Tab Menu

Followers

Friday, March 15, 2013

Millennium's_Bab 4


TUAN Ilham Rais masih terbaring koma di atas katil. Wayar-wayar berselirat atas dada dan tangannya. Mulutnya pula ditutup dengan alat bantuan penafasan. Tuan Ilham diawasi ketat dalam wad bertaraf VIP itu. Ahli keluarganya yang meminta berbuat demikian. Berhati-hati dengan musuh-musuh MILLENNIUM'S yang sering mengambil kesempatan. Ash Yuslee melangkah masuk ke dalam wad
tersebut. Kot yang dua puluh empat jam tersarung pada tubuhnya sudah ditanggalkan. Dia lebih selesa dengan kemeja yang dilipat kedua belah tangannya. Ash Yuslee mengambil tempat duduk di sisi ayahnya. Nina Karina tidak mengetahui kedatangannya ke hospital. Dia ingin melawat ayahnya tanpa ditemani sesiapa. Inilah kali pertama dia menatap wajah seorang ayah yang meninggalkan mamanya berpuluh tahun lalu.
            
Wajah Tuan Ilham masih ada raut tampannya sekalipun sudah dimamah usia. Pasti ketika muda dahulu ayahnya menjadi rebutan gadis-gadis waktu itu. Ash Yuslee meraba-raba wajahnya. Dia tidak begitu ketara mengikut acuan wajah ayahnya melainkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Ash Yuslee merenung wajah ayahnya sepuas-puas hati. Ada air mata mengalir dari kelopak mata. Segera dia menyapu manik-manik mutiara yang gugur membasahi wajah tampannya. Ikutkan hati mahu saja dia mencabut alat bantuan penafasan ayahnya itu. Namun dia masih berfikiran waras. Kebencian tidak akan memberikan kebahagiaan dalam hidup.
            
"Budak nakal! Berani kau pukul anak aku!" Mak Gayah piat telinganya hingga merah. Dia mengetap bibir. Tidak sesekali mulutnya menjerit minta belas kasihan. Dia sudah biasa dengan pelbagai cercaan yang dilemparkan oleh penduduk kampung itu.
            
"Sudahlah anak yang tidak diketahui asal-usulnya. Tiada berbapa. Patutlah nakal berhantu. Dasar anak luar nikah!" sambung Mak Gayah lagi. Azli di sebelah ketawa mengejek. Azli cukup suka melihat Ash Yuslee dibelasah oleh ibunya.
            
"Mulut kau patutnya disambal dengan cili api Gayah. Mulut busuk!" Hajah Roha cukup berang apabila Mak Gayah mencaci cucunya sedemikian rupa. Apa salah cucunya? Apa salah menantunya? Mereka teraniaya dengan sikap tamak haloba manusia. Malah anaknya sendiri sanggup meninggalkan isterinya gantung tidak bertali. Mempercayai wanita yang baru sebulan dikenali berbanding dengan sang isteri yang sudah duduk bertahun-tahun dengannya. Anaknya buta menilai erti cinta.
            
"Kalau dia bukan anak luar nikah masakan si Ilham itu tinggalkan isterinya itu mengikut wanita lain. Semua orang saksikan aksi menantu kau yang tidak senonoh itu. Saksi ada depan mata Roha. Jangan kau nafikannya. Dasar anak perempuan sundal! Perempuan Inggeris memang sundal!" bengis Mak Gayah memandang Ash Yuslee. Kali ini tubuh kecil itu menjadi mangsa kerakusan tangan Mak Gayah. Ash Yuslee tetap membisu. Tidak melawan apatah lagi merintih kesakitan.
            
"Gayahhhhhhhhhhhhhh!" Hajah Roha meluru mendapatkan cucunya dari terus diasak Mak Gayah. Dia peluk tubuh cucunya erat. Setiap kali dia dibuli oleh orang kampung neneknya yang membelanya. Nenek akan mempertahankan dia bermati-matian.
            
"Mereka patutnya keluar dari kampung ini Roha! Mereka tiada tempat di sini. Kau dan Imam Razali saja yang beria-ia mempertahankan budak ini dengan ibunya. Sedarlah Roha. Budak ini bukannya cucu kau!" Mak Gayah menunjalkan jarinya pada dahi Ash Yuslee.
            
"Jangan kau sentuh cucu aku Gayah. Nahas kau nanti!" tempelak Hajah Roha.
            
"Hmmmmm! Kau masih nak membela mereka Roha. Kalau kau takut mereka dicemuh mengapa kau, menantu kau dan cucu kau ini berambus dari kampung ini Roha."
            
"Baik! Jika itu yang orang kampung pinta sangat aku akan tunaikannya Gayah." Hajah Roha menarik tangan Ash Yuslee. Ash Yuslee memaut erat tangan neneknya. Dia tidak kisah dicaci dan dicemuh. Dia hanya tidak mahu melihat mamanya dan nenek menangis kerana dia.
            
"Granny…siapa papa Ash?" soalnya lembut. Hajah Roha behenti melangkah. Dia pandang wajah comel kanak-kanak yang sudah menjangkau usia 11 tahun itu. Bibirnya mengukir senyuman paksa.
            
"Ash tidak perlu ada papa. Ash sudah ada mama dan nenek sudah cukupkan. Mengapa perlu ada papa lagi?" Hajah Roha mengusap-usap lembut wajah Ash Yuslee. Air mata Hajah Roha mula bergenang. Dia tahu Ash Yuslee inginkan belaian seorang ayah. Tapi apakan daya anaknya sudah membuang menantu dan cucunya itu.
            
"Sorry…granny jangan menangis. Ash tak tanya pasal papa lagi. Ash promise granny. Pleaseeeeee…" Ash Yuslee menyusun sepuluh jari. Hajah Roha tersenyum. Ash Yuslee cukup pandai memujuk hatinya. Tubuh kecil itu dipeluk erat. Dia bulat tekad untuk keluar dari kampung tersebut. Dia mahu mulakan kehidupan baru ditempat lain. Jauh dari orang-orang disekelilingnya.
            
Ash Yuslee mengesat air mata yang mengalir lagi. Hatinya sebak bila mengenangkan kisah lama. Patutlah nenek dan mama tidak pernah buka cerita pasal ayahnya.
            
"Assalamualaikum papa…" bisiknya perlahan pada telinga Tuan Ilham. "Saya datang hari ini untuk melawat papa." Ada pergerakkan pada mata Tuan Ilham. Ash Yuslee tidak menyedarinya.
            
"Maafkan Ash, papa….segala milik arwah mama akan Ash rampas kesemuanya. Kesemuanya papa! Ash berharap papa cepat sedar untuk kita saling bertentangan mata papa. Ash tidak sabar-sabar melihat lelaki yang buat mama menderita berada depan mata Ash." Ash Yuslee angkatkan kepalanya. "Papa…Ash minta diri dulu. Permainan ini tidak seronok jika kekurangan seorang pemain. Cepatlah papa buka mata papa ya. Assalamualaikum…" Ash Yuslee bingkas bangun dan segera bergerak keluar dari wad tersebut. Dia menanggalkan kaca putih yang terlekat pada batang hidungnya. Permainan ini baru bermula.
            
Di koridor Ash Yuslee terserempak dengan Puan Hilda bersama Ayu Sofia. Bulat biji mata Puan Hilda memandang Ash Yuslee. Pantas dia menyerbu anak muda itu.
            
"Apa you buat di sini hah!" tempelak Puan Hilda. Ash Yuslee tersenyum.

"Salahkah I nak melawat papa kandung I Madam Hilda. You tidak berhak untuk menghalang I." balas Ash Yuslee.
            
"Hey! I masih tidak percaya you adalah anak Ilham. Entah mana asal keturunan you berani you mengaku you anak husband I. Jangan mimpi you akan dapat merampas MILLENNIUM'S dari I. You belum kenal siapa I." Puan Hilda mendebik dada. Jika benar Ash Yuslee adalah anak Isabel dia perlu sedaya-upaya mengusirnya dari MILLENNIUM'S. Tuan Ilham tidak boleh mengetahui kebenaran.
            
"Madam Hilda jaga sikit mulut you! Jangan you pertikaikan keturunan I. Kalau bukan kerana you, family I tidak porak peranda. I tidak akan kehilangan mama dan kasih papa I!" desis  Ash Yuslee. Puan Hilda terkedu.
            
"Hmmmm! Mari Sofea!" Puan Hilda menarik pergelangan tangan Ayu Sofea. Terkecoh-kecoh gadis itu mengikut langkah Puan Hilda. Ayu Sofe masih sempat mengerling ke arah Ash Yuslee. Lelaki itu makin hari makin buat hatinya berdebar-debar.
            
Ash Yuslee mengungkit bahu. Dia menyeluk poket seluar lalu melangkah keluar dari hospital. Banyak urusan yang perlu di buat dalam MILLENNIUM'S kini.

Puan Hilda melemparkan akhbar atas mejanya. Hatinya panas membara. Cukup panas bila membaca tajuk utama akhbar terbabit. Perbuatannya itu diperhatikan oleh Izuan dan Hezry. Izuan mencapai akhbar tersebut. 'DI SEBALIK TOPENG MILLENNIUM'S'. Izuan membaca stiap isi kandung tajuk utama akhbar tersebut.
            
"Ceh! Mereka begitu berani buat cerita begini. Mama nak Izuan saman syarikat akhbar ini." Izuan memberikan akhbar tersebut ke tangan Hezry pula.
            
"Budak itu benar-benar mencabar kewibawaan mama."
            
"Hezry akan tolong mama untuk singkirkan dia. Buat apa saja Hezry sanggup mama. Membunuh sekalipun Hezry sanggup." Hezry merenyuk-renyuk keratan akhbar di tangannya. Dia tidak boleh menerima kehadiran adik tirinya itu dalam keluarga mereka. Sudahlah MILLENNIUM'S jatuh dalam tangannya kini mereka terpaksa berkongsi tinggal dalam satu rumah. Hari-hari mereka akan bertentangan mata.
            
"Hmmmmmmm!" Puan Hilda bersandar malas pada kerusinya. Dia tidak punya kuasa mutlak dalam MILLENNIUM'S. Hal ehwal pertadbiran hotel itu juga banyak berlaku perubahan. Buat masa ini Puan Hilda terpaksa gigit jari.
            
"Mama jangan susah hati. Kita akan rampas balik MILLENNIUM'S dari budak mentah itu. Ini janji Hezry pada mama."
            
"Kita perlu buat perancangan dengan teliti Hezry. Budak mentah yang kita hadapi ini bukannya bodoh. Dia jauh lebih bijak dari mamanya. Lebih-lebih lagi dia dibantu oleh orang-orang yang berpengaruh kuat dalam MILLENNIUM'S."

5 comments:

  1. Bestnye... lme da tggu....hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak ilya..sila smbung...lama sgt tggu...

    ReplyDelete
  3. woo... success... percubaan yg baik. i like this story. can't wait the sesi membalas dendam n pengajaran yg bakal berlaku thdp org2x yg tamak haloba. what going to happen next??? Plz continue ya Ilya. Boring dah cinta kahwin2 paksa, cinta 3 segi. Skrg nk lihat sesi perdebatan n perjuangan nk betulkan Millenium n keluarga2x tiri Ash plak.

    ReplyDelete
  4. bila nak smbung citer ni? stuju dgn IVORYGINGER dh boring dh dgn citer khwin2 paksa ni

    ReplyDelete