Tab Menu

Followers

Wednesday, October 26, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 13


SYED Ibtisyam merasa lapang di dada bila Batrisyah sudi menerima dirinya sebagai kekasih dan juga tunang. Tiada lagi kegelisahan di hati lelakinya. Batrisyah pula makin lembut melayan dia. Malah gadis itu semakin rapat dengan ahli keluarganya. Berseri-seri wajah Syed Ibtisyam. Dia menunggu Batrisyah di tempat parkir kereta. Batrisyah sudah dimaklumkan agar tidak membawa keretanya ke pejabat. Dia sendiri akan menjemput pergi dan balik gadis itu. Mujur Batrisyah tidak membantah.
            Wajah Batrisyah terpacul pada muka pintu kereta Syed Ibtisyam. Gadis itu mengetuk-getuk pintu kereta berkenaan. Syed Ibtisyam tersenyum. Pintu keretanya dibukakan. Batrisyah melangkah masuk.
            “Maaf. Risyah ada kerja perlu disiapkan tadi. So lambat sikit. Lama ke Ib tunggu Risyah?” lembut tutur kata Batrisyah. Kata-kata begini yang disenangi oleh Syed Ibtisyam. Sekeras-keras hati Batrisyah, gadis itu sebenarnya punya kelembutan yang tersembunyi.
            “Taklah. Risyah just late five minute only. Macam mana? Risyah mahu pulang ke rumah dulu tukar pakaian ke? Tidak pun sembur minyak wangi banyak-banyak.” Syed Ibtisyam mengerling gadis di sebelahnya. Gadis itu mengulum senyuman.
            “Risyah tukar pakaianlah. Lagipun Risyah belum solat Asar lagi. Risyah tidak selesa dengan bau yang melekit  satu badan ketika makan malam bersama keluarga Ib.”
            “Ib hantar Risyah ke rumah dululah.”
            Batrisyah anggukkan kepalanya. Bibirnya tidak lekang dari mengulum senyuman manis. Senyuman yang Syed Ibtisyam dambakan selama ini.
Dato’ Syed Mukhlis dan Datin Sharifah Aliah begitu menyenangi kehadiran Batrisyah yang sudi makan malam dengan mereka sekeluarga. Kali ini Syed Ibtisyam memilih gadis yang tepat sebagai teman hidupnya. Kedua suami isteri itu telah berpakat untuk mempercepatkan majlis perkahwinan Syed Ibtisyam dan Batrisyah.
Tanpa diduga, Faliq turut dijemput sebagai tetamu malam itu. Syed Ibtisyam tidak senang dengan lirikkan mata Faliq yang asyik mengerling Batrisyah. Dia yakin Faliq ada hati pada Batrisyah. Ada rasa cemburu terbit di hati Syed Ibtisyam. Tambahan pula syarikat tempat kerja Batrisyah berurusan dengan syarikat Faliq.
“Anak uncle bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi, kau bila lagi Iq?” Dato’ Syed Mukhlis menghalakan pertanyaan buat Faliq.
Faliq melirik senyuman.
“Belum ada jodoh lagi uncle.”
Handsome macam ini masakan tidak yang berminat. Auntie dengar ibu Faliq mahu jodohkan Faliq dengan Dhiya.”
Kali ini Faliq ketawa kecil. Kalau dengan Dhiya tidak berkahwin pun tidak mengapa. Gadis itu bukan pilihan hatinya. Dia lebih menyenangi gadis di hadapannya itu. Nur Sufi Batrisyah. Sayanganya gadis yang dia sukai itu sudah menjadi tunangan kawan baik sendiri. Terbit rasa hampa di hati Faliq.
“Kalau ada jodoh saya kahwin tak begitu Ib?” Faliq mengalihkan pandangan mata pada Syed Ibtisyam dan Batrisyah.
 Renungan mata Faliq pada Batrisyah disedari oleh Syed Ibtisyam. Batrisyah tampak melirikkan senyumannya. Fikiran Syed Ibtisyam mula tidak menentu. Apakah ada perhubungan istimewa antara Falid dan Batrisyah? Syed Ibtisyam mula tidak senang duduk. Punggungnya terasa panas.

