Tab Menu

Followers

Saturday, October 5, 2013

Teman Pengganti - Episode 5

HATI Fika tidak tenang menghadap kertas-kertas assignmentnya. Kenapalah dalam kepala otak ini boleh teringatkan Joe. Joe yang dianggap berlagak dan ego itu sebenarnya seornag yang sempoi dan selamba habis. Dia yang salah tafsir tentang lelaki itu.

‘Don’t Judge A Book in By Its Cover’

“Fika..” Panggil Kuza yang sedang duduk melayan majalah URTV di atas katil.
Fika menoleh.
“Ya… ada apa?”
“Kau kenal dengan Joe ke?”

“Aku tak kenal sangat.”
“Habis… yang aku nampak hari tu apa? Kau ada apa-apa affair dengan Joe ke?”
Fika ketawa kecil.
“Tiada apa-apa affair dengan dia. Kau suka dia ya?”
Laju Kuza melemparkan majalahnya atas lantai. Dia bingkas bangun dan merapati Fika.
“Dulu aku memang suka gila pada dia. Tapi dia reject aku.”
“Dia reject kau? Kenapa?”
Direct dia cakap dia tak suka minah celup ala mat salih macam aku. Pedih beb!”

Fika senyum meleret. Kalau dia tengok Kuza pun dia pitam dengan make up ala gothicnya lagi. Rambut memang sudah pelbagai kaler.

“Dia jujur. Baguslah..”
Kuza mencebik.

“Kau pula? Macam mana kau boleh kenal dengan Joe? Masakan kenal gitu-gitu sudah ditemankan balik ke rumah lagi.” Terjongket-jongket kening Kuza.

“Emmm.. macam mana mahu mulakan cerita ya?” Fika usap dagu.
“Pendekkan kalau panjang.”
“Kad pelajar aku tercicir. Dia tolong pulangkan tapi dia ajak makan dan temankan aku balik sebab risau aku ni kan perempuan. Itu sahaja.”
“Itu saja”
Fika angguk.
“Baik pula dia dengan kau.”
“Aku pun tak tahu.”
“Musykil betul.”
Fika jongket bahu.
“Terpulang mahu percaya atau tidak.”
“Kalau kau couple dengan dia, aku tumpang happy. Pada aku si Joe tidaklah teruk mana.”
Couple? No couple okay. Kalau sudah suka masuk meminang terus.”
Fika mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.
“Betul jugak tu. Dah suka nikah aje. Elak zina dan elak fitnah.”
“Pandai pun kau.”
Fika mencubit pipi Kuza.

“Aku pun rasa nak berubahlah Fika. Takkan nak tunggu sampai seru baru nak berubah.” Kuza memandang Fika.
“Alhamdulillah… aku sentiasa sokong kau dari belakang.”
“Terima kasih Fika. Kau saja yang sudi berkawan dengan aku yang berperangai macam hantu ni.” Kuza tersengih.
“Kau manusia bukan hantu.”
“Kalau tengok aku make up kan macam hantu.”
“Ada-ada sajalah kau ni Kuza.”

“Fika..”
“Ya… ada apa lagi ni?”
“Kadang-kadang aku kesian tengok kau.” Kuza tahu masalah yang melanda Fika dengan keluarga angkatnya. Kesian pada Fika yang bagaikan anak terbuang. Fika bukanlah anak yang melupakan jasa ayah dan ibu angkat yang membesarkan dia.
“Takdir aku dah tertulis begini kot?”
“Fika… elok sangat kau keluar dari rumah tu. Lambat-laun kau pasti akan dihalau juga.”
“Aku tidak kisah Kuza. Aku tahu yang aku tiada langsung pertalian darah dengan mereka. Namun jauh di sudut hati, aku sayangkan mereka terutamanya ayah angkat aku.”
“Moga mummy dan Yaya sedar akan kesilapan mereka kelak.”
“Aku juga berdoa begitu.”


TAJAM mata Tan Sri Azmeer memandang wajah Joe. Joe satu-satunya harapan untuk menerajui syarikat miliknya. Sayangnya Joe suka mengikut kepala sendiri. Joe gemar menentang apa sahaja yang diarahkan kepadanya. Tan Sri Azmeer menyayangi Juliez lebih dari Joe kerana anak bongsunya itu lebih mendengar kata. Joe pula suka ikut kepala sendiri.

