Tab Menu

Followers

Wednesday, October 9, 2013

Nilai Cintanya - NC 28

DELINA mengetap bibir melihat wajah selamba Ameer Dylan. Lelaki itu seakan sudah tidak mengendahkan dia lagi. Layanan yang diberikan juga agak dingin. Sikap tidak acuh Ameer Dylan terhadapan mendambahkan sakit di hati Ameer Dylan. Lelaki ini perlu diajar. Benar kata Damien dia bodoh kerana menyelitkan perasaan pada Ameer Dylan.
            
Delina meletakkan sudu dan garfunya di atas meja. Seleranya sudah mati melihat Ameer Dylan yang langsung tidak menyentuh masakkan yang dihidangkan khas buat lelaki itu.
            
“Dylan… penat I masak untuk you.”
            
“I sudah cakap yang I akan makan di rumah I. Isteri I sudah masakkan untuk I.”
           
“Apa bezanya Dylan? Ini pun rumah you juga.”
            
“Ada bezanya. Dia isteri I yang sah dan you…”
           
“Hanya perempuan simpanan you!” Delina memintas.
            
Ameer Dylan tidak kuasa mahu melayan rajuk mengada Delina. Permainan bersama Delina sudah tidak menarik lagi. Delina yang merosakkan permainan mereka. Delina sudah kalah kerana jatuh cinta.
            
“Delina-Delina… I sudah cakap yang you tidak boleh jatuh cinta dengan I. You buat permainan ini menjadi bosan. Tidak mencabar I.” Dagu Delna dipaut.
           
So… you mahu tamatkan permainan ini?” Delina meneka. Debaran hatinya kian terasa.
            
“Ya!” Ameer Dylan menjawab sepatah.
            
Why?
            
“You sudah tidak menarik perhatian I. You sama saja dengan teman-teman wanita I yang lain.”
            
How dare you, Dylan!”
            
“Jangan lupa pada peraturan permainan?”
           
Delina bangun dan menghentakkan tangan pada meja makan.
            
“You tak boleh buat I begini?!”
            
“Delina… its over. And rumah dan kereta itu anggap sahaja I hadiahkan buat you. I rasa ianya satu pulangan yang baik buat you.”
            
“I mahu you bukan rumah ni atau kereta mewah yang you belikan untuk I?”
           
Ameer Dylan tertawa.
           
“I sudah katakan yang I sudah tidak perlukan you!”
            
Delina mencapai pisau memotong steak lalu dihalakan pada pergelangan tangannya.

Ketika ini Delina tidak dapat berfikiran dengan waras lagi.

“I sanggup mati jika you tinggalkan I.” Ugut Delina.
            
“Perempuan macam you tidak akan berani untuk membunuh diri.” Ameer Dylan senyum sinis.
           
“Dylan! I tidak main-main!” Jerit Delina. Cecair merah sudah mengalir di pergelangan tangan.
            
“You nak mati… itu masalah you. Tiada kena-mengena dengan I.”
           
Pisau di tangan jatuh atas lantai. Air mata Delina berjuraian mendengar kata-kata kejam dari Ameer Dylan. Delina tersedu kecil.
            
Perempuan… Ameer Dylan menarik kotnya yang terdampar di atas sofa empuk itu. Dia sudah terlewat beberapa minit untuk pulang makan tengahari bersama Sufi Alisha.
            
Ameer Dylan memulas tombol pintu. Dia tidak ambil peduli akan perasaan Delina yang dilukai dengan teruk itu. Perempuan seperti Delina akan pulih dalam jangka masa yang terdekat.
            
“Dylan…. I tidak akan melepaskan you. You akan terima akibatnya kerana melukaikan hati I.” Rintih Delina.
            
Pinggan dan gelas berderai atas lantai akibat perbuatan gila Delina yang seakan sudah diasak rasa amarah tidak terhingga itu. Dia bersumpah yang dia tidak akan membiarkan Ameer Dylan dan isterinya hidup dengan bahagia.  Delina mencapai pisau di lantai.
            
Delina bangun dan menuju ke bilik air. Cermin bilik air itu ditikam dengan pisau yang berada di tangan. Retak permukaan cermin itu seperti retak di dalam hati ini.
            
Ameer Dylan memandu dengan kelajuan minimum. Panggilan telefon dari Delina tidak dilayan. Perempuan seorang itu masih tidak faham-faham agaknya. Hubungan antara mereka sudah tamat. Ameer Dylan membuka tingkap keretanya. Telefon touch skrin jenama Samsung itu dilemparkan keluar. Dia tidak peduli dengan kerugian harga telefon bimbit berkenaan. Telefon bimbit itu hanya menyimpan nombor teman-teman wanitanya sahaja.
            
