BILALAH terminal dekat Puduraya nak buka ni. Susahnya nak naik bas di Stadium Bukit Jalil. Leceh satu hal. Sue mula membebel sendirian. Dalam hati dia tekad mahu membeli sebiji kereta. Dia akan berusaha mendapatkan lesen memandu. Kalau dia bawa kereta balik kampung mesti ada yang ternganga mulut masuk lalat. Datuk Lee Chong Wei boleh berusaha mengalahkan Lin Dan maka Sue pun boleh mendapatkan lessen memandu. Apa yang penting? Usaha! Tidak putus asa! Yakin boleh! Macam kata emak. Al-maklumlah Sue kan penumpang setia bas Transnasional. Dia tidak akan naik bas lain kecuali bas tersebut.
Sue memberikan tiketnya kepada si tukang pemeriksa tiket. Dia mengambil tempat duduk perseorangan. Dia tidak mahu tempat duduk berdua. Kalau yang duduk di sebelah itu perempuan memang dia bernasib baik. Bagaimana kalau lelaki? Haru jadinya macam kes setahun lalu. Air liur basi melekat pada bajunya. Eeii gelilah!
Penumpang-penumpang bas ekspress Transnasional mula mengambil tempat masing-masing termasuklah Sue. Dia meletakkan begnya di bawa kaki. Sue sudah menempah hotel yang berdekatan lebih awal. Jangan ingat cikgu tadika tidak boleh tidur di hotel. Ala dia buat tempahan di Hotel Grand Crystal. Kakak sayang ada mengatakan yang di sekitar hotel tersebut sukar untuk mendapatkan makanan halal. Biar betul! Tidak mengapa dia sudah siap bawa bekalan makanan segera dalam beg besarnya itu. Tidaklah dia kebuluran kelaparan nanti. Berkenaan dengan Ben pula, dia minta jiran depan rumah tolong jagakan sekejap. Segala keperluan Ben sudah diserahkan bulat-bulat kepada jiran depan rumah itu. Nahas kalau dia dapati Ben turun berat badan jika dia balik nanti.
Sue terus merebahkan diri atas katil hotel. Boleh tahan juga bilik hotel ini. Alangkah seronoknya jika dapat bercuti panjang begini. Tapi kalau di bercuti panjang pasti dia akan merindui muka budak-budak nakal di tadika itu. Budak-budak itu juga akan merindui Cikgu Sue mereka. Cikgu yang sering menjerit sampai sakit anak tekak. Sue tersengih sendiri. Dia mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Kak Sayang. Kak Sayang sudah berpesan kalau sudah sampai telefon dia.
“Alahamdulillah you dah selamat sampai.” Ucap Kak Sayang lega. Risau sangat dia pada Sue yang memang jenis buta jalan sikit itu. Takut sesat!
“Saya bukan budak kecil lagilah kak.” Desis Sue.
“Kau tak rindu pada kak ke? Tak pun rindu pada Encik Zulhelmy itu.” Kak Sayang sudah tersengih sambil mengangkatkan keningnya.
“Tolonglah…mangkuk tu orang tak berkenan tau. Dalam hati ini ada orang yang paling saya dirindui adalah Ben.” Balas Sue. Sudah makankah Ben? Lenakah tidur Ben malam ini tanpa dia di sisi?
“Orang yang you rindui Ben si kucing berwarna macam bulu tupai itu? Kejap! Ben itu mana boleh dikategori dalam golongan orang! Ben itu kucinglah Sue! Apalah orang dengan kucing pun kau tidak tahu beza!” Bebel Kak Sayang.
Sue ketawa kecil.
“Ben saja yang memahami saya kak.”
“Iyalah tu. You okay tak ni? Youkan menghadiri majlis perkahwinan kekasih you.”
“Pembetulan kak. Bekas kekasih bukan kekasih. Seribu kali okay kak.”
Amboi bukan main bersemangat Sue menjawabnya. Dia risau Sue melalak sahaja nanti. Budak seorang ini luar saja nampak tabah tapi dalamnya rapuh. Siapa yang melalak ditinggalkan oleh kekasih ala wajah Ashraf Sinclair itu.
“Iyalah tu. Jangan pula lepas kau tengok si Irfan itu hensem berbaju pengantin kau sanggup mahu jadi bini nombor dua.” Kak Sayang sengaja mahu menguji hati Sue lagi.
“Huh! Tiada makna saya mahu bini nombor dia kak. Emak sudah berpesan agar jangan sesekali cari laki orang. Kalau berdegil maka langkah mayat dia dulu nak berkahwin. Emak tak izinkan.” Pesanan emak tidak pernah Sue lupakan.
Bagusnya emak Sue. Zaman sekarang bukannya kisah suami orang atau tidak. Pulusnya penuh maka terus kebas tanpa pedulikan perasaan orang lain. Kini perempuan mencari kesenangan hidup. Duit menjadi perkara utama. Hati budi tolak ke tepi. Ini perangai orang zaman berteknologi. Wang ringgit adalah segala-galanya. Ilmu akhirat tolak tepi.
Keruntuhan akhlak sudah jelas depan mata. Peluk cium tidak perlu disorok lagi. Rata-rata remaja sekarang berfikiran terbuka. Ibu bapa sudah tidak boleh mahu bersuara. Ana-anak sudah berani naik tangan pada mereka. Malah lihat saja pada muka-muka depan akhbar hari ini. Anak-anak sanggup membunuh ibu bapa sendiri. Kak Sayang mengeluh kecil.
