ERY FITKRI menyambut huluran tangan dari Mr.
Richard setelah termeterai perjanjian kerjasama antara mereka. Projek usahasama
yang melibatkan syarikat luar negara menelan belanjaan juta ringgit itu kini sudah
teguh berada dalam tangan Putra Angsana. Dia mengorak senyuman lebar dalam
mesyuarat yang sedang berlangsung. Ahli-ahli lembaga syarikat memandang ke arah
anak muda yang selalu bersikap sambil lewa itu. Tuan Hulaif tenang berada di tempat duduknya. Nyata dia
amat berpuas hati dengan peningkatan syarikat yang dikendalikan oleh anaknya
itu. Ery Fitkri seorang yang bijak menangani masalah. Biarpun Ery Fitkri sedang
berlakon di hadapan kakitangan Putra Angsana, Tuan Hulaif tidak ambil berat
masalah tersebut. Tiada siapa yang tahu Ery Fitkri
Monday, March 18, 2013
Sunday, March 17, 2013
Mahligai Air Mata_Bab 2
ERY FITKRI mengatur langkah deras masuk ke
dalam banglo mewah itu tanpa diundang. Dia mengetap bibir kegeraman. Topeng itu
disuakan kepada gadis yang sedang tegak berdiri di balkoni mengadap
permandangan indah di luar. Gadis berambut lurus melepasi bahu itu tidak
menoleh ke arahnya. Sebaliknya asyik menonton permandangan nan indah. Tiupan
angin lembut menyapa pada wajah gadis yang masih terlindung itu. Ada senyuman
sinis terukir di bibirnya.
“Kau
yang perlu memakai topeng ini bukan aku! Aku tidak perlu topeng ini untuk
menutup wajah aku!” Sedikit keras Ery Fitkri bersuara. Dia campakkan topeng
tersebut di atas lantai.
Saturday, March 16, 2013
Mahligai Air Mata_1

Friday, March 15, 2013
Millennium's_Bab 4
TUAN Ilham Rais masih
terbaring koma di atas katil. Wayar-wayar berselirat atas dada dan tangannya.
Mulutnya pula ditutup dengan alat bantuan penafasan. Tuan Ilham diawasi ketat
dalam wad bertaraf VIP itu. Ahli keluarganya yang meminta berbuat demikian.
Berhati-hati dengan musuh-musuh MILLENNIUM'S yang sering mengambil kesempatan.
Ash Yuslee melangkah masuk ke dalam wad
Thursday, March 14, 2013
Queen Control_Teaser Bab Pertengahan
“KENAPA tipu sayang?!” Putri Tasnim merenung Tiryaq
dengan mata yang berair. Tiryaq, suaminya itu adalah pengarah besar TIR
Holding’s. Sungguh tidak diduga sama sekali. Tiryaq hanya berlakon
dihadapannya. Dia macma orang bodoh mempercayai cinta dan kasih sayang dari
lelaki itu.
“Sayang…please calm down.” Tiryaq tidak menduga
yang Putri Tasnim akan hadir di majlis itu. Adakah semua ini aturan dari Tengku
Tyea?
Tengku
Tyea kelihatan tersenyum sinis. Drama sebak sedang bermula. Dia adalah watak
sampingan untuk drama yang menarik ini. Tengku Tyea ingin bongkarkan status
Tiryaq untuk tatapan umum. Mereka tidak tahu yang pengarah yang mereka sanjungi
ini sudah punya seorang isteri. Kahwin tangkap basah! Satu perkara yang cukup
memalukan bagi seornag pengarah besar
Tuesday, March 12, 2013
Tuan Dan Puan - TP9
TENGKU Umar mengusap dagunya yang licin.
Alamat rumitlah hidup Tuan Aakif nanti. Datin Amalia itu perlu Tuan Aakif
tangani dengan bijak. Jika ikut ego memang tak jalan. Ada pelbagai perisa untuk
melembutkan hati mertua ni. Tuan Aakif perlu belajar. Tapi dengan siapa pula
Tuan Aakif perlu berguru? Masakan dengan dia yang bujang lagi ni? Tak sesuailah
pulak.
Datin
Amalia jenis mak datin yang cerewet. Tahap cerewetnya itu memang dalam list
tolakkan untuk menjadi ibu mertua pada Tengku Umar. Risiko tinggi. Boleh Datuk Sharif Dol bertahan dengan isterinya itu? Kalau datuk
lain memang sudah sah-sah tambah lagi seorang.atuk kuota masih kosong di
belakang. Lagipun datuk memang mampu. Jangan pula pilih anak-anak dara muda dan
artis-artis cantik saja. Kan bagus jika berkahwin dengan janda-janda yang
kesusahan tanpa suami. Itu baru betul membantu kaum yang lemah.
“Nampak
gaya Tuan Aakif memakai kena pakai perisai…”
“Tiada
perisai yang sesuai buat Aakif tu.”
“Hahahaha…kalau
begitu kisahnya memang akan menjadi panas nanti.”
Aimy
tersenyum. Ya…betul kata Tengku Umar. Keadaan akan menjadi semakin panas.
“Lunch nanti saya belanja awak makan?”
“Tak
bolehlah Umar. Saya kunch dengan suami saya. Tengok ni?” Aimy mengangkat bekas
bekalan makanan. Tuan Aakif sekarang mana mahu makan makanan luar. Semuanya
mesti Aimy yang menyediakan dari sarapan pagi hinggalak makan malam.
