Tab Menu

Followers

Thursday, October 17, 2013

Teman Pengganti - Episode 6

JOE memasukkan baju-baju ke dalam beg galas. Dia tidak betah untuk duduk di banglo mewah ini lama. Sakit hati dengan sikap papa yang asyik mahu mengikut telunjuknya. Dia punya minatnya sendiri. Dia mahu berdikari. Malulah sebagai seorang lelaki bergantung pada keluarga. Puan Selena memerhati dengan linangan air mata.

Joe tidak akan mengalah dengan air mata mama. Mama tetap akan memujuknya mendengar kata-kata papa.

“Joe..”
“Mama tak perlu risau tentang joe.”
“Mama sayangkan Joe.”
“Joe tahu.”


Joe sudah menggalas begnya. Sewaktu dia melangkah keluar dari biliknya mata Joe bersatu dengan mata papa. Papa mengalihkan wajah.

“Biarkan dia. Dia pasti akan balik semula di rumah ini!” Suara Tan Sri Azmeer.
Honey…” Mama gelisah. Hubungan anak dan ayah itu sudah semakin tegang.
“Papa akan potong semua aset Joe!”
“Terpulang pada papa.”

Tan Sri Azmeer merengus kecil. Dia memalingkan kepalanya dari memandang anak yang keras kepala itu.

“Joe!” Puan Sri Selena meluru keluar. Tubuh anak lelaki itu di paut.
“Mama… please…”
“Janji dengan mama… Joe hubungi mama jika Joe ada kesulitan.”
Puan Sri Selena menggenggam erat jari-jemari Joe.
“Baiklah mama.”
Tangan mama dikucup.
“Joe pergi dulu.”
Kereta Joe bergerak keluar dari garaj kereta.

Sebaik kelibat kereta Joe telah jauh dari pandangan mata…

Tan Sri Azmeer bertepuk tangan. Puan Sri Selena menyapu air mata yang bersisa.

“Hebat lakonan you.”
Puan Sri Selena memaut pinggang suaminya.
Honey… hanya I dapat mempengaruhi Joe. I kan mama dia.”
“You memang licik.” Tan Sri Azmeer mencuit hidung mancung isterinya.
“Lambat-laun Joe akan ikut cakap kita kelak. I akan mengawasi Joe. I mahu dia percayakan I.”
Puan Sri Selena tersenyum.

“Wah-wah! Papa dan mama ni romantis habis!” Juliez muncul di anak tangga.
“Pasangan ideal.” Puan Sri Selena membalas.
“Joe dah berambus ke mama?”
“Juliez!” Puan Sri Selena menjeling tajam.
“Emm… Juliez nak keluar. Ada party di rumah member.”
“Pulang sebelum satu pagi.” Tan Sri Azmeer memberikan igatan kepada anak gadisnya itu.
Juliez mencebik. Apabila berada di rumah ini peraturan harus dipatuhi.
“Okaylah papa.”

Kedua-dua belah pipi papa dan mamanya dikucup. Bunyi hon di luar banglo mewah itu mempercepatkan langkah Juliez.

JOE memandu di dalam kepekatan malam. Hatinya sedang melirih pilu dengan sikap papa. Dia sentiasa memberontak namun tidak bermakna dia tidak sayangkan papa. Joe meletakkan ear phone pada telinga. Nombor telefon Fika dihubungi. Dia perlukan seseorang untuk berbicara tika ini. Dia tahu tidak manis mengajak anak gadis keluar malam-malam begini.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
“Fika…”
“Joe...”
“Saya on the way ke rumah sewa awak. Boleh teman saya malam ini.”
“Hah!”
“Bukan teman saya duduk berdua-duaan satu rumah. Saya cari tempat yang ada orang ramailah nanti. Kita berbual.”

Gadis ini suka mengesyaki yang bukan-bukan.

Please… saya perlukan teman untuk berbual.”
“Baiklah. Saya tunggu awak.”
Thanks Fika.”

“Siapa call?” Soal Kuza.
“Joe.”
“Joe? Dia nak apa?”
“Dia ajak keluar. Bunyi macam ada masalah.”
“Malam-malam macam ini?”
“Kau teman akulah.”
“Satu cadangan yang bagus. Aku bersiap sekarang.”
Laju saja minah seorang ini.

Setengah jam kemudian kereta Joe sudah terpacak di hadapan pintu pagar rumah sewa Fika. Fika dan Kuza menyarungkan kasut masing-masing. Mereka menghampiri Joe.

Sorry… saya bawa Kuza sebagai teman saya.”
No problem.” Ujar Joe sambil membuka pintu buat Fika.
Kuza duduk di belakang.

“Kita nak ke mana?”
“Melepak di CM.”
“CM?”
“Central Market.”
“Oh…”

Joe jalan beriringan dengan Fika manakala Kuza membuntuti dari belakang. Sesekali Kuza memasang telinga menangkap perbualan antara Joe dan Fika. Ramah betul Joe ni bila dia berbual dengan Fika tidak dengan gadis-gadis lain. Enta-entah Joe suka pada Fika? Siapa tahu?

“Kiranya… awak lari dari rumahlah ni?”
Joe angguk perlahan.
Fika ketawa kecil.
“Kenapa gelak?”
“Agak kelakar. Jarang saya dengar lelaki lari dari rumah.”
“Bunyinya memang macam kelakar kan?”
“Iyalah…”
“Tapi yang ini pasti tidak kelakar.”
“Okay… apa dia yang awak pasti sangat tidak kelakar tu.”  Fika ingin tahu.
“Saya nak ajak awak kahwin dengan saya.”
Terjegil biji mata Fika. Terlopong mulut Kuza.
“Jangan main-main Joe!” Mereka kenal tak sampai dua minggu pun. Otak Joe mesti ada masalah teknikal di mana-mana.
I’m serious. Saya jaga awak dan awak jaga saya.”

Tertelan air liur Fika. Bertenang Fika… bertenang…

“Perkahwinan bukan perkara yang remeh-temeh. Bila dah tak suka bercerai. Alasannya tak bersefahaman dah. Awak punya tanggungjawab berat setelah awak mengahwini saya. Bukan boleh main lepas tangan begitu aje.”
“Saya tahu. Saya dah ambil kursus kahwin dulu.”
“Jadi… jangan main-main dengan perkara ni.”
“Saya suka awak. Saya jatuh cinta pandang pertama kat awak. Saya betul-betul nak kahwin dengan awak. Lagi manis bercouple selepas nikah.”

Fika menepuk dahi. Masalah betul dengan mamat persis Jerry Yan ini.

“Saya tak nak!” Fika meluru laju jalan ke hadapan. Joe mengejar dari belakang diiukuti oleh Kuza yang terkulat-kulat melangkah sambil mencuci mata.

“Fika!” Joe memanggil.
Fika menekup kedua-dua telinganya.


“Saya nak balik!” Fika memalingkan tubuhnya.


*Joe sakit jiwa kejap >_<

5 comments:

  1. eee.. Joe ni, pi kejar Fika balik!

    ReplyDelete
  2. tak sangka mak joe pun bersubahat dengan ayah dia...jahat...
    x suka./..
    joe ajak fika kawin...suka...

    ReplyDelete
  3. Kesian Joe dapat mak ngan ayah macam tu.

    ReplyDelete