Tab Menu

Followers

Sunday, October 23, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 7

“NAMA saya Faliq. Faliq Imtiyaz.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Batrisyah. Manis sekali senyuman di bibir lelaki bernama Faliq itu. Puan Suria hanya memandang dengan gelengan di kepala. Faliq hulurkan tangan untuk bersalaman. Namun Batrisyah tidak menyambutnya. Bukan muhrim. Faliq tersenyum. Tidak menduga Faliq adalah lelaki yang dia jumpa dekat MPH Bookstore tempohari. Namun Batrisyah lupa Faliq juga adalah orang yang sama menelefon di pejabatnya tengahari semalam. Dan lelaki itu juga yang bersama Syed Ibtisyam di Jusco shopping complex beberapa hari yang lalu. Lebih mengejutkan Batrisyah, lelaki itu adalah pemilik syarikat pemaju yang berurusan dengan syarikat lanskap tempat dia bekerja.
            “Nur Sufi Batrisyah Sufian.” Nak tak nak terpaksa juga Batrisyah perkenalkan diri. Gayanya seperti orang yang tidak ikhlas. Kenapa perlu ada sesi suai kenal antara dia dengan lelaki itu?
Faliq mempersilakan Batrisyah dan Puan Suria duduk. Sempat Puan Suria berbisik pada telinga Batrisyah. Batrisyah mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Saya tidak tahu pulak auntie tea lady janda anak lima ini seorang wanita yang ayu. Boleh pegang dua jawatan sekaligus dalam company.” Selamba Faliq menuturkan kata. Saja menyindir gadis itu.
            Batrisyah tersentak. Wajahnya merona merah. Batrisyah mendengus kecil. Puan Suria sudah ketawa kecil. Faliq bermuka tenang.
            “Awet muda. Apa ingat orang yang berumur tidak pandai jaga muka. Perempuan sanggup habiskan wang ringgit dia demi kecantikkan. Takkan itu pun awak tidak tahu.” Balas Batrisyah tidak mahu mengalah. Faliq direnung tajam.
            “Hahahahaha!” Faliq ketawa. Tegang wajah Batrisyah. Apa yang melucukan sangat pada lelaki itu. “Itu sebab nafsu perempuan ada sembilan tapi akalnya satu. Saya percayakan kata-kata awak. Anak-anak awak sihat? Kalau ada masa boleh saya berkenalan dengan anak-anak awak sekali. Bukan senang hidup menjanda dan membesarkan anak-anak seorang diri.”
            “Apa awak mahu sibuk dengan urusan saya. Di sini perbincangan soal kerja bukan soal peribadi saya.” Gerutu Batrisyah. Menyesal pula dia ikut Puan Suria ke Teratai Impiana Holdings. Loya buruk pula lelaki bernama Faliq ini. Wajah Batrisyah bertambah tegang. Dia amati Faliq tanpa berkelip mata. Ingatan Batrisyah berputar ligat. Dia mengetap bibir. Patutlah dia seakan pernah mengencam lelaki ini.
            “Kau! Kaulah kawan baik si buaya tembaga tu?” Batrisyah menundingkan jari pada Faliq. Tersengih Faliq. Gadis itu sudah mengingati dirinya. Puan Suria pula mengerut dahi. Siapa buaya tembaga yang dimaksudkan oleh Batrisyah. Syed Ibtisyam kah?
            “Terima kasih kerana mengingati saya. Buaya tembaga awak tiada bersama hari ini. Lainlah dengan awak, hari-hari berjumpa dengan dia. Tapi saya tak sangka buaya tembaga sukakan makcik janda anak lima. Kata orang dalam soal cinta umur bukan jadi ukuran. Cinta itu buta.” Faliq perasan dengan perubahan raut wajah Batrisyah. Berkerut-kerut muka ayu Batrisyah. Betul kata Farah yang Batrisyah memang cepat panas hati.
            “Oh! Rupanya Syed Ibtisyam buaya tembaga yang you maksudkan. Risyah…Risyah…” Puan Suria sudah dapat meneka. Jadi awal-awal lagi Batrisyah dan Faliq sudah bertemu. Tapi tidak diketahui pula Syed Ibtisyam dan Faliq berkawan baik. Fikirnya hanya Zaim seorang. Puan Suria menggelengkan kepala berulang kali.
            Batrisyah menongkat dagu. Dia membisu. Malas mahu bertegang urat dengan Faliq. Lelaki itu nampak sopan-santun tapi boleh tahan juga bila bercakap. Lagipun tujuan mereka datang ke sini mahu membincangkan soal kerja. Cepat mereka uruskan masalah yang melibatkan kerja kontraktor lebih cepat mereka beredar.
            “Ermmmm…I rasa kita lupakan hal tadi. Lagipun kita perlu selesaikan masalah kerja kita dengan pihak kontraktor.” Puan Suria bingkas bangun tempat duduknya.
Dia bentangkan pelan lukisan di atas meja mesyuarat itu. Mereka mula membincangkan masalah yang berlaku dalam pelan lukisan berkenaan. Batrisyah membisu. Satu patah perkataan pun dia tidak menyampuk dalam perbincangan tersebut. Sesekali mata Faliq mencuri pandang pada Batrisyah. Faliq tidak menyedari yang gelagatnya itu turut menjadi pandangan mata Puan Suria. Jika Faliq adalah kawan kepada Syed Ibtsiyam maka akan timbul masalah di sini.
            Pintu bilik mesyuarat terkuak setelah diketuk. Farah melangkah masuk sambil menatang minuman untuk tetamu yang hadir. Dia mengulum senyuman apabila melihat Puan Suria bersama Batrisyah. Batrisyah menyapanya lembut.
            “Amboi boss! You senyum memanjang saja. Ada apa-apa yang I ketinggalan ke?” ujar Farah. Dia hidangkan air minuman di atas meja. Batrisyah mengalih pandang. Meluat dengan gelagat Faliq yang asyik tersenyum-senyum.
            “I biasa-biasa saja Farah. Macamlah you tidak kenal dengan I. Senyuman itukan satu sedekah. Orang banyak tersenyum ini mukanya akan nampak muda. Betul tak Cik Batrisyah.” Faliq mengerling Batrisyah yang duduk di sisi Puan Suria. Gadis itu mencebik.
            Boss usik you saja Risyah. Jangan you ambil hati sangat dengan boss I ini. Tapi I tidak larang kalau dia mahu mengorat you.” Farah mengangkat keningnya. Bertambah cemberut wajah Batrisyah. Hatinya kian panas. Kalau tidak fikirkan dia menumpang kereta Puan Suria sudah lama dia angkat kaki.
            Faliq mencuri pandang lagi ke arah Batrisyah. Tegang wajah gadis itu. Argh! Salah gadis itu sendiri. Siapa suruh menipu dia. Faliq tersenyum sendiri. Nur Sufi Batrisyah…mengapa sukar untuk aku mengikis wajahnya dalam ingatan.
            “Puan Suria…saya nak duduk di luar. Panas benar dalam bilik ni.” Bisik Batrisyah pada Puan Suria. Berkerut dahi wanita itu. Sah-sah Batrisyah sedang menahan amarah dalam hati. Puan Suria sekadar menganggukkan kepalanya. Bilalah gadis itu mahu berubah sikap. Nampak lembut di luar tapi dalamnya keras macam kelikir.
            Aik! Air-cond begini sejuk awak kata panas Batrisyah. Atau hati awak yang panas sebenarnya.” Faliq tersengih.
            “Bukan setakat hati saya yang panas Encik Faliq, malah seluruh badan saya panas membahang. Rasa macam mahu meletup.” Batrisyah menjegilkan biji matanya. Farah ketawa kecil sambil menekup mulutnya. Tunggu taufan menjadi puting beliung.
            “Tak mengapalah Risyah. You tunggu I di luar. I tahu you tidak selesa di sini. You pun bukan sihat sangat.” Puan Suria tidak mahu menegangkan suasana. Batrisyah terus bingkas bangun meninggalkan bilik mesyuarat terbabit. Farah membuntuti gadis itu dari belakang.
            Puan Suria menarik nafas panjang. Dia pandang Faliq tajam. Dia tahu Faliq sengaja memanaskan hati gadis itu. Senyuman nakal di bibir Faliq sudah dapat dibaca. Faliq angkat kening bila dipandang sebegitu oleh Puan Suria.
            “Boleh tahan juga mulut project secretary you.” Suara Faliq.
            “You tidak kenal Batrisyah. Jangan menilai dari segi luaran dia, Faliq. I kenal dia sudah tiga tahun. I tahu siapa Batrisyah.” Balas Puan Suria agak keras.
            “I sukakan gadis yang lemah lembut.”
            “I tidak datang mencarikan jodoh untuk you. I datang atas urusan kerja. Lagipun Batrisyah itu tidak mungkinlah akan jatuh hati pada you Faliq. Walau you sekacak mana pun dia tidak akan pandang you.” Puan Suria mengetapkan bibir. Faliq ketawa.
            Sorryyy…sorryyyy…I bergurau saja. You pun sudah berjangkit dengan Batrisyah.”
            “Bila you kuat menyakat orang ni Faliq? Selama I kenal you, you seorang yang tidak banyak cakap seperti sekarang ini. You hanya tahu tersenyum saja.” Komen Puan Suria.
            “Eh! Apa pulak. I sama sajalah. Tiada apa-apa yang berubah.”
            “Iyerlah tu.”
            Beberapa jam memanaskan punggung pada sofa empuk di bilik tamu Batrisyah dapat jua menarik nafas lega bila melihat kelibat Puan Suria keluar dari bilik Faliq. Sebaik saja dia melihat wajah Faliq berada di belakang Puan Suria, muka Batrisyah cemberut. Sungguh dia tidak suka menatap muka Faliq. Menyampahlah. Muka macam perasan bagus.
            Thanks kerana memberi peluang pada syarikat I.”
            “Perkara kecil saja. Lagipun I tahu syarikat you mampu buat yang terbaik.” Faliq mengerling Batrisyah yang sudah menyorok di belakang Puan Suria. Merah menyala mukanya. Dia cantik bila marah begitu. Tak tahulah mengapa Faliq suka memandang Batrisyah. Sebelum ini bukan mudah untuk dia menyukai seorang gadis itu dalam masa terdekat. Nak kata Batrisyah gadis yang lembut lembut dan sopan santun tidak ada cirri-ciri itu pada Batrisyah. Pemarah adalah.
            “Okaylah Faliq. I rasa I patut gerak dulu. Terima kasih atas budi bicara you hari ini.” Puan Suria memohon untuk meminta diri.
            “Kita jumpa lain kali. I harap you sudi keluar dinner dengan I. Jangan lupa ajak project secretary you sekali.” Sempat Faliq mengenyitkan mata pada Batrisyah. Puan Suria mengetap. Betullah yang Faliq sudah tertarik pada Batrisyah.
            Batrisyah pekakkan telinga. Faliq ini memang seangkatan dengan Syed Ibtisyam!

7 comments:

  1. ala ... tak best la .... ingat risya ngan Ib ... now faliq pulak nak risya!!! hope ib terus kejar risya

    ReplyDelete
  2. salam dik..citer yg sgt menarik..tak sabar rasanya nak menunggu E3 yg seterusnya. Akak suka watak Batrisya..tu..dan watak faliq..biarla falik memilikki Batrisya dan bukan Syed tu...

    ReplyDelete
  3. Wslm...mawar hehehehe heronya Faliq, Tq Ida sebab meminati citer ini.

    ReplyDelete
  4. la..
    faliq ke heronye?
    abis ib cmane?
    dala faliq ngan ib 2 kawan baik,,
    xbergaduh ke dorang t??

    ReplyDelete
  5. hahaha...
    mesti batrisya bengang dengan faliq
    siapakah yang dapat merebut hati batrisya
    faliq atau syed ib

    ReplyDelete
  6. laaa faliq heronye ke..ala nk risya dgn ib..huuhu kesian ib

    ReplyDelete