Tab Menu

Followers

Saturday, October 22, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 1

NUR SUFI BATRISYAH mengetap bibir. Geram kerana Savvy kesayangannya dihalang oleh Toyota Vios berwarna silver itu. Dia mula bercekak pinggang apabila melihat kedua jejaka tampan itu. Dan salah seorangnya memerangkap pemilik kereta berkenaan tersengih-sengih macma kerang sumbang memandang dia. Berkerut-kerut dahinya menahan marah. Nyata lelaki itu memang sengaja menghadang keretanya. Lelaki itu sudah melampau! Hari ini dia sudah hilang sabar. Benar-benar dia hilang sabar!
            Tempat letak kereta ini punyalah luas. Mengapa di belakang keretanya juga lelaki itu memakirkan kereta. Batrisyah mengetap bibir. Kalau diikutkan amarahnya mahu saja dia memecahkan kereta lelaki itu.
            “Maaflah makcik yang ayu…saya bukan sengaja nak menghalang laluan kereta awak. Tempat parking penuh.” Yang berkumis nipis itu menjelaskan keadaan. Melebar saja senyumannya.
            “Penuh kepala hotak awak!” Batrisyah melenting. Sering-kali Toyota Vios itu diparkirkan belakang keretanya. Mula-mula dia tidak hairan sangat. Mungkin benarlah alasan dua lelaki itu parking penuh. Tapi lama-lama lain benar rasanya. Hari-hari lelaki itu buat darahnya menyirap. Mahu cari gaduh ke?
            “Garangnya….” Lelaki itu menyakat. Suka benar melihat gadis ayu itu naik darah. Comel dengan tahi lalat di bibir merah merekah itu.
            “Awak tak reti-reti nak kalihkan kereta mahal awakkah? Saya nak balik cepat ke rumah!” Jegil Batrisyah. Sebelah kakinya sudah menghentak-hentak ke tanah. Dua mangkuk ayun itu masih boleh buat muka sambil lewa.
            “Amboi! Makcik seorang ini makin garang dia. Berkerut-kerut muka dia ya. Jangan buat muka berkerut macam itu. Nanti cepat berkedut! Lagipun buat apa nak cepat sangat balik rumah? Bukannya laki ada dirumah awak nak jaga makan minumnya.” Giat si kumis nipis itu.
Temannya sudah ketawa mengekeh. Sempat dia mengerling sekilas pada wajah ayu Batrisyah yang sedang terbakar itu. Memang ayu gadis itu. Patutlah kawannya itu sudah tertawan hati.
            “Kalau muka saya nak berkedut ke? Saya nak pulang awal ke? Awak nak sibuk apa! Itu hal saya! Saya punya pasal! Cepat alihkah kereta awak sebelum saya remukkan kereta awak yang mahal tu!!” Marah Batrisyah.
            “Risyah…awak ni memang tak pandai berguraulah. Kalau iya pun nak minta kitaorang alihkan kereta cubalah cakap baik-baik sikit. Ini tidak asyik nak melenting saja. Awak tu orang perempuan tahu. Kena sopan-santun dan lembut sikit dengan kami yang lelaki ni.” Lelaki itu mengusap-usap dagunya.
            “Kepala hotak awak! Hari-hari blocking kereta saya apa kejadahnya! Awak memang saja cari pasal dengan sayakan Syed Ibtisyam!”
            “Eh! Awak tahu nama saya ya Risyah. Terkejutnya saya. Lain kali sebut nama saya tu biar penuh. Syed Ibtisyam Bin Dato’ Syed Mukhlis. Macam saya sebut nama penuh awak Nur Sufi Batrisyah Binti Sufian.”
            Makin loyar buruk mamat seorang ini. Yang seorang itu asyik tersengih-sengih macam kerang busuk. Ada jugak yang makan kasut aku nanti! Merengus Batrisyah dalam hati.
            “Apa yang bising-bising ni Ib?” Wajah Baby Liyana muncul tiba-tiba. Kecoh dia dengar di tempat parkir kereta itu dengan suara Batrisyah dan Syed Ibtisyam.
            “Eh! Yana…tak perasan pulak I. You pun baru balik kerja ke?” Syed Ibtisyam bertanya. Baby Liyana mencebik. Akukan satu pejabat dengan kau! desis hati kecilnya.
