Tab Menu

Followers

Thursday, October 10, 2013

Tangsisan Sekeping Hati - Entry 1

Assalamualaikum... Sedia maklum NC telah distopkan sampai Bab 28 sahaja. Tunggu nak masukkan bab special. Jadi saya gantikan siri NC dengan karya kuno saya since ditulis pada tahun 2008 yang saya olah sedikit penceritaan dari manuskrip asalnya.



Prolog



adakah seorang insan yang mengerti..
apakah erti kehidupan ini…
pernah kucari erti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi..
suatu mimpi kosong yang tak bertepi
apakah salah hati ini
ingin memiliki sebuah cinta sejati..
apakah erti sebuah persahabatan sejati
apakah itu juga sebuah mimpi..?
jika benar,

apalah erti semua ini..
sudah banyak hari kujalani
tanpa suatu tujuan yang pasti…
semua seakan hanyalah ilusi..
ilusi yang tiada memiliki erti
namun akhirnya satu hal kusedarihanya
Tuhan yang sungguh mengerti,
tentang semua erti kehidupan ini..
kekosongan hati ini
tidak lagi diisi dengan benci..
tak ada yang lebih murni
dari kesucian cinta Ilahi
  


WANITA yang berada di hadapannya itu hanya melontarkan pandangan tanpa perasaan. Dia yang bersalah. Dia yang melukakan sekeping hati milik wanita yang bernama Aina Najiha itu.
“Sayang….” panggilnya perlahan. Dia memeluk isterinya itu dari belakang. Kepalanya dibenamkan pada bahu isterinya itu. Ungkapan perpisahan dari bibir si isteri menyebabkan air mata lelakinya merembes. Hati isterinya sudah sekeras kelikir. Teresak-esak dia menangis di bahu isterinya itu
            Dia sudah nekad dengan keputusan yang dibuat. Luka di hatinya sudah bernanah. Hatinya sudah puas menangis. Dia tidak mengharap cebisan kasih dan cinta dari insan yang dipanggil lelaki. Dia tidak mengharap lagi kasih sayang dari sebuah keluarga. Dia bangkit demi mencari secebis kebahagiaan untuknya. Diusap-usap perutnya yang kian membesar.
            “Lepas tamat tempoh edah nanti, saya akan tuntut fasakh dari awak.” Dia tidak menghiraukan tangisan lelaki itu lagi. Makin erat lelaki itu memeluknya.
            “Maafkan abang… maafkan abang!” Rintihnya.
            Tidak! Dia tidak akan lembut hati hanya kerana cinta pada lelaki itu!
            “Saya sudah lama memaafkan awak. Tolong lepaskan saya pergi.”
            Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya itu. Apakah hati isterinya itu sudah tidak boleh dipujuk rayu.
            “Aina!”
            Dia terus melangkah dan tidak menoleh ke belakang lagi.


Bab 1

“AINA bangun! Cik Aina, matahari sudah tegak atas kepala, sayang!” Milia menggocang-goncangkan tubuh yang masih melingkar macam ular sawa itu.
            
Milia merengus kecil melihat Aina menarik selimut menutup wajahnya. Milia mengukir senyuman nakal di bibir. Dia ada cara untuk bangkitkan Aina. Milia keluar dan kembali dengan sebaldi air.
            
“Lepas ni, pasti kau pasti akan bangun tuan puteri.”

Milia menjiruskan air pada wajah Aina. Serta-merta Aina bingkas bangun. Lencun selimut dan baju tidurnya. Aina merengus kecil. Sabar sajalah dengan Milia.

“Aku off today tau!” desis Aina geram. Kalau tidak bekerja sudah lama dia bangun awal pagi. Usai solat subuh tadi, dia kembali menyambung mimpi. Abah kata tidak elok tidur selepas subuh nanti pintu rezeki tertutup. Maaf abah, Aina penat sangat sebab semalam Ainaa gantikan shift teman di tempat kerja.

“Alamak! Sorrylah Aina.” Milia buat muka seposen.

“Apa kata kau buatkan sarapan untuk aku pagi ni. Kau sudah bangkitkan puteri yang lena beradu tadi.” Aina mengangkatkan alas keningnya.

“Kira dendalah ni?”

“Salah siapa?”

“Kita tahulah salah kita.” Milia mencebik bibir. Aina ketawa kecil. Aina bingkas bangun mencapai tuala.

“Siapa suruh kau menyusahkan aku. Tengok tilam dan selimut yang basah ni aku kena keringkan tau.” Omel Aina.

Sorrylah…”Milia sudah memaut lembut bahu Aina. “Aku masakkan kau nasi goreng special. Kau pun tahu aku ni terer bab masak nasi goreng ni.”

“Aku nak nasi goreng belacan.”

“Beres.” 

Milia menunjukkan isyarat jari ibunya. Aina ketawa kecil lalu masuk ke dalam bilik air. Segar seluruh badan jika sudah mandi. Barulah rasa bertenaga memulakan hari ini.
            
Beberapa minit kemudian Aina sudah tercongok di meja makan sambil menongkat dagu. Sedapnya bau aroma nasi goreng Milia. Rindu pula pada masakan emak. Agak lama juga dia tidak pulang menjenguk emak di kampung. Emak mesti membebel jika dia pulang bercuti nanti. Emak memang tidak benarkan dia bekerja di bandar. Abah lebih memahami.
            
Dia ingin hidup berdikari. Dia juga mahu menghulurkan wang buat abah dan emak seperti abang dan kakaknya. Aina selalu merendah diri pada abang dan kakaknya. Mereka belajar sampai ke luar negara. Sedangkan dia SPM punya hanya cukup-cukup makan sahaja lulusnya. Lihat saja pada wajah seperti gadis kampung yang tidak sejelita seperti kakaknya seakan punya darah kacukan. Adakala Aina berasa dia jauh ketinggalan dari pelbagai aspek baik rupa paras mahupun pekerjaan. Dia hanya bekerja sebagai operator di kilang.
            
Ya Allah,  Aina… tidak baik kau berfikiran begitu. Setiap makhluk Allah itu ada keistimewaan masing-masing. Kau tiada cacat celanya. Cuba lihat mereka-mereka yang tiada kaki dan tangan itu. Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada mereka. Mereka tidak merungut atau mengeluh malah mereka sentiasa berusaha seperti mereka itu sempurna anggota tubuh badannya.
            
“Ini nasi goreng belacan kau.” Sepinggan nasi goreng yang masih panas terhidang di depan Aina.
            
“Kecur air liur aku, Lia.” Aina menggosok-gosokkan tangannya. Dia sudah tidak sabar mahu menjamah nasi goreng yang dimasak oleh Milia.
           
 “Sebelum makan baca apa?” Milia menahan suapan Qisya.
           
 “Baca Bismillah dulu…” jawab Qisya tersengih.
            
Milia menganggukkan kepala.
            
“Tahu pun.” Milia mencubit pipi gebu Aina. Aina ni bukannya tak cantik. Cantik macam Wardina Safiyyah pun ada. Kata orang, hitam-hitam setompok manis, walaupun hitam dipandang manis. Dia sukakan lesung pipit pada kedua belah pipi temannya itu. Comel sangat.

“AKU cukup malas sekali jadi partner kau untuk hadir majlis hari lahir tunang kesayangan kau tu.” Aina merungut. Milia ketawa kecil. Faham benar dia dengan perangai Aina.
            Aina tidak begitu berkenan dengan tunang Milia, Iqram Dazzly. Iqram itu mata keranjang. Teman wanita keliling pinggang. Aina tidak suka. Aina tidak mahu Milia dipermainkan. Namun Aina tidak tahu bagaimana dia mahu menjelaskan perihal Iqram kepada Milia. Dia takut Milia akan berkecil hati. Milia begitu mencintai Iqram.
            
Pleaselah Aina… Kau tak sayang aku ke?” Milia memujuk lembut.
            
“Lia…”
            
“Aku janji aku tidak tinggal kau sendirian di sana. Aku janji takkan bagi Iqram mengutuk kau lagi.” Milia angkat tangan seperti orang berikrar.
           
 Aina menghela nafas kecil. Dalam keterpaksaan Aina mengangguk perlahan. Milia bersorak keriangan. Aina pasti akan termakan dnegan pujukannya.
            
“Tapi aku tak nak lama-lama di situ. Aku nak balik cepat sebab esok aku kena kerja shift malam.”
            
Thanks you Aina. I love you!” Milia memeluk Aina.
            
“Gelilah kau peluk-peluk aku macam ni.”
            
Milia anak orang berada namun entah apa yang di dalam fikiran temannya itu hingga sanggup bekerja di kilang. Bukannya Milia tidak boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Milia punya kelulusan universiti. Dia menyenangi sikap Milia yang berkawan tanpa mengira kedudukkan. Milia selalu cakap di mana ada Aina di situ ada dia.
           
“Korang berdua ni I tengok macam pasangan les… aje.” Fieqah menegur kelakuan dua sahabat karib itu.
            
Milia menyeringai. Aina gelengkan kepala. Fieqa teman serumah mereka yang bekerja sebagai pramugari ini jarang sekali berada di rumah. Fieqah kerap terbang di awan biru. Kerja yang cukup Fieqah banggakan kepada mereka berdua.
            
“Bila kau balik?” soal Aina dan Milia serentak.
            
“Malam tadi.” Balas Fieqah lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Fieqah membawa mangkuk berisi Cocoa Crunch bersamanya. Sarapan rutin Fieqah yang sentiasa menjaga berat badannya itu. Diet Fieqah selalunya tidak kena tempat.
            
Pada pandangan mata Aina dan Milia… Fieqah sudah cukup kurus kering macam papan.
            
“Tak dengar pulak enjin kereta kau.” Aina sahaja yang tidak mempunyai kereta. Gajinya tidak mampu untuk membeli sebiji kereta Viva sekalipun.
            
“Sepupu I hantar.” Acuh tak acuh Fieqah membalas. Matanya sudah melekap pada rancangan televisyen.
            
Aina dan Milia sudah sedia maklum dengan perangai Fieqah. Fieqah agak angkuh sedikit. Fieqahkan bergaji besar dari mereka.

4 comments:

  1. Tu lah rasa mcm pernah baca. Cita nie tamat kat sini mcm TCL atau akan dibukukan juga. Sy amat suka sgt baca cita TCL nie sedih sangat. Dah tiga kali baca pn ttp nak mengalir air mata lg.

    Terima kasih atas cita yg bagus nie.

    Kmas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb suka TCL ... InsyaAllah jika ada penerbit nak akan dibukukan cerita di atas ini.. doakan ye

      Delete
    2. Amiin...sya amatlah 100% suka dngn citer akak..:D

      Delete