Tab Menu

Followers

Saturday, March 9, 2013

Millennium's_3




ASH Yuslee melangkah keluar dari Mercerdes Benz milik Nina Karina. Kekecohan dalam MILLENNIUM'S sudah diselesaikan. Rancangan mereka berjalan dengan lancar sekali. Majoriti ahli lembaga MILLENNIUM'S bersetuju Ash Yuslee menerajui hotel mewah tersebut. Ash Yuslee berkaliber dan berkeyakinan berbanding kedua-dua anak lelaki Tuan Ilham yang lain. Kini dia menjejaki kaki ke vila mewah ayahnya yang indah di kelilingi rimbunan pokok-kok yang rendang dan menghijau. Dia keberatan untuk duduk sebumbung dengan keluarga tirinya. Dia tidak mahu mengenali mereka. Dengan keluhan kecil Ash Yuslee dan Nina Karina melangkah masuk.
            
Nyata kehadiran mereka di villa itu memeranjatkan Puan Hilda sekeluarga. Puan Hilda bertambah berang dan meradang. Berkerut-kerut wajah wanita itu memandang Ash Yuslee dan Nina Karina.
            
"Apa lagi kamu mahu!" Puan Hilda meninggikan suara. Terbeliak-beliak matanya ketika marah. Nina Karina sedaya upaya menahan tawa. Rasa lucu pula melihat keadaan Puan Hilda sebegitu. Ash Yuslee bersikap bersahaja.
            
"Wow! Vila ini sungguh indah sekali. Bagaikan sebuah mahligai. " Ash Yuslee tidak menghiraukan kata-kata Puan Hilda. Dia meninjau sekeliling dalam vila tersebut. Ash Yuslee melemparkan senyuman kepada orang-orang gaji di dalam vila berkenaan.
            
"Siapa abang kacak ni mama?" Qaseh yang baru pulang dari bersiar-siar itu bertanya kepada mamanya. Puan Hilda mendengus kecil. Qaseh alihkan pandangan kepada Izuan dan Hezry. Mereka juga diam membisu.
            
"Biar auntie kenalkan lelaki ini kepada Qaseh."  Nina Karina mencelah. Qaseh terpinga-pinga. Wanita anggun itu mengetahui namanya sedangkan dia tidak kenal akan wanita itu. Nina Karina memimpin tangan Qaseh. Qaseh ini berdepan mata dengan Ash Yuslee. "Auntie kenalkan pada adik ini abang tiri Qaseh, Ash Yuslee. Dia anak kepada isteri pertama papa Qaseh." Terbuntang luas biji mata Qaseh. Benarkah apa yang wanita itu perkatakan padanya.
            
"Mama…" Puan Hilda membisu. "Abang Izuan! Abang Hezry!" Kedua-dua abangnya membisu. Qaseh menekup mulutnya. Jika mama dan dua abang membisu maka maksudnya lelaki kacak depan matanya itu benarlah abang tirinya. Abang yang tidak pernah ketahui akan kewujudannya. Lantas Qaseh memeluk Ash Yuslee. Tersentak Ash Yuslee dengan tindakan gadis ayu itu. Malah Qaseh kelihatan girang dan tersenyum lebar.
            
“Qasehhhhhh!!!” Puan Hilda melenting dengan sikap anak gadisnya.
            
“Tak sangka Qaseh punya abang tiri anak mat saleh. Handsome pulak tu. Kenapa mama sorokkan abang tiri Qaseh ni.” Penerimaan Qaseh berlainan sekali dengan ahli keluarganya yang lain. “Abang akan tinggal di sini ya.”
            
“Qasehhhhhhh! Jangan kau baik sangat dengan orang luar. Kita tak pasti lagi dia ini ahli keluarga kita. Entah penipu mana nak bolot harta keluarga kita!” Tengking Izuan.
            
Qaseh pandang tepat ke dalam anak mata Ash Yuslee. Dia cukup tertarik dengan warna mata lelaki itu. Unik! Tiada riak jahat pada wajah kacak Ash Yuslee. Ash Yuslee tersenyum manis dengan gelagat Qaseh. Timbul lesung pipit kedua belah pipinya.
           
“Senyuman abang ini mirip dengan senyuman papa. Sah abang ini abang Qaseh juga.” Qaseh bersuara penuh yakin. Qaseh tidak merasakan kehadiran Ash Yuslee bagaikan musuh mereka. Dia menyenangi lelaki itu. Tidak tahu mengapa.
            