“Wow!
Great…bertuahnya Aakif."
“Kalau
hendak memikat suami inilah salah satu cara. Nanti awak berikan pesanan saya
ini pada Qaisara.”
“No hal.”
“Maaf
sebab tidak dapat teman awak.”
“I’m understand. Lagipun awak sudah
berkahwin. Saya pun takut juga kena penumbuk Aakif jika makan dengan isteri dia.
Baran Aakif tu boleh tahan.”
“Cemburunya
tak bertempat. Kadang-kadang macam budak kecil pun ada.”Desis Aimy.
“Nampak
di luar kamu ni pasangan yang ‘perfet
together’.”
Ya.
Itulah yang orang katakan. Tapi sebaliknya….
“Apa
jua halangan dan masalah akan saya laluinya Umar. Saya sayangkan mereka semua.”
“Awak
memang sudah bersiap-sedia ya?”
Aimy
hanya tersenyum panjang.
KALAU Datin Amalia mahu ikut sekaki bulan
madu anak dan menantunya maka dia pun ingin turut serta. Mana tahu si singa itu
mengapa-apakan anaknya nanti. Dia tidak benarkan walau sejentik pun jari Datin
Amalia mengenai pada tubuh Tuan Aakif.
Makin
haru jadinya. Ini lagi seorang mahu bikin masalah. Sudah duduk berjiran pun dah
kira baik dah. Masakan bulan madu anak sendiri nak ikut sekali semata-mata takut
Datin Amalia jentik Tuan Aakif. Mengarut betullah. Amsyar geleng kepala
sendiri. Tiada kes dijadikan kes.
Tuan
Aakif pun mesti sedang pening kepala. Semak pemikiran anak buahnya itu kerana
kedua-dua pihak masih bertelagah dan menimbulkan onar. Bikin rumitkan lagi
keadaan semasa. Kalau di dramakan pasti meletup dalam kaca televisyen.
“Abang
nak buat apa ikut bulan madu si aakif dengan isteri dia? Biarlah mereka
berdua-duaan.”
“Masalahnya
si singa itu ikut sekali. Jadi abang pun kena ikut sekali.” Tuan Aali menarik
nafas panjang.
“Macam
bebudak sajalah dua-dua. Umur lebih dari akil baligh pun masih nak jadi budak
bawah umur.” Omel Amsyar.
“Cakap
baik-baik ya. Abang cuma nak melindungi Aakif.”
“Aakif
sudah besar panjanglah bang. Bukannya budak kecil lagi.”
“Abang
tetap akan ikut ke sana.” Nekad betul azam Tuan Aali. Azam yang tidak kena
tempat.
Amsyar
mengeluh. Dia kerling pada ayahnya. Tok Nadim jongket bahu tanda tak masuk
campur.
“Ikut
suka hati abanglah. Nak nasihat sudah besar panjang dan lebih had umur pun.”
Amsyar mendengus.
Amsyar
bingkas bangun menuju ke ruang dapur. Bukan main lagi abangnya itu buat renovation dalam rumah ini. Semua tukar
baru dari ruang tamu sampai dapur. Itu belum tengok dalam bilik lagi.
Amsyar
menuangkan air kosong ke dalam gelas. Dia bersandar di kerusi sambil memikirkan
sesuatu. Entah macam mana lagi bantuan yang dia harus berikan kepada Tuan
Aakif. Kalau tidak dibantu bising pula anak buahnya itu.
TUAN Aakif mahu meneruskan juga pelan untuk
bulan madunya bersama Aimy. Dia sudah membuat tempahan ke Paris. Dia mahu bulan
madu yang romantik. Dia serahan kepada Aimy untuk membuat tempahan tiket kepala
terbang dan hotel untuk penginapan mereka.
Tuan
Aakif menyanyi kecil ketika di dalam bilik air. Jangan haraplah ibu mertuanya
itu akan ikut sekali. Baju tidur disarungkan pada tubuh sasanya itu. Aimy pula
sedang membaca majalah wanita di atas katil. Tuan Aakif baring di sisi Aimy.
“Sayang
sudah tempeh tiket dan hotel kita” Soalnya.
Aimy
menutup majalah wanita lalu memandang suaminya.
“Semua
sudah dibereskan tapi…”
“Tapi
apa?”
Ini
yang buat Tuan Aakif tidak sedap hati.
“Mama
dapat tahu dan Aimy terpaksa buat temapahn utk mama, papa dan adik sekali. Mama
yang take over urusan untuk tempahan semua. Aimy tak boleh buat apa-apa dah.”
Jelas Aimy.
“What?! Mama, papa dan adik you akan ikut sekali?!” Terbeliak mata
Tuan Aakif mendengar perkhabaran dari si isteri. Ini sudah lebih.
“Mama
kata jimat wang pergi berama-ramai ni.”
“Ouch!
Bila pula mama sayang belajar perihal berjimat-cermat ni?” Terjongket sebelah
kening Tuan Aakif.
“Baru
semalam kot.” Aimy membalas. Dia sudah mula dah…
“Baru
semalam? Banyaklah cantik muka mama you. Ini honeymoon untuk kita berdualah sayang
bukan untuk mama dan papa you. Dah tua-tua pun nak honeymoon juga ke? Nonsenses!”
“Biarlah....Lagipun mereka pasangan romantik masa muda-muda dulu. Tak luak pun duit
abang jika mereka ikut sama.”
