Tab Menu

Followers

Friday, March 8, 2013

Millennium's_2




KEKECOHAN berlaku dalam MILLENNIUM’S. Keadaan jadi tidak terkawal. Bangku pengarah menjadi rebutan mereka yang tamakkan kuasa. Keadaan Tuan Ilham yang masih dalam kriktikal menyebabkan urusan dalam MILLENNIUM’S tergendala. MILLENNIUM’S memerlukan seorang pemangku untuk mentadbir dalam jangka masa ini. Sebahagian dari ahli lembaga pengarah tidak punya keyakinan kuat terhadap Puan Hilda. Mereka masih menunggu anak lelaki Tuan Ilham tunjuk muka dalam mesyuarat terbabit. Telegram sudah dikirimkan. Ini menyebabkan Puan Hilda naik berang kerana kemampuan Puan Hilda dipertikaikan. Permasalahan ini menjadi punca pertelingkahan dalam ahli lembaga pengarah MILLENNIUM’S apatah lagi apabila Datin Mala campur tangan.
            
"Bawa bersabar auntie." Ayu Sofea cuba menenangkan Puan Hilda. Dia sendiri buntu dan tidak berani untuk membuka suara dalam mesyuarat tersebut.
            
"MILLENNIUM’S akan bernaung di bawah I dan juga anak-anak I. I isteri Tuan Ilham masakan I tidak boleh handle pentadbiran MILLENNIUM’S." berang Puan Hilda dengan sebahagian besar ahli lembaga yang tidak berpihak padanya.
            
"Bertenang Hilda. Kami mengikut etika perlembagaan yang ditetapkan oleh Ilham. Meskipun you adalah isteri kepada Ilham etika ini perlu dipatuhi. Tiada pengecualian." Tan Sri Farid cuba memenangkan keadaan yang kian meruncing.
            
“Masakan I boleh bertenang Farid.” gerutu Puan Hilda.
            
"Hmmmmmmm! Etika yang mengarut!" celah Datin Mala. "Budak itu tidak akan pulang Farid. Kau pun tahu dia bermusuhan dengan ayahnya sendiri. Dia tidak berminat untuk menguruskan MILLLENNIUM'S. Kalau tidak masakn dia akan duduk berpuluh tahun di sana tu." Datin Mala mencebirkan bibirnya. Puan Hilda tersenyum. Ibunya itu pasti akan menyokong dan membela kepentingan dia.
            
"I'm sorry Datin. Apa pun yang berlaku kita terpaksa menunggu dia atau kita tunggu Ilham sedarkan diri."
            
"Ilham itu tidak akan sedar Farid. Dia dah tua dan sering jatuh sakit. Tunggu masa saja masuk dalam kubur. Tiada orang lain yang lebih layak menerajui MILLENNIUM'S selain anak dan cucu-cucu aku Farid." lancang mulut Datin Mala berbicara. Ahli lembaga pengarah tidak senang dengan kata-kata Datin Mala itu. Perempuan tua yang tidak sedar diri dan tidak tahu mengenang budi. Anak-beranak sama sahaja. Hati busuk dan tamak!
            
"Who say that’s." garau suara bergema di luar pintu bilik mesyuarat tersebut. Serta merta pintu bilik mesyuarat terkuak lebar. Seorang lelaki dengan lagak gayanya melangkah masuk bersama dua wanita yang cukup anggun. Salah sorang dari wanita itu cukup dikenali oleh Tan Sri Farid dan Datin Mala. Mitchell penguam peribadi Tuan Ilham. Semua mata terarah kepada tetamu tidak diundang itu.  Di belakang mereka seorang gadis manis tercungap-cungap mengejar. Bergegas gadis bertubuh kecil molek itu mendapatkan Puan Hilda.
           
"I’m sorry Madam Hilda. I can’t stop them." nada suaranya gementar. Faham benar dengan perangai Puan Hilda yang mudah naik angin. Pantang ada silap sikit wanita itu pasti akan melenting. Semua pekerja di MILLENNIUM'S takut akan wanita yang bagaikan singa buas itu.
            
“Hmmmmmm. Yaya you boleh keluar sekarang. I akan handle mereka.”
            
“Baik Madam."
            