            “Tak? Baru lepas cuci jamban. Dah tahu di tanya pula lagi.” Gerutu Baby Liyana. Syed Ibtisyam ketawa kecil.
Baby Liyana buka bonet keretanya. Fail yang bertimbun-timbun itu dimasukkan. Dikerling pada raut ayu Batrisyah yang masih berkerut-kerut. Faham benarlah dengan masalah teman baiknya itu. Syed Ibtisyam cari pasal lagi tu dengan Batrisyah. Baby Liyana gelengkan kepala. Sehari kalau tidak bertekak memang tak boleh. Batrisyah dan Syed Ibtisyam macam anjing dengan kucing.
            “You mencari nahas sajalah Ib.” Bebel Bay Liyana.
            Syed Ibtisyam tersengih.
            “I memang suka cari nahas. Terutama dengan gadis yang berkulit putih gebu ni. Kalau marah menyala merahnya. Kat situ yang I cukup berkenan tu. Sehari tak tengok tak tidur malam I. Esok dah akad nikah, hari-hari berkurung dalam bilik.” Makin galak Syed Ibtisyam menyakat. Tidak dinafikan dia suka melihat raut lembut pada wajah Batrisyah yang putih melepak itu. Tidak perlu mengenakan make-up lebih-lebih. Pertama kali bertemu dua mata dia sudah berkenan dengan gadis yang tampak lembut tetapi garangnya mengalahkan singa.
“Tak hingin saya bernikah dengan buaya tembaga macam awak! Saya lagi sanggup angkat nikah dengan mamak roti canai tu dari menikah dengan awak!”
Terburai ketawa Syed Ibtisyam. Dalam marah-marah Batrisyah masih juga boleh buat lawak dengan dia.
“Tak baik awak kata saya buaya tembaga Risyah. Kalau saya buaya dah lama saya ngap awak tahu tak? Kenyang perut ni.”
“Kalau berani ngaplah!” Batrisyah jegilkan biji mata.
Batrisyah…Batrisyah…kau memang straight the point! Ada saja jawapan dari bibir kau. Tidak mahu mengaku kalah. Kau umpama mawar yang cantik tapi berduri. Bagaimana baru aku dapat menebusi dinding besimu Batrisyah?
“You tidak ada kerja lainkah selain menyakat orang Ib.” Baby Liyana mencelah. Faham benar dengan sikap nakal Syed Ibtisyam. Jika dia sudah suka pada seorang gadis itu, dia tidak akan berputus asa untuk memikatnya. Sayang…Batrisyah gadis yang amat liat untuk dipikat.
Batrisyah telah menutup pintu hatinya untuk cinta. Kata orang bukan mudah untuk melupakan kisah cinta pertama. Lebih pedih bila orang yang kita cinta separuh mati mengahwini adik sendiri.
“You secretary I takkan you tak tahu kerja I sentiasa melambak-lambak di ofis itu tapi semua kerja I tidak setanding dengan kerja I yang ini. Kerja yang ini I paling suka, Yana.” Makin besar tawanya.
“Awak memang takkan reti bahasa kalau tak diajar!” Batrisyah merengus. Dia aturkan langkah masuk ke dalam kereta. Enjin keretanya dihidupkan. Syed Ibtisyam yang tidak henti-henti ketawa itu tiba-tiba terdiam. Wajahnya berubah. Dia pandang teman baiknya. Temannya itu jongket bahu.
            “Kalau you tak mahu kereta you hancur dikerjakan dia baik you alih kereta you cepat Ib!” Teriak Baby Liyana yang sudah berada dalam keretanya. Nyata dia sudah tahu maksud yang tersirat dalam otak Batrisyah tadi.
            “Alamak! Singa dah mengamuk!” Kelibut Syed Ibtisyam jadinya. Syed Ibtisyam terus berlalu mengalihkan keretanya.
            “Awak bernasib baik kerana kereta mahal awak tidak diapa-apakan hari ini! Esok saya tidak menjamin keselamatan kereta awak!” Pesan Batrisyah yang lalu di sebelah kereta Syed Ibtisyam. Batrisyah lesap dari pandangan mata Syed Ibtisyam.
            “Kita tunggu dan lihat saja nanti.” Bisik hati kecil Syed Ibtisyam. Segaris senyuman nakal terukir di bibir lelaki itu.

CEMBUL pintu rumahnya itu dipulas perlahan. Batrisyah menanggalkan kasutnya. Dia campakkan beg tangannya atas sofa dan terduduk lesu. Letih seharian dengan kerja-kerja yang melambak di pejabat. Batrisyah mencapai remote televisyen. Lebih baik dia melayan tengok televisyen dari mengingatkan pertelingkahan di tempat parkir kereta tadi. Syed Ibtisyam….Lelaki itu sering saja mencari masalah dengan dia. Berlagak! Mentang-mentanglah dia anak Dato’. Menyampah benar Batrisyah dengan lelaki berkumis nipis itu. Hari-hari mahu cari pasal dengan dia.
            Dia mengeluh kecil. Dia memandang ke arah siling. Sepi…rumah ini memang sepi seperti pemilik rumah ini jua. Dia tidak terniat untuk mencari teman untuk menyewa di sini. Dia senang bersendirian. Tidak perlu berkongsikan kisah suka dan duka dengan orang lain. Dan dia sendiri sudah lupa bila kali terakhir dia menitiskan air matanya dan bila kali terakhir dia ketawa.
            Telefon bimbitnya bergegar di atas meja. Lagu Hero nyanyian Enrique Iglesias bergendang di telinga Batrisyah. Nama Qais tertera pada skrin telefon.
            “Assalamualaikum…” ceria suara Qais di talian. Batrisyah mengukir senyuman.
            “Waalaikumsalam…happy semacam aje adik akak ni. Dapat tackle makwe cun dekat Uitm ke?”
            “Hisy kak Risyah ni. Ke situ pulak dia. Adik ada berita gembira nak sampaikan pada kakaklah.”
            “Berita apa? Kau menang loteri ke Is?”
            “Kak Risyah…..”
            “Okay…okay…okay…I’ll be serious.”
            “Kak Fa dah selamat melahirkan baby girl.”
            “Alhamdulillah…” ucap Batrisyah sayu. Tentu bayi perempuan itu comel seperti ibunya. Lengkap sudah sebuah keluarga buat Farisya dan Ashraf. Air muka Batrisyah berubah sayu bila mengingati nama Ashraf. Lelaki itu pintakan kebahagiaan darinya. Dia sudah berikan dengan hati tanpa berbelah bagi. Biarlah hatinya terluka asalkan orang-orang yang tersayang bahagia. Melepaskan orang yang dikasihi demi kebahagiaannya.
            Biarpun sepuluh tahun cinta itu bersemi namun jika Tuhan sudah takdirkan tiada jodoh antara mereka, dia pasrah menerimanya. Cinta itu tidak boleh dipaksa. Dia tidak peduli apa yang orang sekeliling mengata tentang dirinya. Dia tahu apa dia lakukan. Tidak perlu mereka mengetahui sebabnya itu kecuali dirinya sendiri.
            “Kakak…” panggil Qais dalam talian. Batrisyah tersentak.
            “Kakak masih rindukan Abang Raf ke?” soal Qais.
            “Eh! taklah. Dia sudah jadi suami kepada adik kakak sendiri. Untuk apa akak rindukan dia. Mengarutlah Is ni.” Dalih Batrisyah.
            “Kakak berikan kebahagiaan pada Abang Raf…tapi kebahagiaan kakak sendiri tercalar. Adilkah itu kakak?” Batrisyah terdiam. Dia tidak menyangkal kata-kata Qais itu.
Hingga hari ini Ashraf masih bertakhta di hatinya. Cuba diusir nama itu namun sukar untuk melupakan segala kenangan indah antara mereka. Mungkin dia masih tidak kuat untuk memadam memori cinta mereka. Hatinya dicarit-carit bila Ashraf mengaku dia mencintai adiknya Farisya secara terang-terangan. Cinta yang dipertahankan selama sepuluh tahun itu sekelip mata hancur dilanda badai. Batrisyah tiada pilihan lain selain mengorbankan cinta itu biarpun dia tahu dia yang akan terluka.
            “Kakak sedia menerima akibatnya bila kakak buat keputusan menyerahkan Abang Raf menjadi milik Farisya. Kakak tidak menyesal Is.”
            “Iyalah tu. Sampai semua adik-beradik membenci dan membuang kakak. Kak Fa tu anggap kakak sebagai musuh ketat dia. Pantang nampak muka kakak mula datang penyakit gilanya.” Bebel Qais.
Batrisyah tersenyum kecil. Qais…adik bongsunya itu amat memahami dirinya. Sering-kali Qais memberikan nasihat dan bebelan kepada Batrisyah. Qais nampak lebih matang dari usianya yang baru mencecah 19 tahun itu. Batrisyah tidak mahu ada simpati di hati sesiapa pun. Dia mampu menangani kesedihan itu sendirian.