Ini
bukan pasal duit. Tuan Aakif mengerling isterinya tajam. Amboi, kemain lagi
Aimy memberikan sokongan padu buat mama kesayangan dia.
Parah
macam ni bila mama Aimy mahu ikut bersama dalam rombongan bulan madu mereka.
Konon kalau pergi beramai-ramai boleh jimat kos.
Apa lagi, Tuan Aakif buat muka. Dia mahu berdua-duaan
dengan si isteri tapi ada pula penyibuk. Kalau dihalau tak baiklah pula. Mama
Aimy tu sudah jadi mama dia jugak. Aimy pula macam tidak kisah mereka ikut
sekali.
“Cancel
honeymoon kita.”
“Abang…jangan membazir.”
“Abang just nak berdua-duaan dengan sayang ke. Spoil mood betullah si singa tu.” Desus Tuan Aakif.
“La…kita menginap dalam hotel pun
bukan berkongsi bilik dengan mereka.”
Tuan Aakif ketap bibir. Isteri dia
ni memang tak faham betul kehendak suaminya ini. Dia hendak bulan madu untuk
mereka berdua saja tidak mahu ada penyibuk pihak lain. Hilang romantiknya.
“Sayang ni tak fahamlah.”
“Abang…anggap jelah pakej perlancongan
satu keluarga.”
“Huh!” Tuan Aakif menarik selimut
menutup seluruh mukanya. Sakit hati betul! Datin Amalia memang ibu mertua yang
suka bikin rosak program menantu tak kesayangan dia ini.
Entah-entah dia jemput si Raiyan bersama. Kalau Raiyan ikut sekali memang dia tendang mamat poyo itu dari kapal
terbang
Saturday, March 9, 2013
Hasil 'kreativiti'
Heroin Temujanji Cinta - Annur
Sebenarnya kerta edit dan cantum-cantum ini msusah jika tak rajin praktis segala tool, dan apa jua yg ada pada adobe photoshop (kini sedang belajar semula adobe illutrator (dan juga belajar buat vector dan coreldraw)
Ni Cover Da Domb! - Print Out sendiri untuk fan Grup CP je >_<
Da Bomb! cerita remaja...mungkin bahasa dia
agak santai ikut bahasa pasar...
Dan Kisah Ini Pun Bermula...ala kisah bawang merah bawang putih...tapi dalam ni heroin selamatkan hero pulak...sesekali ubah angin. Romantik komedi sikit...
Temujanji Cinta - Hero dan heroin yang takut untuk hadapi
temujanji dari keluarga dan teman-teman rapat. Si hero demand
tinggi sikit, si heroin budak kafe sendiri manakala si hero
uruskan syarikat servis penghantaran barang (ala macma skynet tu)
Hero Temujanji Cinta - Eshan
Lain-lain kreativiti
Suka tengok hasil kerja sendiri >_< Puas hati jugak! Blog pun cantikkan sendiri, dulu hanya tahu cari pic blog cantik2 dan copy htmlnya...sekarang pilih yg kosong dan buat sendiri rekaan dalamannya...
Millennium's_3
ASH Yuslee melangkah keluar
dari Mercerdes Benz milik Nina Karina. Kekecohan dalam MILLENNIUM'S sudah
diselesaikan. Rancangan mereka berjalan dengan lancar sekali. Majoriti ahli
lembaga MILLENNIUM'S bersetuju Ash Yuslee menerajui hotel mewah tersebut. Ash
Yuslee berkaliber dan berkeyakinan berbanding kedua-dua anak lelaki Tuan Ilham
yang lain. Kini dia menjejaki kaki ke vila mewah ayahnya yang indah di
kelilingi rimbunan pokok-kok yang rendang dan menghijau. Dia keberatan untuk
duduk sebumbung dengan keluarga tirinya. Dia tidak mahu mengenali mereka.
Dengan keluhan kecil Ash Yuslee dan Nina Karina melangkah masuk.
Nyata kehadiran mereka di villa itu
memeranjatkan Puan Hilda sekeluarga. Puan Hilda bertambah berang dan meradang.
Berkerut-kerut wajah wanita itu memandang Ash Yuslee dan Nina Karina.
"Apa lagi kamu mahu!" Puan
Hilda meninggikan suara. Terbeliak-beliak matanya ketika marah. Nina Karina
sedaya upaya menahan tawa. Rasa lucu pula melihat keadaan Puan Hilda sebegitu.
Ash Yuslee bersikap bersahaja.
"Wow! Vila ini sungguh indah
sekali. Bagaikan sebuah mahligai. " Ash Yuslee tidak menghiraukan
kata-kata Puan Hilda. Dia meninjau sekeliling dalam vila tersebut. Ash Yuslee
melemparkan senyuman kepada orang-orang gaji di dalam vila berkenaan.
"Siapa abang kacak ni
mama?" Qaseh yang baru pulang dari bersiar-siar itu bertanya kepada
mamanya. Puan Hilda mendengus kecil. Qaseh alihkan pandangan kepada Izuan dan
Hezry. Mereka juga diam membisu.
"Biar auntie kenalkan lelaki ini kepada Qaseh." Nina Karina mencelah. Qaseh terpinga-pinga.
Wanita anggun itu mengetahui namanya sedangkan dia tidak kenal akan wanita itu.
Nina Karina memimpin tangan Qaseh. Qaseh ini berdepan mata dengan Ash Yuslee.
"Auntie kenalkan pada adik ini abang
tiri Qaseh, Ash Yuslee. Dia anak kepada isteri pertama papa Qaseh."