“YOU macam tidak suka I datang?” suara Faliq apabila melihat Syed Ibtisyam sendirian di luar beranda banglo mewah itu.
            Syed Ibtisyam merengus kecil. Dia mengalihkan muka dari memandang Faliq. Faliq menggelengkan kepala. Dia menyedari ada api cemburu di mata temannya itu.
            “Jangan mudah mengikut kata hati. I tidak tergamak mahu merampas dia dari you. I dengan dia hanya berurusan dalam soal kerja.” Faliq mengerti akan kebimbangan Syed Ibtisyam.
            “Tapi Batrisyah lebih rapat dengan you berbanding dengan I? You pun tahu yang I sangat mencintai Batrisyah. Bukan senang I memiliki hatinya.” Syed Ibtisyam meluah rasa di hati.
            Faliq tersenyum. Dia menepuk lembut bahu Syed Ibtisyam. Dia tahu yang Syed Ibtisyam menyayangi Batrisyah. Hati Faliq gembira mendengarnya. Dia juga mahukan yang terbaik buat gadis itu. Jika Batrisyah bahagia bersama Syed Ibtisyam maka dia jua akan merasa bahagia.
            “Ib…cuba jangan fikirkan yang bukan-bukan. You kena percayakan Risyah.”
            “Cakap memanglah senang.” Rengus Syed Ibtisyam.
             Faliq gelengkan kepala. Apa yang tidak kena dengan temannya ini. Batrisyah sudah cukup baik pun masih diragui lagi. Kini baru Faliq mengerti memang hati Batrisyah keras umpama kelikir. Mengapa Batrisyah sukar memulakan percintaan yang baru?
            “Risyah itu setia. I dengan dia masih ada batas pergaulan. Kalau I bersahabat dengan you maka I juga bersahabat dengan Risyah.” Faliq cuba menenangkan fikiran Syed Ibtisyam. Dia tidak mengerti akan sikap Syed Ibstiyam yang mahu meragui Batrisyah. Dulu dia juga yang bukan main terhegeh-hegeh mahu memiliki hati gadis itu.
            Kalau Batrisyah itu tidak setia sudah lama gadis itu melayan lelaki lain? Syed Ibtisyam langsung berfikir tidak menggunakan otak! Agaknya banyak sangat minum air yang ada semut. Marah juga Faliq dengan sikap temannya itu. Kalau Syed Ibtisyam mensia-sia Batrisyah maka dia tidak teragak-agak akan merampas gadis itu.
            Mereka saling membisu sehinggalah Batrisyah muncul memeinta Syed Ibtisyam menghantarnya pulang. Dia mahu pulang ke rumah kerana sudah terlalu lewat. Esok dia perlu hadiri mesyuarat bersama Suria di Putrajaya. Faliq juga akan turut serta.
            “Faliq jaga kesihatan awak. Makan ubat tahu.” Sempat Batrisyah berpesan kepada Faliq. Setahunya lelaki itu agak kurang sihat. Lelaki itu batuk-batuk semasa pertemuan mereka semalam.
            Syed Ibtisyam menjeling Faliq tajam. Faliq hanya tersenyum manis. Hati senang dengan perhatian yang Batrisyah berikan.
            “Makan ubat tahu!” Batrisyah mengulangi kata-katanya.
            Faliq anggukkan kepala.
            “Dia sudah besar Risyah. Pandailah dia menjaga dirinya.” Celah Syed Ibtisyam. Api cemburunya membara melihat Batrisyah yang mengambil berat perihal Faliq.
            Faliq perasan reaksi tidak senang Syed Ibtisyam itu. Apa Syed Ibtisyam fikir dia lelaki yang makan kawan sendiri? Dia masih menjaga batas pergaulan dia dengan Batrisyah. Dia tidak menafikan yang perasaan suka itu masih ada di hatinya. Namun tiada niat mahu merampas Batrisyah dari teman baiknya itu.
            “Terima kasih Risyah sebab ambil berat fasal saya. Ib cemburu biar bertempat.”
Suara Faliq perlahan. Dia menepuk lembut bahu Syed Ibtisyam.
            “Kenapa Ib nak cemburukan Faliq? Dia kawan Ib maka dia kawan Risyah jugak. Lagipun kalau dia sakit dia akan timbul masalah pada projek di syarikat Risyah nanti. Orang penting katakan.” Cebik Batrisyah.
            Faliq ketawa kecil. Batrisyah tetap Batrisyah yang sama. Ada dingin dan ada angina pasang surutnya.
            Panggilan Datin Aisyah mematikan perbualan mereka. Syed Ibtisyam meluru masuk setelah ada panggilan untuknya. Seketika dia bergegas keluar merapati Batrisyah dan Faliq. Ada riak resah pada wajah Syed Ibtisyam.
            “Iq…boleh you hantarkan Risyah? I ada hal sedikit.”
            “You mahu ke mana?” soal Faliq melihat Syed Ibtisyam yang sudah bersiap ala kadar seperti mahu pergi ke sesuatu tempat.
            “I baharu dapat call dari Yana yang ofis di Seberang Prai kena sabotaj. I mahu ke sana.”
            “Baiklah. I hantarkan Risyah.”
            Thanks.
            “Ib…berhati-hati memandu. Bawa bertenang ya. Kalau dah sampai call Risyah.”  Syed Ibtisyam tersenyum melihat wajah gelisah Batrisyah.
            “Baik sayang.” Balasnya senang hati dengan perhatian Batrisyah. Fikirnya Batrisyah sudah tidak mempedulikan tentang dirinya lagi.
            “Ingat Ib you kena call Risyah bila sampai di sana. Jangan biarkan dia tertunggu-tunggu panggilan dari you.” Faliq mengingatkan Syed Ibtisyam.
            Syed Ibtisyam menganggukkan kepala lantas segera masuk ke perut kereta.
            “Tolong tengokkan Risyah untuk I. Jangan pula Risyah yang tengokkan you.” Pesan Syed Ibtisyam kepada Faliq.
            “Risyah dah besarlah. Buat apa nak Faliq tengokkan Risyah.” Desis Batrisyah.
            Dasar Batrisyah! Gadis yang tidak perlukan perhatian orang lain. Faliq menjongketkan bahu.
            Toyota Vios Syed Ibtisyam hilang dari pandangan mata Batrisyah. Hati Batrisyah berdebar kuat apabila Faliq berdiri dekat dengannya. Satu perasaan aneh yang menyelinap di hati Batrisyah. Batrisyah berlagak tenang.
            “Makcik…pakcik…Risyah minta diri dulu.” Batrisyah menyalami dan mengucup tangan Datin Aisyah.
            “Iq…hantar Risyah sampai depan rumah. Jangan kau larikan dia pula. Ib menangis tak berlagu nanti.” Ujar Dato’ Syed Mukhlis.
            Uncle…bukan takat depan rumah, sampai dalam rumah pun saya hantarkan.”
            Batrisyah mengetap bibir. Bukan main lagi gurauan Faliq.
            “Hahaha…Mati kau kena tembak dengan senapang gajah Ib nanti, Faliq.”
            Faliq turut ketawa. Datin Aisyah gelengkan kepala. 

11 comments:

  1. akak.....suka2...
    next plezz..!!!
    hahaha

    ReplyDelete
  2. ib jgn cemburu sgt n faliq jn amik kesempatan dlm kesulitn heheheh

    ReplyDelete
  3. jangan2 IB kne prangkap dgn liyana...jeng jeng jeng....hehehe
    sesuke ati je kn...

    ReplyDelete
  4. Hurm...best giler cite nie...
    tapi kan sy lagi suka klu Batrisyah ngan Iq instead of Ib. Keep up with a good job!!

    ReplyDelete
  5. alahai ..kesian Ib..dia mmg sgt teramat syg kat Risyah..Hopefully tak ada apa yg berlaku pada mereka ngan hubungan yg masih baru lagi..

    ReplyDelete
  6. janganlah ib tu kena perangkap!!! benci tau kat baby liyana tu! dalam lembut punya hati yang busuk!!!

    ReplyDelete
  7. kite nak Risyah kapel ngan Faliq leh x?..xmo Ib,itu mamat kasi maen jauh2 lar..

    ReplyDelete
  8. sukeeee...
    cant wait 4 the next story mory...

    ReplyDelete
  9. :) Apa yang berlaku telah tersurat di sini...Tunggu entry seterusnya...menantikan duka di hati Batrisyah...

    ReplyDelete
  10. Ib jangan terlalu cemburu buta...
    percayalah pada batrisya...
    akak nak lagi

    ReplyDelete