“Qasehhhhhhh!” Izuan bertindak menarik lengan Qaseh. Qaseh mudah sangat terpedaya dengan kelembutan yang terpamer pada wajah Ash Yuslee. Sungguhpun Tan Sri Farid telah menerangkan segala-gala mengenai perihal lelaki itu, Izuan dan Hezry tidak dapat menerima Ash Yuslee sedarah sedaging dengan mereka. Kenyataan yang pahit untuk mereka telan.
            
Qaseh mengaduh kesakitan. Kuat cengkaman Izuan pada lengannya. Izuan sudah berkasar dengan adiknya sendiri.
            “Lepaskan dia.” Ash Yuslee cengkam pergelangan tangan Izuan. Izuan mengerutkan dahi. Perlahan-lahan dia lepaskan lengan Qaseh. Qaseh merapati Ash Yuslee. Berlindung di belakang tubuh sasa abangnya baru hari ini dia kenali.

Hezry meneguk wain merah itu hingga habis. Dia cuba memabukkan dirinya untuk melupakan masalah yang berada dalam kepalanya. Mama pasti akan menetak dia hidup-hidup jika berita tersebar luar dalam media massa. Keluarga ternama seperti mereka sememangnya mudah mendapat tempat dimuka-muka akhbar utama. Dia sudah cukup berhati-hati bila bersama seseorang wanita itu. Dia tidak mahu ada sebarang komitmen dengan wanita-wanita yang ditidurinya. Wanita-wanita yang bersamanya itu sekadar tempat persinggahan untuk melepaskan hawa nafsu.
            
Seorang gadis seksi menghampiri dan duduk di sebelah Hezry. Gadis itu turut memesan wain yang sama jenis dengan Hezry. Gadis itu tersenyum lalu mengangkat gelas minumannya kepada Hezry. Hezry turut berbuat demikian. Atas bawah Hezry merenung gadis depan matanya itu. Cantik dan menarik. Tidak pernah dia lihat gadis itu di pub tersebut.
            
“I bertuah hari ini kerana bersua dengan anak kedua pemilik hotel mewah MILLENNIUM’S.” Gadis itu tidak menoleh. Dia meneguk minuman dalam gelasya hingga habis. Di pinta pelayan di kaunter itu menuangkan wain untuknya lagi.
            
Hezry menongkat dagu merenung gadis ayu di sebelahnya itu. Rata-rata satu Malaysia ini sudah tahu siapa dia dan kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya. Kemegahan MILLENNIUM’S telah menyenaraikan papanya dalam jutawan Malaysia.
            
“I ada dengar khabar angin terbaru mengenai MILLENNIUM’S. I tidak duga MILLENNIUM’S cukup pandai mengaburi mata masyarakat sekeliling. Penuh dengan kepalsuan dan tipu muslihat.” suara gadis itu lagi.
            
“Khabar angin itu semuanya mengarut. MILLENNIUM’S adalah milik family I!” nada Hezry berubah rentak.
            
Come on Hezry Ilham Qais. Kenyataan tidak dapat diubah. MILLENNIUM’S tidak mungkin berada dalam genggaman you mahupun si bodoh abang you itu. Saudara tiri you yang baru tunjuk muka itu sudah membolot segala-galanya. You tidak boleh menafikan yang dia sedarah daging dengan you.” Gadis itu mengalih pandang. Wajahnya begitu hampir dengan Hezry. Hidung mereka bersentuhan. Jantung Hezry berdengup kencang dengan haruman minyak wangi yang menusuk ke dalam rongga hidungnya. Pantas dia menjauhkan sedikit jarak dari gadis terbabit.
           
“Siapa you ini? Banyak yang tahu tentang family I dan MILLENNIUM’S?”
            
Gadis itu ketawa kecil. Dia bingkas bangun dan merapati anak muda itu. Begitu rapat hinggga Hezry sesak nafas lagi. Bibirnya sudah berada di corong telinga Hezry.
            
If you nak tahu siapa I datang ke hotel tempat I menginap. I menginap di…” dia bisikkan sesuatu pada Hezry. Hezry mengerutkan dahi. Bolehkah gadis itu dipercayai?
            
Gadis itu melambaikan tangannya dan beredar.
            
Hezry bangun dan meletakkan wang di atas meja tersebut. Dia perlu mencari gadis tadi. Jawapan itu perlu dicari. Mana tahu gadis itu salah seorang musuh keluarganya? Hezry perlu berhati-hati.

3 comments: