Tab Menu

Followers

Saturday, October 22, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 2


BATRISYAH tidak mempedulikan mata-mata yang memandangnya sinis. Dia terus melangkah masuk merapati ayahnya. Tangan yang sudah berkedut itu dicium lembut. Kemudian dia beralih pada Farisya yang sedang terbaring atas katil bersama anak kecilnya. Batrisyah tidak mempedulikan renungan tajam Farisya. Dia tahu Farisya tidak senang dengan kehadiran dia situ. Dia terus mengangkat tubuh si kecil dan menciumnya lembut. Wajah anak kecil itu banyak mengikut acuan dari sebelah ibunya. Batrisyah tersenyum lalu diletakkan semula si kecil itu di sisi Farisya.
            Farisya memandang Batrisyah dengan pandangan meluat. Entah siapa menyampaikan khabar kelahiran anaknya itu! Farisya mengerling Qais dengan ekor matanya. Qais hanya tersengih. Dia tidak takut dengan amarah Farisya. Farisya bukannya boleh mengapa-apakan dia.
            “Comelnya anak buah makcik. Bila besar pasti cantik macam ibu dia juga.” Farisya juihkan bibir mendengar pujian Batrisyah pada anaknya. Batrisyah memang tidak tahu malu. Dia tidak jemput kakaknya itu datang untuk melawat dia di sini.
            “Ini hadiah untuk anak buah makcik.” Batrisyah hulurkan satu set hamper pakaian bayi kepada Farisya. Farisya menyambutnya kemudian dilontarkan ke permukaan lantai. Batrisyah agak terkilan dengan perilaku adiknya itu. Dia hadir bukan untuk mencari lawan tetapi untuk berdamai. Kebencian Farisya pada dia masih tetap tidak ada pasang surutnya. Sedaya-upaya dia cuba mengukir senyuman di bibirnya. Batrisyah memungut hadiah yang terdampar atas lantai itu.
            “Aku tidak perlukan hadiah dari kau. Aku juga tidak jemput kau menjenguk aku di sini.” keras nada suara Farisya.
Ashraf di sebelah tidak berani untuk bersuara. Ingin memandang Batrisyah pun dia sudah tidak sanggup demi menjaga hati isteri tercinta. Puas dia memujuk Farisya bahawa cintanya hanya untuk isterinya itu. Farisya tetap meragui cintanya. Pada Farisya nama Batrisyah masih bertakhta di hati Ashraf. Api cemburu Farisya tidak dapat dibendung bila mengetahui Ashraf masih menghubungi Batrisyah. Hingga saat ini sikap Farisya masih dingin terhadapnya biarpun mereka sudah punya seorang anak. Bagaimana harus dia buktikan kepada Farisya yang dia hanya mencintai isterinya seorang sahaja.
            “Siapa nama si comel ini Fa? Fa dan Raf sudah letakkan nama ke?” tanya Batrisyah tanpa mengendah kata-kata Farisya. Dia sudah lali dengan sumpah seranah Farisya. Segalanya dipendamkan dalam hati. Biarlah Farisya nak kata apa. Dia tidak pernah ambil hati sedikit pun dengan sikap Farisya dan yang lain.
            “Putri Atheerah….” Ashraf menjawab bagi pihak Farisya. Farisya menjeling suaminya. Ashraf buat tidak nampak. Kesian pula pada Batrisyah yang langsung tidak diendah oleh sesiapa. Bukannya Batrisyah datang ingin mencari gaduh. Bekas kekasihnya itu datang untuk melawat adiknya. Dia tahu hati budi Batrisyah.
