Tab Menu

Followers

Sunday, March 17, 2013

Mahligai Air Mata_Bab 2


ERY FITKRI mengatur langkah deras masuk ke dalam banglo mewah itu tanpa diundang. Dia mengetap bibir kegeraman. Topeng itu disuakan kepada gadis yang sedang tegak berdiri di balkoni mengadap permandangan indah di luar. Gadis berambut lurus melepasi bahu itu tidak menoleh ke arahnya. Sebaliknya asyik menonton permandangan nan indah. Tiupan angin lembut menyapa pada wajah gadis yang masih terlindung itu. Ada senyuman sinis terukir di bibirnya.
            
“Kau yang perlu memakai topeng ini bukan aku! Aku tidak perlu topeng ini untuk menutup wajah aku!” Sedikit keras Ery Fitkri bersuara. Dia campakkan topeng tersebut di atas lantai.
            
“Aku tidak perlu menyediakan topeng untuk diri aku, Ery. Aku tidak pernah berpura-pura seperti engkau.” balas gadis itu lembut. Ery Fitkri merengus kecil. Cerita lima tahun lalu masih tidak dapat gadis itu lupakan. Gadis itu seakan menghukum dia atas apa yang berlaku di antara mereka. Dari seorang gadis yang lemah lembut dia bertukar menjadi gadis yang punya dua personaliti. Sakit jiwa!
            
“Kau jangan fikir hanya kau yang menderita. Aku juga tidak sanggup melepaskan kau! Berpisah dengan kau kalau bukan kita ini…” Ery Fitkri mengetap bibir. “Hakikat itu tidak boleh diubah biarpun masa diputarkan semula.” Ery Fitkri meraup mukanya. Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi. Hatinya akan bertambah sakit.
            
Terdengar tawa halus gadis itu. Hati mana tidak menderita bila menyulam cinta begitu indah tetapi tidak dapat bersatu bila didedahkan dengan kenyataan yang menyakitkan. Tekanan jiwa yang berat untuk dia hadapi.
            
“Maafkan aku…kau tahu kita tidak mungkin bersama. Betapa aku sayangkan kau dan cintakan kau tapi takdir telah tersurat. Kau perlu melupakan cinta kita. Melenyapkan perasan cinta itu dari hati kau.” Ery Fitkri cuba menyentuh bahu gadis itu namun tangannya ditepis. Gadis itu menggigit bibir. Dia menunduk penuh hiba.
            
“Kau bercakap memang mudah Ery. Kau fikir begitu mudah untuk aku melepaskan kau.” Desis gadis itu. “Ery….mengapaaaaa? kita hampir mengecapi kebahagiaan kita.” Gadis itu merintih pilu. Dia angkatkan kepala lalu memaling ke belakang. Rambut yang panjang itu menutupi sebahagian wajahnya. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya lalu memungut topeng yang terletak atas lantai itu. Topeng itu dibelek-belek dengan senyuman di terukir di bibir. Ery Fitkri tersentak dengan tingkah-laku gadis itu.
            
“Kau…..”
            “Adakah aku sesuai dengan topeng ini…” Topeng itu dilekapkan pada wajahnya. Ery Fitkri hanya memandang.
            
“Sudah! Jangan kau buat benda yang mengarut ini!” Topeng itu direntap dari tangan gadis itu lalu dicampakkan ke luar. Dia pandang gadis itu tajam. Gadis itu mengalihkan pandangan mata. Dia memeluk erat tubuhnya.
            
“Mengapa? Kau tidak sudi menerimanya dari orang yang pernah kau sayang sepenuh hati. Aku ukir topeng ini khas buat kau. Topeng ini amat menyerupai diri kau yang sebenar.” Gadis itu memalitkan senyuman di hujung bibir.
            
“Aku kata jangan mengarut lagi!” gerutu Ery Fitkri. Dia tidak mampu bertahan jika terus didesak oleh gadis itu. “Kauuuuu!” Ery Fitkri mengetap bibir. “Aku juga tidak suka kau upah orang mengekori aku. Apa yang aku buat bukan urusan kau. Segala urusan antara kita sudah selesai.”
            