            Maybe muka kakak cantik sangat kot?” Batrisyah berseloroh.
            “Orang serius…kakak main-main ye. So kakak datang tak nanti lawat Kak Fa dekat hospital? If  kakak pergi, Is nak tumpang sekali.”
            “Insya-ALLAH. Kakak akan call Is bila nak pergi nanti.”
            “Kakak…jangan pendamkan kedukaan dalam hati. Is masih ada di sisi kakak. Is masih kuat menyokong kakak. Is tahu kakak rindukan kampung tapi kakak tahan diri kakak demi Kak Fa dan yang lain. Pejamkan mata saja kak. Mereka bukan tahu apa-apa. Mereka cuma nampak yang buruk depan mata.”
            “Is memang selalu dapat membaca gerak hati kakak. Tapi kakak tak boleh Is. Abah dah buang kakak. Abah bencikan kakak.” Siapa tidak rindukan kampung halaman sendiri. Tempat dia dilahir dan dibesarkan. Rindu pada abah….rindu pada suasana yang damai di kampung.
            “Itu dulu…abah dah tak marahkan kakak lagilah. Dia dah lupakan semuanya. Lagipun tiada sesiapa yang nak menjenguk abah di kampung tu jika bukan Is seorang. Yang lain sibuk memanjang je. Baliklah kakak…jenguk-jenguklah abah nanti.” Qais memujuk. Bila dia pulang ke kampung sering-kali dia melihat abahnya termenung sendirian. Wajah orang tua itu tampak sedih dan kesal. Qais tahu abah masih sayangkan Batrisyah. Itu satu-satunya anak gadis dia yang rajin menjenguk dia di kampung walaupun kakaknya itu amat degil dan keras kepala. Apa yang abah perlukan bukan wang ringgit tapi perhatian dari anak-anaknya.
            Batrisyah membisu. Dalam hatinya dia masih ada rasa keraguan. Benarkah abah sudah memaafkan dia seperti yang dikatakan oleh Qais? Bukankah abah yang menghalaunya? Abah tidak mahu melihat mukanya.
            “Tengoklah, nanti kakak fikirkan.”
            “Okaylah kakak…Is nak pergi mandi ni. Busuk satu badan dah. Jangan lupa hantar stok bekalan biskut dekat Is. Dah nak kering dah. Maklumlah duduk sini duit kena berjimat macam yang kakak ajar. Duit PTPN jangan digunakan sesuka hati.” Ada tawa keci di hujung talian.
            “Patutlah baunya sampai dalam talian. Dah pergi mandi cepat. Nanti kakak kirimkan bekalan makan untuk Is.”
“Semoga kakakku yang cantik ini bertemu dengan jodohnya…amin… Assalamualaikum”
            “Is…Is…Waalaikumusalam.” Talian diputuskan. Itu saja doa yang dia dengar dari mulut Qais. Supaya dia bertemu jodoh dan melupakan Ashraf. Seperti kata Qais, “Masih ada lelaki yang lebih baik dari Ashraf. Siapa tahu kakak akan bertemu dengan lelaki yang betul-betul mencintai kakak selama-lamanya walaupun jasad sudah dimamah tanah tapi cintanya tetap kekal abadi.” Itu kata Qais, adik bongsunya. Namun Batrisyah tidak pasti sama ada cinta itu masih ada untuknya atau cinta itu sekadar hadir sekejap cuma.
            Batrisyah menyandarkan tubuhnya. Kaca mata putihnya ditanggalkan. Hampir dua tahun dia tidak bertemu mata dengan Farisya. Seboleh-bolehnya dia akan mengelak dari berselisihan dengan Farisya mahupun adik-beradik yang lain. Dia juga tidak kuat untuk mengadap muka Ashraf. Dia tidak suka bertekak. Malah lebih suka mendiamkan diri dari membalas. Menjeruk perasaan dalam hati. Sukar untuk dia meluahkan perasaan kepada orang lain. Itu kelemahan Batrisyah.
            Aku pasrah! Aku redha dengan segala-gala yang telah berlaku itu. Tidak kuimpikan kebahagiaan itu jika ia bukan milikku. Biarlah ku mamah segala penderitaan ini! Biarlah ku telan segala kesengsaraan ini! Cinta yang hadir itu memang mengasyikkan tapi aku lupa ia juga bersalut dengan kedukaan! Aku pasrah walau begitu pedih dan pilu menusuk hati ini. Biarpun pahit akan ku telan jua. Aku harus sedar! Jangan ku biarkan diriku menjadi hamba cinta. Ini adalah dugaan-NYA. Aku percaya suatu hari nanti aku bertemu dengan sinar kebahagiaan ku jika bukan di sini mungkin di sana kelak! Siapa tahu?

