itu amalan
mulia. Aina memang tidak suka dengan majlis-majlis sebegini. Orang kaya tetapi
pakaian seperti tidak cukup kain. Segelintir dari tetamu Iqram menjelingnya dengan
pandangan sinis. Salahkah dia berpakaian baju kurung yang sopan dan tidak
menjolok mata?
Aina memaut lengan Milia. Dia tetap
tidak senang hati berada di sini. Dia rasa mahu angkat kaki saja.
“Lia… aku nak balik.” Bisiknya
perlahan.
“Jangan nak ngada. Sekejap je kau
temankan aku.” gerutu Milia. Dicubitkan lengan Aina. Nyaris Aina menjerit. Aina
jelling Milia tajam.
“Sakitlah!”
“Itu baru sikit tau.” Milia menarik Aina
mendekati kelompok Iqram bersama teman-temannya.
Aina menunduk dan tidak mahu menatap
wajah lelaki yang bikin hatinya cuak. Dia menyampah mahu menatap muka Iqram
yang perasan dirinya amat kacak.
Iqram memaut bahu Milia. Milia menolak
lembut. Dia tidak senang Iqram berbuat demikian walaupun dia sayang dan
cintakan lelaki itu.
“Tak sangka you datang bersama teman
serumah you si budak kampung ni. Kenapa tak ajak sekali teman you yang kerja
pramugari tu? Tak silap I nama dia Fieqah.” Iqram tahu teman serumah Milia yang
seorang itu memang secantik model.
“Fieqah sudah berangkat ke Paris.
Dia hanya minta I sampaikan salamnya pada you.” Milia tidak senang apabila
Iqram menyebut nama Fieqah. Dia tahulah Fieqah itu cantik.
Iqram menjongketkan kening. Kalau Milia
bawa Fieqah memang sedap untuk mata lelakinya meratah wajah jelita Fieqah. Ini Aina…
gadis kampung yang kerja operator kilang aje. Ada ke patut hadir ke majlis hari
lahirnya memakai baju kurung dan bertudung litup begini. Ingat majlis kenduri
doa selamat ke?
“Milia… you tak mahu kenalkan kawan
you pada kami ke?” salah se-
orang
dari teman Iqram bersuara sinis.
“Oh! Lupa pula. Ini teman sekerja
dan serumah I, Aina Najiha. You all
panggil dia Aina.” Milia memperkenalkan Aina kepada kelompok teman Iqram.
Aina hanya mengukirkan segaris
senyuman di bibir basahnya. Lelaki si sebelah Iqram itu menelan air liur. Comel
bila lesung pipit Aina terserlah di kedua belah pipinya. Dia berbisik pada
telinga Iqram. Iqram tersengih lalu menghalakan pandangan ke arah Aina.
Tingkah- laku Iqram buat Aina tidak
sedap hati. Bagaikan ada agenda yang tersembunyi. Aina menarik lengan Emilia.
“Aku nak baliklah Lia.” ujarnya
perlahan.
“Setengah jam lagi ya. Aku belum
sapa papa dan mama Iqram lagi.”
Aina menghela nafas kecil.
"Cepatlah sikit. Kau pun tahu aku
bukannya biasa dnegan majlis orang kaya ni.”
“Kau tunggu kat sini.”
“Hah!” Mulut Aina terlopong. Masakan
mahu ditinggal dia bersama teman-teman Iqram ini. Aina jadi gusar.
“Lia…”
“Sekejap saja.” Milia merapati
Iqram. “You tolong jagakan teman baik I ini. I nak masuk dalam jumpa your parents.”
“No
problem.”
Milia berlalu meninggalkan Aina
sendirian. Aina tidak mahu berada dalam kelompok Iqram. Dia beredar menunju ke
tempat hidangan makanan dan minuman disediakan. Pandai-pandai Milia mencari dia
nanti. Setengah jam Milia tidak ada maka dia akan balik ke rumah sendirian.
Aina mencapai pinggan dan mengambil
makanan yang menjadi pilihannya. Aina duduk di kerusi berdekatan dengan kolam
renang itu. Dia menjamah makanan yang diambil. Dia lebih senang bersendirian
dari dikelilingi orang ramai.
“Ehem-ehem..” Aina mendongak
kepalanya. Dia lelaki yang berdiri di sebelah Iqram. Apa lelaki ini mahukan
dari dia?
“Saya tidak berminat mahu
berkenalan.” Aina berpaling.
Lelaki itu tidak mengalah sebaliknya
duduk bersebelahan dengan Aina. Lelaki itu cukup berani menyentuh pipi Aina. Aina
menepis. Seleranya mati.
Pinggan
yang masih berisi makan itu dia letakkan atas meja rehat tersebut. Dia bingkas
bangun untuk beredar namun lengan ditarik kasar.
“You comel bila tersenyum. Apa kata
malam ini you jadi teman tidur I.”
Mata Aina membuntang besar. Lelaki
ini sudah gila agaknya.
“Lepaskan lengan saya.” Pinta Aina
lembut.
“Kalau I tak mahu?”
Aina menjegilkan matanya. Dia
berusaha menarik lengannya dari cengkaman lelaki itu.
Lelaki itu bertindak lebih agresif
apabila memaut kedua belah bahu Aina. Wajah Aina berubah pucat.
“Lepaskan saya!” Jeritnya lantang.
“I nak kiss you, boleh?”
“Lepaskan saya!” Tidak semena-mena Aina
menendang celah kelangkang lelaki itu dengan lututnya.
Lelaki itu menjerit kesakitan. Aina
mengambil peluang ini untuk meloloskan diri. Dia nekad pulang tanpa Milia.
Teman-teman Iqram perangainya tidak senonoh! Dia bukan perempuan murahan.
“AINA!
Aku minta maaf sangat fasal semalam. Aku tak sangka teman Iqram ingin buat tak
senonoh dengan kau.” Milia pohon sepuluh jari. Dia rasa sungguh bersalah pada Aina.
Aina membisu. Hatinya sakit bukan
kerana Milia tetapi Iqram. Dia tahu itu kerja Iqram. Kalau dia tidak cantik pun
janganlah hendak aniaya dia pula. Dia tidak buat apa-apa pun pada Iqram.
Aina khusyuk menghadap alat-alat
elektronik di depan matanya itu. Kalau tersilap pasang memang nahas dia dibebel
supervisor nanti.
“Aina …”
“Hmm…”
“Janganlah marah pada aku. Aku tahu
salah aku.”
Aina menoleh. Aina menghela nafas
panjang.
“Aku tak marahkan kau.”
“Aku tahu kau memang baik hati.” Milia
memeluk Aina dari belakang.
“Lia…aku tengah buat kerja ni.” Omel
Aina. Milia tersengih.
“Sorry…”
BEST...
ReplyDeletemmg biadap nyer perangai ank2 org kaya...sesedap rase jer sentuh2 org perempuan!!!adap dn sopan tk ujud ker?eeeeee kena buku ngan ruas br tahu langit tinggi rendah nyer...ingat sume pempuan cam pampers!dh pakai buang!!!hampeh!!!'hehe emo akk dek n yg penting best...
ReplyDeleteHehehehe... takper kak... lepaskan geram tu >_<
DeleteSye tringi nk jdi penulis...tp bru umo 13..takpeke klau create citer org dewasa?
ReplyDeleteBoleh dear.. tp pastikan menulis story yang lebih ada berpengajaran dan ada batas2nya tau.. :)
Delete