“Benarkah?” Dia aturkan langkah merapati Ery Fitkri. Mata jernih itu terpandang pada tangan kanan Ery Fitkri yang berbalut. Pantas dia raih tangan lelaki itu.
            
“Aku tahu kau masih sayangkan aku.” Dia kucup tangan yang berbalut itu.
            
“Jangan mengarut!” Ery Fitkri melenting. Dia rentap tangannnya dari pegangan gadis itu. Wajah gadis itu berubah.

“Hahahaha! Kau tidak pernah melayan aku dengan kasar seperti ini.” Dia ketawa. Ery Fitkri mengelengkan kepalanya. Hanya seketika tawanya sudah bertukar dengan esakan tangis. Dia menggigit bibirnya hingga berdarah sambil memeluk erat tubuhnya. Raungannya mula bergema dalam bilik itu. Gadis itu melekapkan kedua belah tangannya di kepala. Gadis itu mula menjerit-jerit tidak menentu. Ery Fitkri tersentak. Kalut dia seketika.
            
“Doktorrrrrr!” laung Ery Fitkri lantang. Semakin cemas melihat keadaan gadis itu yang mula tidak terkawal. Pintu bilik itu dikuak keras. Seorang lelaki bersama dua pembantu yang berpakaian serba putih itu melangkah masuk. Dua orang pembantu itu segera memaut lengan gadis itu. Meronta-ronta gadis itu minta dilepaskan.
            
“Lebih baik awak keluar.” Pinta doktor yang merawat gadis itu.
           
Ery Fitkri anggukkan kepala. Dia menurut saja arahan doktor itu pertengahan 30-an itu. Ekor matanya masih sempat mengerling keadaan gadis itu yang sedang ditenangkan oleh dua pembantu doktor terbabit.
            
Dengan langkah longlai Ery Fitkri melangkah keluar dari banglo tersebut. Telefon bimbit yang berdering langsung tidak dipedulikan. Pastinya panggilan itu dari pejabat.  Ery Fitkri mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu rungsing dengan urusan pejabat tika ini. Ery Fitkri menarik pintu keretanya. Dia kerling ke arah jendela banglo tersebut. Gadis itu sudah jatuh longlai dalam pangkuan doktor terbabit. Dia mengeluh kecil. Senyuman manis gadis itu terbayang di ruang matanya. Dia segera menghidupkan keretanya lalu memecut laju.

“KAU pergi berjumpa dengan perempuan gila itu lagikan?” Tegur Tengku Yasmine yang sedang bersandar pada kerusi rehat itu. Ery Fitkri behenti melangkah. Dia pandang tepat pada wajah Tengku Yasmine. Tengku Yasmine ketawa kecil. Dia suka lihat riak wajah kemarahan Ery Fitkri. Ery Fitkri menyeringai.
            
“Kau jangan masuk urusan aku lagi! Kau fikir kau layak berada di sini. Cerminlah sikit diri kau itu sikit!” Balas Ery Fitkri. Tengku Yasmine bingkas bangun berdiri tepat di hadapan Ery Fitkri. Jemari runcing itu menguis rambut Ery Fitkri yang terjuntai atas dahinya itu. Dia usap wajah lelaki itu. Wajah kekasihnya jelas terbayang pada wajah kacak Ery Fitkri. Ery Fitkri tersentak dengan perilaku Tengku Yasmine. Dia tepis kasar kemari halus Tengku Yasmine.
           
“Kau masih menolak aku.” Tengku Yasmine tahu yang Ery Fitkri amat membencinya.
            
“Kau patut sedar status diri kau!” desis Ery Fitkri.

“Aku berkahwin dengan ayah kau kerana paksaan dari orang tua aku yang gila harta itu. Biarpun ayah kau punya harta yang mampu membeli apa saja yang dia mahukan tapi dia tidak dapat beli hati aku. Dia bukan orang yang aku cintai.” Tengku Yasmine pandang Ery Fitkri. Dia tersenyum.
            
Perkahwinan dia dengan Tuan Hulaif atas desakkan kedua orang tuanya. Dia tidak mengimpinkan untuk hidup bersama dengan lelaki separuh abad itu. Lelaki mana tidak menolak jika dijodohkan dengan gadis seusia dengan anaknya itu. Lebih-lebih lagi jika gadis itu seorang yang jelita. Dia begitu menderita menanggung beban luka di hati.
            “Kau buat aku meluat!” Ery Fitkri membantah keras ayahnya berkahwin dengan Tengku Yasmine. Namun Tuan Hulaif tetap berkeras. Dia sunyi dan perlukan seorang teman di sisinya. Tengku Yasmine gadis yang berjaya membuka pintu hatinya untuk berkahwin semula. Kehadiran Tengku Yasmine memporak-perandakan mereka adik-beradik. Wanda lari ke luar negeri. Manakala Heliza sering-kali pulang lewat malam ke rumah. Pejabat sudah menjadi rumah nombor satu bagi kakak sulungnya itu. Wanita yang hanya tua beberapa tahun dari Heliza itu lebih layak dipanggil dengan gelaran kakak!
            
“Kau patut hormatkan aku Ery. Aku ibu tiri kau. Kau patut berterima kasih kepada aku. Apa yang aku lakukan itu demi kasih sayang aku pada kau.”
            
“Cukup! Aku tidak mahu dengar apa-apa lagi!”
            
“Ermmmmm….baiklah. Apa pun aku sungguh gembira melihat kau dengan dia tidak boleh bersama. Aku memang seronok bermain-main dengan kau. Keluarga bahagia kau ini terlalu banyak rahsia yang tersembunyi.” Tengku Yasmine ketawa. Dia mencapai cawan yang berisi kopi itu lalu dihirup perlahan-lahan. Senang hati dia melihat kucar-kacir yang dicetuskan dalam keluarga yang kononnya bahagia itu. Jika kebahagiaan dia dirampas oleh Tuan Hulaif maka lelaki tua itu harus membayar dengan harga yang sama mahalnya.
            
“Hmmm!” Ery Fitkri tidak mahu menghiraukan Tengku Yasmine. Dia terus berlalu masuk ke dalam villa mewah itu. Bibik Yani yang menyambut kepulangannya itu juga tidak diendahkan. Kehairanan orang tua itu dibuatnya. Kebiasaan Ery Fitkri akan tidak pernah begitu. Anak muda itu akan tersenyum melihatnya dan menegur ramah. Ery Fitkri dikatakan seorang yang kaki perempuan namun tidak pernah terlihat oleh Bibik Yani anak muda itu membawa perempuan pulang ke rumah.
            
Ery Fitkri menghempaskan tubuhnya atas katil. Dia memandang ke arah siling. Terbayang wajah yang bertahun-tahun dia cuba hapuskan dalam ingatan itu di ruang matanya. Indahnya kenangan saat cintanya bersemi. Pedihnya hati bila cinta pertama itu bukan miliknya. Bayangan wajah gadis itu sering menjadi igauannya. Mana mungkin dia mampu mengusir gadis yang telah bertakhta di hatinya itu. Gadis itu dirinduinya saban hari. Sungguh menyeksakan!
            
Deringan bunyi telefon bimbitnya mengejutkan Ery Fitkri dari lamunan silam. Dia bingkas bangun. Telefon berjenama Samsung itu dilekapkan pada telinganya. Suara garau Khalil kedengaran. Sejak pulang dari Genting Highlands tempohari dia langsung tidak menghubungi teman baiknya itu. Sibuk dengan urusan pejabat dan urusan peribadinya.
            
“Hantu you Ery! Langsung you tak contact I.” gerutu Khalil.
            
I busy sikit. Banyak kerja di pejabat tergendala.”
            
“Iyalah tu…atau you lemas dengan gelora asmara bersama Anatasya.” Khalil ketawa. “Jangan lupa dengan pertaruhan kita.”
            
