SEBUAH pub terkenal di ibu kota. Anak-anak
muda menari bagaikan orang sasau mengikut rentak muzik yang berkumandang.
Suasana yang begitu membingitkan telinga. Seorang gadis yang asyik menari
menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang sedang bergelak ketawa dengan minuman
keras di tangan masing-masing. Aksi gaya yang menggiurkan dan menggoda gadis
itu buat mereka kecur air liur. Gadis-gadis yang menemani bersama mereka turut
terasa cemburu. Masakan tidak, gadis yang tidak lekang dari pandangan mata
lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya potongan badan persis seorang model.
Lelaki berambut agak panjang mencecah bahu itu memaut bahu lelaki yang sedang
menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki itu sahaja yang tidak
memesan apa-apa minuman dalam pusat hiburan terbabit. Dia tersengih. Namun
dalam bab memikat gadis diserahkan
saja pada temannya itu. Tidak pernah ada gadis yang tidak akan jatuh dalam pelukannya. Rupa paras yang kacak dan kekayaan yang dimilikinya menjadi aset utama gadis-gadis cantik mendekati dia. Bila puas bermain dengan gadis itu dia akan tinggalkan tanpa ucapan selamatkan tinggal. Sikap bertukar-tukar teman wanita sudah menjadi hobinya sejak menuntut di kolej lagi. Berpuluh-puluh gadis yang menangis dan meraung kerana lelaki ini. Siapa yang tidak kenal Ery Fitkri, buaya darat yang berdarah muda. Ery Fitkri sangat terkenal di kalangan perempuan-perempuan materealistik. Apa yang menghairankan gadis-gadis itu sudah tahu dengan perangai buaya Ery Fitkri, namun mereka masih ingin mendampingi lelaki itu.
saja pada temannya itu. Tidak pernah ada gadis yang tidak akan jatuh dalam pelukannya. Rupa paras yang kacak dan kekayaan yang dimilikinya menjadi aset utama gadis-gadis cantik mendekati dia. Bila puas bermain dengan gadis itu dia akan tinggalkan tanpa ucapan selamatkan tinggal. Sikap bertukar-tukar teman wanita sudah menjadi hobinya sejak menuntut di kolej lagi. Berpuluh-puluh gadis yang menangis dan meraung kerana lelaki ini. Siapa yang tidak kenal Ery Fitkri, buaya darat yang berdarah muda. Ery Fitkri sangat terkenal di kalangan perempuan-perempuan materealistik. Apa yang menghairankan gadis-gadis itu sudah tahu dengan perangai buaya Ery Fitkri, namun mereka masih ingin mendampingi lelaki itu.
Ery
Fitkri tersenyum melihat gadis-gadis ayu yang melintas di hadapannya. Ajakkan
untuk menari bersama ditolak dengan lembut. Bukan sengaja mahu menolak. Teman
wanita disisinya sudah menunjukkan riak muka tidak senang. Faham benar Ery
Fitkri dengan sikap Sara yang kuat cemburu. Mungkin sudah tiba masanya untuk
dia meninggalkan Sara. Ery Fitkri sedang menanti peluang itu. Sara dirasakan
tidak memenuhi citarasanya. Dia juga sudah jemu bermain dengan Sara.
“I
nak pergi ke toilet sekejap.” Sara
bingkas bangun. Peluang ini diambil oleh Khalil untuk merapati Ery Fitkri. Ery
Fitkri seolah-olah memerhatikan seseorang dengan khusyuk. Siapalah gadis yang
telah menarik perhatian Ery Fitkri sepenuhnya? Mata tajam Ery Fitri melihat
kelincahan gadis yang sedang ligat menari sendirian mengikut rentak muzik
rancak itu. Bukan tiada lelaki yang cuba mendampingi tetapi gadis itu menolaknya
mentah-mentah. Ery Fitkri cukup tertarik dengan gadis tersebut.. Gadis itu
bagaikan mawar liar yang berduri. Cantik namun tidak boleh disentuh. Gadis itu
mengalihkan pandangan matanya. Mata mereka bertaut. Dia mengenyitkan matanya ke
arah Ery Fitkri.