9 comments:

  1. siannye risya..
    cemane plak ashraf ley kawen ngan adik die?
    die bukan becinte ngan ashraf ke?
    ib,,pandai2la crk jalan cmane nak lembutkan hati risya 2 yer..
    hee

    ReplyDelete
  2. Hati Ashraf tak setia nak buat macam mana kan, Bercinta dengan kakak tp beralih cinta dan berkahwin dengan adik pulak,

    ReplyDelete
  3. huhuhu...
    sedihnya...
    walaupun bercinta selama 10tahun x bermakna yang dia itu adalah jodoh kita...
    sabar ya farisya..

    ReplyDelete
  4. hehehe..
    silaplah...bukan farisya tapi batrisya...
    sabarnya batrisya...
    ini hanyalah dugaan saja

    ReplyDelete
  5. akak ilya,,,boleh tak esha copy novel2 akak ni,,,esha bukan ape,,just mahu baca and then save dalam LP esha,,,boleh tak,,??esha harap akak ilya benarkan...

    ReplyDelete
  6. mcm ner agak nyer pemikiran seorang author ek? mcm ner dia leh dpt ilham & imiginasi utk hasil kn sebuah cerita yg boleh membawa pembaca hanyut dlm dunia sesebuah cerita tu? sgt2 kagum ah.. tahniah Ilya..

    ReplyDelete
  7. siannya kat risya.. kejam jgak adik dia.. dia dh beralah, takkan tu pun bermusuh. haish. tpi mybe jodoh dia lagi baik dri Ashraf.:)

    ReplyDelete