“KENAPA tipu sayang?!” Putri Tasnim merenung Tiryaq
dengan mata yang berair. Tiryaq, suaminya itu adalah pengarah besar TIR
Holding’s. Sungguh tidak diduga sama sekali. Tiryaq hanya berlakon
dihadapannya. Dia macma orang bodoh mempercayai cinta dan kasih sayang dari
lelaki itu.
“Sayang…please calm down.” Tiryaq tidak menduga
yang Putri Tasnim akan hadir di majlis itu. Adakah semua ini aturan dari Tengku
Tyea?
Tengku
Tyea kelihatan tersenyum sinis. Drama sebak sedang bermula. Dia adalah watak
sampingan untuk drama yang menarik ini. Tengku Tyea ingin bongkarkan status
Tiryaq untuk tatapan umum. Mereka tidak tahu yang pengarah yang mereka sanjungi
ini sudah punya seorang isteri. Kahwin tangkap basah! Satu perkara yang cukup
memalukan bagi seornag pengarah besar
seperti Tiryaq.
seperti Tiryaq.
Tetamu
yang hadir di dalam majlis ulang tahun TIR Holding’s bangun dari kerusi
masing-masing. Mata mereka terpaku pada wajah Putri Tasnim. Siapakah wanita
ini? Apa kaitannya dengan Tiryaq?
Tiryaq
turun dari pentas. Kakinya laju menapak ke arah Putri Tasnim. Kedua-dua belah
lengan Putri Tasnim dicengkam lembut. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang
memandang. Mengapa mesti rahsia ini terbongkar lebih awal? Rancangan asalnya
telah diketahui oleh orang lain. Siapa yang menjadi gunting dalam lipatan.
Tiryaq mengerling Apple. Apple menggeleng laju. Sumpah! April hanya bekerja
untuk Tiryaq. Dia hanya mengikut rancangan dan aturan yang diberikan oleh
Tiryaq. Dia tidak sesekali mengkhianati Tiryaq.
“Sayang…”
“Penipu!
Semua ini rancangan abang kan?” Putri Tasnim menolak tubuh sasa Tiryaq. Sakit
sungguh hati ini. Tiryaq berpura-pura selama ini.
“Sayang…dengar
dulu penjelasan dari abang. Kita bincang di tempat lain.” Tiryaq memujuk.
Putri
Tasnim memakukan matanya pada Tiryaq. Tangan lembutnya hinggap pada pipi
Tiryaq.
“Pernikahan
antara kita adalah rancangan abang juga kan?”
“Sayang…”
“Jawab!”
Lantang suara Putri Tasnim.
Tiryaq
membisu.
Tengku Tyea menepuk tangannya. Dia tertawa kecil. Dialah orang yang paling gembira melihat drama ini.
“Pengarah besar TIR Holding’s
memang memalukan. Kalau you all nak tahu Tiryaq menikahi perempuan ini sebab
kena tangkap basah.” Tengku Tyea bersuara.
Ini masanya untuk menjatuhkan
Tiryaq terus dari berkuasa dalam TIR Holding’s.
“Tiryaq…” Bonda Arfah juga
mengharapkan penjelasan dari Tiryaq. Adakah ini sandiwara dari Tiryaq lagi?
“Bonda…” Pandangan mata redup
Tiryaq beralih pada Bonda Arfah.
“Betulkah kata-kata Tengku Tyea
itu? Jangan menipu bonda.”
Tiryaq angguk.
Bonda Arfah terlopong. Dia nyaris
pengsan dengan pengakuan Tiryaq yang cukup hanya dengan isyarat tubuh itu.
Mujur saja Tengku Mirza sempat menyambut tubuh Bonda Arfah.
“Tiryaq…I hate you!” Putri Tasnim berpaling dan berlalu meninggakan majlis
yang belum sampai ke penamatnya itu.
Tiryaq segera mengikuti langkah
Purti Tasnim. Dia sudah menghiraukan tentang majlis yang sudah menjadi
haru-biru itu. Apa yang penting sekarang adalah Putri Tasnim. Hati Putri Tasnim
perlu dipujuk. Dia tidak mempermainkan cinta dan perasaan Putri Tasnim.
Tengku Tyea ketawa terbahak-bahak.
Dia cukup puas hati. Puas hati sangat. Undian untuk kerusi pengarah akan
berpihak padanya. Dia akan berkuasa selepas ini. Tiryaq akan disingkirkan
sepenuhnya. Tiryaq tidak layak bermaharaja di TIR Holding’s.
“SAYANG!” Tiryaq laju menarik lengan Putri Tasnim.
Mujur sahaja isterinya itu tidak hilang keseimbangan.
“Lepaslah!”
Tempelak Putri Tasnim.
“Sayang…please….dengar
dulu penjelasan dari abang.”
“Semuanya
sudah jelas!”
“Sayang!
Abang tak tipu cinta dan kasih sayang abang pada sayang.”
“Stop it! I tak mahu dengar apa-apa lagi!”
Tiryaq
masih mencengkam lengan Putri Tasnim. Putri Tasnim tidak mampu untuk
melawannya.
“Jangan
mudah dengar cakap orang lain.”
“Lepaslah!
Penipu! Penipu!” Putri Tasnim terjerit-jerit memukul tangan Tiryaq. Nafasnya tercungap-cungap. Dia seperti
kepenatan. Wajahnya sedikit pucat.
“Sayang…awak
okay?” Tiryaq mulai bimbang melihat keadaan Putri Tasnim.
Tiryaq
melepaskan cengkamannya. Putri Tasnim menapak beberapa langkah namun pandangan
matanya mula kelam. Dia jatuh rebah.
“Sayang!”
Tiryaq meluru dan mengangkat tubuh Putri Tasnim.
alamak...kesiannya kat tiyraq...
ReplyDeletetengku tyea memang gila kuasa...x suka...
alah kemapa demgam tasnim...jeng2...
rasa2 berita baik kut...
betul x kak ilya\
Ehem2
DeleteLAMA LG KE NOVELNYA NAK KELUAR X SABAR NAK PEGANG BUKU.
ReplyDeleteAlo2...sob2 tq setia menanti
DeleteAdoi la.. lama bebenor nuggu novelnya.. Dah redi sangat2 nak beli ni.. Keluar ja terus gi beli...
ReplyDeletesabar ye...tahun depan hehehehe
Deletemenanti novel ini di pasaran ...lama menunggu ... xper boleh tunggu lagi .. tahun depan here i wait ...huhuhu harap umuq panjang...
ReplyDeleterindu sungguh dgn tiryaq n tasnim....
ReplyDeletehah tasnim pregnent! hehehe
ReplyDeleteakak bila buku ni nak keluar.. lama dah tunggu.. sob..sob..sob..
ReplyDelete