LEBAR
Thana mengukir senyuman di bibir. Mereka saling berpelukan dan bertanya khabar.
Thana kelihatan berseri-seri sejak bergelar seorang isteri. Pathma tidak ikut
bersama. Thana menegahnya. Katanya cerita orang perempuan ni, lelaki seperti
Pathma tidak perlu masuk campur.
Thana menggenggam jari-jemari Mira
Ezuryn yang semakin kasar. Temannya itu kelihatan sudah semakin kurus. Dia
bersimpati dengan nasib yang menimpa Mira Ezuryn. Tidak semua orang itu
bernasib baik.
“Kenapa kau berahsia dengan aku apa
yang berlaku dulu?”
“Kau kenal aku macam mana? Aku tiada
jalan lain dan aku tahu kau pun tidak dapat membantu aku.”
“Kau tak cuba balik jumpa papa kau?”
Mira Ezuryn menggeleng perlahan.
“Aku tahu papa bencikan aku.”
“Aku tak rasa begitu. Mungkin papa
kau sudah memaafkan kau.”
“Aku belum bersedia.”
“Sampai bila?”
“Aku tak tahu.”
Jawapan itu tidak menyenangkan hati
Thana. Masakan selama lima tahun ini masih tidak cukup bagi Mira Ezuryn
berhadapan dengan papanya.
“Mira… kau tak boleh lari. Sejauh
mana kau lari pun masalah tidak akan selesai. Kau kena hadapinya juga. Jangan
kau menyesal bila orang tua kau sudah tiada nanti. Waktu itu sudah terlambat.
Kau kena ingat yang masa itu tidak menunggu kita. Masa akan terus bergerak
begitu jua dengan usia kita.” Thana menasihati.
Mira Ezuryn tunduk membisu.
“Kau cepat prejudis. Kau takut dan
mudah berputus asa dengan masalah-masalah kau. Kau lebih suka melarikan diri.”
Tambah Thana lagi.
“Aa… aa... aku…” Suara Mira Ezuryn
sekaan tersangkak di kerongkong.
“Mira… keputusan terletak di tangan
kau.” Jika Mira Ezuryn masih berdegil maka Thana tidak dapat berbuat apa-apa.
Dia hanya mampu menasihati. Terserah pada Mira Ezuryn sama ada mahu mendengar
nasihatnya atau pun tidak.
Lama Mira Ezuryn menatap wajah Thana
sebelum membuka mulutnya semula.
“Kau… kau kata kau… kau… jumpa dia
di sana.” Suaranya agak putus-putus. Argh, kenapa tiba-tiba saja dia
bertanyakan tentang lelaki itu pula.
Thana tersenyum dan mengangguk.
“Riak muka dia maybe memang menggerunkan tetapi dia tu boleh tahan handsomenya ya. ” Thana mengambil nafas
sebelum meneruskan ceritanya semula. “Mula-mula aku memang takut masa bersua
dengan dia tapi bila dah berbual tu hilang pula rasa kekok. Dia bukan seperti
yang kau sangkakan.”
“Emm… aku tak boleh lupa apa yang
dia buat pada aku.”
“Aku tahu yang cinta tu tak boleh
dipaksa. Itu hak engkau.”
“Dia ada bercerita pasal aku tak?”
“Takde.”
“Eloklah dia lupakan aku.”
Thana tersenyum leret.
“Kenapa kau senyum.”
“Tiada apa-apa.” Thana seolah-olah
menyembunyikan sesuatu. Ya, Thana memang sedang menyembunyikan sesuatu dari
pengetahuan Mira Ezuryn.
Dia pernah mengajukan satu soalan
cepu emas kepada lelaki itu.
“Saya nak tanya awak. Awak
betul-betul cintakan Mira?”
Lelaki bermata tajam itu merenung
tepat ke dalam anak matanya ketika itu.
“Ya!” Jawapannya pendek tetapi sudah
cukup memuaskan hati Thana. Lelaki itu tidak menipu dengan luahan katanya.
“Thana…” Suara Mira Ezuryn memanggil
lembut.
Thana kembali ke alam nyata semula.
“Maaf…”
“Apa yang kau sedang fikirkan?”
Thana tidak membalas sebaliknya
hanya tersenyum. Mira Ezuryn semakin pelik dengan tingkah temannya itu.
“Macam mana hubugan kau dengan
Amel?” Thana membuka topik pula berkenaan dengan Amel Fattah.
“Macam itulah…”
“Hey… dah bertahun kau kenal Amel, masih
macam itu jugak.”
“Emmm… dia masih belum cukup duit.”
“Korang
boleh share duit, bukan?”
“Dia tak mahu.”
Mira Ezuryn tidak mahu terlalu
mendesak Amel Fattah.
“Atau keluarganya masih tidak
sukakan kau?”
“Entahlah…”
“Mira… kalau kau rasa kau perlu
lepaskan dia, kau lepaskan dia. Kau faham maksud aku. Aku tak mahu tengok kau
terluka lebih teruk.”
Lepaskan cintanya. Tidak! Tidak
semudah itu dia akan mengalah. Mira Ezuryn akan mempertahankan cintanya selagi
cinta Amel Fattah utuh buatnya.
MIRA
Ezuryn semakin manis di matanya. Tajul Ashikin melirik senyuman sendiri.
Hatinya masih tidak berubah. Cintanya pada Mira Ezurn masih sama seperti dulu.
Dia tidak pernah melupakan senyuman Mira Ezuryn ketika menyambut sijil anugerah
pelajar cemerlang dari huluran tangannya. Hatinya terus terpaut. Dalam diam dia
memerhatikan Mira Ezuryn. Sayang… cintanya tidak bersambut. Dia masih tidak
berputus asa. Dia yakin Mira Ezuryn akan menjadinya
Dia sentiasa mengikuti perkembangan Mira
Ezuryn walau di mana dia berada. Orang-orang upahan mengawasi dan memberi
sebarang maklumat kepadanya. Dia tahu bekas itu isterinya itu sudah punya
seorang kekasih. Dia juga sudah menyelidik atar belakang kekasih Mira Ezuryn.
Bibirnya mengulum senyuman sinis sambil menghirup minumnya perlahan. Kafe yang
menjadi rutin tempat dia ‘melepak’ itu berdekatan dengan butik kecantikkan Bekas
isterinya.
“Handsomekan
lelaki tu.” Teman-temannya berbisik sesama sendiri.
“Aku selalu nampak dia duduk di
situ. Kerap pula tu.”
“Dia ada aim sesiapa kut?”
“Kalau dia aim aku memang bertuah aku.”
“Perasanlah kau Rin.”
“Korang
ngumpat siapa tu?” Mira Ezuryn mencelah.
“Kami sedang cuci matalah Mira.”
“Cuci mata?”
“Tuuu…” Gadis bermabut panjang
separas bahu itu memuncungkan bibirnya ke arah lelaki yang sedang duduk santai
menikmati minumannya sambil membaca akhbar itu.
Mira Ezuryn cuba mengamati wajah
lelaki tersebut tetapi agak kurang jelas dari pandangan matanya. Kabur.
“Aku tak nampak pun di mana handsomenya?”
“Kau tu rabun.”
“Ops, aku lupa pakai spek hari ni.”
Mira Ezuryn tersengih.
“Kau pakai je contact lens. Lagi senang.”
“Tak mahulah. Aku tak biasa.”
Dari sekolah lagi dia sudah biasa
memakai cermin mata. Dia tidak selesa menggunakan contact lens.
“So,
mana spek kau?”
“Aku repair. Cerminnya retak sedikit.”
Apabila bos sudah menjeling, mereka
kembali meneruskan kerja. Tiada langsung peluang untuk berehat sedikit. Susah
jika dapat bos yang teralu straight.
bersambug...
citer awak ok tp klu update selalu lagi ok..sbb citer byk tp n3 xde
ReplyDeleteHahahaha.... komentar pembaca pertama sama dgn pandanganku...
ReplyDeleteI personally think that if the authors update their entries regularly, the readers would be able to grasp and enjoy the story.... Well, that's just my seposen...
kak ya..azi ske cte ni...byk kn n3 nye k...xsbr nk tggu n3 bru...i alwayss support u... :)<3<3<3
ReplyDeletebest citer nie...harap ada sambungan :)
ReplyDeleteterpikat pula dgn garapan ini boleh teruskan x?
ReplyDeleteMinat nak tahu jodoh yg ada...... rasanya begitu teruja sekali
pls..,.