Pintu bilik mesyuarat itu di tutup oleh Yaya dari luar. Puan Hilda bingkas bangun dari tempat duduk utama Pengarah. Dia kerling tetamu yang tidak undang itu tajam. Ada riak tidak senang pada wajahnya. Wanita di sebelah anak muda yang kacak itu seakan dikenali. Bibirnya mengorak senyuman pahit.
            
“Nina Karina." Dia panggil nama itu perlahan. Sudah 12 tahun Nina Karina tidak pernah tunjuk muka. Kini wanita itu muncul secara mendadak di MILLENNIUM’S. Apa yang Nina Karina inginkan dari MILLENNIUM’S? Kuasa dan kekayaan seperti yang dia inginkan!
            
“I ingat you sudah luput daya ingatan Hilda. Rupanya I masih dikenang. I sungguh terharu." Nina Karina berbicara separuh berbisik. Dia kerling anak muda di sebelahnya. Anak muda itu hanya tersenyum lalu menapak ke arah kerusi pengarah. Terjegil biji mata Puan Hilda dengan tingkah-laku anak muda yang raut wajahnya seperti lelaki Inggeris itu. Raut wajah itu mengingatkan Puan Hilda kepada seseorang. Tapi dia tidak ingat. Dan dia seakan-akan kenal dengan anak muda terbabit. Anak muda itu duduk di atas kerusi yang sepatut menjadi miliknya. Tindakan anak muda itu mengundang kemarahan Puan Hilda.
            
How dare you!” bengis wajah Puan Hilda. Datang tidak diundang kini mula tunjuk lagak dalam bilik mesyuarat tersebut. Kurang ajar namanya! Ahli lembaga yang lain saling berpandangan. Mereka juga tidak mengenali tetamu yang datang secara mengejut itu.
            
Why not Madam Hilda. This chair memang milik I. I lebih layak sit at there daripada you, anak-anak you dan mother you itu. You patut tahu taraf you dengan I amat jauh berbeza." Angkuh bicara anak muda itu. Fasih sungguh dia berbahasa Melayu. Ayu Sofea sudah terpaku melihat lelaki yang sedang memanaskan lagi suasana dalam bilik mesyuarat itu. Lidahnya kelu untuk berbicara. Siapakah lelaki Inggeris ini? Kacak dan segak. Hatinya kian berdebar-debar.
           
What!!! Sini bukan tempat untuk you buat joke. Lebih baik you keluar sebelum I halau you macam anjing.” tempelak Puan Hilda.

Call security guard nowwww!!!” Datin Mala menyambung.
            
Shut up your mouth Madam Hilda! Dan you juga perempuan tua! Listen very carefully what I want to say!” Anak muda itu hentakkan tangan atas meja. Hatinya kian panas melihat wajah Puan Hilda dan Datin Mala. Inikah wanita yang merampas ayah dari mamanya. Inikah wanita tua yang memporak-perandakan kehidupan rumahtangga ayah dan ibunya. “I atau you dengan mother you yang akan dihalau keluar nanti Madam Hilda. Jangan terlalu biadap.” Pertama kali seumur hidupnya Puan Hilda ditengking sedemikian rupa. Maruahnya tercabar sama sekali. Datin Mala menjuihkan bibir.
            
“Berani you meninggikan suara dengan I. You tahu siapa I!”
            
Of course I tahu siapa you Madam Hilda. Wanita yang perasan cantik dan tidak sedar diri! I tidak tahu mengapalah Tuan Ilham begitu bodoh memilih you." Mendidih darah Puan Hilda mendengar kata-kata anak muda itu. "So everybody please listening very carefully. Today I akan berikan surprise untuk kamu semua. I tahu I kedatangan ini membuatkan kamu semua tertanya-tanya siapa I. I datang bukan tidak diundang. Tapi I dijemput oleh kamu semua sendiri."
            
Mereka pandang tepat pada wajah wajah anak muda itu. Tan Sri Farid menjadi bingung. Siapakah anak muda yang begitu berani meninggikan suara pada Puan Hilda dan Datin Mala ini? Diusap-usap rambut putih yang meliar tubuh bawah dagunya. Otaknya berputar ligat. Berubah serta-merta reaksi Tan Sri Farid.
            
"Kau datang memang dijemput. Uncle benar-benar tidak dapat mengecam kau lagi. Kau sudah besar panjang dan lebih sasa dari daddy kau." Tan Sri Farid bingkas bangun. Lantas dia memeluk tubuh anak muda itu. Ahli lembaga yang lain mengerutkan dahi begitu jua Puan Hilda dan Datin Mala.
            
