Tab Menu

Followers

Sunday, October 23, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 6

WAKTU rehat Batrisyah tinggal sendirian di pejabat bagi menyiapkan kerja yang tidak sudah. Dia hanya memesan makanan kepada Puan Suria yang keluar rehat bersama teman-teman lain. Memang sikapnya jarang untuk keluar makan di waktu rehat. Jika dia tidak membawa bekal Puan Suria akan tapaukan makanan untuknya. Telefon yang asyik berdering merimaskan Batrisyah. Kerjanya sedikit terganggu. Batrisyah ketap bibir. Tidak tahukah sekarang waktu lunch hour. Bunyi telefon masih membingitkan telinga. Batrisyah hempaskan pen di atas mejanya. Dengan langkah berat Batrisyah menuju ke meja penyambut tetamu yang berdekatan dengan biliknya. Ganggang telefon diangkat kasar.
            Hello, Lavender’s Associates, Good afternoon.” Dia melembutkan sedikit suaranya.
            Good afternoon…May I speak to Mrs Suria, please.” Suara lelaki di dalam talian. Agak garau namun nadanya lembut dan bersopan sekali.
            I’m so sorry…Mrs Suria isn’t here. Could you leave your message?”
            Oh…I’m sorry. Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana?” lelaki itu bertanya. Batrisyah mengerutkan dahi. Untuk apa pulak mamat ini mahu tahu siapa yang bercakap talian. Tinggalkan pesanan sudahlah. Batrisyah merungut sendirian.
            “Helo…Awak masih di talian ke?”
            Batrisyah mengetap bibir. Dia masih tidak meletakkan ganggang telefonnya.
            “Helo…helo…bolehs aya tahu siapa yang bercakap di sana?”
            “Saya makcik pembancuh teh di sini. Umur saya dah nak masuk 45 tahun. Janda anak lima. Tiga perempuan dan dua orang anak lelaki. Tak perlulah awak nak berkenalan dengan saya. Jika tiada apa-apa hal urgent awak boleh call lepas pukul dua. Lain kali kalau nak call bukan masa orang tengah lunch hour!” Batrisyah mengeraskan sedikit suaranya. Ganggang telefon itu diletakkan. Malas mahu melayan panggilan itu lebih masa. Otaknya tengah berserabut. Kerja berlambak-lambak dan semuanya perlu disiapkan sebelum balik.
            Faliq terkedu. Talian diputuskan sebelum dia sempat bersuara. Garang betul suara wanita yang menyambut panggilannya itu. Dahinya berkerut. Masakan makcik buat teh begitu pandai menjawab dan bersuara gemersik. Ada keraguan di wajah Faliq. Tapi silap dia juga kerana menelefon ketika waktu rehat begini. Apa pun dia akan menyiasat kemudian.
            “Farah…you masuk sekejap.” Faliq menekan butang interkomnya. Beberapa saat kemudian pintu biliknya diketuk perlahan. Farah melangkah masuk dengan senyuman di bibir. Gadis kacukkan baba dan nyonya itu memang menawan. Ditambah lagi dengan gaya pakaiannya yang agak seksi.
            “Ada apa-apa yang I boleh bantu you, Encik Faliq?” tanya Farah lembut. Dia sudah duduk mengadap ketuanya yang kacak itu. Pen dan buku nota kecil akan sentiasa bersama gadis itu.
            “I baru setahun lebih ambil alih syarikat ini dari ibu I. Banyak lagi selok belok syarikat yang I masih kena pelajari. Boleh I tahu tentang Lavender’s Associates. You pasti ada profile syarikat landscape berkenaan?” ujar Faliq. Tangannya masih ligat menekan papan kekunci komputernya.
            “Ermmm…syarikat itu memang kecil dan tidak gah seperti syarikat lain. Tapi Lavender’s Associates antara syarikat landscape yang terbaik. I ambilkan profile syarikat itu untuk you.” Farah bingkas bangun.
            “Sekejap Farah! You tahu tak siapa receptionist di Lavender’s Associates?”
            “Ermmmm…” Farah meletakkan jari telunjuknya pada bibir. “Tak silap I receptionist Lavender’s Associates namanya Umi Kalsum. Dia saja yang menjawab semua panggilan keluar dan masuk.”
            “You kenal tak sesiapa di Lavender’s Associates?”
            “Ermmm…I hanya kenal Encik Zulkifli, Puan Suria dan Batrisyah. Sebab I selalunya berurusan dengan tiga orang ini. Ada apa-apa ke you tanya ni Encik Faliq?”
            “Nur Sufi Batrisyah.” Farah anggukkan kepala. Bagaimana pula Faliq boleh mengetahui nama penuh Batrisyah? Sebenarnya Faliq sekadar mengagak saja.
            “Ada apa-apa lagi Encik Faliq?” soal Farah. Farah sedang kehairanan sekarang ini. Bila pula Faliq berminat ingin tahu pasal kakitangan di Lavender’s Associates.
“Tiada apa-apa lagi.” Faliq mengusap dagu. Batrisyah…gadis itu bekerja di Lavender Associates. Mungkin juga nama yang sama tapi gadis yang lain. Bukan hanya ada seorang gadis yang Nur Sufi Batrisyah.
            “Kalau begitu I akan bawakan profile Lavender’s Associates untuk you.” Farah memulas cembul pintu. “Kalau you nak tackle gadis di Lavender’s Associates…I rasa hanya Batrisyah dan Umi kalsum yang masih solo lagi. Batrisyah itu ayu orangnya. Muka dia putih melepak tapi si Batrisyah itu seorang yang serius habis. Garang pulak tu. Tiada lelaki yang berani nak dekat atau lebih-lebih dengan dia. So I suggestion pada you lebih baik pikat si Umi budak receptionist tu. Comel orangnya.”
            “Farahhhhhhhh…!!” Farah tersengih dan mengenyitkan mata. Faliq seorang ketua yang mudah dibawa bergurau. Kalau dengan Datin Seri Qistiana jangan haraplah dia boleh bergurau begini. Wanita itu hati kering dan suka mengarah itu dan ini. Bergegas dia melangkah keluar. Pintu bilik itu di tutup rapat. Setengah jam kemudian muka Farah tertonjol di muka pintu dengan fail yang dipinta.
            Faliq menyemak profile syarikat Lavender’s Associates yang kini berada di dalam tangannya itu. Sungguhpun syarikat itu kecil, hasil kerja lanskapnya amat memuaskan. Mata Faliq terpaku pada gambar gadis yang terdapat dalam organisasi syarikat lanskap berkenaan. Nama dia Nur Sufi Batrisyah….itulah gadis yang Farah katakan tadi. Dia melirik segaris senyuman. Benar. Gadis itu bekerja di Lavender’s Associates. Dia tidak salah orang. Mungkin mereka memang ada jodoh. Dipertemukan tanpa sedar.
Ayu dan jelita….Itu perkataan pertama yang terkeluar bibir Faliq. Walau wajah gadis itu tampak serius dan garang dia tetap ayu di mata Faliq. Di sebalik ketenangan wajah itu seakan terselit seribu penderitaan yang tersimpan di satu ruang yang sukar untuk diterokai. Mata jernih gadis itu tidak bercahaya. Suram dan tidak bermaya. Pastinya dia menanggung beban yang tidak berpenghujung. Faliq bermonolog sendiri.
Bunyi interkom mengejutkan Faliq. Pantas profile itu dikatup kembali.
            Yes my dear Farah…” Farah tertawa. Bekerja di bawah ketua seperti Faliq menyeronokkan. Tidak bosan dengan keceriaan yang dia berikan. Lelaki itu bukan saja seorang yang lembut tapi amat merendahkan diri.
            “Encik Faliq…Puan Suria di talian.”
            “Sambungkan pada I.”
            “Assalamualaikum…Mr Faliq…
            “Waalaikumusalam…I ada call you tengahari tadi. Tapi you pergi lunch.”
            “Oh! You ke yang call di pejabat lunch hour tadi.” Kedengaran Puan Suria
ketawa kecil.
            “Ya! Makcik pembancuh teh you pick up the phone. Garang betul makcik tu. I tak habis cakap lagi dia dan putuskan talian.”
            Tea lady? Bila pulak company I ada tea lady. Auntie cleaner adalah. Itu pun datang dua kali seminggu.”
            “I tak bohong you Suria. Siap dia beritahu I, dia janda anak lima. Anak dia tiga perempuan dan dua orang lelaki.” Jelas Faliq. Puan Suria sudah ketawa mengekeh. Batrisyah…Batrisyah…kau kenakan dia cukup-cukup. Kalau Encik Zulkifli tahu mesti lelaki itu pun  akan pecah ketawa.
            Company I memang tiada auntie tea lady janda anak lima. Kalau you tak percaya you boleh tanya Encik Zul. Batrisyah yang pick up your call. Membebel panjang dia masa I masuk ofis tadi. I tak sangka pulak orang dia bebelkan itu adalah you, Faliq. Lagipun you call tak kena masa. Padanlah muka you.” Ketawa Puan Suria masih bersisa. Tidak dilupakan wajah cemberut Batrisyah.
            “Batrisyah…maksud you Nur Sufi Batrisyah…project secretary you itu.” Lancar mulut Faliq bertanya.
            Aik! Mana you tahu nama penuh dia, Faliq?”
            “Errrrr….”Faliq mula tergagap. Faliq menggigit bibir.
            “You sudah terpikat dengan Batrisyah?” duga Puan Suria. Faliq membisu. Tidak tahu apa jawapan yang harus dia berikan. Bibirnya memalit senyuman. Kira boleh dikategorikan dalam love first sight!
            I just mengagak saja. Lagipun dalam profile syarikat you hanya ada seorang project secretary.” Faliq cuba menyembunyikan keterlanjuran yang tidak disengajakan. Dia tidak mahu Puan Suria mengesyaki apa-apa.
            “Ha’ah. Dia project secretary terbaik I. Dia sudah tiga tahun bersama Lavender’s Associates. Dia sudah seperti adik I. Kalau you berminat pada dia, I boleh tolongkan adjustkan. Batrisyah pun masih solo lagi.”
Pasti Puan Suria banyak tahu tentang Batrisyah. Namun Faliq tidak ingin bertanya lebih lanjut. Biarlah perlahan-lahan dia mengetahui tentang perihal gadis itu.
“You ini, ke situ pula. So macam mana discussion esok. You jadi datang? I mahu confirmkan dulu dengan you. Jadual I sentiasa padat. Susah jadi boss ni.”
Confirm. I akan datang bersama Batrisyah. Boleh dia berkenalan dengan you. Lagipun masa I lawat ofis you, dia tiada bersama. Mana tahu you berkenan pada dia nanti.  You pun tengah cari calon isterikan.” Puan Suria sempat mengusik Faliq.
“Puan Suria…”
            Galak kedengaran tawa Puan Suria di talian. Suka benar kalau dapat mengusik anak muda itu. Mereka pun sudah lama berkenalan. Sejak dari arwah ayah Faliq menguruskan syarikat itu lagi.
            “Faliq…you bukannya muda lagi. Usia you sudah lebih kurang sebaya I tahu, 33 tahun. You patutnya sudah punya isteri dan beberapa orang anak. Itulah terlalu kejarkan ilmu sampai lupa masa yang berlalu. Takkan you nak melekat bawah ketiak ibu lagi. Jangan tunggu lama-lama Faliq. Gadis seperti Batrisyah satu dalam sepuluh.”
            “Merepeklah you ini Suria. Pandai-pandai saja carikan calon untuk I.” Bergentar hati Faliq. Nama Batrisyah meluncur lagi dari bibir Puan Suria. Ya ALLAH! Datang lagi perasaan itu.

4 comments:

  1. cemas2..
    banyaknye org nak tolong faliq..
    ib cmane??

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    faliq dah kena kat batrisya...
    lawak...lawak...lawak

    ReplyDelete
  3. faliq..tolong la nyah dr hidup risya..risya utk ib la..g pilih si umi tu..huhu

    ReplyDelete
  4. nanti ib mesti jadi jahat kn? i mean dia jht sbb jealous punya pasal. hahaha

    ReplyDelete