Terbuntang luas biji mata Qaseh. Benarkah apa yang wanita itu perkatakan
padanya.
"Mama…" Puan Hilda
membisu. "Abang Izuan! Abang Hezry!" Kedua-dua abangnya membisu.
Qaseh menekup mulutnya. Jika mama dan dua abang membisu maka maksudnya lelaki
kacak depan matanya itu benarlah abang tirinya. Abang yang tidak pernah ketahui
akan kewujudannya. Lantas Qaseh memeluk Ash Yuslee. Tersentak Ash Yuslee dengan
tindakan gadis ayu itu. Malah Qaseh kelihatan girang dan tersenyum lebar.
“Qasehhhhhh!!!” Puan Hilda melenting
dengan sikap anak gadisnya.
“Tak sangka Qaseh punya abang tiri
anak mat saleh. Handsome pulak tu.
Kenapa mama sorokkan abang tiri Qaseh ni.” Penerimaan Qaseh berlainan sekali dengan
ahli keluarganya yang lain. “Abang akan tinggal di sini ya.”
“Qasehhhhhhh! Jangan kau baik sangat
dengan orang luar. Kita tak pasti lagi dia ini ahli keluarga kita. Entah penipu
mana nak bolot harta keluarga kita!” Tengking Izuan.
Qaseh pandang tepat ke dalam anak
mata Ash Yuslee. Dia cukup tertarik dengan warna mata lelaki itu. Unik! Tiada
riak jahat pada wajah kacak Ash Yuslee. Ash Yuslee tersenyum manis dengan
gelagat Qaseh. Timbul lesung pipit kedua belah pipinya.
“Senyuman abang ini mirip dengan
senyuman papa. Sah abang ini abang Qaseh juga.” Qaseh bersuara penuh yakin.
Qaseh tidak merasakan kehadiran Ash Yuslee bagaikan musuh mereka. Dia
menyenangi lelaki itu. Tidak tahu mengapa.
“Qasehhhhhhh!” Izuan bertindak
menarik lengan Qaseh. Qaseh mudah sangat terpedaya dengan kelembutan yang
terpamer pada wajah Ash Yuslee. Sungguhpun Tan Sri Farid telah menerangkan
segala-gala mengenai perihal lelaki itu, Izuan dan Hezry tidak dapat menerima
Ash Yuslee sedarah sedaging dengan mereka. Kenyataan yang pahit untuk mereka
telan.
Qaseh mengaduh kesakitan. Kuat
cengkaman Izuan pada lengannya. Izuan sudah berkasar dengan adiknya sendiri.
“Lepaskan dia.” Ash Yuslee cengkam
pergelangan tangan Izuan. Izuan mengerutkan dahi. Perlahan-lahan dia lepaskan
lengan Qaseh. Qaseh merapati Ash Yuslee. Berlindung di belakang tubuh sasa
abangnya baru hari ini dia kenali.
Hezry meneguk wain
merah itu hingga habis. Dia cuba memabukkan dirinya untuk melupakan masalah
yang berada dalam kepalanya. Mama pasti akan menetak dia hidup-hidup jika
berita tersebar luar dalam media massa. Keluarga ternama seperti mereka
sememangnya mudah mendapat tempat dimuka-muka akhbar utama. Dia sudah cukup
berhati-hati bila bersama seseorang wanita itu. Dia tidak mahu ada sebarang
komitmen dengan wanita-wanita yang ditidurinya. Wanita-wanita yang bersamanya
itu sekadar tempat persinggahan untuk melepaskan hawa nafsu.
Seorang gadis seksi menghampiri dan
duduk di sebelah Hezry. Gadis itu turut memesan wain yang sama jenis dengan
Hezry. Gadis itu tersenyum lalu mengangkat gelas minumannya kepada Hezry. Hezry
turut berbuat demikian. Atas bawah Hezry merenung gadis depan matanya itu.
Cantik dan menarik. Tidak pernah dia lihat gadis itu di pub tersebut.
“I bertuah hari ini kerana bersua
dengan anak kedua pemilik hotel mewah MILLENNIUM’S.” Gadis itu tidak menoleh.
Dia meneguk minuman dalam gelasya hingga habis. Di pinta pelayan di kaunter itu
menuangkan wain untuknya lagi.
Hezry menongkat dagu merenung gadis
ayu di sebelahnya itu. Rata-rata satu Malaysia ini sudah tahu siapa dia dan
kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya. Kemegahan MILLENNIUM’S telah
menyenaraikan papanya dalam jutawan Malaysia.
“I ada dengar khabar angin terbaru
mengenai MILLENNIUM’S. I tidak duga MILLENNIUM’S cukup pandai mengaburi mata
masyarakat sekeliling. Penuh dengan kepalsuan dan tipu muslihat.” suara gadis
itu lagi.
“Khabar angin itu semuanya mengarut.
MILLENNIUM’S adalah milik family I!”
nada Hezry berubah rentak.
“Come
on Hezry Ilham Qais. Kenyataan tidak dapat diubah. MILLENNIUM’S tidak
mungkin berada dalam genggaman you mahupun si bodoh abang you itu. Saudara tiri
you yang baru tunjuk muka itu sudah membolot segala-galanya. You tidak boleh
menafikan yang dia sedarah daging dengan you.” Gadis itu mengalih pandang.
Wajahnya begitu hampir dengan Hezry. Hidung mereka bersentuhan. Jantung Hezry
berdengup kencang dengan haruman minyak wangi yang menusuk ke dalam rongga
hidungnya. Pantas dia menjauhkan sedikit jarak dari gadis terbabit.
“Siapa you ini? Banyak yang tahu
tentang family I dan MILLENNIUM’S?”
Gadis itu ketawa kecil. Dia bingkas
bangun dan merapati anak muda itu. Begitu rapat hinggga Hezry sesak nafas lagi.
Bibirnya sudah berada di corong telinga Hezry.
“If
you nak tahu siapa I datang ke hotel tempat I menginap. I menginap di…” dia
bisikkan sesuatu pada Hezry. Hezry mengerutkan dahi. Bolehkah gadis itu
dipercayai?
Gadis itu melambaikan tangannya dan
beredar.
Hezry bangun dan meletakkan wang di
atas meja tersebut. Dia perlu mencari gadis tadi. Jawapan itu perlu dicari.
Mana tahu gadis itu salah seorang musuh keluarganya? Hezry perlu berhati-hati.
Friday, March 8, 2013
Millennium's_2
KEKECOHAN berlaku
dalam MILLENNIUM’S. Keadaan jadi tidak terkawal. Bangku pengarah menjadi
rebutan mereka yang tamakkan kuasa. Keadaan Tuan Ilham yang masih dalam
kriktikal menyebabkan urusan dalam MILLENNIUM’S tergendala. MILLENNIUM’S
memerlukan seorang pemangku untuk mentadbir dalam jangka masa ini. Sebahagian
dari ahli lembaga pengarah tidak punya keyakinan kuat terhadap Puan Hilda.
Mereka masih menunggu anak lelaki Tuan Ilham tunjuk muka dalam mesyuarat
terbabit. Telegram sudah dikirimkan. Ini menyebabkan Puan Hilda naik berang
kerana kemampuan Puan Hilda dipertikaikan. Permasalahan ini menjadi punca
pertelingkahan dalam ahli lembaga pengarah MILLENNIUM’S apatah lagi apabila
Datin Mala campur tangan.
"Bawa bersabar auntie." Ayu Sofea cuba menenangkan
Puan Hilda. Dia sendiri buntu dan tidak berani untuk membuka suara dalam
mesyuarat tersebut.
"MILLENNIUM’S akan bernaung di bawah
I dan juga anak-anak I. I isteri Tuan Ilham masakan I tidak boleh handle pentadbiran MILLENNIUM’S." berang
Puan Hilda dengan sebahagian besar ahli lembaga yang tidak berpihak padanya.
"Bertenang Hilda. Kami mengikut
etika perlembagaan yang ditetapkan oleh Ilham. Meskipun you adalah isteri
kepada Ilham etika ini perlu dipatuhi. Tiada pengecualian." Tan Sri Farid
cuba memenangkan keadaan yang kian meruncing.
“Masakan I boleh bertenang Farid.”
gerutu Puan Hilda.
"Hmmmmmmm! Etika yang
mengarut!" celah Datin Mala. "Budak itu tidak akan pulang Farid. Kau
pun tahu dia bermusuhan dengan ayahnya sendiri. Dia tidak berminat untuk
menguruskan MILLLENNIUM'S. Kalau tidak masakn dia akan duduk berpuluh tahun di
sana tu." Datin Mala mencebirkan bibirnya. Puan Hilda tersenyum. Ibunya
itu pasti akan menyokong dan membela kepentingan dia.
"I'm sorry Datin. Apa pun yang berlaku kita terpaksa menunggu dia
atau kita tunggu Ilham sedarkan diri."
"Ilham itu tidak akan sedar
Farid. Dia dah tua dan sering jatuh sakit. Tunggu masa saja masuk dalam kubur.
Tiada orang lain yang lebih layak menerajui MILLENNIUM'S selain anak dan
cucu-cucu aku Farid." lancang mulut Datin Mala berbicara. Ahli lembaga
pengarah tidak senang dengan kata-kata Datin Mala itu. Perempuan tua yang tidak
sedar diri dan tidak tahu mengenang budi. Anak-beranak sama sahaja. Hati busuk
dan tamak!
"Who say that’s." garau suara bergema di luar pintu bilik
mesyuarat tersebut. Serta merta pintu bilik mesyuarat terkuak lebar. Seorang
lelaki dengan lagak gayanya melangkah masuk bersama dua wanita yang cukup
anggun. Salah sorang dari wanita itu cukup dikenali oleh Tan Sri Farid dan Datin
Mala. Mitchell penguam peribadi Tuan Ilham. Semua mata terarah kepada tetamu
tidak diundang itu. Di belakang mereka
seorang gadis manis tercungap-cungap mengejar. Bergegas gadis bertubuh kecil
molek itu mendapatkan Puan Hilda.
"I’m sorry Madam Hilda. I
can’t stop them." nada suaranya gementar. Faham benar dengan perangai
Puan Hilda yang mudah naik angin. Pantang ada silap sikit wanita itu pasti akan
melenting. Semua pekerja di MILLENNIUM'S takut akan wanita yang bagaikan singa
buas itu.
“Hmmmmmm. Yaya you boleh keluar
sekarang. I akan handle mereka.”
“Baik Madam."
Pintu bilik mesyuarat itu di tutup oleh
Yaya dari luar. Puan Hilda bingkas bangun dari tempat duduk utama Pengarah. Dia
kerling tetamu yang tidak undang itu tajam. Ada riak tidak senang pada
wajahnya. Wanita di sebelah anak muda yang kacak itu seakan dikenali. Bibirnya
mengorak senyuman pahit.
