Tab Menu

Followers

Monday, October 24, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 11

“BATRISYAH balik kampung?” Bulat anak mata Syed Ibtisyam merenung Baby Liyana. Gadis itu anggukkan kepalanya. Syed Ibtisyam kembali bersandar pada kerusinya. Dia mengurut-urut dahi. Kenapa pula bidadari cintanya itu pulang ke kampung? Ada orang merisik dia ke? Tidak! Aku tidak boleh berdiam diri begini. Syed Ibtisyam mula gelisah. Dia tidak senang duduk.
            Syed Ibtisyam bingkas bangun. Dia mencapai kot dan telefon bimbitnya. Dia perlu mencari Batrisyah. Dia perlu meyakinkan gadis itu yang dia benar-benar menyintainya. Dia akan menjejaki Batrisyah dan tidak akan membiarkan gadis itu lari darinya lagi.
            Baby Liyana menggigit bibir. Ternyata dalam hati Syed Ibtisyam hanya ada cinta Batrisyah. Dia tidak berpeluang untuk memiliki lelaki itu. Hatinya meraung. Mengapa dia tewas pada Batrisyah?  Baby Liyana tidak boleh menerima jika Syed Ibtsiyam menjadi milik Batrisyah. Dia tidak peduli lagi hubungan persahabatan antara dia dengan Batrisyah. Dia perlu merampas Syed Ibtisyam. Lelaki itu yang digilainya siang dan malam. Malah dia sanggup hidup berdikari kerana Syed Ibstiyam. Tidak kira apa harganya dia akan jadikan Syed Ibtisyam miliknya seorangnya. Baby Liyana bagaikan sudah dirasuk hasutan Syaitan!
            “Assalamualaikum…termenung Nampak?” Lembut suara itu menegur. Baby Liyana angkatkan kepalanya. Dia tersentak. Wajah kacak Faliq memenuhi ruang matanya. Lelaki itu tersenyum.
            “Waalaikumusalam. You datang cari my boss ke?”
            “Boss you ada di biliknya?”
            Laju Baby Liyana menggelengkan kepala.
            “Dia sudah keluar. Mungkin beberapa hari ini dia tidak ada di pejabat.” Jelasnya.
            “What? Dia ke mana? I tidak tahu pun.”
            “Dia mencari bidadari cinta dia. Bidadari dia balik kampung.” Baby Liyana memaniskan mukanya.
            “Oh!” Faliq tersenyum. Dia tumpang gembira jika Syed Ibtisyam berjaya melunturkan kekerasan hati Batrisyah.
            “Encik Faliq…Boleh I berbicara dengan you sebentar.” Pinta Baby Liyana. Dia
perlukan seorang teman untuk meluahkan rasa ketika ini. Faliq tersenyum seraya mengangguk perlahan.