“Hahahaha…Uncle juga sudah makin berusia.” Anak muda itu ketawa kecil.
            
"You kenal dengan budak ini ke Farid?" soal Puan Hilda.
            
"Of course Hilda. Inilah Ash Yuslee anak Ilham. Anak tiri you jugakan. Masakan you tidak kenal anak tiri you sendiri Hilda." balas Tan Sri Farid senang hati. Tidak berkelip mata Puan Hilda merenung wajah Ash Yuslee. Budak itu benar-benar sudah dewasa. Masih hidup dan bernyawa. Fikirnya anak perempuan sial itu sudah mati! Puan Hilda menelan air liur.
            
Ash Yuslee meleraikan pelukannya. Dia aturkan langkah menuju ke arah Datin Mala. Wanita tua itu beliakkan biji matanya. Kehadiran Ash Yuslee telah meranapkan segala usahanya selama ini.
            
"I harap you boleh jaga mulut you lain kali. I tak tahu apa yang I akan buat pada mulut wanita tua yang kurang ajar macam you." Ash Yuslee seakan memberikan amaran kepada Datin Mala. Sekalipun dia dan ayahnya bermusuhan namun tidak sesekali dia pinta ayahnya mati. Datin Mala mencebirkan bibirnya.
            
Mata Ayu Sofea masih tidak lari dari memandang Ash Yuslee. Dia tidak pernah mengenali anak lelaki Tuan Ilham yang satu ini selain Izuan dan Hezry. Entah mengapa hatinya kian berdebar-debar. Ayu Sofea mengerling pada Ash Yuslee yang angkuh bersilang kaki di kerusi pengarah.
            
Puan Hilda mengurut dada. Peluh dingin mula memenuhi segenap ruang pada wajahnya. Ash Yuslee bukan seorang yang senang untuk ditangani. Lebih-lebih lagi bila Nina Karina juga ada bersama.
            
"You nampaknya sesak nafas Hilda." Entah bila Nina Karina berada di belakang Puan Hilda. Tersentak wanita itu dibuatnya. “Lebih you berjaga-jaga Hilda. Dia akan rampas segala-galanya dari you.”
            
Nina Karina. Wanita itu masih tampak menarik seperti dulu. Wajahnya seakan tidak dimamah usia. Hati Puan Hilda dilanda keresahan. Nina Karina….wanita itu jua ular yang berbisa.

"INI dokumen-dokumen yang akan membuktikan Ash Yuslee adalah pemengang syer terbesar dalam MILLENNIUM’S." Mitchell menyerahkan fail tersebut kepada Nina Karina. Nina Karina menyambut dengan senyuman. Ash Yuslee duduk berteleku. Dia tidak berminat ambil tahu soal harta yang bakal dimilikinya. Apa yang dia buat demi menuntut keadilan untuk arwah mummy. Dia bukan manusia yang tamak mengejar harta dunia. Nina Karina memaut mesra bahu Asy Yuslee. Anak muda itu sudah di anggap bagaikan anaknya sendiri. Dia tahu apa yang bermain dalam pemikiran anak muda itu. Raut wajahnya ditatap penuh kasih. Raut yang saling tidak tumpah benar dengan wajah mummynya. Seorang isteri yang setia berkorban demi suami tercinta namun dikhianati oleh ketamakan manusia lain.
            
“Nina…jika sesuatu berlaku pada aku nanti kau tolong tengok-tengokkan anak aku ya.” Nina Karina kerling wanita ayu bertudung di sebelahnya itu. Dia kerutkan dahi. Apa yang tidak kena dengan temannya itu. Apakah yang masih membelenggu hati temannya itu? Semalam dia begitu gembira kerana temannya itu selamat melahirkan benih cintanya yang ditunggu-tunggu selama ini. Zuriat Ilham Rais.
            
“Kau jangan cakap yang bukan-bukanlah Bel. Aku tak suka. Aku nak kau dan aku yang membesarkan anak kita yang comel ni.” Nina Karina memicit-micit pipi tembam bayi lelaki yang berada dalam pelukannya.
            
“Kita tidak tahu bila maut memanggil kita Nina.” Bibirnya mengukir senyuman nipis.
            