“Nina Karina." Dia panggil nama
itu perlahan. Sudah 12 tahun Nina Karina tidak pernah tunjuk muka. Kini wanita
itu muncul secara mendadak di MILLENNIUM’S. Apa yang Nina Karina inginkan dari
MILLENNIUM’S? Kuasa dan kekayaan seperti yang dia inginkan!
“I ingat you sudah luput daya
ingatan Hilda. Rupanya I masih dikenang. I sungguh terharu." Nina Karina
berbicara separuh berbisik. Dia kerling anak muda di sebelahnya. Anak muda itu
hanya tersenyum lalu menapak ke arah kerusi pengarah. Terjegil biji mata Puan
Hilda dengan tingkah-laku anak muda yang raut wajahnya seperti lelaki Inggeris
itu. Raut wajah itu mengingatkan Puan Hilda kepada seseorang. Tapi dia tidak
ingat. Dan dia seakan-akan kenal dengan anak muda terbabit. Anak muda itu duduk
di atas kerusi yang sepatut menjadi miliknya. Tindakan anak muda itu mengundang
kemarahan Puan Hilda.
“How
dare you!” bengis wajah Puan Hilda. Datang tidak diundang kini mula tunjuk
lagak dalam bilik mesyuarat tersebut. Kurang ajar namanya! Ahli lembaga yang
lain saling berpandangan. Mereka juga tidak mengenali tetamu yang datang secara
mengejut itu.
“Why
not Madam Hilda. This chair memang
milik I. I lebih layak sit at there
daripada you, anak-anak you dan mother
you itu. You patut tahu taraf you dengan I amat jauh berbeza." Angkuh
bicara anak muda itu. Fasih sungguh dia berbahasa Melayu. Ayu Sofea sudah
terpaku melihat lelaki yang sedang memanaskan lagi suasana dalam bilik
mesyuarat itu. Lidahnya kelu untuk berbicara. Siapakah lelaki Inggeris ini?
Kacak dan segak. Hatinya kian berdebar-debar.
“What!!!
Sini bukan tempat untuk you buat joke.
Lebih baik you keluar sebelum I halau you macam anjing.” tempelak Puan Hilda.
“Call security guard nowwww!!!” Datin Mala
menyambung.
“Shut
up your mouth Madam Hilda! Dan you juga perempuan tua! Listen very carefully what I want to say!” Anak muda itu hentakkan
tangan atas meja. Hatinya kian panas melihat wajah Puan Hilda dan Datin Mala.
Inikah wanita yang merampas ayah dari mamanya. Inikah wanita tua yang
memporak-perandakan kehidupan rumahtangga ayah dan ibunya. “I atau you dengan mother you yang akan dihalau keluar
nanti Madam Hilda. Jangan terlalu biadap.” Pertama kali seumur hidupnya Puan
Hilda ditengking sedemikian rupa. Maruahnya tercabar sama sekali. Datin Mala
menjuihkan bibir.
“Berani you meninggikan suara dengan
I. You tahu siapa I!”
“Of
course I tahu siapa you Madam Hilda. Wanita yang perasan cantik dan tidak
sedar diri! I tidak tahu mengapalah Tuan Ilham begitu bodoh memilih you." Mendidih
darah Puan Hilda mendengar kata-kata anak muda itu. "So everybody please listening very carefully. Today I akan berikan surprise
untuk kamu semua. I tahu I kedatangan ini membuatkan kamu semua tertanya-tanya
siapa I. I datang bukan tidak diundang. Tapi I dijemput oleh kamu semua
sendiri."
Mereka pandang tepat pada wajah
wajah anak muda itu. Tan Sri Farid menjadi bingung. Siapakah anak muda yang
begitu berani meninggikan suara pada Puan Hilda dan Datin Mala ini? Diusap-usap
rambut putih yang meliar tubuh bawah dagunya. Otaknya berputar ligat. Berubah
serta-merta reaksi Tan Sri Farid.
"Kau datang memang dijemput. Uncle benar-benar tidak dapat mengecam
kau lagi. Kau sudah besar panjang dan lebih sasa dari daddy kau." Tan Sri Farid bingkas bangun. Lantas dia memeluk
tubuh anak muda itu. Ahli lembaga yang lain mengerutkan dahi begitu jua Puan
Hilda dan Datin Mala.
“Hahahaha…Uncle juga sudah makin berusia.” Anak muda itu ketawa kecil.
"You kenal dengan budak ini ke
Farid?" soal Puan Hilda.
"Of course Hilda. Inilah Ash Yuslee anak Ilham. Anak tiri you
jugakan. Masakan you tidak kenal anak tiri you sendiri Hilda." balas Tan
Sri Farid senang hati. Tidak berkelip mata Puan Hilda merenung wajah Ash Yuslee.
Budak itu benar-benar sudah dewasa. Masih hidup dan bernyawa. Fikirnya anak
perempuan sial itu sudah mati! Puan Hilda menelan air liur.
Ash Yuslee meleraikan pelukannya.
Dia aturkan langkah menuju ke arah Datin Mala. Wanita tua itu beliakkan biji
matanya. Kehadiran Ash Yuslee telah meranapkan segala usahanya selama ini.
"I harap you boleh jaga mulut
you lain kali. I tak tahu apa yang I akan buat pada mulut wanita tua yang
kurang ajar macam you." Ash Yuslee seakan memberikan amaran kepada Datin Mala.