Tiada apayang perlu dia takutkan dengan Delina. Wanita itu tidak akan berani untuk mengapa-apakan dia. Wanita seperti Delina itu hanya mengharapkan wang saraan dari kaum lelaki sahaja. Patah hilang tumbuh berganti. Perempuan yang ingin hidup mewah akan sanggup melakukan apa sahaja agar hidup mereka tidak melarat.         
            
Ameer Dylan melekapkan ear phone pada telinga sebaik mendapat panggilan dari ayah angkatnya.
            
“Assalamualaikum… Dylan berada di mana sekarang?”
            
Waalaikumusalam. Dylan sedang memandu pulang ke rumah?”
            
“Pulang ke rumah?” Tuan Haji Abbas mengerut dahi.
           
“Dylan sudah berjanji dengan Sufi untuk makan tengahari di rumah.”
            
Tersentak Tuan Haji Abbas.
            
“Tak ajak ayah pun.”
            
“Buat apa ajak ayah. Spoillah mood Dylan nak makan bersama isteri.”
            
Ketawa kecil Tuan Haji Abbas.
            
“Ya ayah tahu. Al-maklum pengantin baru.”
           
“Ada hal penting di pejabatkah, ayah?”
            
“Kamu jangan lupa yang kau ada appointment pukul 3.00 petang dengan klien. Kali ini kamu tidak boleh cancel lagi.” Pesan Tuan haji Abbas.
           
“Ya-ya… Azie sudah mengingatkan saya.”
            
“Baguslah. Sampaikan salam ayah pada isteri kamu.”
            
“Baiklah ayah.”
            
Sebaik mengucapkan salam, talian dimatikan. Ameer Dylan meneruskan pemanduan hingga sampai di rumah banglo dua tingkat itu.

“UDANG memang favourite I?” Ligat tangan Ameer Dylan menambah nasi di dalam pinggannya.
            
Baguslah suaminya itu berselera menjamah masakkan tengaharinya ini.
            
“You tak mahu tanya kenapa I terlewat makan tnegahari di rumah bersama you?” Ameer Dylan mengerling Sufi Alisha.
            
“Sufi percayakan abang.”
            
“Percaya pada I? Lelaki macam I tidak wajar dipercayai.” Ameer Dylan memang jenis tidak menyembunyikan keburukan sendiri.
            
“Abang sudah solat Zohor. Sufi dah solat tadi. Teringin mahu bersolat dengan abang. Kita solat Maghrib bersama, boleh?”        
            
Tersedak Ameer Dylan. Laju dia meneguk air kosong di dalam gelas. Sudahlah udang lemak cili api itu boleh tahan pedasnya.
           
“Abang makan perlahan-lahan…” Sufi menegur lembut. Bibirnya mengulum senyuman.
            
Ameer Dylan pula menahan geram yang membuak-buak di dada. Lain yang disoal lain pula yang isteri itu jawab.

“Kenapa kalau tak solat I tak boleh dapat rezeki melimpah-ruah. I ditimpa bala ke?”
            
Sufi Alisha menggeleng perlahan.
            
“Solat itu tiang agama. Rukun Islam yang kedua. Wajib ditunaikan.”
            
“Huh! You fikir mereka yang bersolat macam you boleh masuk Syurga?” Ameer Dylan cuba mempertikaikan.
            
“Tak baik tahu abang cakap macam itu. Ibadah yang wajib kita tunaikan jangan diperlekehkan. Abang tahu hukum orang yang meninggalkan solat ini?”
        
Argh! Dia sudah mula berceramah pula.
            
“Kita sambung esok ceramah you itu, I tahu sekarang masa untuk I makan. I kena gerak untuk appointment dengan client pula. Lagipun nak buat amalan baik macam kau ni kena hati yang ikhlas. Kalua hati tidak ikhlas tidak berguna juga jika I solat.”

Ameer Dylan mempertikaikan tentang keikhlasan? Ianya boleh mengundang keikhlasan yang menyimpang di mana ramai orang menganggap bahawa tiada amalan tanpa keikhlasan seperti kata-kata yang sering didengari.
            
“Tiada guna amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas! Aku nak solat ke tak nak solat ke itu hak aku dengan Allah” atau
            
“Buat apa memakai tudung kalau hati tidak ikhlas? Baik tunggu hati benar-benar ikhlas barulah memakai tudung.”
            
Inilah realiti masyarakat yang sering tidak memahami antara tuntutan syarak dan ikhlas. Malang sungguh hidup mereka yang merasakan dirinya pandai dalam hal-hal agama sedangkan mereka kadang-kadang sesat dalam agama bukan kerana kebodohannya, tetapi kerana terasa dirinya pandai menggunakan akal memahami maksud firman Ilahi.
            
Tiada gunanya mendabik dada tentang amalan ikhlas jika suruhan Allah diingkari?Adakah Allah pernah menyebut bahawa sesiapa yang merasa dirinya tidak ikhlas maka tidak perlu menunaikan perintah-Nya yang wajib seperti solat, berpuasa, menutup aurat dan sebagainya?
            
Sudah tentu tidak! Justeru itu dari manakah datangnya kefahaman mereka bahawa jika tidak ikhlas, kita tidak perlu menunaikan kewajipan yang telah Allah tetapkan? Ia datang dari rasa kebijaksanaan mereka memikirkan idea logik tentang agama. Padahal mereka sebenarnya diperbodohkan oleh syaitan untuk menyesatkan diri mereka semata-mata. Ikhlas adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di dalam gua yang kelam dan di malam yang gelap gelita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”
(Surah al-An’am 162)
           
            
Sufi Alisha sering membuka internet membaca artikel-artikel di dalam Iluv Islam. Malahan dia juga bertanya kepada uztaz atau ustazah yang lebih berpengetahuan dalam sesuatu perkara yang dia ragui.
            
Sufi Alisha tidak menduga yang Ameer Dylan akan meluahkan kata sedemikian rupa. Sufi cuba bersabar.
            
“Abang…”
            
Stop it! You jangan buat selera makan I hilang.”
            
Sufi Alisha menghela nafas kecil.
            
“Malam ini I mahu bawa you ke ‘syurga’ indah I. You bersiap ala kadar. Kita pergi lepas Maghrib. Dan ingat… tempat itu you tak perlu nak berbungkus sangat. Hari ini you buat dosa sekali, esok you bertaubatlah.” Mudahnya Ameer Dylan berkata-kata. Dia sudah merencana satu lagi rancangan buat Sufi Alisha.
            
Sufi Alisha mengulum senyuman. Adalah yang mahu Ameer Dylan menguji kesabarannya.


RANTAI bertakhta berlian ditayangkan kepada teman-temannya itu. Biarkan mata mereka juling melihatnya. Puan Rasiah tersenyum bangga. Ada banyak lagi barang-barang perhiasannya yang tersimpan di rumah. Baru-baru ini dia melancong ke Paris bersama Jeslina dan Johana. Mereka shopping sakan di sana. Segala perbelanjaan ditanggung penuh oleh menantunya Ameer Dylan.
            
Bukan setakat rantai berlian malahan Puan Rasiah turut menayangkan beg kulit berjenamanya yang mencecah harga ribuan ringgit. Jika dahulu hanya dia yang makan hati melihat teman-temannya menunjukkan kekayaan mereka.
            
“Beruntung you, Rasiah.”
            
“Siapa yang tak mahu menantu orang kaya.” Sampuk Datin Fenn.
            
Datin Julie tersenyum. Dia sendiri pada mulanya tidak percaya yang anak tiri Puan rasiah berkahwin dengan Ameer Dylan. Setahunya Sufi Alisha itu gadisnya bersopan-santun. Bauk orangnya. Bagaimanalah boleh terjerat dengan lelaki kasanova itu? Memang bernasib malang betul sungguhpun mengecapi kemewahan milik lelaki itu.
            
Nantilah datanglah ke rumah baru I. Menantu I belikan untuk I atas nama I tahu. Tidak pun ke butik spa I. Ini kad perniagaan I.” Puan Rasiah memberikan kad namanya kepada teman-temannya itu.
            
“Hebat betul you. Siap sudah butik spa sendiri.”
            
Of courselah.
            
“Untuk you all I bagi separuh harga.”
           
Really… I pasti akan datang.” Puan Hannah teruja.
            
“Sekelip mata you dapat segalanya-galanya.” Datin Fenn tumpang gembira buat Puan Rasiah.
            
“Tuah you siapa yang tahu?” Datin Maria mengangkat alas keningnya yang nipis.
            
Puan Rasiah ketawa.
            
“Rasiah… you kena berhati-hati. Jangan cepat lupa diri.” Pesan Datin Julie.
           
Kelat wajah Puan Rasiah dengan kata-kata Datin Julie. Dengkilah tu.
            
“I tahulah apa yang I buat.” Cebik Puan Rasiah.
            
Kau fikir kau seorang sahaja yang banyak wnag dan boleh dapat apa yang kau suka. Aku pun boleh juga. Aku tahulah kau cemburu tengok kemewahan yang aku miliki kini. Kau takut aku lebih dari kau kan. Hati Puan Rasiah berbisik sendiri.
            
“Rasiah… I hanya mengingatkan saja.” Datin Julie tersenyum. Sedangkan dia yang ada harta benda ini pun tidak sanggup menyerahkan anak gadisnya menjadi isteri kepada Ameer Dylan itu. Dia juga mahu melihat anak gadisnya bahagia bukan menanggung derita hanya kerana mahukan kemewahan.
            
“Jangan bertelagah.” Datin Maria menjadi orang tengah.
            
Well.. hadiah untuk we all yang you beli di Paris.” Datin Fenn mengubah topik.
            
“Tentu sahaja ada dalam beg kertas ini.”
            
Thanks… sebab you ingat pada we all.” Ucap Puan Hannah.
            
Hadiah mula bertukar tangan.
            
Puan Rasiah pulang dengan kereta barunya. Dia tidak perlu mengupah seorang pemandu untuk abwa dia ke mana-mana. Dia boleh memandu sendiri. Bukannya lama sangat untuk mendapatkan lesen kereta.
            
Tubuhnya disandarkan pada sofa import berjenama Lorenzo. Bibirnya terkumat-kamit membebel. Sakitnya hati pada Datin Julie masih berbekas. Wanita itu mahu tunjuk pandai lagaknya. Kalau perangai bagus sangat tidaklah dihairankan. Seteruk-teruk dirinya tidak pula sampai dia membela ‘anak ikan’. Untuk apa dia menyayangi Sufi Alisha yang bukan lahir dari rahimnya. Sufi Alisha hanya anak tiri.
            
“Mama…” Jeslina yang baru pulang itu terus menerpa ke arah Puan Rasiah. Dia menunjukkan pakaian baharu yang dibelinya. Kredit kad yang diberikan oleh mamanya memang bermanafaat sekali. Puas dia berbelanja di Suri KLCC.
            
“Banyak shopping?”
            
“Baju cantik-cantiklah mama.”
            
“Jangan terlalu over berbelanja. Kad kredit itu ada hadnya.”
            
Don’t worry… Jes hanya beli yang berkenan di hati aje.”
            
Puan Rasiah tersenyum tawar.
            
“Wajah mama ni kelat semacam saja?” Soal Jeslina.
            
Tiada apa-apalah. Ada seorang kawan mama tu menyakitkan hati mama. Dia fikir dia baik sangat.” Puan Rasiah mula bercerita tentang Datin Julie kepada Jeslina. Jeslina hanya memasang telinga mendengar omel mamanya itu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
            
Mamanya pun satu. Untuk apa diendahkan sangat dengan kata-kata Datin Julie itu. Abaikan sahajalah.
            
“Mama…. Jes masuk bilik dulu. ” Jemu pula mendengar omelan mama tanpa henti. Lebih baik dia melepak duduk di dalam bilik bermain dengan facebook.
           
“Jes… mama belum habis bercerita lagi ni.”
            
“Mama sambung esoklah. Jes penat ni.”


            
Cemberut wajah Puan Rasiah. Ada anak pun tidak boleh diharapkan sangat. Tahu menghabiskan wang aje. 

13 comments:

  1. Ala, lpas ni kna tggu novelnya plak huhu

    ReplyDelete
  2. Rukun Islam yang kedua la kak. Bukan pertama. Yang pertama mengucap dua kalimah syahadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear.. ralat.. patutnya dah dibetulkan sbb akk ikut manuskrip yg edit aduhai keluar yg tersalah jugak huhuhuhu... keprihatinan yg amat dihargai

      Delete
  3. agak-agak bila novel ni keluar? x sabaq ni... hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Dah stop takat ni untuk tujuan penerbitan.. nanti akak jump pada bab special

      Delete
  5. wahhhh!!! ketagihhhhhh!!!!!!! kak bulan berapa novel ni akan diterbitkan?
    tak sabr rasanya!

    ReplyDelete
  6. Bagi lagi satu tak boleh ke? curious sgt2 pasal AD yang nak bwk SA pergi Parti tu.

    ReplyDelete