“Sudah! Jangan kau merepek lagi yang bukan-bukan Bel. Aku tak suka tahu.” Nina Karina meninggikan sedikit suaranya. Dia ketawa kecil. Nina Karina tidak berubah. Masih kasar orangnya. Dia mengambil sekecil yang berada dalam dakapan Nina Karina. Bayinya itu dicium bertalu-talu. Dia nyaris-nyaris kehilangan bayinya akibat kemalangan tersebut.
            
“Nina aku mahu kau janji satu perkara pada aku. Bolehkan.” Nina Karina dikerling mesra. Bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman. Nina Karina tersenyum. Mungkin ini sebab utama ‘DIA’ begitu mencintai temannya ini. Seraut wajah yang lembut dan tenang. Bila teringatkan orang itu hatinya sesekali terusik dan marahnya menguasai diri. Penderitaan temannya itu berpunca dari ‘DIA’ yang tidak tahu menghargai cinta dan pengorbanan.
           
“Baiklah.” balas Nina Karina.
        
“Terima kasih Nina. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Jika berlaku sesuatu pada aku suatu hari kelak, kau jagalah Ash seperti anak kau sendiri. Kalau boleh aku tak mahu Ash dibesarkan dalam keluarga itu. Aku mahu kau bawa Ash lari jauh dari mereka. Lari jauh dari dia. Ash perlu dilindungi. Hanya dia satu-satunya harta yang paling bernilai padaku Nina. Aku tidak kisah pasal MILLENNIUM’S. Jauhkan Ash dari MILLENNIUM’S!” Dia menarik nafas panjang.
            
“Sampai bila kau nak menyorok begini Bel? Ilham pun tahu tentang kewujudan bayi kau ini. Dia boleh merampas Ash dari tangan kau bahkan dari tangan aku juga. Ash adalah pewaris MILLENNIUM’S.”
            
“Itu yang aku takutkan Nina. Aku takut Ash dikuasai oleh MILLENNIUM’S. Ketamakan! Hasad dengki! Penumpahan darah! Semuanya ada pada MILLENIUM’S. MILLENNIUM’S telah tercemar.” Isabel memaut erat jari-jemari Nina Karina. Dia yakin Nina Karina boleh melindungi anaknya.
            
“Aku tak boleh janji Bel.Kau sendiri tahu sikap aku Bel. Namun aku berjanji akan berada di sisinya tidak kira apa jua keadaan.” Nina Karina seorang tegas dalam membuat keputusan. Dia adalah seorang wanita yang pantang berundur sebelum bertempur.
            
“Jika itu kata-kata kau, aku letakkan kepercayaan aku pada kau seratus-peratus. Aku akan berikan syer yang tinggal padaku itu kepada kau Nina. Ash tidak perlukan syer tersebut kerana dia adalah pemilik mutlak MILLENNIUM’S. Ilham tidak mungkin menyerahkan MILLENIUM’S kepada Hilda kerana Ash adalah zuriatnya yang sah.”
            
“Bel….”
            
Air mata membasahi pipinya. Bagaikan semalam perbualan itu berlaku. Nina Karina nekad untuk menuntut keadilan. MILLENNIUM’S yang tercemar dengan kekotoran itu akan dibersihkan. Ash Yuslee akan merebut semula MILLENNIUM’S mummynya. Itu pilihan yang dia buat untuk Ash Yuslee. Dia tekad.
            
“Apa yang Mama Nina sedang fikirkan itu.” teguran Ash Yuslee mencampakkan Nina Karina ke alam nyata.
            
“Tiada apa-apa.”
            
“Mama Nina teringatkan mummy kah?”
            
“Kau marahkan mama kerana mendesak kau menerajui MILLENNIUM’S?” Lain
yang disoal lain yang dibalas. Nina Karina cuba mengelak. Ash Yuslee tahu wanita itu amat bencikan perosak-perosak yang berbilangan besar dalam MILLENNIUM’S. Perosak-perosak itu yang memusnahkan keluarganya. Mereka pembunuh mummy!
            
“Mama Nina tak takut jika Ash menjadi seorang yang tidak berperikemanusiaan terhadap mereka? Lupakah mama bagaimana Ash menjatuhkan Gradient Hotel sebelum ini. Mama tak takut MILLENNIUM’S menerima nasib yang sama?” Ash Yuslee memandang wajah Nina Karina. Wanita itu mengukir segaris senyuman.
            
