Tab Menu

Followers

Wednesday, October 19, 2011

Tanpa Pada Hati - Prolog

Tanya Pada Hati

“OI! Budak kampung, cermin sikit muka kau. Ada hati mahu berkahwin dengan aku yang cantik ini.” Gadis itu berkata dengan ego yang menggunung tinggi. Dia tidak faham mengapa papa menjodohkan dia dengan lelaki kampung dan kolot ini.
            Lelaki itu terkulat-kulat mendengar gadis itu memarahinya. Dia memang sudah lama menyukai gadis itu sejak dari kecil lagi. Malah hatinya berbunga riang apabila dijodohkan dengan gadis bernama Ixora itu. Dulu Ixora melayan dia dengan baik dan sopan santun. Sekarang tidak lagi. Ixora sudah banyak berubah semenjak menjadi gadis di kota metropolitan. Lelaki bernama Iffat Altamis ini sudah tiada dalam ingatan Ixora lagi. Dia sudah dilupuskan seperti sampah-sarap.
            Iffat Altamis menelan air liur melihat cara pemakaian Ixora yang tidak cukup kain itu. Dia mengalihkan pandangan mata. Mata ini tidak sanggup mahu memandang lekuk tubuh gebu Ixora yang terlalu seksa itu. Dia tidak mengatakan dirinya dalam lelaki kategori alim tetapi dalam bab berpakaian ini biarlah agak bersopan sedikit.
            “Kau dengar tak apa yang aku cakap ni, Iffat Altamis?” Ixora menunjalkan jari telunjuknya pada dahi Iffat Altamis.
            “Apa dia?” Iffat Altamis menggarukan kepala yang tidak gatal.
            ‘Kau memang pekak badaklah!”
            Iffat Altamis hanya tersengih mendengar amarah Ixora. Dia tidak kisah dimarahi atau diherdik oleh Ixora. Gadis itu adalah cinta hatinya. Dalam dunia ini masih ada lagi lelaki yang lurus bendul seperti Iffat Altamis itu.
            “Aku nak kau putuskan tali pertunangan kita. Aku tak suka kau! Aku tidak sudi menjadi isteri si bodoh-bodoh alang macam kau! Ada faham!”
            “Tapi…”
            “Tapi apa? Kau ingat kisah aku akan macam dalam novel yang kau suka baca itu. Aku kena paksa berkahwin untuk mendapatkan harta papa aku. Tidak sama sekali! Aku tak heran dengan harta papa aku!” Ixora memintas pantas kata-kata Iffat Altamis.
            Ixora mahukan kebebasan. Dia benci dengan komitmen rumahtangga. Dia tidak berminat mahu menjad isteri mithali kepada Iffat Altamis. Selama ini dia hanya bermuka-muka dengan Iffat Altamis. Dia berbuat demikian untuk kepentingan untuk diri sendiri. Kini dia sudah dewasa dan dia punya kerjaya sendiri yang menampung hidupnya di masa akan datang. Dia  tiada masa mahu terhegeh-hegeh mendapatkan harta papa.
            Apa yang meloyakan anak tekaknya melihat penampilan kolot Iffat Altamis. Kaca mata besar, baju butang sampai ke atas, pendakap gigi berderet-deret tersusun kemas dan paling dia tidak tahan melihat rambut lelaki itu yang di sikat belah tengah.  Menagapa lelaki ini yang menjadi pilihan utama papa? Mata papa buta agaknya.
            Ixora mula mengaturkan langkahnya. Dia hanya membazirkan waktu bercakap dengan lelaki dungu itu. Orang sudah bercakap dalam bahasa melayu pun tidak faham lagi. Iffat Altamis menyaingi langkah Ixora. Dia masih mengharapkan Ixora menjadi suri di hatinya. Masakan Ixora mahu membatalkan majlis perkahwinan yang di saat akhir! Iffat Altamis akan berusaha memujuk hati Ixora.

“IXORA sudah cakap yang Ixora tidak mahu berkahwin dengan mamat hodoh tu. Ixora tidak suka papa asyik mendesak Ixora.” Jerit Ixora lantang.
Sikap kurang ajar Ixora membuatkan Farouk mengurut dada. Rasa kesal menerjah di hati tuanya kerana memberikan Ixora atas penjagaan Fiona dulu.
“Ixora sayang…Iffat pemuda yang cukup baik. Ixora akan bahagia bersama dia.”Farouk tetap bertutur lembut.
Fine! Papa teruskan majlis pernikahan itu tapi papa tahulah apa yang bakal Ixora buat nanti.” Rengus Ixora lalu bingkas meninggalkan ruang tamu rumahnya itu.
Farouk menarik nafas panjang.

MAJLIS penikahan yang bakal berlangsung dikejutkan dengan berita yang cukup menggemparkan. Pengantin perempuan melarikan diri. Farouk tidak dapat berbuat apa-apa. Ixora tampak sudah bulat tekad tidak mahu mengahwini Iffat Altamis. Gadis moden seperti ixora tidak mungkin akan memandang lelaki dungu dan kolot sepertinya.
Iffat Altamis diam tidak berkutik. Dia sudah dapat mengagak perkara begini akan berlaku. Dan dia tidak menyalahkan Ixora. Mungkin Ixora masih belum bersedia menerimanya sebagai suami.
            Farouk menepuk lembut bahu Iffat Altamis. Orang pasti akan mengata mereka. Farouk sudah lali. Mulut orang masakan kita dapat menutupnya. Anak gadisnya lari di majlis pernikahan bukan perkara biasa lagi pada Farouk. Ini adalah kali ketiga Ixora membuat perangainya. Fikirnya Iffat Altamis dapat menjinakkan Ixora ternyata dia silap membuat percaturan.
            “Adakah kau salahkan pakcik, Iffat.”
            Iffat Altamis menggeleng laju. Farouk sudah terlalu baik dengan dia dan keluarga makciknya. Masakan dia akan memarahi dan membenci Farouk yang banyak berjasa itu.
            “Saya akan mencari Ixora di kota.”
            “Kenapa kau perlu cari anak pakcik yang memalukan kau sampai begini? Tiada faedahnya Iffat. Pencarian kau akan sia-sia. Lupakan sahaja Ixora.” 
            “Tapi saya sudah nekad mahu mencari Ixora. Saya cintakan dia.” Bercahaya mata Iffat Altamis ketika mengucapkan kalimah cinta itu.
            Farouk tersenyum.
            “Pakcik tidak marah jika kelak cinta kau beralih arah. Pakcik yakin pasti ada seorang gadis yang menghargai hati dan perasaan kau. Tapi yang pasti bukan anak gadis pakcik, Ixora.” Farouk memaut bahu Iffat Altamis yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
            Iffat Altamis jadi bungkam. Mana mungkin dia akan jatuh hati pada gadis lain selain Ixora. Ixora…hanya nama gadis itu yang terpahat di hati Iffat Altamis. Erti kata lain dia sudah angaukan Ixora.

IMRAN Abbas mencerlung tajam wajah manis gadis yang sedang bersilang kaki di hadapannya itu. Gadis kepoh yang kuat membebel dan cerewet. Gadis yang asyik memberikan komen pada penampilan dirinya sebagai seorang penyanyi. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata gadis itu. Imran Abbas mengetap bibir.
            Lirikkan mata kucing gadis itu merimaskan Imran Abbas. Dia faham mengapa Cathy memilih gadis ini sebagai juru perunding untuk imejnya. Dia tidak mengerti imejnya menjadi soal dalam bidang yang diceburi. Sekurang-kurangnya dia tidak buka baju di hadapan penonton macam Faizal Tahir.
            “Lagu pop rock tapi imej rock. Tak sesuai dengan tema langsung.” Dia mencebikkan bibir.
            “Ada aku kisah.” Imran Abbas membalas.
            “Imej itu penting. Kau tahu tak kau tak naik-naik sebab imej kau ini. Saya gelilah dengan rambut panjang kau. Macam hantu!” Dia terus mencurahkan komennya kepada Imran Abbas.
            “Cik Iris boleh ubah imej saya ke?” soal Imran Abbas geram.
            “Of Course!” Balasnya penuh yakin.
            Imran Abbas mengeluh kecil. Gadis ini memang pantang dicabar. Iris…namanya pun sudah begitu unik pada Imran Abbas.
            “Kau tidak yakin dengan hasil kerja aku, Imran Abbas.” Iris sudah berdiri di hadapannya dengan jelingan yang maha tajam.
            Imran Abbas menelan air liur berkali-kali. Setuju atau tidak! Imran Abbas perlu membuat keputusan. Apabila mahu keputusan dengan gadis kepoh ini yang payah.
            “Mmmmm….susah!”
            “Apa yang susahnya. Kau jawab saja ‘yes’ maka selesai perbincangan antara kita. Saya tak buang masa saya dan kau tidak buang masa kau.” Panas punggung duduk menghadap muka Imran Abbas ini.
            “Iris darling!” Suara Cathy pengurus Imran Abbas sudah bergema. Tergedik-gedik Cathy mendapatkan teman baiknya itu.
            Mereka berpelukkan dan berkucupan pipi. Lagak yang bikin hati Imran Abass rasa getik.
            “Macam mana darling? Anak ikan aku ini sudah bersetuju?”
Imran Abbas menyilangkan tangan. Bukan main sesedap mulut Cathy mengelarkan dia anak ikan. Mulut yang seorang ini memang tiada insurans.
            Iris menjongketkan keningnya yang lebat itu. Cathy menjegilkan biji matanyasebesar bola mata ikan emas.
            “What? Imran dear…kenapa kau ini kerasa kepala sangat? Prosedur syarikat yang mahu kau ubah imej selekeh kau ini.” Cathy sudah mula mahu membebel.
Imran Abbas menekup kedua belah telinganya. Dia tidak boleh bertahan dengan omelan Cathy. Berdecit Imran Abbas keluar dari bilik itu. Cathy menuruti langkahnya.
Iris merengus kecil. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan berjenama Louis Vuittonnya. Jenama beg tangan yang dipakai oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Dear Afiz…sila ambil saya di syarikat rakaman G.” Iris menutup telefonnya. Iris kembali duduk pada sofa.
Iris mengeluarkan set alat solek yang sememangnya sudah tersedia dalam beg tangan itu. Dia meneliti wajahnya di depan cemin bedak berjenama Maybelline.
Ouch! Make-up ku sudah hampir luntur.” Dia touch-up lagi bedak pada wajahnya yang putih kemerahan itu.

DEAR Afiz…sila ambil saya di syarikat rakaman G.” Afiz mengajuk semula kata-kata Iris talian sebentar tadi. Jeje ketawa kecil.
            “Kalau Iris dengar maka habislah riwayat kau.” Jeje meneguk air mineralnya.
            Afiz memuncungkan bibirnya. Berani ke Iris mahu menamatkan riwayat dia? Iris mahu membunuh seekor lipas pun boleh jatuh pengsan. Inikan pula mahu membunuh manusia.
            “Kau belakang Iris cakap besar. Depan Iris menikus.” Cebik Jeje.
            Afiz ketawa kecil. Betul kata-kata Jeje itu. Dia hanya berani cakap belakang Iris sahaja. Kalau cakap depan Iris alamatlah dia hilang sahabat baik seperti Iris. Mulut sahaja kepoh tapi dalam hati Iris itu ada taman bunga.
            “Iris tak bawak kereta kontot dia ke?”
            “Ambik sebiji!” Jeje memukul kepala Apiz dengan majalah ditangannya. “Kau lupa yang kau penyebab kereta Iris masuk ICU.”
            “Ala bukan sengaja. Aku hanya mahu mengelak dari berlanggar dengan perempuan kerek itu sahaja. Dia bawa kereta besar tapi masuk lorong orang.”
            “Kau pun satu tak minta ganti rugi.” Desis Jeje.
            Afiz tersengih. Lelaki apabila ternampak perempuan cantik hilang ingatan. Tapi sayangnya muka cantik perangai kurang ajar. Nasib baik berlaku kemalangan kecil dengan dia kalau dengan Iris mahu berpanjangan sampai dalam mahkamah. Lagi-lagi dengan perempuan kerek macam itu. Iris kalau dengan lelaki pun tidak bagi muka inikan pula dengan kaum sejenis.
            “Alamak! Aku sudah lewat mahu jemput Iris.” Apiz memandang jam pada pergelangan tangannya.
            “Huh! Saja mahu tukar topik.” Jeje menjuihkan bibir besarnya. Dia baling majalahnya pada Apiz namun lelaki itu sempat mengelak. Afiz menjelirkan lidahnya.

MUKA putih kemerah-merahan itu bertambah merah menahan kepanasan yang hampir ke 360 darjah Celcius. Dia menghentak-hentakkan kasut tumit tingginya di atas lantai bertakhta marmar itu. Jam di tangan sudah dikerling acap kali. Ke mana pula Afiz melaram ni? Naik lenguh kaki dia berdiri di sini. Iris mula menyumpah-seranah di dalam hati. Dalam pada itu sebuah kereta Kelisa meluncur laju dari arah
bertentangan.
            Beg tangan Iris nyaris terlepas dari pegangan melihat kereta Kelisa yang
membuat aksi drift di hadapannya. Sempoi betul mamat seorang ini. Apa Afiz ingat kereta kemetot itu sesuai untuk melakukan aksi berani mati tadi. Iris mula meraba-raba rambutnya yang agak kusut disebabkan angin lintang dari kereta Kelisa Afiz.
            Afiz keluar dari keretanya dengan lagak maco. Dia mengorak senyuman ala iklan Fahrin Ahmad di kaca terlevisyen.
            Buk! Selamba Iris menghempuk kepala Afiz dengan beg tangan jenama Louis Vuittonnya. Afiz menjerit kecil. Jeje ketuk kepala dia dengan majalah kini beg tangan Iris pula disasaekan kepada kepala botaknya. Beg tangan Iris berat dengan alat soleknya. Dah sah-sah memang sakit kalau dihempuk atas kepala botak dia.
            “Iris...lebamlah kepala botak aku.” Gerutu Apiz
            “Ada saya kisah! Lagipun kau datang tak on the time. Lewat!”
            “Jalan sesak sayang. Kau faham-faham sajalah bila hari minggu begini.” Apiz mencipta alasan. Padahal dia melepak sekejap di KFC mengisi tembolok perutnya.
            “Perut kempis kau nampak macam buncit sikit, botak?” Iris mula pandang Afiz semacam.
            “Mata kucing kau memang tajamlah Iris.” Afiz memuji.
            “Aku suruh kau datang ambil aku bukan suruh kau melantak dulu. Aku minta Jerry Yan potong bonus kau bulan ini.” Iris sudah melangkah masuk ke dalam kereta Afiz.
            “Ala…” Ini yang tidak seronok mahu Afiz dengar. Iris kalau sudah masuk bab membodek boss mereka memang menjadilah. Jerry Yan terlalu memanjakan Iris. Apiz rasa mahu saja mencekik leher Iris.
            Iris sudah mengenakan cermin mata hilam ala gaya 60-an itu. Sesekali dia memandang wajahnya pada cermin kereta Afiz. Dia meneliti wajahnya, takut-takut kalau ada bedak yang ditampal tadi ada tertanggal sedikit.
            “Dah cantik dah.” Afiz seakan memerli temannya itu.
            “Aku tahulah aku cantik. Kenapa? Kau jealous?
            Perasan! Bisik hati kecil Afiz.

bersambung...^_^))

4 comments:

  1. hehehe..best gak k ya..tp iris tu mesti manja kan..haishh..

    ReplyDelete
  2. wah ada citer baru...
    best lah...
    ganbatte kak

    ReplyDelete
  3. wah...crita baru...hehe..
    butanya mata iris dari pencinta yg setia..

    ReplyDelete
  4. Tq RM, dan Seed169 (pembaca setia blog akak) Nurfazila bukan Iris yg buta tapi si Ixora tu ^_^))

    ReplyDelete