Ery
Fitkri tersenyum melihat isyarat manja yang diberikan gadis tadi. Dia tahu
gadis itu sengaja mahu bermain tarik-tarik tali bersamanya. Lagak riak raut
wajah gadis jelita itu tampak angkuh bagaikan dia pemenang utama dalam
permainan ini. Ery Fitkri bukan lelaki yang mudah mengalah.
“Bagaimana?”
soal Khalil. Dia tahu Ery Fitkri amat berminat dengan gadis terbabit. Ini
peluang Khalil merebut Sara dari Ery Fitkri. Dia sudah lama ingin memiliki
Sara. Sara hanya memandang pada Ery Fitkri. Khalil tidak berpuas hati.
“Nampak
seperti tidak mudah untuk memikatnya. Berikan I satu minggu..Dalam masa satu
minggu dia akan jadi milik I.” balas Ery Fitkri penuh yakin.
“You
berani bertaruh dengan I?” Khalil angkatkan keningnya. Ery Fitkri mengulum
senyuman. Wang bukan masalah bagi Ery Fitkri. Dia punya segala-galanya.
“I
bertaruh lima ribu ringgit untuk gadis jelita itu. You setuju.” Khalil angkat
angka lima di jarinya. Ery Fitkri melirik senyuman.
“Boleh
percaya ke?”
“Of course.”
“But…if I’m the winner you kena bayar I
dua kali ganda dari jumlah itu.” Ery Fitkri memandang tepat ke muka Khalil.
“Why not? Wang bukan masalah pada I
juga.” Ery Fitkri dan Khalil sama-sama ketawa. Teman-teman yang lain tidak
menghiraukan perbualan dua rakan karib itu. Mereka sudah khayal dengan dunia
yang mereka ciptakan sendiri. Mabuk dengan air kotor yang sudah meresap dalam
kerongkong dan urat sendi mereka. Sara keluar dari tandas. Dia tersenyum
melihat Ery Fitkri masih melekat di tempat duduknya. Sara merapati Ery Fitkri.
Bibir mongelnya dilekapkan pada pipi lelaki itu lama. Khalil sekadar jadi
pemerhati. Cemburu dengan aksi manja Sara itu!
“You want drink it.” Sara menghulurkan gelas minumannya kepada Ery
Fitkri.
Ery Fitkri menolak keras. Dia tidak akan
sentuh minuman terbabit.
“I
dah kata I tidak minum.” desis Ery Fitkri.
“Ery…you
ini tak gentlemen lah.” Sara
mencebik. Dia menjeling Ery Fitkri manja. “Ery…mari kita menari.” Sara menarik
tangan Ery Fitkri. Ery Fitkri merentap tangannya kembali. Ery Fitkri makin
jelak dengan Sara. Sikap manja dan mengada-ngada Sara merimaskan Ery Fitkri.
Sara juga suka mengawal pengerakkan Ery Fitkri. Ery Fitkri tidak suka
dikongkong oleh seorang perempuan.
“I
penat hari ini. You boleh ajak orang lain menari dengan you.”
“Why? You boyfriend I so you kena menari
dengan I. Malam minggu mestilah mahu enjoy. Kalau begitu apa kata kita…” rengek
Sara manja tanpa menghabiskan ayatnya. Dia ingin mengalihkan perhatian Ery
Fitkri dari gadis terbabit. Bibirnya mula menjalar pada leher Ery Fitkri. Ery
Fitkri rimas. Dia menepis perlahan. Sara mengetap bibir. Ery Fitkri semakin
dingin pada dia. Dulu Ery Fitkri suka jika dia berbuat demikian.
“You
jangan hendak paksa-paksa I ikut telunjuk you!” Ery Ery Fitkri bingkas bangun.
Sara tersentak. Ery Fitkri tidak pernah berkasar sebelum ini. Dia alihkan
pandangan mata gadis yang menjadi perhatian Ery Fitkri itu. Gadis itu tersenyum
dan mengenyitkan mata ke arah Sara. Panas hati sara dibuatnya. Gadis itu
sengaja mahu mempermainkannya.
“I
tahu you sudah jatuh hati pada betina itukan?! Dasar buaya darat!” Sara
mendengus.
Dia halakan jari telunjuk ke arah gadis yang
masih galak menari sendirian itu. Gadis yang berambut kerinting panjang separas
pinggang itu behenti menari. Dia seakan mendengar kata-kata Sara. Dia tenung
Sara tajam. Kemudian dia melemparkan senyuman manis dan memberikan isyarat mata
kepada Ery Fitkri sebelum mengaturkan langkahnya. Dia menghilangkan diri
disebalik kelompok anak-anak muda yang sedang menari rancak.
Buaya? Ery Fitri sudah
tidak peduli dengan gelaran ‘buaya’.
“You
pun sudah tahu siapa I kan? So you
patut tahu akan kesudahan hubungan antara you dengan I sampai setakat ini.
Bye-bye.” Ery Fitkri bingkas bangun.
Masakan dia akan
melepaskan peluang untuk mengekori gadis tersebut. Sara menghentakkan kaki
dengan tindakan Ery Fitkri itu. Selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan.
Dia labuhkan punggung disisi Khalil. Minuman yang tidak terusik itu diteguk
hingga habis. Khalil memaut bahu Sara. Sara yang dia idamkan selama ini.
“Ery
tak mahu you, I boleh ganti tempat dia.
Jangan pandang I sebelah mata. I juga boleh berikan apa saja yang Ery berikan
pada you.” Sara kerling Khalil manja. Sara sedar Khalil menaruh perasaan pada
dia. Dia yang tidak layan.
Khalil pun apa kurangnya.
Kacak dan kaya juga. Sara memaut pinggang Khalil. Khalil senyum nakal. Malam
ini Sara akan menjadi miliknya. Khalil berikan isyarat mata. Sara seakan
memahami lalu mengganggukkan kepalanya. Mereka beriringan keluar dari tempat
tersebut.
Gadis itu sengaja
membiarkan Ery Fitkri mengekori langkahnya. Dia mengorak senyuman penuh makna.
Terkocoh-kocoh Ery Fitkri mengejarnya. Sebaik saja mereka sampai di tempat
parkir kereta gadis itu behenti melangkah. Dia memalingkan kepalanya.
“Kenapa
ekori I?” bicara gadis itu. Dia menyilangkan tangannya. Wajahnya sengaja
dikeruhkan. Dia sudah lama menanti peluang ini. Jual mahal terhadap lelaki di
sekelilingnya ada agenda yang tersendiri. Lelaki itu yang dikejar selama ini.
Lelaki itu yang ingin dia dekati dengan niat yang masih tersirat.
“Salahkah
I mengikut you.” ujar Ery Fitkri. Bibirnya menguntum senyuman. Gadis itu segera
dihampiri. Pinggang gadis tu raih lembut. Gadis itu seakan membenarkan Ery
Fitkri berbuat demikian. “You memang bijak menggoda I.” sambung Ery Fitkri.
“Goda
you. Nonsenses!” Gadis itu menolak
tubuh Ery Fitkri. Saja dibuat-buat wajah marahnya.
“Tiada
gadis yang tidak sudi bersama I.”
“Hahahaha!
You terlalu yakin. I bukan jenis gadis yang mudah diperkotak-katikkan.” desis
gadis itu. Ery Fitkri ketawa kecil.
“Menarik.”
Ery Fitkri memaut dagu gadis itu. Mata mereka saling bertatapan.
“Anatasya
you tidak perlu berpura-pura depan mata I lagi. I tahu siapa you?” Siapa yang
tidak kenal akan gadis bernama Anatasya yang egonya tinggi melangit. Gadis
jelita yang menjadi perempuan simpanan VIP terkenal. Anatasya jenis yang pandai
bermuka-muka dan tidak pernah serius dalam perhubungan. Dia dan Anatasya memang
secocok.
Anatasya
ketawa kecil lalu menepis tangan Ery Fitkri. Dia senang hati Ery Fitkri masih
mengenali dirinya. Anatasya bersandar pada kereta sportnya yang berwarna merah
itu. Skrit pendek yang terbelah tepi menepi itu menampakkan pehanya yang putih
bersih. Lelaki mana tidak terliur dengan gadis seksi ini.