“Kau nak menakutkan mama. Kau ingat mama tak tahu apa yang berada dalam fikiran kau.” Nina Karina memeluk tubuh. Ash Yuslee tidak mungkin akan menghancurkan MILLENNIUM’S. Sekejam mana pun anak muda itu hatinya masih punya perasaan tulus. Ash Yuslee bijak menyembunyikan perasaan itu.
            
Ash Yuslee ketawa kecil. Nina Karina benar-benar memahami dirinya. Dia bingkas bangun dari kerusi eklusifnya. Bebola matanya menghadap jendela yang terbentang luas. Sungguh indah permandangan di luar sana.
            
“Aku akan singkirkan sampah sarap itu seorang demi seorang. Aku akan heret mereka yang bunuh mummy aku. Seorang pun tidak akan terlepas!” bisik hati kecil Ash Yuslee.
            
Pintu biliknya terkuak. Puan Hilda melangkah masuk dengan angkuh. Nina Karina gelengkan kepala. Wanita itu sengaja mencari nahas. Dia tidak sedar dia sedang berhadapan dengan siapa.
            
“Keluar!” Ash Yuslee sudah menghalakan jari telunjuknya ke muka pintu. Wajah Puan Hilda cemberut. Berani anak muda itu menghalau dia. Satu lagi penghinaan baginya.
            
“Berani you kurang ajar dengan I.” Puan Hilda menyeringai. Ash Yuslee tetap berlagak tenang. Wajah tidak berperasaan itu mencerlung tajam Puan Hilda.
            
“Keluar!” Patah perkataan itu diulangi lagi.
            
“Apa hak you nak halau I. ini bilik suami I so suka hati I lah nak masuk ke sini. Lagipun kerusi yang you duduk itu sepatutnya menjadi milik I!” Puan Hilda melenting.
            
“Hahahahaha!” Ash Yuslee ketawa dengan riak angkuh. Puan Hilda merengus. Ash yuslee gelengkan kepala berkali-kali. Nina Karina sekadar menjadi pemerhati. Ash yuslee mampu menangani wanita itu tanpa bantuan darinya.
            
“You fikir I tak boleh ragut syer-syer you dalam MILLENNIUM’S. I juga boleh ragut semua syer-syer anak ayam you. Tentu you pernah dengar berita keruntuhan Gardient Hotel.” Ash Yuslee tersenyum sinis.
            
Raut wajah Puan Hilda berubah. Anak matanya membulat besar. Ya! Tentu saja dia tahu berita tersebut. Gradient Hotel adalah di antara pesaing hebat MILLENNIUM’S. Ketika itu dia ketawa besar menerima kehancuran berita Gradient Hotel di media-media masa. Tidak mungkin!
            
"Budak mentah seperti you tidak mungkin dapat menjatuhkan Gradient Hotel bertaraf lima bintang itu. You hanya nak menakutkan I.”
            
“I rasa penyiasat upahan you boleh merisik khabar di sana seperti mana mereka merisik kehidupan I. Sayangnya orang-orang upahan you terlalu bodoh. I seorang pun mereka tak dapat hapuskan.” Tersentap Puan Hilda mendengar kata-kata dari bibir Ash Yuslee. Dia mula tidak betah berada dalam bilik pejabat itu.

5 comments:

  1. best...sy just nak bagi idea..kalau nak tulis tntg sesuatu bisnes cthnye perhotelan...buat research sket supaya x lari dari konsep perhotelan...try tgok cerita2 korea yg berkaitan ngan hotel cthnye..hotelier or Lie to me...utk buat lebih real...

    anyway..sy suka cerita ni....
    semoga berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas pandangan yang diberikan...Millennium's Ilham dari siri Drama Tanjak Holding's (kisah hotel ...akak juga ada buat reseacrh tentang hotel...Maaf akak rasa dah terlalu banyak orang ikut genre korea...akak nak nampak lebih kemelayuan...

      Delete
  2. smbng la lgi yg ni dh bce dkt fb ari tu

    ReplyDelete
  3. kak ilya..sambung plisssss!!!

    ReplyDelete
  4. Saya rasa ayat,

    'So everbody listening very carefully.'

    patut ditukar dgn

    'So, everybody please listen very carefully.' :)

    ReplyDelete