            “Kau memang tidak tahu malulah Risyah. Kau masih berani tunjuk muka setelah kau beri malu pada keluarga kita. Kau ingat kami akan lupakan apa yang kau buat itu dengan mudah! Sedar diri kau sikit Risyah. Kehadiran kau mencacatkan suasana kami sekeluarga di sini.” Suara Syakila sinis. Batrisyah membisu. Dia mencacatkan suasana mereka sekeluarga? Dia juga ahli keluarga ini. Darah yang mengalir sama dengan Akasyah, Syakila, Farisya dan Qais. Mudahnya diri ini di buang.
            “Kak Sya…Kak Fa…Is yang jemput Kak Risyah datang. Kalau Kak Sya dan Kak Fa nak marah jangan marahkan Kak Risya. Kak Sya dan Kak Fa boleh marah Is.” Qais menyampuk membela Batrisyah.
            “Siapa suruh kau jemput perempuan ini datang!” Farisya menengking. Tahu benar dia Qais terlalu rapat dengan Batrisyah. Sayang benar Qais pada Batrisyah. Tahulah Batrisyah yang mengendong dan menjaganya dari kecil setelah ibu mereka meninggal dunia. Qais selalu saja menyebelahi Batrisyah.
            “Buka sikitlah mata kau Is…siapa kakak kesayangan kau itu!” desis Farisya lagi.
            “Is kenal siapa Kak Risyah. Tak perlu Kak Fa nak mengajar Is mana yang betul dan mana yang salah. Is bukan buta untuk menentukan betul dan salah. Kau orang semua tu yang buta! Buta menilai hati budi dan pengorbanan Kak Risyah.”
            “Amboi! Kau dah pandai berkurang ajar Is. Kami hantar kau belajar bukan suruh jadi budak kurang ajar!” Terbuntang luas mata Akasyah dengan kata-kata adik bongsunya itu. Qais bukan jenis yang suka melawan kata. Tapi bila mereka menghentam Batrisyah pasti mulut Qais akan bersuara.
            “Kami? Tolong sedar diri sikit Abang Syah. Bukan Abang Syah, Kak Sya atau Kak Fa yang keluarkan perbelanjaan Is menyambung belajar tapi Kak Risyah tahu! Kak Risyah yang tanggung Is dan keperluan abah di kampung itu? Apa yang Abang Syah bagi? Kak Sya dan Kak Fa bagi? Bagi hutang adalah. Tanah kebuh yang Abang Syah gadai itu masih belum ditebus lagi. Konon nak selesaikan hutang-piutang syarikat insurans milik isteri kesayangan abang tu. Bila mahu tuntut balik! Abang tahu tak tanah kebun tu yang bagi kita semua makan selama ini.” Qais membuka pekung abang dan dua orang kakaknya itu. Akasyah terdiam. Mulut Syakila juga terkunci rapat. Batrisyah terkejut bukan kepalang. Kebun pisang ayahnya sudah tergadai. Bila? Mengapa dia langsung tidak tahu hal tersebut. Benar kata Qais. Kebun itu yang memberikan rezeki kepada mereka sekeluarga.
            “Ala…benda kecil begitu kau nak besarkan Is. Lainlah Kak Risyah kau itu bagi malu besar keluarga kita. Satu kampung kecoh pasal dia. Lari masa majlis perkahwinan.” Farisya masih tidak mahu mengalah.
            “Kak Fa nak tahu sangat ke punca Kak Risyah lari masa perkahwinan dia dengan Abang Ashraf? Biar Is bagitahu Kak Fa….” Batrisyah segera mencengkam pergelangan bahu Qais. Batrisyah gelengkan kepalanya. Dia tidak mahu Qais membongkarkan perkara tersebut. Qais menundukkan kepalanya. Bibirnya mengeluh hampa. Sampai bila Batrisyah mahu menyembunyikan perkara itu dari mereka yang hanya tahu meletakkan kesalahan pada dia.
            “Hah! Apa dia yang kau nak beritahu aku itu Is! Cakaplah!” Makin lantang suara Farisya.
            “Sudah! Sudah! Jangan nak bergaduh di sini. Kau itu baru lepas bersalin Fa. Cubalah bawa-bawa bersabar sikit.” Haji Sufian yang berdiam diri sejak tadi mencelah. Farisya mencebik bibir. Benci dia melihat wajah Batrisyah. Berlakon baik konon! Ashraf pastinya tidak mahu lepas pandang menatap wajah bekas kekasihnya itu. Bertambah-tambah kebencian di hati Farisya terhadap Batrisyah. Batrisyah tidak mahu mengusutkan keadaan. Diaturkan langkah kakinya keluar dari wad berkenaan. Qais dan Haji Sufian menuruti langkahnya.
            “Risyah…abah rasa lebih baik Risyah balik.” Suara Haji Sufia sebaik saja mereka berada di luar wad tersebut.
            “Risyah tahu kehadiran di sini tidak disenangi. Risyah bukan sebahagian dari keluarga ini lagi. Abah pun sudah buang Risyah.” Sayu suara Batrisyah.
            “Apa Risyah merepek ini. Baik buruk Risyah…Risyah tetap anak abah. Abah tidak membezakan anak-anak abah.”
            “Ermmm…Risyah tidak kisah jika abah membenci Risyah juga. Risyah tahu apa yang Risyah buat.” Senyuman tidak pernah lekang dari bibir Batrisyah. Dalam duka dia masih boleh tertawa dan tersenyum. Jarang air matanya dilihat menitis di hadapan orang-orang sekelilinginya kecuali ketika arwah emak meninggal dunia. Batrisyah…gadis yang sukar untuk difahami isi hatinya. Dia lebih suka memendam perasaan seorang diri dari meluahkan. Hatinya semaikn dingin.
            “Risyah…” Haji Sufian tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Pada mulanya dia amat marahkan tindakan Batrisyah lari dalam majlis perkahwinannya. Marah itu lama-kelamaan hilang begitu saja. Haji Sufian tidak kisah dengan umpatan mulut-mulut orang kampung lagi. Dia yakin Batrisyah berbuat demikian pasti bersebab. Batrisyah seakan menyembunyikan sesuatu. Haji Sufian boleh lihat dari perlakuan Batrisyah yang sering tampak bersahaja dan tenang itu. Batrisyah bukan jenis yang cepat melatah.
            “Risyah balik dululah abah. Beritahulah pada Risyah bila Fa buat kenduri cukur rambut Putri nanti. Insya-ALLAH Risyah akan balik.” Batrisyah menyalami tangan Haji Sufian. Haji Sufian anggukkan kepalanya.
            “Pandu kereta itu baik-baik Risyah. Kalau ada cuti itu jenguklah ke kampung. Lama benar kau tak menjenguk abah di kampung. Cerita dua tahun yang lalu tidak perlu diungkit lagi Risyah. Apakah tidak cukup rajuk Risyah pada abah.” Haji Sufian pandang wajah anak gadisnya. Bibir tua itu melirik senyuman nipis. Bergenang air mata Batrisyah mendengar kata-kata ayahnya itu. Laju dia anggukkan kepalanya. Qais langsung tidak menyampuk perbualan abah dan kakaknya. Dia hanya mendiamkan diri. Rasa marah pada abang dan dua orang kakaknya itu masih membara. Tidak sedar diri betul!
            “Is nak ikut kakak balik samakah?” Batrisyah mengalih pandang pada Qais.
            “Erm…Is nak pergi toilet dulu. Kakak tunggu Is kat kereta sajalah.”
            “Baiklah.”

BETULKAH matanya tidak salah pandang. Beberapa kali Syed Ibtisyam menggosok mata. Lelaki segak disebelahnya mengerut dahi. Apa yang tidak kena dengan temannya itu. Dia tepuk bahu Syed Ibtisyam lembut.
            “You tengok apa Ib? Tak berkedip-kedip mata you.” Lelaki itu turut memanjang leher untuk melihat objek yang menjadi tumpuan Syed Ibtisyam.
            “I tengok bidadari dari kayanganlah. You jangan kacau daunlah Faliq!” Syed Ibtisyam menolak muka temannya. Lelaki bernama Faliq itu ketawa kecil.
            “Kalau you tengok bidadari I pun mahu tengok jugak. Secantik mana bidadari you itu.” Syed Ibtisyam mencebik. Faliq mengusik dia. Jari telunjuk Syed Ibtisyam diajukan pada gadis bertudung yang sedang bersandar pada kereta Savvy berwarna hijau metallic itu. Gadis itu kelihatan asyik merenung jam di tangan kanannya.
            “Sejak bila you minat gadis bertudung ni Ib? Setahu I you tak pandang perempuan-perempuan yang berbaju kurung dan bertudung litup ini. You lebih suka perempuan yang moden dari pelbagai segi.” desis Faliq.
            “I sendiri tidak tahu macam mana I boleh tersangkut pada dia. Dia nampak biasa tapi….entahlah sukar untuk I terangkan pada you.” Keluh Syed Ibtisyam.
            Faliq mengusap dagunya yang licin. Dia cuba menggamit wajah gadis itu. Pada masa yang sama gadis itu mengangkat wajahnya. Faliq terpana melihat keayuan gadis bidadari Syed Ibtisyam. Hatinya bergentar. Pantas dia mengalih pandang. Tidak mahu Syed Ibtisyam perasan akan gelagatnya sebentar tadi. Fikirnya gadis itu biasa-biasa saja raut wajahnya. Patutlah Syed Ibtisyam terpikat pada pandangan pertama. Gadis itu cukup cantik. Putih berseri orangnya.
            “Ib…I rasa kita patut gerak sekarang. Tentu papa you sedang tertunggu-tunggu.”
            “Erm…you masuk dululah. I mahu bertegur sapa dengan buah hati I kejap.” Syed Ibtisyam menolak tubuh Faliq. Faliq mengetap bibir. Dia paut lengan Syed Ibtisyam. Diheret temannya itu mengikut dia masuk bersama. Terjerit-jerit Syed Ibtisyam. Faliq buat pekakkan telinga. Malas mahu melayan kerenah Syed Ibtisyam sedangkan jantungnya berdengup kencang apabila teringatkan wajah ayu gadis itu.
            Mencuka muka Syed Ibtisyam semasa berada dalam wad persendirian ayahnya. Dato’ Syed Mukhlis kerut dahi dengan gelagat anak sulungnya itu. Apa tidak kena dengan Syed Ibtisyam. Dia alih pada Faliq yang tersenyum sambil bersandar di dinding menyilangkan kaki. Dato’ Syed Mukhlis mengeluh kecil.
            “Kalau Ib rasa membuang masa melawat papa tidak perlu datang Ib.” Sinis butir bicaranya.
            “Dia tengah bengang dengan Faliqlah uncle. Itu sebab muncung dia sedepa.” Faliq bersuara. Cemberut muka Syed Ibtisyam. Dia hampiri katil papanya.
            “Bengang! Apa puncanya?” soal Dato’ Syed Mukhlis.
            “Dia nampak bidadarinya tadi tapi saya heret dia ke sini.”
            “Bidadari?”
            “Apa kata doktor? Bila papa boleh keluar hospital? Rasanya papa sudah nampak sihat sekarang.” Syed Ibtisyam memintas pantas. Dia mengubah topik perbualan. Faliq tersenyum.
            “Keadaan papa sudah stabil. Papa perlukan rest yang cukup dan tidak dibenarkan bekerja kuat lagi. Esok papa sudah boleh keluar Ib. Tak perlulah kau jemput papa. Mama kau dan adik-adik kau akan uruskan hal papa di sini. Kau selesaikan dulu masalah syarikat kita. Papa tidak mahu kerja kau terganggu kerana papa. Papa dah banyak bebankan kau.”
            “Papa janganlah risau. Urusan syarikat Ib dah bereskan semuanya.” Dato’ Syed Mukhlis tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Harapan diletakkan pada bahu Syed Ibtisyam. Dia yakin Syed Ibtisyam mampu mengendalikan syarikat mereka. Doanya moga anaknya itu tidak tersalah langkah. Dunia perniagaan ini macam politik. Ada yang suka main kotor untuk menjatuhkan orang lain. Siapa kuat dia yang berkuasa!
            “Faliq…ada masa nanti datang ke rumah uncle. Sejak kau ambil alih syarikat arwah papa kau, kau sibuk memanjang di pejabat. Lama uncle tidak berborak dengan kau.” Mata Dato’ Syed Mukhlis berkalih pada wajah Faliq. Anak muda itu sudah mengikut acuan arwah papanya. Tinggi, tegap dan kacak. Sejak kecil Faliq dan Syed Ibtisyam sudah berkawan rapat. Ke mana saja pasti berdua. Mereka bagaikan tidak boleh dipisahkan. Di mana ada Faliq di situ ada Syed Ibtisyam.
“Insya-ALLAH uncle. Bukan saya tidak mahu menjenguk uncle sekeluarga. Saya perlu banyak belajar tentang syarikat arwah papa. Bukan senang menguruskan syarikat yang besar uncle. Pening kepala saya dibuatnya.” Faliq memberikan alasan yang munasabah. Apa tidaknya ibu lepas tangan begitu saja. Banyak projek tertangguh dan perlukan approval. Terpaksa dia melekat di pejabat hingga larut malam. Pejabat itu sudah seperti rumah keduanya.
            “Satu pesan uncle pada kau, jangan jadi hamba kerja. Kalau tidak kau jadi seperti
unlce ini, Faliq. Orang-orang kaya ini mudah sangat kena sakit jantung.” Desis Dato’ Syed Mukhlis.
Tertawa Faliq dan Syed Ibtisyam. Kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Orang kaya-kaya memang mudah mendapat serangan jantung. Kerja yang tidak berat hanya banyak menggunakan otak untuk berfikir bukan menggunakan tulang empat kerat. Tambahan pula tidak perlu berjemur di tengah panas.
            “Orang kaya bekerja tidak mengeluarkan peluh. Ada pun hanya memeras otak sampai kepala jadi botak separuh. Macam sayalah uncle. Rasa-rasanya bakal dapat rambut separuh botak seperti uncle. Kalau bersukan pun setakat bermain golf di padang.” Komen Faliq.
 Syed Ibtisyam anggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata sahabatnya itu. Dato’ Syed Mukhlis tersenyum meleret. Dia gelengkan kepala berkali-kali. Anak muda zaman sekarang. Namun Dato’ Syed Mukhlis menyenangi sikap Faliq. Faliq bukan seperti pemuda-pemuda yang suka berpeleseran. Faliq pemuda yang diasuh dengan tatatertib dan tatasusila. Faliq amat hormatkan pendapat orang lain. Tidak seperti Syed Ibtisyam yang mudah naik angin dan tidak suka dikongkong. Datin Seri Qistiana amat beruntung punya anak lelaki seperti Faliq. Jika dia punya anak perempuan pasti saja dia akan menjodohkan anaknya itu dengan Faliq.
            “Ibu kamu sihat? Lama benar uncle tak berjumpa dengan ibu kamu.”
            “Alhamdulillah. Ibu sihat saja uncle. Dia ligat dengan aktiviti persatuannya. Lebih sibuk dari saya, uncle. Nak jumpa ibu pun susah kebelakangan ini. Ibu kerap juga melancong ke luar negeri.”
            “Tak mengapalah Iq. Mungkin dia bosan seorang diri di rumah tu. Kamu pun sesekali pergilah bercuti. Uncle tengok kamu makin kurus dari dulu.”
Faliq tertawa. Tidak sedar rupanya tubuh dia makin mengecut. Dia semakin jarang mengikuti kelas gym seperti selalu. Makannya juga sesekali tidak terurus. Syed Ibtisyam ada juga menegurnya.
            “Betul tu kata papa I tu Iq. You lebih teruk dari lelaki yang angau bercinta.”
            “Iyalah tu.”
            “Itu belum jumpa lagi dengan buah hati pengarang jantung dia. If dah jumpa nanti tak tahulah. Agaknya lagi teruk dari sekarang ini.”
            “Apa-apa sajalah Ib. Jangan you yang nanti lebih teruk dari I sudah. Sekarang ini pun I tengok you dah angau.”
            “Ib angau? Ib angau kan siapa Iq.” Tepat Dato’ Syed Mukhlis memandang muka Faliq. Faliq tersenyum.
            “Ib angaukan…” Sepantas kilat Syed Ibtsiyam menekup mulut Faliq. Dia takut tembelangnya pecah di hadapan papa. Dia tidak mahu papanya tahu sebelum dia dapat memikat hati gadis igauannya itu. Papa pasti berkenan. Batrisyah ada ciri-ciri menantu pilihan papa.
            “Tiada sesiapalah papa. Iq ni saja buat cerita.” Syed Ibtisyam sudah ketawa. Faliq mendengus kecil. 

5 comments:

  1. bestlah!sedih kat batrisya...smbg lgi... :D

    ReplyDelete
  2. janganla faliq 2 plak yg potong line ye..
    xnak ngaku kawan kang..

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    patulah asyik block kereta Batrisya je rupanya dah terjatuh rupanya...Ib...Ib

    ReplyDelete
  4. mst ib nmpak risyah kt hospital tu kan..heee

    ReplyDelete
  5. duadua suka batrisyaaa tuuh. the best man will win .hehe :) ib eh hero? hehe

    ReplyDelete