“Kalau
you nak I jadi milik you, you mesti menang bertanding dengan I dulu. If you
sahut cabaran I, I akan jadi milik you.”Jari telunjuk runcingnya dilekapkan
pada bibir Ery Fitkri
“Bagi syarat nampaknya.
Tapi I sukakannya.” Ery Fitkri tersenyum sinis. “I terima cabaran dari you?
Tapi you mesti kotakan apa yang you janjikan.” Ery Fitkri kenyitkan mata.
Nakal.
“Berlumba
dengan I. You berani?” Anatasya mengibas rambutnya ke belakang. Dia melirik
senyuman manis. Dia kerling Cagiva milik
Ery Fitkri. Anatasya cukup yakin dia boleh memenangi perlumbaan itu.
“Jangan
pandang rendah dengan ninja turtle I.
I takut you yang menyesal nanti.”
“Well…kita tunggu dan lihat siapa yang
akan ketawa sebagai pemenang.” Anatasya membuka pintu keretanya. Dia melangkah
masuk dan menghidupkan enjin keretanya. Tanpa menunggu lebih lama Anatasya
memecut keretanya sambil melambaikan tangan ke arah Ery Fitkri. Ery Fitkri
merengus kecil. Dia menyarung jaket hitamnya. Ery Fitkri memakai helmet
menutupi seluruh wajahnya. Dia memulas kunci motorsikalnya. Deruman bunyi
motorsikal berkuasa tinggi itu memecah kesunyian di tempat parkir tersebut.
Mototsikal berkuasa tingginya mula bergerak. Ery Fitkri memecut selaju-lajunya untuk mendapatkan Anatasya
yang jauh ke hadapan. Lebuh raya pada jam tiga pagi begini tampak lenggang dan
amat mudah untuk dia mengesan kedudukan Anatasya.
Anatasya
menekan pedal minyak. Bibirnya mengulum senyuman bila melihat motorsikal
berkuasa tinggi milik Ery Fitkri makin mendekati. Mereka saling
potong-memotong. Sukar untuk menentukan antara mereka yang bakal menjadi
pemenangnya. Anatasya ketawa kecil bila kereta sportnya meninggalkan motorsikal
Ery Fitkri jauh ke belakang. Fikirnya Ery Fitkri mungkin tidak dapat mengejar
dia kali ini. Kemenangan milik dia. Dia tidak sukakan pada kekalahan. Namun
Anatasya lupa lelaki seperti Ery Fitkri juga tidak suka akan kekalahan. Dia
memecut motorsikalnya.
“Jangan
kau fikir ninja turtle aku tak boleh
menandingi kereta sport kau. Kau dah silap buat pengiraan Tasya.” Bisik hati
kecil Ery Fitkri.
Keruh
wajah Anatasya bila motorsikal Ery Fitkri sudah berada disisinya. Ery Fitkri
mengangkat sebelah tangannya memberikan isyarat ibu jari ke bawah kepada
Anatasya. Anatasya menjuihkan bibirnya. Pantas motorsikal Ery Fitkri memintas
kereta sport Anatasya. Siapa yang menang dan siapa yang kalah sudah diketahui
keputusannya kini. Anatasya benar-benar tidak puas hati tidak dapat menundukkan
Ery Fitkri. Kereta sport milik Anatasya terkandas di persimpangan. Dia
hentakkan tangan pada stereng kereta. Bunyi deruan motorsikal berkuasa tinggi
milik Ery Fitkri jelas kedengaran dalam corong telinga Anatasya. Anatasya
menjeling Ery Fitkri yang dengan lagaknya menghampiri kereta dia. Ery Fitkri
melirik senyum kemenangan. Kalau sudah kerap berlumba di trek memang tidak
menjadi halangan buat Ery Fitkri berlumba di lebuh raya pula. Ery Fitkri turun
dari motorsikalnya lalu merapati kereta sport milik Anatasya.
“I
nak tuntut janji dari you.” Ery Fitkri mencuit dagu Anatasya. Anatasya
mencebik.
“Bukan
mudah lelaki nak tundukkan I.” desis Anatasya. Nampaknya Anatasya seakan tidak
mengakui kekalahannya dalam perlumbaan tersebut. Ery Fitkri ketawa kecil.
"I
orang pertama yang akan tundukkan you." Ery Fitkri menarik pintu kereta
sport Anatasya. Dia paksa Anatasya keluar dari keretanya. Pantas tubuh langsing
itu di rangkul ke dalam pelukannya. Sesak nafas Ery Fitkri dengan haruman di
tubuh gadis itu. Ery Fitkri merapatkan bibirnya pada cuping telinga Anatasya.
"I
mahukan ganjaran I." ucap Ery Fitkri lagi. Dia memberikan isyarat mata
kepada Anatasya. Anatasya tersenyum
sinis.
"Kita
ke hotel." bisik Anatasya manja. Ery Fitkri tersenyum manis.
Ery
Fitkri meleraikan rangkulannya dari pinggang Anatasya. “You jangan fikir I akan
masuk dalam perangkap permainan you.”
“Hmmm…you takut?”
“You
tidak akan dapat menggantikan tempat dia. Di hati I hanya ada dia. Hanya dia
bernilai seratus peratus di hati I.”
“Habis
mengapa you sudi bermain dengan I, Ery?! You pun tahu you tidak boleh bersama
dia! Sampai bila you akan behenti mempermainkan cinta gadis-gadis di sekeliling
you.” Anatasya menyilangkan tangannya. Nyata dia tidak berpuas hati dengan
penjelasan Ery Fitkri. “Percintaan you dengan dia menyebabkan dia sakit jiwa.
You juga sudah sakit jiwa seperti dia.”
“You
tidak berhak mencampuri urusan peribadi I! Lebih baik you behenti dari mengejar
cinta I.” Ery Fitkri meninggikan suaranya.
“Siapa
kata I memburu cinta you. I hanya seronok bermain dengan cinta. I bukan jenis
perempuan yang mudah untuk jatuh cinta. You pun tahukan.” Anatasya melebarkan
senyuman.
Ery
Fitkri membisu. Ery Fitkri tidak mengambil masa lebih lama di situ. Dia segera
menunggang kembali motorsikalnya lalu memecut laju. Anatasya ketawa kecil.
ERY FITKRI memulas cembul pintu bilik
hotelnya. Dia menyalakan lampu dalam biliknya itu. Saat itu matanya terpaku
pada bungkusan kotak atas mejanya. Ada keluhan berat di bibir Ery Fitkri.
Nampaknya ‘DIA’ sudah pulang. Ery Fitkri campakkan jaket kulitnya atas tilam.
Bungkusan kotak itu dicapai. Ligat tangan kasar itu mengoyakkan balutan pada
kotak terbabit. Sebuah topeng dikeluarkan dari kotak itu. Topeng bermuka
senyuman palsu itu seakan menggambarkan dirinya sendiri.
“Hmmm…Kau
pun memang suka bermain-main dengan aku.” Nyata Ery Fitkri mengenali pengirim
topeng itu.
Topeng itu dicampakkan atas katil. Sekeping
nota kecil dipandang sekilas lalu. Dia mengerutkan dahi. ‘hidup kau hanya berselindung di sebalik topeng’. Ery Fitkri
mengetap bibir. Dia pandang wajahnya ke arah cermin. Dengan rupa paras yang kacak
dan harta kekayaan yang melimpah-ruah, dia diburu oleh gadis-gadis jelita yang
mahu menumpang kesenangannya. Namun tidak ada seorang dari mereka yang mampu
membuka pintu hatinya yang tertutup untuk cinta. Cintanya sudah mati untuk
insan yang dipanggil wanita! Cinta membahagiakan namun kadang-kala cinta
menjadi sungguh kejam!
Ery
Fikri kepalkan penumbuk di tangan kanannya. Dia
hentakkan penumbuknya pada cermin terbabit. Berderai bunyi kaca-kaca
jatuh menyimbah lantai. Saat itu Ery Fitkri meraup wajahnya. Darah merah
mengotori wajahnya. Apakah benar dia hanya memakai topeng untuk menutup
identiti sendiri?
bab 1dh de, bab 2 bila lg....
ReplyDelete