“Papa mahu selepas Joe tamat belajar Joe uruskan syarikat papa.” Tan Sri Azmeer membua suara.
“Papa… papa tidak boleh memaksa Joe.”
“Jangan membantah lagi.”
Joe mencebik.
“Joe tidak akan duduk di kerusi papa. Juliez lebih layak bukan?”
“Joe!” Tan Sri Azmeer sudah mula meninggikan suaranya. Anak lelaki tunggalnya ini sememanganya amat degil dan keras kepala. Jika Juliez anak lelaki dia memang akan menyerahkan syarikat kepada Juliez.



“Papa… Joe mahu bengkel kereta dan motorsikal sendiri.” Joe tidak mahu cita-citanya itu di halang.
“Berapa keuntungan yang kau dapat dengan membuka bengkel tu? Papa malu ada anak seperti kau! Kau sedar tak yang kau itu ada kedudukan bukan seperti mereka yang duduk di kelas bawahan.” Getus Tan Sri Azmeer.
“Papa… bila kita mati darjat tu tidak akan ikut kita. Kita tetap akan berkapan putih seperti mereka yang papa pandang kelas bawahan itu.”
Apa gunanya bangga dengan harta dunia jika amalan akhirat ditinggalkan. Tidak pernah ber-
syukur dengan nikmat yang Allah berikan.

“Jangan kau nak mengajar papa!” Suara Tan Sri Azmeer kian meninggi.
Joe menghela nafas kecil. Susah kalau ada orang tua yang tidak mahu mendengar nasihat. Anggap diri sahaja yang betul.

“Keputusan papa adalah muktamad!” Sambung Tan Sri Azmeer lagi.
“Papa…”
“Kau jangan nak membangkang lagi. Papa juga akan nikahkan kau dengan Ratna sebaik kau menerajui syarikat.”
Joe tersenyum. Papa mahu menjodohkan juga dia dnegan Ratna si perempuan gedik itu. Sabar sajalah Joe.
“Papa tak boleh memaksa Joe melakukan perkara yang Joe tidak suka. Hina sangat ke menjadi seorang mekanik dan membuka bengkel sendiri?  Lagi satu Joe tidak akan menikahi Ratna. Perempuan itu terlalu murh maruahnya. Bekas sisa orng lain mahu Joe pula yang menjilatnya. Minta maaflah.” Nada suara Joe tegas namun Joe masih berlembut.

“Joe!” Tan Sri Azmeer bingkas bangun dari kerusinya.
“Joe tidak kisah kehilangan semuanya. Joe juga tidak kisah jika papa buang nama Joe dari wasiat papa. Joe mahu hidup Joe lebih bermakna papa.”
Telapak tangan kasar Tan Sri Azmeer melekap pada muka kacak Joe.
“Anak kurang ajar!”

Joe keluar dari bacaan papanya dengan wajah suram. Papa memang suka mengaturkan hidup anak-anaknya ini. Semuanya mahu dengar kata papa. Papa sahaja yang betul. Joe tidak berpuashati.

“Joe…” Puan Sri Selena menyentuh bahu Joe.
Joe berpaling.
“Joe tak tahan dengan sikap papa lagi.”
“Joe… papa buat semuanya itu kebaikan Joe.”
“Kebaikan menghantar Joe ke neraka.”
Puan Selena terpaku dengan kata-kata yang keluar dari bibir Joe.
“Maafkan Joe mama.” Joe memeluk tubuh mamanya. Dia tidak sengaja meninggikan suaranya pada mama.

Puan Sri Selena mengusap-usap belakang Joe.Dia tahu yang Joe anak yang baik.

“Mama tahu Joe kuat untuk hadapi semua ini. Ingat Joe…. mama juga berada di belakang Joe.”

Benarkah mama akan berada di belakangnya? Joe tidak pasti kerana mama sentiasa menurut perintah dari papa.

“Joe sanggupkan tinggalkan semuanya…”
“Joe…”
Itu yang tidak sanggup Puan Selena dengar. 

4 comments: