Tab Menu

Followers

Monday, October 17, 2011

Queen Control - Bab 20



TUAN Megat Alam salah seorang usahawan terkemuka di Malaysia yang jarang menampilkan diri dikhalyak ramai. Sebelum ini dia war-warkan telah mati akibat perbuatan khianat rakan seperniagaannya pada 20 tahun yang lalu. Namun kemunculannya kali ini mengejutkan pihak media dan ahli-ahli perniagaan yang lagi. Apa motif  Tuan Megat Alam yang sudah dikatakan mati itu mucul semula? Persoalan ini masih belum terjawab. 


            Tengku Tyea berlagak seperti biasa sewaktu menyambut tetamu terhormat itu TIR Holding’s. Begitu jua dengan reaksi yang ditampilkan oleh Apple dan Puan Sahara. Lakonan mereka cukup mantap untuk menutup mata orang-orang di sekeliling. Tengku Mirza menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tuan Megat Alam namun hulurannya itu tidak bersambut. Tuan Megat Alam sinis memandang anak muda di hadapannya itu.

            Tengku Mirza tersenyum dengan sikap dingin Tuan Megat Alam. Apa yang mengejutkan adalah reaksi Bonda Arfah. Wanita itu kelihatan tidak menyenangi kehadiran Tuan Megat Alam. Bonda beredar tanpa di duga. Langkah Bonda Arfah terhenti apabila Tuan Megat Alam menegur.

            “Masakan tidak sudi bertemu dengan teman lama?” Dia memakukan mata pada tepat pada Bonda Arfah. Bonda Arfah melarikan lirikkan matanya.

            Bonda Arfah tidak membalas kata-kata Tuan Megat Alam.

            “Kau takut aku rampas semula hak aku ke? Rahsia sudah lama terbongkar Arfah. Dia pun tahu siapa aku pada dia.” Sambungnya lagi.

            “Dia sudah membuat pilihannya. Kau sendiri tahu yang dia tidak mungkin berpaling tadah dari TIR Holding’s.” Akhirnya Bonda Arfah membalas.

            “Kau begitu yakin.”

            “Apa yang berlaku pada 20 tahun lepas adalah kerana sikap tamak haloba kau sendiri. Kalau bukan kerana kau kawan baik aku tidak menderita sampai mati!” Bonda Arfah menekan suaranya. Bonda Arfah berlalu pergi.

            Tuan Megat Alam mengetap bibir. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan tersungkur nanti. Siapa yang akan melutut dan merayu?

            “Maaf atas kebiadapan ibu tiri saya.” Tengku Tyea tampil ke hadapan.

            “Tidak mengapa.” Mata Tuan Megat Alam terpaku pada satu susuk tubuh yang amat dikenali. Dia mengorak senyuman sebaik sahaja bayang manusia yang di lihat itu sudah hilang di balik pintu.

            “Maaf…saya perlu membuat panggilan sebentar.”

            “Silakan.”

            Tuan Megat Alam bingkas menuju ke arah pintu keluar. Dia menaiki anak tangga menuju ke puncak bangunan. Seorang lelaki yang sedang menunggunya dengan wajah tidak berperasaan. Mereka saling bertentang mata.

            “Tiryaq…” Tuan Megat Alam mengundurkan suaranya.

            “Akhirnya kau tunjuk muka.” Balas Tiryaq sinis.

            “Ayah minta maaf atas kematian Tazriq.”

            Bengis reaksi wajah Tiryaq apabila Tuan Megat Alam menyebut nama Tazriq.”

            “Keluarga kita berpecah-belah kerana ayah. Saya terpisah dari Tazriq juga kerana ayah.” Tiryaq bersuara tenang tetapi tegas.

            Tuan Megat Alam menarik panjang. Tiryaq masih keras hati seperti dulu. Tiada yang berubah. Dia silap kerana meningglakan Tiryaq kepada perempuan itu. Jika Tiryaq bersamanya pasti empayar perniagaan ini adalah milik dia.

            Tiryaq mendongakkan kepala ke langit. Biarpun mulut mengatakan benci dan marah tetapi dia tidak boleh menafikan lelaki itu sedarah sedaging dengannya. Hakikat lelaki ini adalah ayahnya cukup menyakitkan hati Tiryaq. Mengapa lelaki kejam ini perlu menjadi ayahnya?

            “Tiryaq…kembalilah semula kepada ayah. Ayah mahu kau membantu ayah menguasai empayar perniagaan di Malaysia ini. Sampai bila kau mahu bernaung di bawah syarikat yang bukan milik kau. Kau hanya anak angkat!” Tuan Megat Alam memaut lembut bahu Tiryaq. Dia akan berusaha memujuk anak sulungnya itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tiryaq kembali semula ke pangkuannya.

            Tiryaq menepis tangannya ayahnya. Wang dan kedudukan bukan segala-galanya pada Tiryaq. Dia pernah merempat dan meminta sedekah di jalanan kerana angkara ayah sendiri. Jika bukan Bonda Arfah yang menemuinya pasti dia tidak lagi berdiri di sini hingga sekarang.

            “Ayah pasti tahu jawapan dari saya.”

            “Apakah Tiryaq mahu ayah menggunakan kekerasan melibatkan orang yang Tiryaq sayangi? Tiryaq mahu dia tahu pasal Tiryaq? Pasal hubungan Tiryaq dengan Tazriq? Jangan fikir ayah tidak tahu pasal Tiryaq?” Tuan Megat Alam cuba bermain psikologi.

            Tiryaq ketawa kecil. Tuan Megat Alam mahu mengugut dia. Dia tahu siapa yang Tuan Megat Alam maksudkan kalau bukan Putri Tasnim bekas kekasih arwah Tazriq.

            “Jika tercarit sedikit hati Tasnim maka ayah akan menerima akibatnya dari saya." Nada suaranya ditekan.

            Tuan Megat Alam mengukir senyuman sinis.

            “Kau sudah jatuh hati dengan perempuan itu bukan?” Amaran keras diberikan bermakna Tiryaq benar-benar menyukai Putri Tasnim. Wanita itu begitu istimewa sekali di hati Tiryaq.

            Tiryaq tidak membalas. Dia terus-terus merenung wajah Tuan Megat Alam yang kian dimamah usia itu. Tiryaq membuka langkahnya. Dia tidak boleh berada lama di sini. Dia tidak mahu kehadirannya dihidu oleh mereka yang berada di TIR Holding’s. Tujuan dia hanyalah Tuan Megat Alam. Segala terkaan yang berada di minda emmang tepat. Tuan Megat Alam masih bernyawa dan bernafas di atas muka bumi ini.

            “Tiryaq!” Tuan Megat Alam memanggil namun Tiryaq tidak behenti dari melangkah. “Kau tidak boleh menentang ayah!”

            Kata-kata itu seakan di sapa angin apabila kelibat Tiryaq tiada lagi di mata Tuan Megat Alam. Tuan Megat Alam mendongak ke langit biru sambil kedua belah tangannya menyeluk saku seluar.


MALAM itu, di banglo mewah Encik Johari. “Menantu papa memang berbakat sekali. Malu papa dengan Tiryaq sebab anak gadis papa ini tidak pandai memasak.” Encik Johari sempat mengerling Putri Tasnim yang sedang terhegeh-hegeh memotong sayur kubis.

            Tiryaq ketawa kecil. Putri Tasnim menjuihkan bibir. Wanita yang sibuk macam dia mana ada masa masuk belajar memasak ini. Busy on time! Lagak tiryaq menjengkelkan hati Putri Tasnim. Saja mahu menunjuk! Benci!

“Papa tidak perlu memuji Tiryaq lebih-lebih. Setakat masak lemak labu kegeraman papa itu Tas pun boleh masaklah.” Orang yang ego seperti Putri Tasnim mana mungkin akan mengalah.

“Saya tak tahu pula awak pandai memasak. Saya ingatkan awak hanya tahu memasak megi segera.” Tiryaq menyampuk. Dia mengenyitkan sebelah matanya pada Putri Tasnim. Putri Tasnim menjuihkan bibir. Perlilah tu!

“Kalau begitu papa mahu rasa masakan Tas. Papa mahu Tas masak gulai labu untuk papa.” Sudah! Encik Johari telah mengemukan permintaannya.

Putri Tasnim menelan air liur. Ala…setakat masak lemak labu sahaja bukannya susah Tas. Bubuh santan dan bubuh labu sudah siap. Bisik hati kecilnya.

Tiryaq mengangkatkan kening lebatnya. Dia sengaja mencabar kewibawaan Putri Tasnim yang tidak reti mahu mengalah itu. Apa jua perkara mahu juga hendak

menang. Kalau sudah tidak pandai memasak tidak salahnya mengaku kelemahan diri.

            “Okay! Tas akan masakkan untuk papa.” Putri Tasnim membuat keputusan muktamad.

            Tiryaq tersenyum simpul. Dia sudah agak dah. Apron ditanggalkan lalu dihulurkan kepada Putri Tasnim.

            “Buat apa?” Dahinya bekerut.

            “Buat lap muka awak bagi cantik.” Balas Tiryaq.

            Putri Tasnim mengetap bibir. Ada pula yang akan dia bagi makan racun tikus. Encik Johari sudah tertawa melihat gelagat anak gadis dan menantunya itu. Dia lihat Tiryaq bijak menangani sikap ego Putri Tasnim.

            Nah! Masak lemak labu terhidang atas meja bakal. Berkelip-kelip mata Tiryaq dan Encik Johari melihat masak lemak labu istimewa dari Putri Tasnim. Putri Tasnim tersenyum bangga.

            Encik Johari sudah menggelengkan kepala. Tiryaq pula sudah melambakkan tawa. Hancur labu Putri Tasnim sudah macam bubur jadinya. Kuahnya pula cair sangat macam kuah sayur bening pula. Putri Tasnim menjegilkan matanya melihat Tiryaq yang masih galak ketawa itu.

            Tiryaq mengambil sudu di atas meja. Dia mahu merasa kuahnya dahulu. Bercantum kening lebat Tiryaq. Reaksi Tiryaq mengejutkan Encik Johari. Tiryaq tidak menunggu lama dia berlari menuju ke sinki. Ya Allah! Masinnya….kuah masak lemak labu itu sudah macam air laut sahaja.

            Putri Tasnim buat muka. Dia sudah menjeling ke arah papanya. Encik Johari gelengkan kepala. Dia tidak sanggup mahu merasai masakan anak gadisnya itu. Putri Tasnim perlu merasai masakannya sendiri. Dia capai sudu yang digunakan oleh Tiryaq tadi. Tersembur kuah masak lemak labunya dari mulut. Masinnya….

            “Biarlah saya masak semula lemak labu ni. Saya buat sekali dengan sambal belacan.” Tiryaq keluar dari ruang dapur. Putri Tasnim mencebik.

            “Wah! Cukup menyelerakan makan masak lemak labu dengan sambal belacan. Papa tidak menyusahkan kamu ke?”

            “Taklah. Saya pro dalam masak-memasak ini sejak tinggal sebumbung dengan Tasnim. Saya tukang masa rasmi Tasnim. Tak gitu sayang.” Tiryaq mengerling Putri Tasnim. Putri Tasnim buat pekak telinga.

            “Ada bakat jadi chef ni. Mana tahu boleh gantikan tempat Chef Wan suatu hari nanti. Untung anak papa dapat suami serba boleh macam Tiryaq.”

            “Biasa saja papa. Bakat semulajadi.” Tiryaq tersengih. Muka Putri Tasnim yang membahang.

            “Hmm!” Putri Tasnim amat hairan sekali kerana papa boleh begitu rapat dengan Tiryaq dalam masa yang begitu singkat.

 Setahu dia, papa bukan jenis yang mudah didekati dan mesra alam. Tiryaq apaki ilmu calit-calit agaknya. Ini yang memerbahaya. Bagaimana kalau Tiryaq mencalit dia? Mahu lebih tiga hari tiga malam dia tergila-gila lelaki itu. TIDAK!

Wajah Putri Tasnim yang berkerut-kerut agak menghairankan Encik Johari. Apa yang tidak kena dengan anak gadis itu? Putri Tasnim tidak boleh menerima kenyataan masakan lemak labunya mengecewakan.

Putri Tasnim tidak pernah pernah ke dapur dari kecil. Tangannya lembut dan akan sakit-sakit kalau melakukan kerja-kerja berat. Apabila sudah besar panjang begini memang cukup memalukan sekiranya tidak pandai memasak dan melakukan kerja-kerja rumah. Encik Johari tidak mengerti dari sudut mana Tiryaq boleh tersangkut dengan Putri Tasnim. Kalau dari segi rupa paras, Putri Tasnim berwajah sedap mata memandang. Tiada dalam kategori gadis jelitawan.

“Tas tidak mahu membantu Tiryaq di dapur?” Encik Johari mengalihkan lirikan matanya ke arah Putri Tasnim.

“Biarlah dia masak sendiri. Dia kan pro!” Rengus Putri Tasnim.

“Apa mahu jadi dengan anak gadis papa ini. Sepatutnya isteri yang memasakkan untuk suami ini tapi kes anak gadis papa ini terbalik pula.” Keluh Encik Johari. Dalam hati dia menarik nafas lega kerana Putri tasnim sudi makan malam bersamanya. Itu pun atas bantuan ihsan dari Tiryaq.

Putri Tasnim memuncungkan bibir. Tiada maknanya dia memasak untuk Tiryaq. Dia ada benda lain yang mahu dikejar dari melakukan kerja remeh itu.

10 comments:

  1. Lama sangat citer ni di post kan,
    saya lupa watak2 nya

    ReplyDelete
  2. akhirnya ada juga bab baru...
    apa kaitan tiyraq dgn tasriq ye...
    adik beradik ke?
    akak nak lagi....sikit sangat bab ni
    x puas nak baca

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nk lg...
    xpuas nk bce psal dorg nih...
    -fathmumtaz-

    ReplyDelete
  5. Babyfath...kenapa buang komen, akak terima sebarang kritikan yang membina :) Ya Seed, Tazriq adalah adik kepada Tiryaq.

    ReplyDelete
  6. Laa.. Tazriq dan Tiryaq rupernyer adik-beradik... awat Tasnim tak tau? dia tak kenal ke family Tazriq??? Tiryaq sukakan Tasnim sebab dia dah kenal Tasnim ke??? Isshhh byk tul soalan... :-) almaklum lama tunggu sambungan citer ni.. hehehe...

    ReplyDelete
  7. hehehehehe...Seorg wanita, ya Tazriq dan Tiryaq adik beradik dan Tasnim tak tahu sebab Tiryaq berpisah dengan Tazriq masa dia kecik lg, mak bapak mereka bercerai, tunggu kisahnya nanti :)

    ReplyDelete
  8. ilya..jgan berhenti menulis ya...sayang bakat yg ada pada ilya..
    ilya dah ada peminat tau....yg hargai karya2 ilya...

    ReplyDelete
  9. akak.. sambung lgi.. tak sabar nak baca.. best! tiryaq n tazriq..
    tasnim and ayah dia.. best!!! ^O^)) ♥♥♥

    ReplyDelete