ATAS bantuan Puan Suria, akhirnya Syed Ibtisyam dapat menjejaki kampung halaman Batrisyah. Dia melangkah keluar dari Toyota Viosnya sambil mencerlung ke arah rumah papan yang masih berdiri megah itu. Kereta Savvy milik Batrisyah tersadai berdekatan pokok rambutan. Syed Ibtisyam melirik senyuman di bibir. Dia menarik nafas panjang. Batrisyah tidak boleh melarikan diri lagi. Dia akan pastikan Batriisyah menjadi miliknya. Dia mahu Batrisyah tahu yang cintanya hanya untuk gadis itu.
            Batrisyah meletakkan sedikit kuah pajeri terung itu pada telapak tangannya. Dia tersenyum apabila merasakan yang pajeri terungnya itu tidak perlu ditambah garam lagi. Haji Sufian duduk di ruang tamu sambil mengadap surat khabar. Ingin dibantu Batrisyah menegah. Anak gadisnya itu mahu memasak sendirian di dapur. Bau haruman masakan Batrisyah cukup menyelerakan. Batrisyah memang pandai memasak. Dia mewarisi kemahiran memasak dari arwah ibunya.
            Anak gadis seorang ini tidak pernah jemu menolong ibunya di dapur. Apa saja masakan yang ibunya masak, dia akan bertanya dan mencuba. Adakalanya Haji Sufian sudah letih mahu meleteri Batrisyah yang sering mengotorkan dapur. Lantas dia biarkan sahaja anak gadisnya itu ‘mengerjakan’ dapur.
            “Assalamualaikum…” ucapan salam di luar rumah mengejutkan Haji Sufian dari lamunan silam.
            “Waalaikumusalam.” Haji Sufian membalas. Dia letakkan surat khabarnya di atas meja. Haji Sufian bergegas ke muka pintu utnuk melihat tetamu yang datang.
            Seorang pemuda sedang berdiri berdekatan anak tangga rumahnya. Dia tidak pernah melihat wajah anak muda itu di dalam kampung ini? Barang-kali pemuda ini orang luar. Mungkin pemuda ini sesat jalan dan ingin bertanyakan destinasi yang akan ditujuinya.
            Tidak berkelip mata Syed Ibtisyam memandang orang tua di hadapannya itu. Dia yakin orang tua itu adalah ayah kepada Batrisyah. Puan Suria ada memberitahu yang Batrisyah mempunyai seorang ayah di kampung. Ibunya telah lama meninggal dunia.
            “Maaf sekiranya kehadiran saya ini mengganggu. Boleh saya berjumpa dengan Batrisyah?”
            “Anak ini siapa?” soal Haji Sufian.
            “Saya Syed Ibtisyam. Kawan anak pakcik.”
            Haji Sufian memakukan mata pada wajah pemuda itu. Dia cuba mencari kebenaran di sebalik wajah tampan Syed Ibtisyam.
            “Abah! Siapa yang datang?” Batrisyah muncul di belakang Haji Sufian.
            Syed Ibtisyam tergamam melihat Batrisyah yang hanya berbaju kurung kedah dan berkain batik itu. Rambut Batrisyah disanggulkan rapi. Jelas kejelitaan wajah Batrisyah pada ruang mata Syed Ibtisyam. Lain dari Batrisyah yang sering dilihatnya sebelum ini. Batrisyah mengetap bibir sebaik sahaja melihat Syed Ibtisyam. Bagaimana lelaki itu boleh mencarinya hingga ke kampung?
            “Risyah kenal dengan lelaki ini?” Haji Sufian berpaling pada anak gadisnya. Laju Batrisyah gelengkan kepala.
            “Tutup pintu abah. Jangan bagi orang gila itu masuk!” Gerutunya. Muka Batrisyah tegang. Dia tidak mengalu-alukan kedatangan Syed Ibstisyam di rumahnya.
            “Risyah! Bagilah I peluang untuk menjelaskan segala-galanya pada you.”
            Mereka saling berpandangan. Haji Sufian mengerutkan dahi. Jika Batrisyah tidak mengenali lelaki ini mana mungkin dia tahu nama panggilan anak gadisnya itu.
            “Risyah bagilah dia peluang. Tidak baik menghalau tetamu yang datang.” Suara Haji Sufian. Pasti ada perselisihan faham antara anak gadisnya itu dengan pemuda terbabit. Jika tidak masakan pemuda itu akan mencari anak gadisnya hingga ke sini.
            Batrisyah merengus kecil. “Kalau abah nak layan tetamu tidak diundang ini. Abah layanlah. Risyah tak kuasa nak tengok muka dia!” Batrisyah berlalu.
