“TAK patut kau dera my boss sampai begitu sekali Risyah.” Omel Baby Liyana. Dia kerling ke arah Batrisyah yang sibuk mencari buku kanak-kanak di rak. Baby Liyana rasa simpati dengan Syed Ibtisyam yang beria-ia mengejar cinta Batrisyah. Namun Batrisyah seakan tidak ambil endah fasal lelaki yang seorang itu.
Batrisyah sekadar membisu diri. Dia malas nak ambil pusing dengan pertanyaan Baby Liyana. Tiada apa yang penting jika melibatkan lelaki bernama Syed Ibtisyam Dato’ Syed Mukhlis. Dia sudah malas dengar Baby Liyana membebel pasal boss yang kononnya baik sangat! Muak sudah mahu pandang muka Syed Ibtisyam yang asyik tertonjol depan mata dia. Tidak senang nak bergerak dibuatnya. Itu sebab Batrisyah pergi ke tempat kerja menaiki tren dan bas. Dia mahu mengelak bertentang mata dengan lelaki itu. Syed Ibtisyam bukan jenis lelaki yang faham bahasa!
“Wei! Aku tanya kau ni!” Desis Baby Liyana. Geram betul dengan temannya itu. Orang berbuih mulut bercakap dengan dia, dia boleh pekakkan telinga.
“Yang sibuk sangat pasal boss macho kau apa pasal? Aku sudah cakapkan yang aku tidak sukakan dia.” Gerutu Batrisyah. Kenapalah dengan teman baiknya ini. Sibuk sangat soal dia dengan Syed Ibtisyam.
“Tidak mungkin sedikit kau tak punya perasaan pada dia, Risyah. Aku peliklah dengan kau ini. Perempuan lain dok sibuk menggeletis pada boss aku tapi kau boleh tidak peduli sahaja.” Baby Liyana masih tidak berputus asa.
Batrisyah merengus kecil. Kalau sudah dia katakan tidak suka apa lagi jawapan yang harus dia berikan. Soal hati dan perasaan ini bukan boleh dipaksa-paksa. Bukan mudah untuk membuka pintu hati ini menerima cinta lain. Dia tidak mahu hatinya terluka lagi kerana cinta. Dia sudah puas mengalirkan air mata.
“Jawapan aku tetap sama. Aku tidak sukakan dia.” Batrisyah meletakkan kembali buku di tangannya. Wajah Batrisyah cemberut. Dia datang ke sini mahu membeli buku bukan bercerita fasal Syed Ibtisyam.
Batrisyah berlalu dari kedai buku tersebut. Baby Liyana mengekori dari belakang. Masakan tiada sekelumit perasaan Batrisyah pada Syed Ibtisyam? Batrisyah hanya menipu perasaan sendiri. Dia yakin sedikit sebanyak kerenah Syed Ibtisyam pasti ada
mengusik pintu hati Batrisyah.
Batrisyah berjalan tidak pandang ke hadapan. Kepalanya asyik menoleh kiri dan kanan. Dia takut kalau-kalau Syed Ibtisyam mengekorinya. Manalah tahu! Baby Liyana pun bukan boleh dipercayai sangat. Laju dia meninggalkan Baby Liyana di belakangnya. Tanpa sedar Batrisyah melanggar tubuh lelaki yang jalan bertentangan dengannya. Menjerit kecil Batrisyah. Badan lelaki itu keras betul. Dia seolah-olah seperti berlanggar dengan tiang batu. Bila diangkat kepala mata Batrisyah terbuntang luas. Terketap-ketap bibirnya.
“Nampaknya kita memang ada jodoh Cik Nur Sufi Batrisyah.” Tersengih Faliq. Dia melambaikan tangan pada Baby Liyana yang terkocoh-kocoh mengejar Batrisyah.
“Hmmm!” Batrisyah mendengus kecil. Mengapalah kebelakangan ini dia asyik terserempak dengan Faliq. Kalau tidak Faliq dia akan bertemu mata dengan Syed Ibtisyam pula. Haru-biru hidupnya bila bersua dengan kedua lelaki itu. Batrisyah segera melepasi Faliq. Namun Faliq segera menghalang laluannya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa perlu dia menyekat gadis itu.
Batrisyah menggigit bibir. Faliq memang sengaja mahu memalukan dia. Orang yang lalu-lalang memandang mereka. Bukan setakat Batrisyah yang merah padam muka tapi Faliq pun sama. Mereka saling memandang antara satu sama lain.
“Faliq!” Bagaikan terkena kejutan elektrik Batrisyah apabila mendengar suara Syed Ibisyam yang berdekatan.
“Teman lelaki awak sudah sampai.” Faliq mengenyitkan sebelah matanya.
Batrisyah menyeringai. Bila masa pula dia declare menjadi teman wanita Syed Ibtisyam. Minta maaflah! Dia bukan gadis yang mudah jatuh hati pada lelaki berhidung belang seperti Syed Ibtsiyam. Dasar buaya tembaga!
“Batrisyah!” Bercahaya wajah Syed Ibtisyam sebaik saja melihat Batrisyah di depan matanya. Rindu dia pada gadis itu. Rindunya kian membuak apabila gadis itu sering mengelak dari bertembung dengan dia.
“Selamat petang Encik Syed Ibtisyam.” Batrisyah menyapa malas.
“Sejak bila awak berencik-encik dengan saya ni.” Desis Syed Ibtisyam. Dia tidak senang bila Batisyah panggil begitu. Batrisyah sengaja mahu menjarakkan hubungan antara mereka.
“Saya tidak pernah lupa kedudukan saya dengan awak. Saya ini hanya burung pipit tapi tidak akan sekali akan bermimpi menjadi enggang. Jangan cuba nak mempermainkan perasaan gadis kampung macam saya.” Tegas Batrisyah.
Faliq dan Syed Ibtisyam terkedu. Baby Liyana yang baru tiba itu terpinga-pinga. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Batrisyah mengatur langkahnya namun sepantas kilat Faliq memaut lengan gadis itu. Wajah lembut Faliq tampak tegang.
“Apakah awak pernah dilukai dengan teruk hingga awak tutupkan pintu hati awak menerima cinta lain?” Faliq sekadar menduga. Dia tidak mempedulikan orang sekeliling yang mula memandang ke arah mereka.
Reaksi wajah Batrisyah berubah sama sekali.
“Kenapa awak tidak memberi peluang kepada kawan saya yang betul-betul menyukai awak? Apa awak fikir semua orang kaya seperti dia tidak tahu menghargai sebuah cinta.” Faliq mengeraskan sedikir nada suaranya. Apakah benar hati gadis itu sekeras kelikir?
Batrisyah melirik matanya ke arah Syed Ibtisyam. Lelaki itu juga agak terkejut dengan tindakan drastik Faliq. Dia tidak punya keberanian seperti Faliq untuk mengungkapkan kata sedemikian terhadap Batrisyah.
“Itu bukan urusan awak!” Gerutu Batrisyah. Dia merentap lengannya dari cengkaman jemari kasar Faliq. Batrisyah mengatur langkah melepasi Faliq dan Syed Ibtisyam. Dia sempat mengerling tajam ke arah Faliq. Lelaki itu sering memberikan perasaan tidak enak di hatinya.
“Lebih baik you berputus asa saja mengejar cinta dia, Ib. Jangan you paksa dia lagi.” Getus Baby Liyana. Dia turut mengekori langkah Batrisyah.
Syed Ibtisyam mengeluh kecil. Adakah dia berpeluang langsung untuk menambat hati Batrisyah? Gadis itu terang-terangan menolak cintanya.
SEMENJAK kejadian tempohari, Batrisyah menjadi lebih pendiam. Perubahan Batrisyah yang ketara itu disedari oleh teman-teman sekerjanya. Malah Puan Suria terpaksa bersemuka dengan Syed Ibtisyam untuk mengetahui apa yang berlaku. Sayangnya Syed Ibitsyam juga membisukan diri. Lelaki itu tampak lesu dan tidak bermaya. Tiada orang lain yang boleh membuka cerita selain Faliq. Kebetulan Puan Suria sememangnya punya
temujanji dengan Faliq tengahari itu.
Faliq menyedut jus orennya dengan tenang. Dia bukan tidak perasan dengan wajah cemberut Puan Suria. Puan Suria mengajak dia keluar bukan semata-mata mahu berbincang perihal kerja mereka tetapi juga perihal Batrisyah. Salah dia juga kerana berkeras dengan Batrisyah yang tidak menghargai perasaan Syed Ibtisyam terhadapnya. Dia rasa hilang sabar melihat sikap dingin Batrisyah. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia sedang fikirkan. Dia tidak sepatutnya masuk campur perihal cinta Syed Ibtisyam.
Batrisyah…wajah suram suram Batrisyah menerpa ke dalam kotak mindanya. Mata jernih yang kesunyian itu sering membuai perasaan Faliq. Gadis itu benar-benar telah mengikat hari Faliq! Dia tidak mampu untuk menyekat perasaan yang hadir itu di dalam hatinya.
“Batrisyah tampak kasar pada zahirnya tetapi hatinya lembut,” bicara Puan Suria memecahkan keheningan antara mereka. Faliq mengangkat kepalanya.
“Hati dia kering! Sekeras kelikir.” Gumam Faliq.
“Jangan menilai dari luarannya. You patut lihat daris segi dalamannya pula.” Puan Suria mengeraskan sedikit suaranya. Faliq terkedu. Wanita itu tampak menyebelahi Batrisyah.
“Dia langsung tidak menjaga hati teman baik I.”
“Bagaimana pula dengan hati dia? Ada teman baik you menjaga hatinya?” Puan Suria mencerlung Faliq. Faliq terdiam. “Batrisyah bukan berniat mahu melukai hati teman baik you. Hatinya sendiri masih tidak sembuh dengan luka cinta lama. Bukan mudah untuk mengubat hati yang dikhianati! Kekasih yang dicintai mengahwini adiknya sendiri. Kepercayaan yang dia berikan dibalas dengan pengkhianatan!”
Faliq tersentap. Puan Suria membuka satu-persatu kisah hidup Batrisyah. Dia mahu lelaki tahu yang Batrisyah bukan seperti difikirkan.
“Dia dibuang keluarga sendiri. Apa yang dia lakukan semata-mata kerana cinta pada lelaki itu dan kasih sayang pada adik yang tidak tahu menghargai perngorbanan kakak sendiri. You tahu selama dua tahun ini dia menyimpan kisah dukanya. Jika I tidak mendesak dia, mungkin I tidak tahu semua ini.” Sambung Puan Suria.
“Kenapa dia biarkan mereka menundingkan jari kepadanya? Kenapa dia perlu
menanggung penderitaan sendiri demi lelaki seperti itu?”
“Itulah Batrisyah! Batrisyah tidak kisah akan kebahagiaan diri sendiri. Dia lebih pentingkan kebahagiaan orang lain. Kita lihat senyuman dan tawa lahir di bibirnya namun kita tidak lihat hatinya yang sedang menangis.”
Siapakah insan yang begitu bertakhta di hati Batrisyah hingga Batrisyah hingga tegar berkorban untuk kebahagiaannya? Faliq mengetap bibir. Dia seakan mencemburui lelaki tersebut. Lelaki yang mempersiakan cinta tulus Batrisyah.
“You sukakan Batrisyah?” soal Puan Suria mengejut.
Faliq pandang tepat ke dalam mata Puan Suria. Dia tidak mampu untuk memberikan jawapan yang dikemukan oleh Puan Suria. Apa reaksi Puan Suria jika dia menyatakan yang dia juga jatuh hati pada gadis itu? Dia menyukai gadis yang dicintai oleh teman baiknya.
Puan Suria menghela nafas kecil. Pastinya Faliq cuba berselindung dari perasaan sebenar. Dia bukannya buta. Tingkah Faliq telah menunjukkan yang lelaki itu punya perasaan terhadap Batrisyah. Batrisyah gadis kasar yang punya daya tarikkan sendiri. Di sebalik kelemahan yang dipertonjolkan itu punya kelebihan yang orang lain tidak nampak.
“I rasa you tahu apa yang bermain di hati I.”
Lantas Puan Suria mengganggukkan kepalanya. Ya! Dia tahu apa yang bermain di hati Faliq. Puan Suria melirik senyuman manis di bibirnya. Dia tidak menyalahkan Faliq sekiranya lelaki itu jatuh hati pada Batrisyah. Batrisyah tidak punya ikatan dengan sesiapa. Gadis itu bebas untuk memilih teman hidupnya. Itu pun jika Batrisyah ingin memulakan kisah percintaan yang baharu.
“I tidak salahkan you. Siapa yang tidak tertarik pada gadis seperti Batrisyah itu. Dia memang cantik meskipun garang seperti singa.” Puan Suria ketawa kecil.
“I tidak akan menghalang jalan teman baik I. I yakin Ib boleh memberikan kebahagiaan kepada Batrisyah. I boleh lihat perubahan pada Ib. Dia bukan lagi Ib yang suka bertukar-tukar pasangan dan berhibur di luar.” Faliq memalit senyuman nipis.
“Faliq…jika tertulis jodoh you dengan Batrisyah, you akan tetap akan memiliki hatinya dan juga jika berlaku sebaliknya. Apa pun I puji dengan sikap tidak pentingkan diri you, Faliq.”
“You memuji I.”
“I puji you ke? Ada ke?” Puan Suria sengaja buat muka.
Faliq tertawa. Terima kasih kerana memang memahamiku. Akan aku Abadikan cinta itu dalam hati ini. Akan aku tunggu cinta itu menjadi milikku untuk selama-lamanya. Faliq bermonolog sendiri.
Faliq melangkah masuk ke biliknya. Dia menekan butang interkom memanggil setiausaha, Farah masuk. Bibirnya mengulum senyuman sebaik sahaja Farah berada di depan matanya. Faliq menongkat dagu merenung setiausaha yang bermulut agak becok itu tetapi dia menyenangi dengan sikap Farah yang berterus terang. Gadis secantik Farah pun tiada lagi teman istimewa di hatinya. Jika ditanya, Farah akan menyatakan yang dia tiada minat untuk bermain dengan cinta.
Tidak berkelip-kelip Farah memandang ketuanya yang asyik tersengih panjang itu. Apalah yang bermain di dalam kepala ketuanya. Lirikkkan matanya merenung dia dari atas hingga bawah. Farah rasa tidak senang bila diteliti begitu. Adakah dia telah silap berpakaian? Atau dia terlalu seksi di mata redup ketuanya itu.
“Encik Faliq…boleh tak jangan tenung saya macam harimau lapar tidak makan seminggu.” gerutu Farah.
Faliq ketawa kecil. Dia meraup-raup wajahnya.
“I ada nampak macam harimau kelaparan ke?”
“Sedikit sebanyak adalah juga.”
“Hahahaha….sampai begitu sekali. I just terkejut bila tengok you berkebaya nyonya begini.”
“Iyalah tu. Ingat I akan percaya kata-kata you Encik Faliq. You boleh terkejut semata-mata mahu lihat pakaian I. You ingat I bodoh ke? I boleh baca dari sinar mata you.” Desis Farah. Dia cemikkan mukanya.
“I selalu dengar yang cinta itu buta. Orang akan jadi bodoh kerana cinta. Cinta juga buat orang hilang arah tujuan. You sependapat kata-kata mereka tak?”
“Cinta itu tidak bersalah. Orang yang tidak mengerti fasal cinta itu yang bengap. Maaf Encik Faliq…I memang suka cakap direct. Straight to the point. Ini pertama kali I dengar Encik Faliq menyebut soal cinta. Ada apa-apa ke?” Terangkat kening lentik Farah. Faliq sekadar menggelengkan kepala.
“I masih tidak layak untuk jatuh cinta, Farah. You lihat keadaan diri I yang masih
berterabur ini. I tidak terurus.”
“Encik Faliq tak perlulah nak berbelit-belit dengan I. Sila berbicara dengan I secara terus terang.”
Faliq bingkas bangun dari kerusi eklusifnya. Dia renung wajah ayu Farah. Wajah Farah bersilih ganti dengan wajah Batrisyah.
“I’m in love…” balas lambat-lambatnya.
Reaksi Farah sudah diduga. Gadis itu tercengang.
waaa,,
ReplyDeletesinga kelaparan da fall in lovela
hee...
akhirnya faliq mengaku jua..
ReplyDeletefaliq dah jatuh cinta dengan batrisya
yahuuuuuuuu.............