“Masakan I akan lupa. Wang bukan masalahnya tapi I tidak sukakan kekalahan. Apa cerita you sekarang? I dengar you holiday in Shanghai?” Khalil berangkat ke Kota Shanghai kelmarin. Hari ini baru diberitahu. Itupun dari setiausaha Khalil.

I tidak sempat enjoy di sana. Cuti I ditarik balik sebab ada kes yang perlu I settle kan. You pun tak cari I. Hilang macam tu aje lepas Nampak Anatasya.” Desis Khalil. Ery Fitkri pulang awal dari teman-teman yang lain. Sara juga ditinggalkan begitu sahaja. Dia hanya meninggalkan sekeping nota di dalam bilik hotelnya. Dia tidak risaukan keselamatan Sara kerana Khalil pasti akan menemani Sara. Khalil sukakan Sara.

I ada personal problem. Sorry tidak sempat enjoy puas-puas dengan you all.”

“Hmmmm….I tahu you have problem dengan siapa? Selagi muda Ery…I akan enjoy puas-puas. You pun tahu I jenis macam mana. Hidup I tidak perlukan kongkongan.” balas Khalil. Ery Fitkri tersenyum. Khalil seorang yang sukakan kehidupan yang sosial dan bebas. Lihat saja dengan cara hidup keluarga Khalil yang terbuka. Orang tuanya tidak ambil peduli apa yang anak-anaknya buat. Mereka bebas menentukan hala tuju mereka sendiri.
            
“Bagaimana dengan Sara?”
            
“Entah? Lepas kami pulang dari Genting dia lesap tanpa khabar berita. I ada cuba contact dia tapi hondphone number dia sudah tiada dalam perkhidmatan. I pergi tempat kerja dia. Kawan-kawannya kata dia sudah resign.” Khalil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.      

Ery Fitkri kerut dahi. Pasti ada yang tidak kena hingga Sara boleh hilang begitu  saja. Tidak mungkin kerana dia putuskan hubungan mereka Sara membawa hati pula.
Sara bukan jenis gadis yang mengerti apa itu cinta.
            
“I tinggalkan Sara pada you. Lebih you beritahu apa yang berlaku antara you dengan Sara?” Ery Fitkri mengeraskan sedikit suaranya. Khalil tertawa.
            
“You ini macam tidak kenal I pula. Malam you berak-up dengan Sara, I bawa Sara pulang ke bilik hotel I. Sara dan I sama-sama mabuk teruk. I tidak duga pula malam itu kami berdua terlanjur. Bangun pagi I lihat Sara jadi pendiam dan tidak mahu bercakap. I buat tidak tahu saja. Bagi I itu sudah perkara biasa terlanjur dengan mana-mana gadis yang I bawa pulang hingga dalam bilik.” Jelas Khalil.

Ery Fitkri gelengkan kepala. Bagi Khalil itu perkara biasa tapi tidak bagi Sara. Selama dia bersama Sara tidak sesekalipun dia menodai kehormatan gadis itu. Mereka bermesraan di luar tidak sampai ke dalam bilik. Bukan tidak pernah Sara menggodanya namun dia bijak mengawal nafsu. Pasti Sara kecewa hilang mahkota berharga kepada lelaki yang bukan dicintainya.
            
“You kena cari Sara. I takut dia buat perkara bodoh nanti.”
            
“Buat apa you bebankan kepala otak dengan masalah kecil begini. Perempuan macam Sara itu bukan kisah sangat hilang dara atau tidak? Entah-entah you sudah merasa dia dulu sebelum I.” rengus Khalil.
            
“Jaga sikit mulut you! I memang jahat dan jahil tapi I tidak sampai tahap merosakkan anak dara orang tahu! Lebih baik you cari Sara atau I pecahkan kepala otak you nanti!” Ery Fitkri matikan talian telefonnya. Dia berharap Khalil akan mencari Sara. 

3 comments:

  1. Apa jd kat sara. Sapa mkwe ery n apa yg jd kat dorg
    MissA

    ReplyDelete
  2. Aah kan apa sebenar kesah ery niy.. Kak ilya niy misteri buat cite.. Hehe.. Tpi best jg..

    ReplyDelete