Sekalipun dia dan ayahnya bermusuhan namun tidak sesekali dia pinta ayahnya
mati. Datin Mala mencebirkan bibirnya.
Mata Ayu Sofea masih tidak lari dari
memandang Ash Yuslee. Dia tidak pernah mengenali anak lelaki Tuan Ilham yang
satu ini selain Izuan dan Hezry. Entah mengapa hatinya kian berdebar-debar. Ayu
Sofea mengerling pada Ash Yuslee yang angkuh bersilang kaki di kerusi pengarah.
Puan Hilda mengurut dada. Peluh
dingin mula memenuhi segenap ruang pada wajahnya. Ash Yuslee bukan seorang yang
senang untuk ditangani. Lebih-lebih lagi bila Nina Karina juga ada bersama.
"You nampaknya sesak nafas
Hilda." Entah bila Nina Karina berada di belakang Puan Hilda. Tersentak
wanita itu dibuatnya. “Lebih you berjaga-jaga Hilda. Dia akan rampas
segala-galanya dari you.”
Nina Karina. Wanita itu masih tampak
menarik seperti dulu. Wajahnya seakan tidak dimamah usia. Hati Puan Hilda
dilanda keresahan. Nina Karina….wanita itu jua ular yang berbisa.
"INI
dokumen-dokumen yang akan membuktikan Ash Yuslee adalah pemengang syer terbesar
dalam MILLENNIUM’S." Mitchell menyerahkan fail tersebut kepada Nina
Karina. Nina Karina menyambut dengan senyuman. Ash Yuslee duduk berteleku. Dia
tidak berminat ambil tahu soal harta yang bakal dimilikinya. Apa yang dia buat
demi menuntut keadilan untuk arwah mummy.
Dia bukan manusia yang tamak mengejar harta dunia. Nina Karina memaut mesra
bahu Asy Yuslee. Anak muda itu sudah di anggap bagaikan anaknya sendiri. Dia
tahu apa yang bermain dalam pemikiran anak muda itu. Raut wajahnya ditatap penuh
kasih. Raut yang saling tidak tumpah benar dengan wajah mummynya. Seorang isteri yang setia berkorban demi suami tercinta
namun dikhianati oleh ketamakan manusia lain.
“Nina…jika sesuatu berlaku pada aku
nanti kau tolong tengok-tengokkan anak aku ya.” Nina Karina kerling wanita ayu
bertudung di sebelahnya itu. Dia kerutkan dahi. Apa yang tidak kena dengan
temannya itu. Apakah yang masih membelenggu hati temannya itu? Semalam dia
begitu gembira kerana temannya itu selamat melahirkan benih cintanya yang ditunggu-tunggu
selama ini. Zuriat Ilham Rais.
“Kau jangan cakap yang
bukan-bukanlah Bel. Aku tak suka. Aku nak kau dan aku yang membesarkan anak
kita yang comel ni.” Nina Karina memicit-micit pipi tembam bayi lelaki yang
berada dalam pelukannya.
“Kita tidak tahu bila maut memanggil
kita Nina.” Bibirnya mengukir senyuman nipis.
“Sudah! Jangan kau merepek lagi yang
bukan-bukan Bel. Aku tak suka tahu.” Nina Karina meninggikan sedikit suaranya.
Dia ketawa kecil. Nina Karina tidak berubah. Masih kasar orangnya. Dia
mengambil sekecil yang berada dalam dakapan Nina Karina. Bayinya itu dicium
bertalu-talu. Dia nyaris-nyaris kehilangan bayinya akibat kemalangan tersebut.
“Nina aku mahu kau janji satu
perkara pada aku. Bolehkan.” Nina Karina dikerling mesra. Bibirnya tidak lekang
dari mengukir senyuman. Nina Karina tersenyum. Mungkin ini sebab utama ‘DIA’
begitu mencintai temannya ini. Seraut wajah yang lembut dan tenang. Bila
teringatkan orang itu hatinya sesekali terusik dan marahnya menguasai diri.
Penderitaan temannya itu berpunca dari ‘DIA’ yang tidak tahu menghargai cinta
dan pengorbanan.
“Baiklah.” balas Nina Karina.
“Terima kasih Nina. Kaulah sahabat
aku dunia dan akhirat. Jika berlaku sesuatu pada aku suatu hari kelak, kau
jagalah Ash seperti anak kau sendiri. Kalau boleh aku tak mahu Ash dibesarkan
dalam keluarga itu. Aku mahu kau bawa Ash lari jauh dari mereka. Lari jauh dari
dia. Ash perlu dilindungi. Hanya dia satu-satunya harta yang paling bernilai
padaku Nina. Aku tidak kisah pasal MILLENNIUM’S. Jauhkan Ash dari MILLENNIUM’S!”
Dia menarik nafas panjang.
“Sampai bila kau nak menyorok begini
Bel? Ilham pun tahu tentang kewujudan bayi kau ini. Dia boleh merampas Ash dari
tangan kau bahkan dari tangan aku juga. Ash adalah pewaris MILLENNIUM’S.”
“Itu yang aku takutkan Nina. Aku
takut Ash dikuasai oleh MILLENNIUM’S. Ketamakan! Hasad dengki! Penumpahan
darah! Semuanya ada pada MILLENIUM’S. MILLENNIUM’S telah tercemar.” Isabel
memaut erat jari-jemari Nina Karina. Dia yakin Nina Karina boleh melindungi
anaknya.
“Aku tak boleh janji Bel.Kau sendiri
tahu sikap aku Bel. Namun aku berjanji akan berada di sisinya tidak kira apa
jua keadaan.” Nina Karina seorang tegas dalam membuat keputusan. Dia adalah
seorang wanita yang pantang berundur sebelum bertempur.
“Jika itu kata-kata kau, aku
letakkan kepercayaan aku pada kau seratus-peratus. Aku akan berikan syer yang
tinggal padaku itu kepada kau Nina. Ash tidak perlukan syer tersebut kerana dia
adalah pemilik mutlak MILLENNIUM’S. Ilham tidak mungkin menyerahkan MILLENIUM’S
kepada Hilda kerana Ash adalah zuriatnya yang sah.”
“Bel….”
Air mata membasahi pipinya. Bagaikan
semalam perbualan itu berlaku. Nina Karina nekad untuk menuntut keadilan.
MILLENNIUM’S yang tercemar dengan kekotoran itu akan dibersihkan. Ash Yuslee akan
merebut semula MILLENNIUM’S mummynya.
Itu pilihan yang dia buat untuk Ash Yuslee. Dia tekad.
“Apa yang Mama Nina sedang fikirkan
itu.” teguran Ash Yuslee mencampakkan Nina Karina ke alam nyata.
“Tiada apa-apa.”
“Mama Nina teringatkan mummy kah?”
“Kau marahkan mama kerana mendesak
kau menerajui MILLENNIUM’S?” Lain
yang disoal lain yang
dibalas. Nina Karina cuba mengelak. Ash Yuslee tahu wanita itu amat bencikan
perosak-perosak yang berbilangan besar dalam MILLENNIUM’S. Perosak-perosak itu
yang memusnahkan keluarganya. Mereka pembunuh mummy!
“Mama Nina tak takut jika Ash
menjadi seorang yang tidak berperikemanusiaan terhadap mereka? Lupakah mama
bagaimana Ash menjatuhkan Gradient Hotel
sebelum ini. Mama tak takut MILLENNIUM’S menerima nasib yang sama?” Ash Yuslee
memandang wajah Nina Karina. Wanita itu mengukir segaris senyuman.
“Kau nak menakutkan mama. Kau ingat
mama tak tahu apa yang berada dalam fikiran kau.” Nina Karina memeluk tubuh.
Ash Yuslee tidak mungkin akan menghancurkan MILLENNIUM’S. Sekejam mana pun anak
muda itu hatinya masih punya perasaan tulus. Ash Yuslee bijak menyembunyikan
perasaan itu.
Ash Yuslee ketawa kecil. Nina Karina
benar-benar memahami dirinya. Dia bingkas bangun dari kerusi eklusifnya. Bebola
matanya menghadap jendela yang terbentang luas. Sungguh indah permandangan di
luar sana.
“Aku akan singkirkan sampah sarap
itu seorang demi seorang. Aku akan heret mereka yang bunuh mummy aku. Seorang pun tidak akan terlepas!” bisik hati kecil Ash
Yuslee.
Pintu biliknya terkuak. Puan Hilda
melangkah masuk dengan angkuh. Nina Karina gelengkan kepala. Wanita itu sengaja
mencari nahas. Dia tidak sedar dia sedang berhadapan dengan siapa.
“Keluar!” Ash Yuslee sudah
menghalakan jari telunjuknya ke muka pintu. Wajah Puan Hilda cemberut. Berani
anak muda itu menghalau dia. Satu lagi penghinaan baginya.
“Berani you kurang ajar dengan I.”
Puan Hilda menyeringai. Ash Yuslee tetap berlagak tenang. Wajah tidak
berperasaan itu mencerlung tajam Puan Hilda.
“Keluar!” Patah perkataan itu diulangi
lagi.
“Apa hak you nak halau I. ini bilik
suami I so suka hati I lah nak masuk ke sini. Lagipun kerusi yang you duduk itu
sepatutnya menjadi milik I!” Puan Hilda melenting.
“Hahahahaha!” Ash Yuslee ketawa
dengan riak angkuh. Puan Hilda merengus. Ash yuslee gelengkan kepala
berkali-kali. Nina Karina sekadar menjadi pemerhati. Ash yuslee mampu menangani
wanita itu tanpa bantuan darinya.
“You fikir I tak boleh ragut
syer-syer you dalam MILLENNIUM’S. I juga boleh ragut semua syer-syer anak ayam
you. Tentu you pernah dengar berita keruntuhan Gardient Hotel.” Ash Yuslee tersenyum sinis.
Raut wajah Puan Hilda berubah. Anak
matanya membulat besar. Ya! Tentu saja dia tahu berita tersebut. Gradient Hotel adalah di antara pesaing
hebat MILLENNIUM’S. Ketika itu dia ketawa besar menerima kehancuran berita Gradient Hotel di media-media masa. Tidak
mungkin!
"Budak mentah seperti you tidak
mungkin dapat menjatuhkan Gradient Hotel
bertaraf lima bintang itu. You hanya nak menakutkan I.”
“I rasa penyiasat upahan you boleh
merisik khabar di sana seperti mana mereka merisik kehidupan I. Sayangnya
orang-orang upahan you terlalu bodoh. I seorang pun mereka tak dapat hapuskan.”
Tersentap Puan Hilda mendengar kata-kata dari bibir Ash Yuslee. Dia mula tidak
betah berada dalam bilik pejabat itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)