Tab Menu

Followers

Tuesday, March 12, 2013

Tuan Dan Puan - TP9



TENGKU Umar mengusap dagunya yang licin. Alamat rumitlah hidup Tuan Aakif nanti. Datin Amalia itu perlu Tuan Aakif tangani dengan bijak. Jika ikut ego memang tak jalan. Ada pelbagai perisa untuk melembutkan hati mertua ni. Tuan Aakif perlu belajar. Tapi dengan siapa pula Tuan Aakif perlu berguru? Masakan dengan dia yang bujang lagi ni? Tak sesuailah pulak.
            
Datin Amalia jenis mak datin yang cerewet. Tahap cerewetnya itu memang dalam list tolakkan untuk menjadi ibu mertua pada Tengku Umar. Risiko tinggi. Boleh Datuk Sharif Dol bertahan dengan isterinya itu? Kalau datuk lain memang sudah sah-sah tambah lagi seorang.atuk kuota masih kosong di belakang. Lagipun datuk memang mampu. Jangan pula pilih anak-anak dara muda dan artis-artis cantik saja. Kan bagus jika berkahwin dengan janda-janda yang kesusahan tanpa suami. Itu baru betul membantu kaum yang lemah.
            
“Nampak gaya Tuan Aakif memakai kena pakai perisai…”
            
“Tiada perisai yang sesuai buat Aakif tu.”
            
“Hahahaha…kalau begitu kisahnya memang akan menjadi panas nanti.”
            
Aimy tersenyum. Ya…betul kata Tengku Umar. Keadaan akan menjadi semakin panas.
            
Lunch nanti saya belanja awak makan?”
            
“Tak bolehlah Umar. Saya kunch dengan suami saya. Tengok ni?” Aimy mengangkat bekas bekalan makanan. Tuan Aakif sekarang mana mahu makan makanan luar. Semuanya mesti Aimy yang menyediakan dari sarapan pagi hinggalak makan malam.
            
“Wow! Great…bertuahnya Aakif."
            
“Kalau hendak memikat suami inilah salah satu cara. Nanti awak berikan pesanan saya ini pada Qaisara.”
            
No hal.”
            
“Maaf sebab tidak dapat teman awak.”
            
I’m understand. Lagipun awak sudah berkahwin. Saya pun takut juga kena penumbuk Aakif jika makan dengan isteri dia. Baran Aakif tu boleh tahan.”
            
“Cemburunya tak bertempat. Kadang-kadang macam budak kecil pun ada.”Desis Aimy.
            
“Nampak di luar kamu ni pasangan yang ‘perfet together’.”
            
Ya. Itulah yang orang katakan. Tapi sebaliknya….
            
“Apa jua halangan dan masalah akan saya laluinya Umar. Saya sayangkan mereka semua.”
           
 “Awak memang sudah bersiap-sedia ya?”
           
 Aimy hanya tersenyum panjang.
           
KALAU Datin Amalia mahu ikut sekaki bulan madu anak dan menantunya maka dia pun ingin turut serta. Mana tahu si singa itu mengapa-apakan anaknya nanti. Dia tidak benarkan walau sejentik pun jari Datin Amalia mengenai pada tubuh Tuan Aakif.
            
Makin haru jadinya. Ini lagi seorang mahu bikin masalah. Sudah duduk berjiran pun dah kira baik dah. Masakan bulan madu anak sendiri nak ikut sekali semata-mata takut Datin Amalia jentik Tuan Aakif. Mengarut betullah. Amsyar geleng kepala sendiri. Tiada kes dijadikan kes.
            
Tuan Aakif pun mesti sedang pening kepala. Semak pemikiran anak buahnya itu kerana kedua-dua pihak masih bertelagah dan menimbulkan onar. Bikin rumitkan lagi keadaan semasa. Kalau di dramakan pasti meletup dalam kaca televisyen.
            
“Abang nak buat apa ikut bulan madu si aakif dengan isteri dia? Biarlah mereka berdua-duaan.”
            
“Masalahnya si singa itu ikut sekali. Jadi abang pun kena ikut sekali.” Tuan Aali menarik nafas panjang.
            
“Macam bebudak sajalah dua-dua. Umur lebih dari akil baligh pun masih nak jadi budak bawah umur.” Omel Amsyar.
            
“Cakap baik-baik ya. Abang cuma nak melindungi Aakif.”
            
“Aakif sudah besar panjanglah bang. Bukannya budak kecil lagi.”
            
“Abang tetap akan ikut ke sana.” Nekad betul azam Tuan Aali. Azam yang tidak kena tempat.
            
Amsyar mengeluh. Dia kerling pada ayahnya. Tok Nadim jongket bahu tanda tak masuk campur.
            