“Sekarang lelaki yang sudah berkahwin mengaku bujang, Sue. You kena berhati-hati. Mereka ini pelakon drama yang terbaik.” Kak Sayang memberikan nasihat percuma buat Sue.
“Insya-ALLAH kak. Saya takkan terjebak dengan suami orang.” Kalau terjatuh cinta sekalipun dia tidak akan berkahwin dengan suami orang. Sue bertekad pada dirinya sendiri. Sue mencapai jam tangannya di atas meja.
“Kak…saya mahu melelapkan mata dulu. Mataku sudah layu dan sayu.” Sambung Sue.
“Okaylah sayang. Tidurlah dengan nyenyak malam ini. Semoga mndapat mimpi yang indah. Kalau tidak pun bermimpikan Encik Zulhelmy itu. Assalamualaikum…” Sempat Kak Sayang mengusiknya.
“Kak Sayang!” Talian sudah dimatikan oleh Kak Sayang. Sue menggigit bibir. Dia tidak faham dengan Kak sayang sungguh sekali beria-ia mahu menjodohkan dia dengan lelaki sombong itu. Dia tidak berkenan! Bukan dia perasan dia lawa tapi memang dia tidak berkenan dengan lelaki itu.
“APA ni! Saya yang dapat teksi ni dulu!” Getus Sue. Dia kerling mamat yang memakai cap bernombor 46 itu dengan penuh geram. Mamat ini mesti minat dengan Valentino Rossi. Sue pakai main agak sahaja.
“Maaf cik adik manis. Saya yang buka pintu dulu.” Ujar lelaki itu.
Sue mengetap bibir. “Tapi saya yang tahan teksi ini dulu!” Apa lagi Sue naikkan tahap ketinggian suaranya.
“Siapa cepat dia dapat.” Lelaki itu buat muka tidak bersalah lalu meluru masuk ke dalam teksi berkenaan.
Sue bengang. Dia bergegas berdiri di hadapan teksi berkenaan sambil mendepangkan kedua belah tangannya. Jangan harap dia mahu mengalah. Pemandu teksi itu pasti tidak akan berani melanggar dia.
Pakcik pemandu teksi itu gelengan kepala. Dia pening melayan kerenah kedua pelanggannya. Keduanya sama keras kepala.
“Langgar saja pakcik. Anggap saja itu anak patung di depan mata.” Suara lelaki itu selamba. Terbeliak biji mata pakcik pemandu teksi.
“Anak…pakcik belum teringin mahu masuk penjara lagi.” Balas pakcik pemandu teksi itu. Sudahnya dia keluar dari tekas berkenaan dan merapati Sue.
Lelaki itu mengetap bibir melihat Sue yang turut masuk ke tempat duduk belakang teksi. Siapa menduga yang destinasi tujuan mereka adalah sama. Sue tidak teringin untuk memandang lelaki di sebelahnya itu. Menyampah! Dia lebih suka berbual mesra dengan pakcik pemandu teksi. Ada tikanya Sue sempat mengerlinbg lelaki itu dengan ekor mata. Lelaki itu sedang menompang dagu membuang pandangan di luar.
“Terima kasih pakcik.” Ucap Sue lalu menghulurkan wangnya. Selebihnya biar lelaki kerek itu yang membayarnya.
Sue melangkah keluar. Senyuman di bibirnya mati sebaik saja melihat suasana majlis perkahwinan yang meriah itu. Lelaki tadi turut berdiri di sebelahnya. Mereka bagaikan pasangan kekasih pula. Berdiri sama tinggi. Apabila keduanya perasaan mereka mula mengelak antara satu sama lain.
Lelaki itu sudah mengaturkan langkahnya namun Sue masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Mata Sue jelas kesayuan melihat majlis perkahwinan itu. Dia mengetap bibir. Jemarinya digenggam erat. Masakan dia akan behenti separuh jalan. Dia akan buktikan pada Irfan dia tidak akan menangisi perkahwinan lelaki itu. Sue jalan mengiringi lelaki tadi.
“Awak ni macam mengekori saya.” Lelaki itu menjelingnya. Dia tidak faham mengapa dia asyik bertemu dengan gadis ini. Mereka duduk makan semeja pulak.
“Tiada maknanya saya mahu ekori lelaki kerek macam awak.” Rengus Sue. Kalau meja lain tidak penuh dia tidak akan duduk makan satu meja dengan lelaki kerek ini.
“Awak cakap saya lelaki kerek.” Lelaki itu membulatkan matanya.
“Betullah apa yang saya cakap. Awak memang kerek.”
“Whatever!” Lelaki itu meneguk air sirapnya sehingga habis. Hatinya panas dengan sikap gadis yang punya raut wajah tidak berperasaan itu. Gadis seperti ini memang kaum lelaki sepertinya tidak suka.
Hati Sue sedang berperang hebat. Dia perlu lebih kuat untuk berhadapan dengan Irfan. Dia akan memberikan hadiah perkahwinan itu ke tangan Irfan sendiri. Dia mahu Irfan tercengang melihat kehadirannya!
hehehe...
ReplyDeletedah lama tunggu n3 baru...
thanks kak...
siapa rasanya yang ikut sue tu ya...
lme tgu n3 bru...
ReplyDeletecpt2 la smbung...
bile nk ada smbgn ni....
ReplyDeletedah jth cinta sama ini cerita...
cpt smbg cite ni kak