“I sudah sihat. You tidak perlu
risaukan I lagi.” Ameer Dylan meyarungkan kot pada tubuhnya.
“Doktor
bagi abang berehat sampai esok. Abang ambillah peluang untuk berehat dulu. Sufi
sudah maklumkan pada ayah.”
“Ada
banyak kerja di pejabat yang perlu abang uruskan. Lagipun abang tidak suka
kerja abang bertangguh lebih lama.” Ameer Dylan memberikan isyarat kepada Sufi
Alisha agar memperbetulkan tali leher yang dikenakan.
Sufi
Alisha merapati dan menjalan tugasnya seperti sediakala. Tali leher Ameer Dylan
diperkemaskan. Suaminya memang sentiasa mahu tampak segak bergaya.
“Sarapan
dahulu… Sufi ada buat mihun goreng.”
“Abang
sudah terlambat.”
“Abang…”
Ameer
Dylan menghela nafas kecil. Apabila melihat wajah lembut yang penuh mengharap
itu menjadikan dia lemah. Ameer Dylan mengaturkan langkahnya ke meja makan.
Sarapan yang terhidang masih panas dan cukup menyelerakan. Sebelum ini dia
memang jarang bersarapan pagi di rumah.
Sufi
Alisha meletakkan pinggan berisi mihun goreng di hadapan Ameer Dylan. Secawan
kopi o panas turut dihulurkan.
“Masakan
you sentiasa kena dengan selera tekak I.”
“Terima
kasih.”
Alhamdulillah…
Ameer Dylan tidak cerewet dengan masakannya.
“Abang
mahu makan tengahari di rumah?”
“Ermm…
boleh juga. You masakan I udang lemak cili api. I suka makan udang. Kalau tidak
cukup duit belanja cakap sahaja pada I.”
“Duit
belanja dapur yang abang berikan sudah lebih dari cukup. Sufi akan berjimat
cermat.”
Terpulanglah
pada Sufi Alisha. Ameer Dylan hanya memberikan wang sahaja. Jika tidak cukup
pandai-pandailah Sufi Alisha buka mulut.
“Abang
kena gerak sekarang.” Ameer Dylan bangun dan menarik briefcasenya.
“Abang
sekejap.”
“Apa
lagi ni?” Desis Ameer Dylan. Ada saja halangannya.
Sufi
Alisha menarik tangan Ameer Dylan mengucupnya lembut.
“Hati-hati
pandu kereta ya. Assalamualaikum…” ucap Sufi Alisha.
“Ermm..
waalaikumusalam.” Satu kucupan singgah pada dahi Sufi Alisha.
“Abang…”
“Ya..”
“Sufi
mahu minta izin keluar beli barang dapur, ke kedai jahit dan ke rumah
kebajikan.”
“Pergilah…
I izinkan.”
Sufi
Alisha menutup pintu pagar sebaik kereta milik Ameer Dylan meluncur keluar. Sufi
Alisha tidak sabar mahu bertemu dengan Umi Embun dan penghuni-penghuni di rumah
kebajikan Teratak Murni. Ada banyak cerita yang ingin dia kongsikan bersama
mereka di sana.
“TAHNIAH my friend atas perkahwinan you!” Damien mendepangkan kedua-dua
tangannya.
“Kenapa
you tak hadir dalam majlis I?” Ameer Dylan menjeling teman baiknya itu tajam.
“You kan sahabat baik I” Sambungnya lagi.
Damien
tersenyum.
“I
terlupa. Sorry kawan.”
“Damien…
Bila you jadi nyanyuk ni. You masih muda okay. Masakan tulang-tulang you sudah
rapuh.”
Damien
ketawa.
“Banyak
perkara yang I kena fikirkan. Lagipun I betul-betul minta maaf sebab tidak
hadir. I ada hal penting.”
Perkara
kecil begini masakan Ameer Dylan mahu marah dengan Damien. Sudah tentu tidak.
“Kalau
you hadir pun tiada yang menarik dalam majlis perkahwinan I.” Sengih Ameer
Dylan.
“Apa
yang tidak menarik itu?” Damien ingin tahu.
“Well... tiada majlis yang
gilang-gemilang seperti yang I rancangkan.”
“Setahu
I isteri you itu lain dari teman-teman wanita you.”
“Ustazah
tidak beriktiraf. Asyik complaint itu
dan ini. Banyak sangat yang salahnya.”
Rengus Ameer Dylan.
Ameer
Dylan semakin panas hati dengan Sufi Alisha. Apa yang dia lakukan isterinya itu
masih bersikap tenang dan tidak marah-marah. Bagaimana mahu dia menyakiti hati
Sufi Alisha begini? Ameer Dylan sendiri buntu. Dia sering kali terkena dengan
isterinya itu jika mereka berbalas kata. Namun dia memuji sikap Sufi Alisha
yang menjaga batas kata dengan teguran lembut.
“You
sudah mendapat seorang isteri yang baik pun mahu merungut.”
“Wanita
ini bukan boleh dipercayai sangat. Sifat tersembunyi itu pasti ada. Ramai yang
berlakon tunjuk sopan dan suci.” Ameer Dylan tidak mahu tertipu dengan
kelembutan Sufi Alisha. Siapa tahu isterinya itu lebih licik dari teman-teman
wanita sebelumnya. Lebih licik dari Delina. Lebih jahat dari Delina.
“You
kuat berprangsangka.”
“Tak
salah bukan.”
“Dylan…
kalau I ada isteri macam Sufi Alisha itu I akan sayang dia dan cintakan dia
sepenuh hati I. Wanita seperti dia 1/10 untuk you temui. I tidak ingin wanita
yang menjadi teman hidup I tidak ada harga diri.” Komen Damien.
Ameer
Dylan ketawa kecil.
“You
fikir I akan cintakan dia?”
“So siapa ada di hati you?”
Ameer
Dylan membisu.
“Jangan
kata pula yang you sebenarnya…”
“Stop it Damien. I sudah jelaskan pada
you bukan.”
Damien
perasan riak wajah Ameer Dylan sudah berubah.
“Sorry kawan. I tidak patut ungkit kisah
lama. Semuanya sudah berlalu.”
“Damien…”
“You
kata nak ajak I enjoy.”
“Ada
pub baru buka. You pasti boleh jumpa girl cun-cun di sana. Mana tahu you
jumpa pengganti baru.” Ameer Dylan memaut bahu Damien.
“You
dah kahwin pun masih meneruskan tabiat lama you.”
“Perkahwinan
tidak akan menyekat aktiviti I.”
Damien
menggeleng perlahan.
“Dunia
I adalah milik I maka isteri I pun tidak boleh masuk campur. I akan bawa dia
masuk ke dunia I dan melihat bertambah indahnya hidup I ini.” Yakin sekali
Ameer Dylan yang dia akan mengubah Sufi Alisha mengikut caranya.
Ameer
Dylan yakin membuatkan Sufi Alisha terpesona dengan syurga duniawi ini.
Perempuan seperti Sufi Alisha itu sudah ramai tergoda dan ternoda. Contohnya
melambak di depan mata. Dari kampung berbaju kurung dan bertudung litup.
Beberapa bulan hidup di kota… tudung melayang entah ke mana. Tubuh terdedah
sana sini. Balik kampung berlagak alim semula. Rambut yang perang dihitamkan semula.
Ibu bapa tertipu dengan lakonan ‘baik’ dari anak-anak gadisnya.
“Kalau
I jadi you I akan cintakan dia sepenuh hati I. I tidak akan melepaskan
perempuan seperti dia.” Lelaki bodoh sahaja yang buta menilai pertama di
hadapannya.
“Itu
you bukannya I.”
“I
bet yang you akan jatuh sayang pada wife you nanti.”
Ketawa
besar Ameer Dylan. Berani pula Damien membuat pertaruhan dalam soal hati dan
perasaan. Tidak tahukah Damien yang dia kebal dengan godaan dari kaum hawa ini.
Mana mungkin dia akan jatuh cinta Sufi Alisha. Perempuan cantik jelita di depan
mata pun sekadar teman satu malam atau menjadi wanita simpanan. Inikan pula
wanita seperti Sufi Alisha yang hanya menjadi seorang isteri?
SUFI Alisha terus mendakap tubuh
Umi Embun sebaik sampai di Teratak Murni. Rindunya pada Umi Embun walau baru
beberapa hari tidak ke temu. Umi Embun mengusap-usap wajah Sufi Alisha yang
sudah dianggap bagai anak kesayangannya itu. Dia benar-benar merindui Sufi
Alisha. Walau ada yang menggantikan tempat Sufi Alisha tidak sama layanannya
seperti wanita ini yang tidak lekang dengan senyuman. Sufi Alisha tidak pernah
dilihat mengeluh atau menengking. Sikap penyabarnya dipuji oleh Umi Embun.
Sufi
Alisha kelihatan lebih berseri setelah mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah
jika dia berbahagia bersama suaminya. Umi Embun berdoa agar suami Sufi Alisha
menjadi suami yang baik-baik dan membimbing Sufi Alisha ke arah kebaikan.
“Makin
cantik umi tengok Sufi…”
“Terima
kasih umi.”
“Suami
layan dengan baik tak?”
“Alhamdulillah…”
Keburukan
suami tidak manis diceritakan pada orang lain. Namun ada juga suami-isteri yang
bercerita tentang keburukan pasangan dengan teman-teman rapat. Malah sejak
teknologi yang semakin maju ada yang tidak punya perasaan malu meletakkan
status perhubungan suami isteri di dalam facebook.
Itu
suami isteri, jika anak-anak muda pula lebih maju ke hadapan kata orang. Adakala
tersenyum Sufi Alisha melihat panggilan manja antara si gadis dengan si teruna.
Pergaulan mereka tiada batasannya. Tiada segan silu memanggil si kesasih hati
dengan panggila Pa dan Ma. Malahan mereka lebih berani memperkatakan tentang
hubungan ‘itu’ secara terang-
terangan.
“Umi
suka tengok Sufi bahagia. Umi bahagia sekali.”
“Sufi
pun mahu melihat umi bahagia sama.”
“Umi
akan bahagia jika Sufi bahagia.” Perasaan Umi Embun sedih berbaur gembira. Jika
boleh dia tidak mahu gadis sebaik Sufi Alisha disakiti.
“Terima
kasih umi. Kasih sayang umi tidak terhingga buat Sufi. Hanya doa yang mampu
Sufi berikan kepada umi agar umi sentiasa sihat dan kuat menjalani kehidupan di
bumi Allah ini.” Bahu Umi Embun dipeluk erat.
“Terima
kasih Sufi.”
“Umi…
Sufi ada sesuatu buat umi dan semua penghuni Teratak Murni.” Sufi Alisha
menghulurkan satu beg kertas kepada Umi Embun.
Umi
Embung menggeleng perlahan.
“Sufi…”
“Sufi
sudah lama tempah di kedai jahit. Lagipun baju umi dan yang lain dah dapat
lusuh.”
“Membazirkan
wang Sufi saja.”
“Tak
luak pun umi.” Sufi Alisha tersenyum.
Jubah
berwarna hitam itu memang cantik. Umi Embun memikirkan kos yang dikeluarkan
Sufi Alisha menyiapkan jubbah-jubah ini. Bukan sedikit wang yang Sufi Alisha
gunakan.
“Emmm…”
“Umi…
bila kita mahu membuat sesuatu kebaikan itu kita tidak perlu berkira.” Suara
Sufi Alisha lembut.
Sufi
Alisha tidak mahu Umi Embun tidak menyenangi pemberiannya itu. Dia ikhlas
memberi.
“Sufi…”
Wajah Zairul Hisyam terpacul di muka pintu bilik Umi Embun. Kaku kaki Zairul
Hisyam melihat Sufi Alisha di depan matanya. Kotak dunki donut di tangannya di
pandang oleh Sufi Alisha.
Lelaki
itu melawat neneknya di sini agaknya. Sufi Alisha mengalihkan pandangan pada
Umi Embun.
“Dia
rajin berkunjung di sini...” Ujar Umi Embun.
Sufi
Alisha bangun dari duduknya.
“Assalamualaikum
Zairul. Apa khabar.” Sapanya lembut.
“Waalaikumusalam.
Alhamdulillah… baik.” Zairul membalas.
Dia
masih terpaku di muka pintu.
“Untuk
umi ke tu?” Sufi Alisha bertanya.
“Ya-ya...”
Zairul Hisyam menyerahkan kotak donut itu kepada Sufi Alisha.
Ya
Allah… makin ayu Sufi Alisha. Agak lama mereka tidak bersua muka setelah hati
ini hancur melihat Sufi Alisha menerima lelaki itu sebagai suaminya. Kini
perhubungan antara dia dan Sufi Alisha perlu batasannya.
Sufi
Alisha menjarakkan sedikit dirinya dari Zairul Hisyam. Sejak mereka berkenalan
lagi Sufi Alisha menjarakkan kedudukan dengan lelaki ketika berbual atau
berjalan. Zairul Hisyam sudah sedia maklum dengan sikap Sufi Alisha.
“Macam
mana kehidupan Sufi sekarang?”
“Alhamdulillah…”
“Suami
tidak ikut sekali?”
“Suami
Sufi bekerja.”
“Habis…
Sufi keluar tanpa izin dari dia?”
“Ya
Allah…Tentulah Sufi minta izin dari dia. Berdosa Sufi jika keluar tanpa izin
dari suami.”
Zairul
Hisyam tersenyum nipis.
“Saya
sudah putus tunang.” Zairul mengatakan tentang status dirinya tanpa rasa segan.
“Jodoh
dan pertempuan itu di tangan Allah. Insya-Allah pasti ada jodoh buat Zairul.”
Sufi Alisha mengingatkan.
“Mama
mengamuk bila saya putuskan pertunangan itu. Saya tidak tahan dengan kerenah
tunang saya yang mahu semuanya berada dibawah telunjuk dia. Saya tahu yang dia
menyerang awak, Sufi.” Keluh Zairul Hisyam.
“Saya
tidak simpan apa-apa rasa benci pada awak dan mama awak. Mahupun bekas tunang
awak. Apa yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.”
Jika manusia terlalu mengikut hati dan
perasaan kelak akan binasakan diri. Jauhi sikap hasad dengki dan benci dari
hati. Tidak salah ada perasaan iri hati dan cemburu namun biarlah perasaan itu
berpada-pada. Dan jangan biarkan perasaan itu menguasai diri.
Rasa
kesal bertakhta di hati Zairul Hisyam kerana melepaskan wanita sebaik Sufi
Alisha kepada lelaki seperti Ameer Dylan. Adakalanya dia merasa risau jika Sufi
Alisha tidak bahagia bersama Ameer Dylan. Lelaki kasanova itu hanya manis di
mulut. Secara jujurnya dia tidak tegar Sufi Alisha menjadi milik Ameer Dylan.
Mengapa Sufi Alisha sanggup menerima lelaki itu sebagai nakhoda bahteranya.
Mengapa bukan dia?
“Sufi…
terima kasih kerana tidak pernah membenci saya dan mama.”
“Awak
masih sahabat saya. Tiada sebab saya mahu membenci awak dan mama awak.”
Kau
yang bodoh Zairul! Kau melepaskan permata indah di depan mata. Namun apakan
daya masakan kau akan menderhaka kepada mama yang melahirkan dan membesarkan
kau? Kenapa mama tidak membuka matanya melihat budi perkerti Sufi Alisha?
“Zairul…
saya mohon diri dulu.”
“Silakan…
ada masa boleh kita bertemu.”
“Insya-Allah
tetapi bersama suami saya.”
“Baiklah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Sufi
Alisha meneruskan langkahnya ke arah kereta Viva yang diparkirkan. Zairul
Hisyam hanya mampu melihat Sufi Alisha hilang dari pandangan mata. Untuk apa dia
mahu menegah wanita itu pergi? Takdir telah menentukan yang Sufi Alisha bukan
jodohnya. Kenapa takdirnya tertulis begini?
wahh, terbaikla kak ! cpt-2 la upload yg baru . ;)
ReplyDeletenk n3 lg..please
ReplyDeletehehee amer dylan dh berlembut skit tu heheeh
ReplyDeleteTerbaik.
ReplyDeleteameer...bile lh nk sedar akn dosa pahala..semuga akn di beri hidayah dn dibawah redha yg maha ESA.perempuan yg baik buat lelaki yg baik...pasti ade hikmah nye...tetap cian kat sufi...
ReplyDeleteKan... moga Ameer ni cepat disedarkan.... takper sufi seorg yg tabah dan sentiasa berusaha untuk mengubah Ameer
Delete