“Ikut suka hati abanglah. Nak nasihat sudah besar panjang dan lebih had umur pun.” Amsyar mendengus.
            
Amsyar bingkas bangun menuju ke ruang dapur. Bukan main lagi abangnya itu buat renovation dalam rumah ini. Semua tukar baru dari ruang tamu sampai dapur. Itu belum tengok dalam bilik lagi.
            
Amsyar menuangkan air kosong ke dalam gelas. Dia bersandar di kerusi sambil memikirkan sesuatu. Entah macam mana lagi bantuan yang dia harus berikan kepada Tuan Aakif. Kalau tidak dibantu bising pula anak buahnya itu.

TUAN Aakif mahu meneruskan juga pelan untuk bulan madunya bersama Aimy. Dia sudah membuat tempahan ke Paris. Dia mahu bulan madu yang romantik. Dia serahan kepada Aimy untuk membuat tempahan tiket kepala terbang dan hotel untuk penginapan mereka.
            
Tuan Aakif menyanyi kecil ketika di dalam bilik air. Jangan haraplah ibu mertuanya itu akan ikut sekali. Baju tidur disarungkan pada tubuh sasanya itu. Aimy pula sedang membaca majalah wanita di atas katil. Tuan Aakif baring di sisi Aimy.
            
“Sayang sudah tempeh tiket dan hotel kita” Soalnya.
            
Aimy menutup majalah wanita lalu memandang suaminya.
            
“Semua sudah dibereskan tapi…”
            
“Tapi apa?”
           
Ini yang buat Tuan Aakif tidak sedap hati.
            
“Mama dapat tahu dan Aimy terpaksa buat temapahn utk mama, papa dan adik sekali. Mama yang take over urusan untuk tempahan semua. Aimy tak boleh buat apa-apa dah.” Jelas Aimy.

What?! Mama, papa dan adik you akan ikut sekali?!” Terbeliak mata Tuan Aakif mendengar perkhabaran dari si isteri. Ini sudah lebih.
            
“Mama kata jimat wang pergi berama-ramai ni.”
            
“Ouch! Bila pula mama sayang belajar perihal berjimat-cermat ni?” Terjongket sebelah kening Tuan Aakif.
            
“Baru semalam kot.” Aimy membalas. Dia sudah mula dah…
            
“Baru semalam? Banyaklah cantik muka mama you. Ini honeymoon untuk kita berdualah sayang bukan untuk mama dan papa you. Dah tua-tua pun nak honeymoon juga ke? Nonsenses!”
            
“Biarlah....Lagipun mereka pasangan romantik masa muda-muda dulu. Tak luak pun duit abang jika mereka ikut sama.”
            
Ini bukan pasal duit. Tuan Aakif mengerling isterinya tajam. Amboi, kemain lagi Aimy memberikan sokongan padu buat mama kesayangan dia.
            
Parah macam ni bila mama Aimy mahu ikut bersama dalam rombongan bulan madu mereka. Konon kalau pergi beramai-ramai boleh jimat kos.

Apa lagi, Tuan Aakif buat muka. Dia mahu berdua-duaan dengan si isteri tapi ada pula penyibuk. Kalau dihalau tak baiklah pula. Mama Aimy tu sudah jadi mama dia jugak. Aimy pula macam tidak kisah mereka ikut sekali.
            
Cancel honeymoon kita.”
           
 “Abang…jangan membazir.”
            
“Abang just nak berdua-duaan dengan sayang ke. Spoil mood betullah si singa tu.” Desus Tuan Aakif.
            
“La…kita menginap dalam hotel pun bukan berkongsi bilik dengan mereka.”
            
Tuan Aakif ketap bibir. Isteri dia ni memang tak faham betul kehendak suaminya ini. Dia hendak bulan madu untuk mereka berdua saja tidak mahu ada penyibuk pihak lain. Hilang romantiknya.
            
“Sayang ni tak fahamlah.”
            
“Abang…anggap jelah pakej perlancongan satu keluarga.”
            
“Huh!” Tuan Aakif menarik selimut menutup seluruh mukanya. Sakit hati betul! Datin Amalia memang ibu mertua yang suka bikin rosak program menantu tak kesayangan dia ini.
            
Entah-entah dia jemput si Raiyan bersama. Kalau Raiyan ikut sekali memang dia tendang mamat poyo itu dari kapal terbang

3 comments:

  1. hehehe...
    sweet pula bila Aakif merajuk dengan isterinya...

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Lawak betul aakif ni... Ape punye mentua la. Kacau daun betul..

    ReplyDelete
  3. buku akn dtrbitkn ke???saya nk satu!!

    ReplyDelete