            Syed Ibtisyam menelan air liur. Haji Sufian gelengkan kepala. Haji Sufian menjemput Syed Ibtisyam naik ke rumahnya. Syed Ibtisyam tersengih. Dia mengaru-garukan kepala yang tidak gatal. Teragak-agak dia memijak anak tangga rumah itu.
            Rumah papan itu memang menarik perhatian Syed Ibtisyam. Usang tetapi kemas dan teratur. Dia labuhkan punggung di atas kerusi rotan itu. Haji Sufian memanggil Batrisyah. Batrisyah tidak menyahut. Dia menyepikan diri di ruang dapur. Mulut terkumat-kamit membebel sambil membancuhkan kopi.
            “Anak ini kawan sekerja dengan Risyah ke?”
            “Kami berlainan ofis tetapi dalam satu bangunan. Tapi kami sudah lama kenal.”
“Begitu…Kamu bergaduh dengan Risyahkah? Dia nampak marah benar dengan kamu?”
“Errr…itu…” Syed Ibtisyam mengaru-garukan lagi kepalanya. Mukanya berubah kemerahan. Bagaimana dia harus dia terangkan kepada ayah Batrisyah.
“Kenapa? Kamu juga takutkan pakcik.” Ujar Haji Sufian lembut. Pemuda di hadapannya makin tampak gelisah. “Kamu malu nak cakap depan pakcik?”
Syed Ibtisyam meramas-ramas jemarinya. Dia ingin menyuarakan perasaannya pada Batrisyah. Namun lidahnya kelu untuk bersuara.
“Kamu duduklah dulu. Biar pakcik ambilkan air untuk kamu. Tekak kamu pasti sudah kering.” Haji Sufian bingkas bangun mengaturkan langkah.
Syed Ibtisyam memarahi diri sendiri kerana tida mampu meluahkan apa yang tersirat di hatinya. Kenapa dia perlu mensia-siakan peluang keemasan ini. Inilah peluang untuk dia mendapatkan Batrisyah.
Di atas meja makan dia Batrisyah sedang termenung menongkat dagu. Hidangan air telah disediakan bersama sedikit juadah sarapan pagi tadi. Batrisyah hanya meletakkan atas meja makan dan tidak dihidangkan pada tetamu yang sedang duduk mengelabah di ruang tamu itu. Haji Sufian mula tertanya-tanya akan perhubungan Batrisyah dengan pemuda terbabit. Dari raut wajah Batrisyah, anak gadisnya itu menyembunyikan sesuatu.
Syed Ibtisyam pulang dengan perasaan hampa. Batrisyah langsung tidak mahu melihat wajahnya. Dia mati akal. Bagaimana caranya untuk melembutkan hati Batrisyah yang sekeras kelikir itu. Dia jadi buntu juga. Buntu untuk mendapatkan sekeping hati milik gadis bernama Nur Sufi Batrisyah. Syed Ibtisyam perlu memikirkan sesuatu agar Batrisyah dapat menerima dirinya.
Batrisyah merenung ke arah jendela. Bulan dan bintang menerangi langit malam. Nyaman sekali angin malam itu. Dia menyisirkan rambutnya yang hampir mencecah bahu. Bukan dia tidak rasa bersalah kerana terlalu dingin dengan Syed Ibtisyam. Dia takut. Dia takut dikhianati lagi. Dia sudah cukup terluka. Terluka dengan cinta yang acapkali menghiris hatinya.
Bunyi ketukan di luar pintu menyedarkan Batrisyah dari lamunan. Suara abah kedengaran. Pastinya abah ingin tahu tentang Syed Ibtisyam. Bersusah payah orang kota itu menjenguknya di kampung. Dia tidak meminta lelaki itu menagih cintanya? Dia tidak
perlukan pujuk rayu dari lelaki itu? Dia sendiri tidak faham mengapa Syed Ibtisyam masih tidak berputus asa padanya. Sedangkan dia sudah cukup dingin melayan lelaki itu.
            Abah melangkah masuk ke dalam bilik. Abah menggelengkan kepala melihat anak gadisnya itu. Batrisyah hanya melirik senyuman nipis. Abah pasti inginkan penjelasan dari dia. Tiada lagi alasan yang perlu dia berikan pada abah selain berterus-terang sahaja.
            “Abah…” Batrisyah memandang wajah tua abah. Malam itu dia meluahkan segala-galanya pada abah.

2 comments:

  1. kerana cinta...
    manusia sanggup melakukan apa saja..
    hehehe...
    chayok..chayok..syed ib

    ReplyDelete
  2. apela yg dibincangkan baby liyana ngan faliq 2 yer?
    waaa,,,berani tol ib g kg risya..

    ReplyDelete